Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 17, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Chik Siti Wan Kembang dan Tuan Tabal

Salam Jumaat. Walaupun dah lewat petang nak masuk Maghrib dah, sementara ada sisa 15 Rejab ini biar disambung cerita daripada artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman.



Dari makam Long Deraman kami mengambil jalan belakang Masjid Muhammadi untuk ke utara Kota Bahru.


Kami mahu menghala timur laut ke Pantai Cahaya Bulan.




Sampai satu bahagian kami mengambil satu lorong ke kanan.




Kemudian satu lorong yang lebih kecil.




Berdasarkan maklumat daripada buku "Panduan ke tempat-tempat bersejarah Kelantan" dan pertolongan penduduk setempat sampailah ke satu tanah perkuburan Islam.




Kami mahu menziarahi sebuah makam lama yang terletak di belakang.




Inilah makam seorang kerabat diraja Jembal yang dikenali sebagai Raja Hudang. Baginda merupakan anakanda Raja Sakti II ibni Sultan Omar @ Raja Udang ibni Raja Sakti I di mana Raja Sakti I adalah pengasas Dinasti Jembal yang berjaya memasukkan Kelantan, Patani, Singgora, Patthalung dan Terengganu ke dalam pemerintahan satu kerajaan yang dipanggil Patani Besar abad ke17 Masihi.




Isteri dan anak ikut masuk melihat setelah dapat dipastikan kedudukan dan keadaan makam. Ketika itu hujan renyai-renyai. Untuk pengetahuan Raja Hudang diberi pemerintahan di sekitar ini lalu bersemayam di satu tempat berdekatan yang dipanggil Tebing Tinggi Pusaran Buih. Lihat artikel SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Kawasan ini sekarang dikenali sebagai Tanjung Chat.




Kami pergi ke satu bahagian lain untuk mencari satu lagi makam. Perjalanan menyusuri sebuah sungai yang agak besar...




Setelah beberapa kali tersilap jalan dan maklumat baru sampai ke tempat yang dicari.




Keadaannya begitu teruk bersemak. Nampaknya ia telah lama dilupakan. Sedangkan menurut ceritanya ini adalah makam seorang ulamak dari Jawa yang terlibat membina Masjid Kampung Laut beberapa ratus tahun lalu.




Saya menyuruh isteri dan anak menunggu sahaja di luar.




Setelah beberapa minit mencari-cari kemudian menyisir-nyisir semak samun baru betul-betul dapat melihat makam. Lihat Makam (Tomb of) Raja Imam .


Seterusnya kami singgah di masjid terdekat. Lihat Masjid (Mosque of) Tanjung Chat.




Masuk kembali jalan ke PCB lalu sampai ke Banggol.




Singgah pula ke masjidnya. Lihat Masjid (Mosque of) Ismail Petra, Banggol.




Tidak jauh dari masjid ada satu simpang.




Jalannya membawa ke tanah perkuburan Islam Banggol yang agak besar. Lihat Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground of) Banggol.




Kami mahu mencari sebuah makam yang mungkin lebih gah.




Alhamdulillah dengan petunjuk yang diberi seorang warga tempatan, kami dapat mencarinya...




Isteri dan anak posing sebentar di hadapan.




"Assalamualaikum Nek. Cucu datang ziarah!"




Apa yang terdapat dalam bangunan makam semuanya pernah dilihat di dalam satu mimpi entah berapa tahun lalu. Sampai kayu berlubang yang mungkin kepuk asal makam pun ada dalam mimpi.




Nah. Sama dalam buku bukan? Cuma dalam buku terbitan tahun 1979 ini belum ada bangunan berbumbung. Untuk pengetahuan ia dipanggil makam Chik Siti. Ada yang percaya inilah makam pemerintah perempuan terkenal Kelantan Chik Siti Wan Kembang.


Di sebelahnya terdapat makam seorang lelaki bangsawan tapi saya tak tahu siapa. Lihat Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?.




Ada satu lagi makam yang ingin diziarahi di tanah perkuburan ini. Kena naik kereta kerana tanah perkuburan agak besar, makam yang ingin diziarahi agak jauh di bahagian lain.




Sekali lagi, syukur alhamdulillah kerana ada warga tempatan yang sudi menunjukkan jalan. Peliknya, dia orang yang sama menunjukkan jalan ke makam Chik Siti tadi. Namun kami terserempaknya di sini setelah diberitahu arah oleh pelanggan di sebuah warung.




Nasib baik juga makam ini terserlah lalu mudah dikenali... kalau kita sudah sampai di sekitarnyalah. Kalau cuba mencari dari bahagian lain belum tentu jumpa.


Selamat datang ke makam Tuan Tabal.




Beliau adalah ulamak besar bertaraf wali pertengahan abad ke 19. Dikatakan Tuan Tabal adalah orang yang pertama sekali membawa Tariqat Ahmadiah, satu tariqat yang turut menjadi pegangan Tok Kenali yang kalau tak salah merupakan salah seorang muridnya jua. Lihat Makam (Tomb of) Tuan Tabal.


Al-Rasyid pula memegang dua batu nesan ini sambil mulut terkumat-kamit seperti membaca doa. Macam-macam le budak ni... ish... :]


Ketika mahu meninggalkan tanah perkuburan Banggol terlihat sekumpulan makam yang amat terserlah. Saya pun berhenti untuk melihat lebih dekat. Lihat Makam-makam cantik di Banggol (Beautiful tombs in Banggol) .




6 ulasan:

nik berkata...

sultan, Tuan Tabal adalah murid kepada Ibrahim Al Rasyid, murid kanan Syeikh Ahmad Idris, pengasas Tareqat Ahmadiah yang kemudiannya menggantikan tempat gurunya selepas anak Syeikh Ahmad Idris menolak untuk dilantik menggantikan ayahandanya.

Pembawakan Ahmadiah oleh Tuan Tabal dikatakan sedikit berbeza daripada aliran-aliran tareqat Ahmadiah yang lain yang ada sekarang ni.

Sekarang ni, anak-cucu Tuan Tabal yang masih mengamalkan kaedah Tuan Tabal ada di Kg Laut.

Orang kampung sana panggil majlis zikir yang diadakan di sebuah surau warisan keluarga Tuan Tabal dengan gelaran 'ratib tok syeikh'.

Radzi Sapiee berkata...

Wah. Kuat sanad ilmu dia kalau cam tu. Sheikh Ahmad Idris dulu ikut Shadziliah kemudian berpeluang berjumpa Rasulullah SAW terus dapat amalan sendiri untuk mulakan tariqat Ahmadiah. Kalau gitu Tuan Tabal baru 2 generasi je dari Sheikh Ahmad. Power tu...

Nik Empty ni kan? Makam2 cantik kat Banggol (rujuk http://artmelayu.blogspot.com/2011/06/makam-makam-cantik-di-banggol-beautiful.html) tu camana sangkut kat belah hang? Dalam buku "Raja Campa @ Dinasti Jembal dalam Patani Besar" ada sebut nama Nik @ Andik Ali, Datuk Maharajalela Patani yang pernah menjadi ketua masyarakat Melayu di Gowa, Tanah Bugis. Di sana dia dapat panggilan Andi atau Andik. Tapi bila balik Patani, perkataan Andik tu disebut Nik terus melekat, lalu beliau disebut sebagai asal mula gelaran Nik. Betul ke?

anak beringin berkata...

alhamdulillah..

diizinkan Allah bertandang ke makam tuan tabal pada 6 mei lepas. sempena lawatan maulid dan ziarah makam ulama.. dipertemukan dgn penjaga makam Hj Rosdi Osman dari Singapura, keturunan Kesultanan Banten Indonesia katanya...Dipelawanya juga kedudukan Makam Cik Siti .. InsyaAllah akan diziarah bila berkesempatan nanti

tq

nik berkata...

dah 2012 baru tergerak nak kesini balik... na'am, 'nik' a.k.a 'empty'.

kalau ikutkan sanadnya Tuan Tabal maka jadinya macam ni la :
Syeikh Abdus Samad (r.a) > Syeikh Ibrahim Al Rashid (r.a) > Syeikh Ahmad Idris (r.a)> Sayyidul Mursalin Muhammad Rasulullah S.A.W.

Makam-makam cantik tu ana kurang arif, tapi maklumnya kebanyakan kubur disana kebanyakannya saudara mara kami.

ikut salasilah yang disusun dato' Perdana Nik Ismail nik Mahmud (zaman Nik Senik Mulut Merah Kalau tak silap!), salahsilah gelar 'nik' dan 'wan' sampai kepada Faqih Ali dan ada teori yang menyambungkan sekalian keturunan yagn bergelar "nik", "wan", "tuan", etc kepada Syed Hussein Jamadil Kubra cuma sumber teori ini aku tak jumpa lagi dan dok mengharap akan dapat jumpa dengan sumbernya dan kaitannya...

p/s: arwah ayah aku pernah sebut tentang keturunan kami ni ada kaitan dengan bugis, cuma masa tu aku tak pernah amik peduli... rugi lak rasanya tak korek cerita dengan arwah dulu...

dimebag berkata...

Salam tuan saya ingin bertanya tuan tentang moyang saya raja imam... pm saya jika tuan ingin berkongsi fb: roslan ghazali

Kefriabdullah berkata...

Assalamualaikum nak tahu salasilah tuan tabal rujuk Ana sebab sebelah isteri saya