Namun memandangkan suasana Hari Raya masih berkemundang di sana-sini elok kita bercerita hal lain dahulu. Maka dipersembahkan satu siri kecil tentang sambutan Hari Raya untuk saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid. Maklumlah, ketika Hari Raya tahun lepas Al-Rasyid masih di dalam perut menunggu masa untuk keluar... baru tahun ini dia betul-betul dapat menyambutnya buat pertama kali dalam hidup. Kiranya ini kita bercerita secara santai sambil 'membina' album gambar Hari Raya ya. Mari! :]
OK. Rasanya boleh kata kebanyakan orang Melayu Islam di Malaysia ini mula kembali ke kampung petang Rabu 29 Ramadhan tak pun pada malam selepasnya. Kami sendiri meninggalkan rumah sekitar jam 10 malam, singgah di Uptown Damansara Utama untuk mengembalikan kenangan saya makan-makan ketika masih menuntut untuk program 'A' Level tajaan kerajaan di sekitar ini kira-kira 22 tahun lalu.
Dari situ kami kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat, selatan sikit dari pantai Morib. Ini gambar Al-Rasyid 'menolong' membuat persiapan di dapur siang Khamis.
Malam itu, malam Jumaat @ malam raya, saya, isteri serta 2 orang anggota keluarga santai berurut kaki di pekan. Sementara menunggu yang lain siap (saya dan seorang kakak ipar urut lebih awal) saya keluar berjalan-jalan seorang diri hingga ke penghujung jeti yang ada laut berdekatan kedai urut.
Adapun saya telah beberapa kali datang ke sini tetapi malam itu adalah pertama kali saya sahaja yang berada di jeti, tiada orang lain langsung di situ. Dah lah suasana agak gelap, sunyi... bunyi angin mahupun ombak pun langsung tak kedengaran.
Ingat kes jutawan kosmetik Sosilawati yang dikatakan mati dibunuh kemudian dibakar di Tanjung Sepat? Tempat beliau dan 3 orang Melayu yang mengiringinya dibunuh terletak tidak jauh dari sini! Malah di sekitar ini memang ada tempat membakar mayat orang Hindu dengan papantanda bertulis "Karimakuriyai" (begitulah bunyinya lebih kurang) menunjuk arah ke tempat pembakaran boleh kelihatan sebaik sahaja melepasi Morib menghala ke Tanjung Sepat. Kalaulah saya tahu mereka telah dibunuh dan abu mayat mereka dibuang ke sungai masuk ke laut sekitar ini seawal 30 September, belum tentu lagi saya berani berjalan-jalan seorang diri ke jeti!
Oh. Asalnya artikel ini mahu diletak tajuk "Al-Rasyid berhari-raya : Misteri pembunuhan Sosilawati" atau sewaktu dengannya. Barulah gempak bunyinya! Tetapi apabila difikirkan kembali bukankah ini merosakkan mood Hari Raya? Jadi janganlah diangkat sangat cerita ini. Biar sahaja pihak yang berwajib menyelesaikannya. Di atas adalah gambar sebaik sahaja selesai solat Hari Raya di masjid Kampung Tanjung Sepat.
Kembali dari masjid kami bersalam-salaman dengan ahli keluarga. Ramai... maklumlah isteri ada 13 orang adik beradik (termasuk beliau) dan beberapa orang pula memiliki anak ramai sehingga 8 orang, sudah siap bercucu beberapa orang lagi! Kelihatan di sini isteri bersama Al-Rasyid juga si kecil Adam yang berpangkat anak saudara kepada Al-Rasyid, cucu saudara kepada isteri. Lihat, Adam umurnya sudah 2 tahun namun Al-Rasyid yang ketika itu hampir nak masuk 11 bulan lebih kurang sama saiz badan.
Seharusnya saya mengambil banyak gambar di rumah keluarga tetapi tidak terfikir semasa itu. Saya juga tidak terfikir hendak mengambil gambar di rumah pertama kami lawati untuk Hari Raya, rumah kepada waris tertua belah isteri yang masih hidup kalau tak salah ingatan.
Sampai di hadapan masjid ini di Kundang, Kuala Langat (kena sebut Kuala Langat sebab berdekatan rumah kami di Bandar Tasik Puteri pun ada tempat bernama Kundang) baru saya lebih aktif mengambil gambar. Isteri terkenang zaman kecil-kecil sering bermain di sekitar ini. Maklumlah sering bertandang ke rumah almarhum bapa kepada ibunya. Untuk pengetahuan jalan di hadapan masjid ini dinamakan sempena nama almarhum. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Raudhatus Solihin, Kundang, Kuala Langat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kami singgah di rumah ibu saudara isteri bersebelahan masjid...
Kemudian baru masuk ke dalam. Al-Rasyid melihat rumah tadi dari dalam masjid.
Seterusnya kami berhari-raya di rumah seorang abang kepada isteri...
Kiranya di sinilah saya 'menggantikan' gambar-gambar yang tidak diambil di rumah keluarga tadi. Di sini adik-beradik isteri, anak-anak dan cucu saudara kami berkumpul lagi tanpa ada orang lain di luar lingkungan keluarga terdekat...
Rumah abang ipar menjadi 'pengkalan' kami berehat sebelum yang lelaki keluar bersolat Jumaat. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Tanjung Sepat.
Selepas solat sesi ziarah-menziarahi disambung semula. Di rumah seorang lagi ibu saudara isteri, Al-Rasyid seronok melihat burung kakak tua.
Di pintu rumah tiba-tiba Al-Rasyid duduk bertenggek. Rupa-rupanya 'uuu... uuu...'. Terpaksalah saya dan isteri meninggalkan yang lain untuk kembali ke rumah keluarga untuk membuat apa yang patut. 'Terpotonglah' sesi menziarahi kami untuk waktu itu...
Ini pula gambar waktu malam selepas Al-Rasyid berebut basikal dengan anak saudara di rumah salah seorang abang isteri yang paling tua. Gambar malam tanpa flash dengan lampu yang tidak seterang cahaya siang memerlukan tempoh exposure yang sedikit lama... bila asyik bergerak dah jadi mata nampak macam apa. Heh! :]
Sehari dua ini pula kami sibuk dengan acara perkahwinan seorang sepupu saya. Pada siang tadi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah datang menghadiri acara, sempatlah beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah mendendangkan satu lagu untuk semua.
Tengahari karang kami dijadualkan menghadir majlis tea ceremony di Hotel Shangri La. Malam nanti ada acara persandingan lagi tetapi saya dan isteri tidak dapat hadir. Difahamkan Sultan atau Raja Muda/ Tengku Mahkota dari 5 buah negeri akan turut hadir. Sekian buat masa ini... :]
3 ulasan:
Salam tuan,
apa pandangan tuan apabila geng anai2 membuka pekong sendiri? nenek moyang mereka rupa2nya adalah Yamtuan Abu Bakar, Gabenor lantikan Maharaja Buddha Ayutthia yang ditugaskan untuk mengawasi negeri2 Melayu Segenting Kra dan utara termasuklah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
Patutlah maklumat mereka balik2 pusing takat 4 negeri tu aje. Yang lain haram merapu. berkuasa seluruh nusantara konon. Tanya kat emel pasal Kerajaan Banten, Pontianak, Gowa, Ternate, haram tak dijawab. Tak tahulah tu. Nak wat camne, owner sejarahanagaraekdah lecturer seni UiTM, themalaypress ownernya jurugambar, kedahcybersyburi lak ustaz celup yg bcakap mcm pakar sejarah.
dah terbukti keturunan siapa sbnrnya yg pgkhianat!
-keturunan lanun perampas takhta sayyam puasa jugak- (^__^)
Wassalam. Tak pa le. Tuhan maha kuasa. Dulu tembelang depa mula pecah bila sebut perkataan Arab Sayyam yang bermakna puasa itu adalah bukti Siam Islam. Walhal ia cuma perkataan Arab, takda kena-mengena langsung dengan nama mana-mana kerajaan samada 'realiti'ataupun 'mutlak'. Sejak itu ramai mula sedar betapa merapu apa yang diceritakan walhal masa mereka menyebut bab Sayyam Puasa tu mereka mati2 menyangkakan telah mendapat hujah yang kuat untuk melanjutkan dakwaan mereka.
Mereka mendedahkan kertas kerja pasal kerajaan Ligor tu pun dengan sangkaan ia dapat membantu menghidupkan kembali kredibiliti dan dakwaan mereka. Padahal semua orang lain boleh nampak, sekali lagi mereka membuka pekung di dada sendiri malah kali ini terus menjawab apakah asal-usul sebenar mereka! Inilah yang terjadi apabila kita sering tersilap-menafsir keadaan. Ingat cerita dongeng Mat Saleh, the Emperor's new clothes? (cuba Google kat Internet) Orang ketawa melihat kita telanjang, kita pula terasa bangga kerana menyangkakan orang memuji dan menyokong kita! :]
dah terang lagi bersuluh....eceh
Catat Ulasan