Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 15, 2010

Bukti candi di Gunung Jerai menghadap kiblat?

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan setelah beberapa hari bekerja keras mengumpul dan mengatur links siri-siri cerita untuk diletakkan di sidebar dan bahagian bawah setiap blogspots ia berjaya diselesaikan baru sebentar tadi. Semasa mengumpulkan links bagi tempat-tempat yang dilawati di Kedah untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) saya tergerak untuk membuat satu artikel tentang Sultan Muzaffar Shah I menggunakan gambar terbaru dari lawatan ke sana yang dibuat pertengahan bulan Ramadhan. Seperti disebut dalam artikel Misi menjejak sang Merong hingga ke Hatyai? 3 bulan lalu saya telah pergi berjalan ke utara hingga ke Hatyai bersama anak dan isteri menaiki kereta. Banyak tempat telah dilawati termasuk makam Sultan di kaki Gunung Jerai.

Mencari gambar makam Sultan Muzaffar Shah I membuat saya terlihat kembali satu gambar yang diambil di Candi Batu Pahat, Lembah Bujang. Perhatikan kedudukan. Dengan pandangan mata kasar kelihatan ia seperti menghadap kiblat di Kaabah. Oleh kerana tiada kompas ataupun apa-apa alatan saya cuma mengharapkan bayang-bayang. Matahari petang dapat menunjukkan di manakah arah barat dan dari situ kita boleh tahu di manakah timur, utara dan selatan dengan membuat garisan bersudut tepat.

Lihat garisan barat dan utara yang telah dibuat berdasarkan kedudukan bayang-bayang isteri. Perhatikan pula arah candi menghadap. Bukankah ia menghadap kiblat? Huraian lanjut akan dibuat apabila siri baru tentang perjalanan ke utara itu menemui pembaca, kemungkinan besar tahun hadapan...


28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cheh, tu pon nak kecoh! blog sejarahnagarakedah dah lama huraikn benda neh... Sultan Muzaffar Syah I Kedah tu tak lain tak bukan Merong Mahawangsa tu sendiri lah...

Tanpa Nama berkata...

sahabat siam... hahahaha... org lain dah puas termuntah dgn sejarahnagarakedah dia baru nak sibuk kecoh2..

Tanpa Nama berkata...

aik, takkan kau pun nak sanjung tinggi merong jugak..dah jadi kawan anai anai pulak?

sejak bila...beralih arah

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak gaduh2..kita kongsi saja maklumat ni..sejarah bkn bleh pegang 100%..ada kurang ada lebih...yg penting sirah nabi!!!

Radzi Sapiee berkata...

Apahal pulak? Loklak betul le lu mat. Merong Mahawangsa bukan Anai-anai punya. Aku ada teori sendiri tentang siapa itu dia. Nanti aku cerita...

(Ish... peghak betul puak ni. Asal sebut Merong je ingat orang sokong dia. Bodoh ke hapa...)

Tanpa Nama berkata...

tetapi kebanyakan candi dilembah bujang kebanyakan bukan berasal dari tempat pencandian lembah bujang tetapi ianya berselerakan dibeberapa tempat dan dibina semula di pencandian lembah bujang...

Radzi Sapiee berkata...

Yep, betul tu. Sebab tu saya tumpukan pada Candi Bukit Batu Pahat. Sebab tu yang memang asal ada kat situ, kedudukannya sama seperti ketika ia dibuat kira2 1800 tahun lalu. Tu le yang dalam gambar kat atas tu...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang sudah mau kongsi Merong Mahawangsa. Bukan dulu asal sebut Merong aja, kau kona kan kat anai-anai aja.

Radzi Sapiee berkata...

Aku dah baca Hikayat Merong Mahawangsa sampai habis masa aku umuq 7 tahun le mamat, 33 tahun lalu tu. Masa tu aku takat seronok dengar cerita garuda, panah sakti dan sebagainya, belum fikir lagi dia punya value sejarah. Bab Anai2 tu masa aku mula baca blog dia, zaman dia panggil Kedai Pasai Ma 3-4 tahun dulu tertarik gak sebab nampak macam jujur nak bongkar sejarah yang tersembunyi. Tapi bila dah ada following besar makin lama makin mengarut.

Kedai Pasai Ma dah tolak tepi jadi Empayar Siam Islam plak. Semua dah jadi Siam belaka sampai Iskandar Zulkarnain pun Siam gak. Last sekali nampak beno tujuan diaorang, nak tuntuk takhta Kedah pas tu takhta Yang di Pertuan Agung rupanya. Patut le pusing2 pi mai pi mai tak tu jugak...

Apapun aku still pandang tinggi kat Merong Mahawangsa. Sebab aku tahu cerita tu memang berdasarkan seorang raja agung yang menjadi raja Melayu dahulukala. Tapi bukan Merong versi Anai2 le. Kasi faham ni kat kepala hotak engkau yang dungu tu.

p/s: Pakai le nama betul mamat, jangan pakai Anonymous je. Takda telo ke? Nak cantik meh le jumpa aku depan2. Nak bertekak ke nak bersilat jumpa depan2 le bro. Jangan asyik nak menyalak cakap takda adab tunjuk kasar kat dunia Cyber...

Hulubalang Kalathana berkata...

Salam Tuan,

Biar lah mereka tu, tulis lah apa yang tuan hamba hendak atas pengetahuan dan penyelidikan. Makin banyak versi makin mudah hendak di nilai ketulinan sejarah tu Tuan.

Wasalam.

Al Mahadaya berkata...

Terdpt klu2 yg menarik iaitu sejarah Merong ni citer ttg kebijaksanaan nabi Sulaiman dan beliau sudah tentu mengetahui bhw rumah tuhan yg dibinanya akan hancur dan tapak rumah tuhan ke-3 pasti sudah dirancang. Tidak menghairankan 2,000 tahun dahulu haji dilakukan di Nusantara dan Melayu berkait rapat dgn keturunan Raja Iskandar yg merupakan raja pertama menggunakan gelaran SULTAN.

Tanpa Nama berkata...

DEI,TAMBI,ADA WARASKA?U TAUKA,ITU CANDI INDIA/BUDA PUNYA.INGAT BAPAKLU PUNYA KASI..MS,MERONG KA,ITU HINDU PUNYA..ITU TUHAN MASYABURGA(MEKAHLA..)BODO PUNYA ORANG...SUVARNABUMI...BUGIS DULUPUN HINDU...SUDAH JADI ISLAM.BANYAK PUNYA CANTIK...ITU GAMBAR CANDI ALU..ADAM DAN HAWEL...BODO LU...

Radzi Sapiee berkata...

Bongok betul. Aku belum pun habis cerita. Takda pun aku sebut ni candi Islam Nabi Muhammad SAW. Malah aku dah sebut dalam komen lebih awal candi ni dah berdiri 1,800 tahun lalu sedangkan Nabi Muhammad pula lahir 400 tahun kemudian. Merong versi Anai2 pula muncul tahun 700an Masihi, 100 tahun lepas Rasulullah wafat. Camana pulak puak diaorang boleh buat candi kat Lembah Bujang?

Kiblat pun aku tak sebut kat mana. Kiblat tu maknanya tempat kita menghadap. mungkin kat Kaabah, mungkin kat Baitul Maqdis, mungkin kat tempat lain. Belum lagi kita ambil faktor perubahan mukabumi, gempabumi, letusan gunung berapi, pergerakan plet kerak mukabumi yang boleh mengalihkan arah kiblat dalam tempoh 1,800 tahun tu.

Tapi tu le. Kalau dah jenis cakap main tonjol je camni le jadik. Seperti biasa telo takda pakai nama Anon tapi cakap maki hamun macam terror. Hindu pun engkau tak tau asal-usul kecuali ikut kata2 bongok Mat Saleh yang nak hilangkan kaitan antara agama2 Tauhid dahulu dengan Islam Syariat Nabi Muhammad SAW. Lain kali duduk diam2 bodoh. Kalau nak bincang kaji betul2 dulu. Buat homework... baca ni...

http://merahsilu.blogspot.com/2009/08/masjid-indrapuri-bukti-agama-hindu.html

Jose Yusri berkata...

Gua sokong lu Merahsilu

Tanpa Nama berkata...

Deyyy Anonymous...

Pirahhh...lu ni tak habis2 bikin kacau ini blog...Ada baik lu bikin sendri punya blog kasi mantap! Lu cakap mcm bagusss tapi "habuk pun tarak!" Lu tarak keja kalu...pigi gali itu candi tanam diri sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Deyyy Anonymous...

Pirahhh...lu ni tak habis2 bikin kacau ini blog...Ada baik lu bikin sendri punya blog kasi mantap! Lu cakap mcm bagusss tapi "habuk pun tarak!" Lu tarak keja kalu...pigi gali itu candi tanam diri sendiri!

Tanpa Nama berkata...

BRAHMIN.... Deii bacha...lu jangan kutuk orang..kita ada sanskrit..lu mana tau..itu candi...upputi bukhodi ddewa saaaci age...tau..lu bodo orang...bewak makan...tak percaya tanya Hindu sangamm...bodo KAMARUDIN SAMA ITU SEMUT...

Al Mahadaya berkata...

Di dlm al quran menyebut jadikan maqam ibrahim sebagai tempat solat. Jadi pengikut agama nabi Ibrahim mestilah membina masajada (ma-beri, sajada-sujud) mengadap tempat tersebut. Nabi sulaiman di nyatakan di dlm al quran membina bangunan dgn patung2 sebagai hiasan dan ini bermakna binaan2 di Nusantara mengikutinya. Tidak di nyatakan di dlm al quran ttg salahnya membuat patung2 hiasan hanya hadis2 saja yg mengharamkannya.

Al Mahadaya berkata...

Kebanyakan manusia kini cetek akal kerana menyangka bhw sebelum Islam, semua manusia itu kafir. Kajilah sejarah bangsa sendiri kerana keturunan Raja2 Melayu dari keturunan Raja Iskandar. Adakah anda menuduh Raja Iskandar yg dinyatakan di dlm al quran mengembangkan agama tuhan sebagai kafir? Yg jelas bagi hamba ialah al quran itu sendiri tidak berbaris asalnya dan tidaklah ada nama Islam itu sekalipun malah manusia difirmankan mengikuti agama nabi Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

saya nk tanya...masa saudara datang candi lembah bujang, ad x saudara datang ke pengkalan kakap,disana ad sebuah masjid(tp dh jd muzium dh)asas bentuknya pon lebih kurang sama mcm candi lembah bujang...

Radzi Sapiee berkata...

Aduh! Macam2 komen. Aku nak marah pun tak jadik. Lawak lagi ada le, heh!

Pada Anon 4:33pm, ya saya ada ke masjid lama Pengkalan Kakap. Insyaallah akan saya buat posting apabila sampai masanya... :]

Jose Yusri berkata...

Betul tu Merahsilu. Baru ler kalerful. Bagi teman biorkan aje kekekekeke. Kalau kelako, gelak. Kalau idak, lantaknyer... bagi semue orang seghonok ikut ati dieoghang.

Marhaen Kacak berkata...

biarkan je bro radzi... anon2 ni rasanya sorang jer...tapa konon2 mcm ramai...haha...

Merbawi Jr. berkata...

Salam.

Aku pun nak tumpang gelak. Hahaha!

banijawibangkit berkata...

sekadar berkongsi

yg menarik mngenai candi di kawasan ini ialah ianya berserakan sekitar muara sg.muda melangkaui sekitar sg.batu bukit batu pahat,lembah bujang, merbok,juga terdapat di kg. sg. mas (kota kuala muda), kampung matang pasir, bukit coras & kampung pendiat meyakinkan mgnai pelabuhan entrepot/bandar pelabuhan agung yg berfungsi sebagai pelabuhan atau tempat persinggahan kapal dagang di era empayar sriwijaya..

& terbaru mengenai penemuan candi & artifak sg. besi (Tamadun 110 Masihi) mengenai tapak peleburan besi yg cukup lengkap dengan artifak dan tinggalan-tinggalan lama seperti batu-bata, tuyere dan juga sisa besi... siapa raja besi di timur jauh?

Mengikut satu kajian – rujuk buku Prof.Arysio Santos (Amazon.com) - hanya di bumi Mala atau Tanah Jawi ini sahaja satu satunya tempat yang di kesan mengamalkan teknik orichalcum (lebur logam) yang tertua dalam peradaban manusia.

Keris – keris hebat seperti Taming sari juga dipercayai dibuat melalui kaedah Orichalcum ini dan dikatakan ia juga mampu menyerap tenaga eletromagnetic di alam maya ini dan boleh menguatkan aura /bioelectricity pemilik keris tersebut.Inilah kehebatan keris melayu , selain design uniknya yang sangat simetri sehingga ada keris yang mampu berdiri sendiri dan tidak jatuh ke lantai jika diletakkan secara menegak!
"Sangtawal Sakranta."

bagaimana keris boleh smpai didasar lautan Pulau Okinawa Jepun ye..?? luk 9 pulak tu..ish3
*pandai keris msti tahu perbezaan keris luk7 & luk9* ^^,


“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”

Surah Al-hadid, ayat 25.

~banijawibangkit
~anakbumikedah

Tanpa Nama berkata...

kakakak lawak, semut tu tau la aku, merah silu pemakan semut, kamarudin sapa pulak. Tapi sendiri nama kamaruddin musti tau la

kakaka pemakan semut

Syafiq Azri berkata...

Candi Batu Pahat d Kedah antara sebahagian dari Candi2 dari Indonesia.. Candi2 di Nusantara banyak..

Unknown berkata...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas pencarian dan rahsia yang diketahui oleh ramai insan. Terimakasih Merah Silu...amanat wasiat Nabi mencari asal keturunan manusia bagi memperbetulkan kesilapan dulu dan menyambungkan kebaikan dan amalan sikap yang mulia harus diteruskan walaupun sehingga akhir zaman.

Warisan Bumi Ilhamku.