Sampai sahaja ke Seberang Perai kami menuju ke Juru.
Saya pun tak tahu kenapa tempat ini dinamakan Juru. Apakah kerana ada jururawat, juruteknik atau juruukur professional? Atau ada segala macam juru yang bermaksud ahli dalam sesuatu bidang. Teringat cerita P. Ramlee... dialog "Siapa Kasim Selamat? Lawyer? Majistret?"...
Kemudian terlihat masjid dengan menara yang agak menarik ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Sekolah Juru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Di tepi luar masjid kelihatan sebuah rumah dengan ukiran yang saya suka panggil lidah terjulur pada sudut bumbung.
Perjalanan diteruskan menghala ke Bukit Juru.
Teringat kali pertama sampai awal 2008 kalau tak salah ingatan. Seorang rakan membawa saya makan hidangan mee ketam yang enak...
Kali ini saya tak boleh singgah makan kerana ketika itu bulan Ramadhan. Sebaliknya saya mahu melihat bukit dan sekitarnya dari beberapa sudut bermula di bahagian hujung utara. Lihat artikel The river view at Juru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya pergi ke hujung selatan bukit pula.
Dari atas lereng saya dapat melihat bahagian perairan di selatan Seberang Perai.
Keluar dari Juru kami pun menuju ke kawasan selatan yang dimaksudkan.
Perjalanan melalui tepian Stadium Negeri di Batu Kawan.
Tempat yang ingin dituju terletak di hujung jalan.
Naik lereng bukit sebelum turun, terbentang perairan yang kelihatan begitu aman damai.
Sampailah ke jeti di Batu Musang.
Jeti ini adalah untuk feri ke Pulau Aman. Lihat Views from the jetty to Pulau Aman.
2 ulasan:
Kampung sungai sembilang tempat saya di besarkan.namun tak pernah pun pergi pulau aman.
Sowg budak lelaki bernama sulaiman x dketemui hingga kini...kejadian khilangan beliau di bukit juru skitar tahun 2006..amat misteri ..malah dikatakn ada link dgn gunung jerai..wallahuallam
Catat Ulasan