Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 20, 2010

Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Warisan Tuanku Gombang Malim Dewa?

Assalamualaikum. Sementara ada baki hari Jumaat (masuk Maghrib dah kira Sabtu menurut perkiraan Islam) biar dibuat ini pula... sambungan daripada artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Singgah dahulu ke makam Sultan Alauddin. Bukankah ada disebut dalam artikel itu yang saya akan menggilir-gilirkan cerita tentang Aceh dengan cerita tentang Muar?






Dari makam Sultan Alauddin kami kembali ke jalan besar menghala ke hulu daerah Muar...







Tidak jauh selepas Pagoh terlihat bangunan masjid yang agak menarik ini. Kami pun singgah sebentar, lagipun Al-Rasyid baru saja habis 'yak'. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Paya Redan, Pagoh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).






Perjalanan diteruskan ke hulu. Bukit-bukau semakin menyerlah.







Ada simpang ke kanan yang akan membawa lebih dekat ke Sungai Muar.








Kami pun mengambil simpang lalu sampai ke Rencong. Tidaklah kelihatan apa-apa yang menarik kecuali nama tempat mengingatkan pada senjata kebanggaan orang Aceh yang dipanggil rencong. Namun filename gambar iaitu P8141555.jpg yang ada nombor 555 membuat saya terfikir mungkin ada petunjuk berkaitan. Saya pun cuba merujuk artikel-artikel lama. Ternyata ada sesuatu yang harus diambil perhatian kembali.

Rujuk Artikel ke 555: Betul ke keluarga saya dahulu menyimpan Taming Sari? Apa pula kena-mengena dengan Sultan Malikus Salih? yang dibuat sebaik sahaja selesai meluahkan aktiviti hari kedua saya di Aceh dalam lawatan Jun 2009. Artikel ke 555 blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula bertajuk A token from Brunei..., dibuat Jumaat lepas selepas kembali dari Brunei hari Ahad. Blogspot itu kini memiliki 556 artikel dengan artikel terbaru bertajuk My second visit to the tomb of Teungku Chik di Tiro merujuk kepada seorang ulamak pahlawan Aceh yang sering dilukis memiliki sebilah rencong tersisip di pinggang. Blogspot saya yang lagi satu iaitu SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) cuma memiliki 395 buah artikel setakat ini lalu tidak boleh diambil-kira...




Tempat seterusnya dipanggil Liang Batu.


Sungai di hadapan mengalir masuk ke Sungai Muar...



Saya pernah diberitahu, Daeng 5 bersaudara yang amat terkenal iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi pernah mendarat di sini, mungkin bermastautin juga sebelum terlibat secara langsung dalam pergolakan kuasa kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu. Semasa diberitahu lebih 2 tahun lalu terbetik di hati... apakah mereka ingin mengambil berkat dari tinggalan jejak Dinasti Al-Kamil? Semasa itu saya sudah tahu cerita tentang Sultan Muhammad Al-Kamil yang telah membuka kerajaan Muar sebelum muncul keSultanan Melaka seperti diketahui sejarah.




Mengenangkan perkara tersebut saya tergerak untuk mengekori jalan kampung hingga ke hujung.



Lalu diberitahu bahawa di seberang ini terletak kawasan yang dipanggil Kundang.






Kami pun berpatah-balik mengekori jalan yang sepatutnya untuk sampai ke Gombang. Selepas ini biar cerita disertakan sedikit komen dari artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Singgah dahulu ke makam Sultan Alauddin serta jawaban balas.







Ke hadapan sedikit terdapat sebuah tanah perkuburan yang entah kenapa mahu saya lihat lebih dekat. Begitu juga yang berlaku ketika pertama-kali sampai di sekitar ini lebih 2 tahun lalu. Cuma kali ini saya merasakan mungkin ia ada kena-mengena dengan longgokan tanah dengan 2 batang pokok mengapitnya. Apakah ini menandakan di situ terletak satu makam purba?


Komen pertama...

Menurut catatan karya Ahlul Bait.Islam dah sampai di Nusantara Tahun 30 Hijrah lagi iaitu sekitar zaman Syaidina Othman.Kira-kira tahun 650 masihi.Lengkap dgn catattan bukan cerita mulaut jer tu....

Di Sala pada masa tu dah ada pangkalan dan jeti2 pelabuhan,pedagang2 dari Arab,parsi dan lain2 bangsa Timur Tengah.

Sala=Sulawesi.

Tapi cerita ni tak leh pepanjang...buka sikit jer.

Kalau ke Pekan pagoh jgn lupa berbuka Mee Rebus kaw-kaw punya!!!!


Reaksi saya...

Orang Arab dan Parsi dah sampai ke Nusantara sejak beribu tahun. Alam Melayu ni kira jalan tengah route perdagangan antara Timur dan Barat, Timur merujuk kepada China dan kawasan sebelah sana termasuk Indochina, Korea dan Jepun, Barat merujuk pada India,Parsi, Arab juga benua Eropah.

Jadi kedatangan Islam pada zaman Saidina Othman tu kira natural atau semulajadi. Pedagang2 Arab yang sudah Islam cuma membawanya ke Tanah Melayu dan memang ada disebut tentang raja Srivijaya yang memeluk Islam.

Namun rekod catatan seperti boleh dibaca dalam buku teks sejarah peringkat universiti sekadar menyebut rajanya sahaja masuk Islam. Walaupun ada juga disebut Srivijaya itu kemudian dikenali sebagai Sribuza Islam cerita ini hilang begitu sahaja selepas itu. Jadi tiada jaminan kerajaan itu terus Islam atau rakyatnya mengikut sekali. Mungkin kerana selepas Raja Islam itu mangkat yang lain kembali menyembah berhala dan sebagainya? Wallahualam.

Apapun penempatan2 Islam tetap wujud di Nusantara setakat itu tapi kerajaan? Ini memerlukan seluruh jentera utama satu kerajaan, raja dan seluruh istana, para pembesar, kebanyakan rakyat memeluk Islam dan kerajaan menjalankan undang2 Islam baru boleh diakui ianya kerajaan Islam.

Dalam keadaan ini para sarjana pada mulanya cuma mengakui Samudera-Pasai yang muncul pertengahan abad ke 13 Masihi sebagai kerajaan Islam pertama di Nusantara. Kemudian baru mereka menerima Perlak telah Islam sejak tahun 840 Masihi. Sumber lain pula menyebut kerajaan Jeumpa di Aceh sudah Islam sejak 770 Masihi tapi itu belum diterima semua pihak. Jadi walaupun betul Srivijaya telah menerima Islam pada tahun 650 Masihi keberadaanya sebagai kerajaan Islam belum diterima semua kerana selepas itu sejarah mencatatkan ia kembali mengikut ajaran Buddha dan sebagainya, bukan seperti Perlak dan Samudera-Pasai yang diketahui terus-menerus menjunjung Islam sebagai agama rasmi kerajaan.








Selepas itu baru terdapat papan-tanda ini...


Komen kedua (menyusul selepas komen pertama)...

Jadi siapa dulu yang datang bawa islam ke rantau Sini?

Syiah atau Sunni dulu kira tak berapa tepatlakan?

Zaman Othman belum ada lagi 2 mazhab tu...


Reaksi saya
...

Bab Sunni atau Syiah, siapa dahulu membawa Islam tidak muncul kerana dalam tempoh 100-200 Hijrah belum lagi muncul istilah Sunni Syiah. Ingat, apa yang dipanggil Sunni atau Al Sunnah Wal Jamaah itu muncul setelah ada mazhab yang 4 dan ini cuma berlaku pada zaman Bani Abbasiyah, lebih 100 setelah Rasulullah wafat. Apa yang dipanggil Syiah pula lebih merujuk kepada Syiah Imam 7 atau Syiah 12, golongan yang tidak berpegang kepada Mazhab yang 4 tetapi memegang mazhab sendiri atas nama Ahlul Bait.

Sekali lagi klasifikasi ini belum wujud ketika Islam pertama kali sampai ke Alam Melayu. Masalahnya ramai orang masih menggunakan terma Sunni dan Syiah untuk menerangkan apa yang berlaku dan ini tidak betul langsung, sepertimana ada yang menyebut pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan Syiah Alawiyah yang dipimpin Nakhoda Khalifah ke Perlak padahal perkataan Alawiyah itu merujuk kepada keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Al-Rumi bin Muhammad Naqib bin Ali Uraidhi bin Imam Jaafar As-Sadiq yang banyak beranak-pinak di Hadramaut. Alawi itu sendiri lahir sekitar tahun 950 Masihi, jadi mana mungkin ada kaum Alawiyah datang ke Perlak tahun 804 Masihi?







Allah. Sungguh tak disangka komen ketiga telah diletakkan di bawah gambar ini. Untuk makluman, saya cuma menurut gerak rasa. Apabila sampai pada gambar awal yang menunjukkan papan-tanda "Selamat datang ke Kampung Gombang", timbul gerak untuk meletakkan 3 komen serangkai yang muncul pada artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Singgah dahulu ke makam Sultan Alauddin di bawah gambar-gambar seterusnya.

Adapun disebabkan kekurangan pada alatan membuat artikel atau kemudahan New Post di blogspot, saya harus masuk ke dalam mode Edit Html. Saya masih ingat, dahulu boleh mengcopy and paste terus apa-apa teks mahupun link dalam mode Compose tetapi entah kenapa kini tak boleh buat, mungkin disebabkan kekurangan Web Browser saya?

Apapun, apa yang hendak diberitahu adalah apabila meletakkan komen-komen berserta jawaban atau reaksi, saya harus masuk ke dalam mode Edit Html lalu tidak dapat melihat gambar kerana ia cuma tertera dalam bentuk kod html yang mengandungi filename. Jadi memang saya terperanjat apabila komen ke 3 keluar di bawah gambar yang ada nombor 333 dan ini bukan dibuat-buat. Kita lihat komen dan reaksi dahulu...


Komen ketiga (merujuk pada apa yang dianggap perbalahan Sunni-Syiah di Aceh)...

Dua kumpulan tu bukan bolih harap.

Sekitar tahun 1128M kalau tak silap,Laksamana Burhanuddin Al Kamil berperang dengan amir nakhoda Johan d'Jhani,sorang syiah seorang lagi Sunni,tewas laksamana Burhanuddin.

Islam yang tulen dah datang awal sejak 650M lagi,bila datang dua pelanduk ni ....bikin pecah belah.

Bagus juga IM tu tak de ikut mana2 mazhab.


Reaksi saya...

Bab Burhanuddin Al-Kamil dan sebagainya, OK...

Saya sendiri pertama kali mendengar nama Dinasti Al-Kamil setelah membaca catatan di mana entah yang menyebut bahawa Hamka pernah menyoal kewujudan Dinasti Al-Kamil. Sedangkan nama ini sendiri pula diketengahkan oleh seseorang bernama Marga Perlindungan kalau tak salah ingatan yang bercerita sesuatu tentang Tuanku Rao. Lalu dia menyebut kewujudan Sultan Muhammad Al-Kamil yang meninggalkan Bandar Khalifah membuka negeri di Muar.

Saya juga ada terbaca cerita dari sumber2 Batak dan merekalah yang menyebut tentang watak-watak seperti Burhanuddin Al-Kamil, Kafrawi al-Kamil dan Johan Jani. Lalu watak-watak Al-Kamil yang dikatakan muncul sekitar tahun 1100an Masihi ini dikaitkan dengan kerajaan Fatimiyah di Mesir, maka itu mereka dikatakan membawa mazhab Syiah.

Walaupun saya juga membaca tulisan pihak Batak ini pada saya banyak yang perlu ditapis. Misalnya dakwaan mereka bahawa Sultan Malikus Salih asalnya orang Batak dari Nagur, mukanya bertatu (tatoo) dan asalnya suka memakan cacing. Pada saya itu adalah fitnah yang sangat besar kerana kajian peribadi saya menunjukkan Sultan Malkus Salih adalah seorang Ahlul Bait dari keturunan Raja-raja Perlak.

Di ketika Dinasti Al-Kamil disebut sumber Batak sebagai bermula daripada watak2 bawahan kerajaan Fatimiyah yang datang ke Sumatera tahun 1100an, saya pula mendapat alamat bahawa ia lebih dekat dengan kerajaan Perlak. Alamat seterusnya saya dapat nama Al-Kamil itu sendiri berasal dari seorang Ahlul Bait besar bernama Abdullah Al-Kamil bin Hassan Al-Muthanna bin Saidina Hassan yang hidup awal tahun 700an. Saya percaya anakanda Abdullah iaitu Muhammad Nafz Zakiyah itulah Nakhoda Khalifah yang memimpin angkatan 100 orang pendakwah yang datang ke Perlak tahun 804 Masihi sehingga bandar Perlak ditukar-nama menjadi Bandar Khalifah. Sedangkan sumber Batak pula menyebut nama Bandar Khalifah itu muncul dalam tahun 1200an dan banyak dakwaan mereka kelihatan bercanggah dengan sejarah kerajaan Perlak juga Samudera-Pasai yang diketahui ramai diterajui raja-raja berketurunan Arab-Parsi, bukan pemakan cacing Batak.







OK. Gambar yang ada nombor 333 itu diambil sebaik sahaja sampai ke satu tempat yang mungkin dapat membuka segala persoalan, gambar yang menunjukkan kami sampai jam 3:33 petang. Namun kami sebenarnya sampai lebih awal kerana jam kereta sengaja dicepatkan 9 atau 10 minit. Yang penting nombor 333 itu muncul sebaik sahaja meletakkan kereta di tempat tersebut.

Meter bawah yang menunjukkan nombor 299 pula merujuk kepada jarak perjalanan 299 km yang telah dilalui sejak meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri tengah malam Sabtu untuk ke Muar lalu sampai ke sini petang Sabtu. Pada saya nombor 99 atau apa-apa yang ada banyak 9 merujuk kepada tamatnya satu fasa kehidupan atau sebagainya untuk masuk ke satu fasa yang baru. Hmm... mungkin saya harus melihat apakah artikel ke 333 di ketiga-tiga blogspot saya...

Di sini ia adalah Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya Makam Moyang Salleh, posting ke 333!.

Di BERPETUALANG KE ACEH adalah Remembering the "A" Level college days. The seventh and last trial for a rebel... the one that could have changed it all!

Di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin.

Nampaknya artikel pertama yang tertera seperti hendak menunjukkan Moyang Salleh di Jelebu, orang yang menjadi punca awal sejumlah negeri kecil keluar dari naungan Johor lalu membentuk Negeri Sembilan ada kena-mengena dengan Dinasti Al-Kamil. Saya pula sudah lama terfikir para pemerintah Negeri Sembilan yang berpunca dari kerajaan Minangkabau Pagar Ruyung di Sumatera memang salah satu cabang Dinasti Al-Kamil.

Artikel kedua pula mengingatkan pada kesilapan hidup yang pernah dilakukan semasa berumur 18-19 tahun sehingga mengalih langsung segala perancangan saya selepas itu. Mungkin saya harus meneliti kembali apa yang berlaku agar untuk dijadikan pedoman fasa hidup selepas ini? Ya, saya telah membuat banyak kesilapan semasa muda akibat nakal, degil dan besar kepala. Namun kesilapan itu juga yang akhirnya membawa saya untuk mendekati Tasawuf, seterusnya menggali salasilah keluarga sehingga dapat menulis buku-buku juga berkongsi banyak perkara yang selama ini tersembunyi buat tatapan ramai.

Kalau 'kesilapan' lebih 20 tahun lalu tidak berlaku, ada kemungkinan saya akan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD. tanpa apa-apa halangan di luar negara kemudian dengan sombongnya kembali ke tanah-air cuba mengambil-alih pemerintahan negara lantaran merasakan diri terlalu pandai lagi popular dan mampu menakluki orang. Begitulah aturan Qada' dan Qadar' Allah. Seperti pegangan permulaan saya ketika mula-mula melangkah ke dalam alam Musyahadah penyaksian kerja-kerja Tuhan... sentiasalah ingat : Kadangkala kamu rasa sesuatu itu baik untuk kamu sedangkan hakikatnya ia buruk, kadangkala kamu rasa sesuatu itu buruk untuk kamu sedangkan hakikatnya ia baik.

Artikel ketiga pula seperti hendak menyokong apa muncul selepas meletakkan gambar papan-tanda Rencong di atas. Bukankah ia tentang moyang saya Laksamana Muhammad Amin? Bukankah artikel ke 555 di blogspot ini menyebut kaitan Keris Taming Sari dengan keluarga Laksamana Perak?










Inilah tempat di mana kereta kami berhenti ketika keluar nombor 333. Inilah Masjid Gombang yang pertama kali saya lawati lebih 2 tahun lalu, masjid yang membuat saya terfikir akan kemungkinan ia ada kaitan dengan satu watak bernama Tuanku Gombang Malim Dewa seperti yang tersebut dalam kitab Hikayat Malim Dewa juga Hikayat Malim Deman. Lihat artikel lama Masjid (mosque of) Kampung Gombang, Muar.... Perjalanan mencari jejak Dinasti Al-Kamil ini menyaksikan isteri dan anak kecil kami Al-Rasyid pertama-kali sampai ke sini.



Ini adalah pemandangan menghulu Sungai Muar dari hadapan masjid. Teringat Hikayat Malim Deman ada menyebut (kalau tak salah ingatan) Malim Deman yang merupakan anakanda kepada Malim Dewa menghilir Sungai Muar dengan menaiki rakit diraja yang dipanggil Balai Gambang.



Sudah disebut beberapa kali di blogspot ini bahawa ada tertera dalam Hikayat Malim Dewa juga Hikayat Malim Deman tentang kisah Tuanku Gombang Malim Dewa meninggalkan Aceh lalu membuka negeri baru bernama Kuala Bandar Muar. Turut disebut dalam artikel-artikel terdahulu bahawa setakat boleh ditemui dalam sumber lain, cuma kisah Sultan Muhammad Al-Kamil yang meninggalkan Bandar Khalifah (dalam kerajaan Perlak yang kemudian diserap ke dalam Aceh) lalu membuka negeri baru di Muar sahaja yang memiliki ciri penghijrahan serupa. Entah kenapa, sejak sebulan kebelakangan saya asyik terfikir tentang Dinasti Al-Kamil yang saya percaya merujuk kepada dinasti raja-raja yang berasal dari keturunan Abdullah Al-Kamil bin HassanAl-Muthanna bin Saidina Hassan. Untuk pengetahuan memang keturunan Abdullah ramai menjadi raja dan para pemimpin besar, antaranya raja-raja yang masih wujud di Maghribi, Syarif-syarif Mekah yang menurunkan Sultan-sultan Brunei dan Raja Jordan juga Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang saya percaya banyak meninggalkan keturunan menjadi raja dan wali di Alam Melayu.

Saya juga percaya Sultan Muhammad Al-Kamil adalah dari keturunan Abdullah Al-Kamil. Tapi biarlah perkara ini dikupas pada artikel akan datang. Buat masa ini eloklah difikirkan, di Malaysia ini cuma keSultanan Perak yang ada memakai rakit diraja Balai Gambang untuk menyusuri Sungai Perak ketika pertabalan. Elok juga difikirkan apakah yang menyebabkan Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman ditulis kembali oleh Pawang Ana di Perak? Sedangkan kedua-dua hikayat merujuk pada watak Malim Dewa yang datang dari Aceh lalu berkerajaan di Muar.

Sebagai penutup artikel eloklah disebut, semakin hari saya semakin yakin bahawa Tuanku Gombang Malim Dewa dengan Sultan Muhammad Al-Kamil adalah orang yang sama. Keyakinan ini memuncak apabila melihat ciri-ciri tertentu yang terdapat di Putrajaya . Baca Petunjuk baru tentang kerajaan lama di Putrajaya? yang dibuat 3 minggu lalu. Oh, melihat balik masjid dari tepian Sungai Muar, apakah begitu rupanya Balai Gambang yang pernah digunakan Malim Deman? :]


Nota: Isnin 23 Ogos. Penerangan tambahan tentang Syiah Alawiyah yang dikatakan muncul di Perlak diambil daripada komen yang baru dibuat tadi...

Merujuk pada reaksi atau jawaban saya sendiri pada komen artikel "Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Singgah dahulu ke makam Sultan Alauddin" yang telah disertakan sebagai isi untuk artikel sambungan ini, jawaban yang berbunyi begini...

"... sepertimana ada yang menyebut pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan Syiah Alawiyah yang dipimpin Nakhoda Khalifah ke Perlak padahal perkataan Alawiyah itu merujuk kepada keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Al-Rumi bin Muhammad Naqib bin Ali Uraidhi bin Imam Jaafar As-Sadiq yang banyak beranak-pinak di Hadramaut. Alawi itu sendiri lahir sekitar tahun 950 Masihi, jadi mana mungkin ada kaum Alawiyah datang ke Perlak tahun 804 Masihi?"

Biar ditambah bahawa ini mungkin contoh yang kurang sesuai. Walaupun perkataan Alawiyah itu selalu merujuk kepada keturunan Nabi Muhammad SAW di Hadramaut, apabila dibaca balik beberapa teks berkaitan, ternyata ia juga merujuk kepada para penyokong Ali iaitu selepas berlaku pergaduhan menantu Nabi ini dengan Muawiyah yang membawa kepada, antara lain, Perang Siffin, orang2 yang juga dipanggil Syiatul Ali (para pengikut Ali... Syiah dari segi bahasa bermaksud pengikut/ penyokong).

Dalam konteks kemudian hari iaitu selepas keturunan di Hadramaut telah berkembang beranak-pinak lebih kurang tahun 1000 Masihi ke atas, memang ia lebih merujuk kepada anak cucu Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir. Sebab itu para Sayyid dan Sharifah dari Hadramaut, Yaman juga disebut sebagai kaum Alawiyah. Tetapi dalam konteks awal Syiah Alawiyah sebagai para penyokong Ali, maka ia telah wujud seawal sekitar tahun 660 Masihi, lalu angkatan 100 orang yang datang ke Perlak tahun 804 Masihi boleh disebut sebagai Syiah Alawiyah kerana mereka memang menyokong kepimpinan Ali dan anak-cucunya.

Apapun ini tidak menolak penerangan saya mengenai takrif Sunni dan Syiah yang belum wujud pada awal perkembangan Islam. Sekali lagi biar ditekankan... takrif ini cuma wujud selepas ada Mazhab yang 4 iaitu semasa zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, sekitar 100 tahun selepas Rasulullah SAW wafat. Maka tentunya tidak muncul persoalan samada Syiah atau Sunni yang mula2 membawa Islam ke Nusantara pada tahun 30 Hijrah seperti disebut dalam sesetengah pengajian.

Nota lagi: Baru pagi Isnin ini saya mendapat tahu bahawa peristiwa Fathul Mekah atau pembukaan Mekah berlaku pada 10 Ramadhan. Untuk pengetahuan, itulah satu-satunya peristiwa terawal dalam sejarah Nabi yang menunjukkan kemenangan mutlak Islam... iaitu setelah para penganut Islam yang berasal dari Mekah terbuang akibat penindasan terhadap mereka oleh kaum kafir Quraish, membawa kepada penghijraan Rasulullah SAW dan orang-orang Muhajirin ke Madinah. Bermulalah episod mereka bersaudara dengan orang Ansar penduduk asal Madinah dalam menangani cabaran bersama... antaranya berperang dengan orang Jahiliyah Mekah dan sekutu mereka dalam Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Namun pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah (630 Masihi) pengaruh Islam sudah meningkat cukup kuat sehingga mereka dapat masuk ke Mekah tanpa mendapat apa-apa tentangan.

Saya mendapatkan tahu tentang ini setelah cuba mencari apakah perkara penting yang telah berlaku pada 10 Ramadhan. Sesuatu telah berlaku selepas Maghrib malam Jumaat baru ini yang menandakan 'menetas' atau terbukanya satu perkara yang mungkin ada kena-mengena dengan pencarian mengenai Dinasti Al-Kamil dan ketika itu sudah masuk 10 Ramadhan. Kebetulan artikel "Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Warisan Tuanku Gombang Malim Dewa?" ini dibuat tengahari Jumaat. Jadi biar nota tambahan diletak sekurang-kurang sebagai peringatan buat diri saya sendiri.

Biar juga diletakkan seperenggan-dua kata-kata sebuah tulisan dari waris berkenaan yang disampaikan kepada saya lebih kurang 8 tahun lalu, waris yang menyokong telahan saya bahawa terdapat ramai anak cucu Saidina Hassan wujud di Tanah Melayu tetapi tidak menyedari akan darah Ahlul Bait yang mengalir dalam diri mereka. Ketika itu saya baru mendapat alamat bahawa Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang dikatakan menulis "Batu Bersurat Terengganu" itu berketurunan Saidina Hassan lalu perkara ini dibenarkan oleh waris itu. Biar dicopy and paste kata-kata tersebut seperti diletakkan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" (terbit November 2007), dari bab bertajuk "Tok Pulau Manis, Batu Bersurat Terengganu dan beberapa warisan Aceh"...


Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.

Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.

Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…

34 ulasan:

Radzi Sapiee berkata...

Salam. Merujuk pada reaksi atau jawaban saya sendiri pada komen artikel "Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Singgah dahulu ke makam Sultan Alauddin" yang telah disertakan sebagai isi untuk artikel sambungan ini, jawaban yang berbunyi begini...

"... sepertimana ada yang menyebut pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan Syiah Alawiyah yang dipimpin Nakhoda Khalifah ke Perlak padahal perkataan Alawiyah itu merujuk kepada keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Al-Rumi bin Muhammad Naqib bin Ali Uraidhi bin Imam Jaafar As-Sadiq yang banyak beranak-pinak di Hadramaut. Alawi itu sendiri lahir sekitar tahun 950 Masihi, jadi mana mungkin ada kaum Alawiyah datang ke Perlak tahun 804 Masihi?"

Biar ditambah bahawa ini mungkin contoh yang kurang sesuai. Walaupun perkataan Alawiyah itu selalu merujuk kepada keturunan Nabi Muhammad SAW di Hadramaut, apabila dibaca balik beberapa teks berkaitan, ternyata ia juga merujuk kepada para penyokong Ali iaitu selepas berlaku pergaduhan menantu Nabi ini dengan Muawiyah yang membawa kepada, antara lain, Perang Siffin, orang2 yang juga dipanggil Syiatul Ali (para pengikut Ali... Syiah dari segi bahasa bermaksud pengikut/ penyokong).

Dalam konteks kemudian hari iaitu selepas keturunan di Hadramaut telah berkembang beranak-pinak lebih kurang tahun 1000 Masihi ke atas, memang ia lebih merujuk kepada anak cucu Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir. Sebab itu para Sayyid dan Sharifah dari Hadramaut, Yaman juga disebut sebagai kaum Alawiyah. Tetapi dalam konteks awal Syiah Alawiyah sebagai para penyokong Ali, maka ia telah wujud seawal sekitar tahun 660 Masihi, lalu angkatan 100 orang yang datang ke Perlak tahun 804 Masihi boleh disebut sebagai Syiah Alawiyah kerana mereka memang menyokong kepimpinan Ali dan anak-cucunya.

Apapun ini tidak menolak penerangan saya mengenai takrif Sunni dan Syiah yang belum wujud pada awal perkembangan Islam. Sekali lagi biar ditekankan... takrif ini cuma wujud selepas ada Mazhab yang 4 iaitu semasa zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, sekitar 100 tahun selepas Rasulullah SAW wafat. Maka tentunya tidak muncul persoalan samada Syiah atau Sunni yang mula2 membawa Islam ke Nusantara pada tahun 30 Hijrah seperti disebut dalam sesetengah pengajian.

Tanpa Nama berkata...

Menurut sejarah, antara tahun 1275-1286 M, merupakan tahun-tahun penting bagi daerah pesisir timur Sumatera Utara. Di tahun inilah Kesultanan Daya Pasai, sebuah kesultanan yang disinyalir dipengaruhi secara budaya oleh pemerintahan Dinasti Fatimiyah di Mesir, memperluas daerah kekuasaannya dan mendirikan pemerintahan bawahan di Bandar Kalipah. Pemerintahan ini yang dikenal bernama Kesultanan Bandar Kalipah, disinyalir menjadi faktor utama dalam memperkenalkan Islam secara institusional kepada orang-orang Karo yang bermukim di wilayah tersebut. Secara geografis, penduduk Karo terdiri dari dua kelompok masyarakat; pegunungan dan pesisir.

Pemerintahan pertama dipegang oleh Muhammad al-Kamil dengan gelar Sultan Muhammad al-Kamil Perkasa Alam. Daerah kekuasaan kesultanan ini meliputi daerah-daerah antara Sungai Deli dan Sungai Asahan, yang kebanyakan merupakan orang-orang Karo. Konon, kepiawaian Muhammad al-Kamil, yang dikenal kemudian dengan nama Sultan Muhammadsyah, beserta permaisurinya Putri Ratna Hussin masih dikenang sampai sekarang.

Kesultanan Bandar Kalipah diyakini kemudian mengalami kegoncangan politik akibat perubahan-perubahan kekuatan di Selat Malaka dengan munculnya Majapahit di pihak lokal dan Mesir, Arab, Persia, India dan Cina di pihak asing.

Saat Kesultanan Daya Pasai berhasil dikuasasi oleh kekuatan baru yakni Kesultanan Samudera Pasai, Sultan Muhammad al-Kamil Perkasa Alam, Sultan Bandar Kalipah, segera mengambil sebuah kebijakan penting dengan menyatakan kemerdekaan negaranya dari dominasi kekuatan manapun, pada tahun 1286.

Pada saat itu pula, Kesultanan Samudera Pasai, yang didirikan oleh orang Batak yang masuk Islam bernama Merah Silu alias Malik al-Shaleh, mengklaim semua daerah bawahan Daya Pasai menjadi bagian dari wilayah kekuasaannya. Akibatnya, perang antara kedua pasukan tidak terelakkan. Pasukan Samudera Pasai berhasil menguasai Bandar Kalipah dan Sultan Muhammad al-Kamil Perkasa Alam bersama permaisurinya dan pasukannya mengungsi ke Muar Malaya dan di sana mereka mendirikan kekuasaan baru yang bernama Kesultanan Muar Malaya. Di Semenanjung Malaysia ini, mereka berhasil membangun sebuah pemerintahan yang mapan, sekitar satu abad sebelum munculnya Kesultanan Malaka yang terkenal itu pada tahun 1383 M.

Pada masa pemerintahan Kesultanan Samudera Pasai ini, orang-orang Karo semakin terlibat dalam pembangunan kebudayaan dan peradaban Islam, khususnya mazhab syafii, sesuai dengan mazhab yang dianut oleh kesultanan baru tersebut.

Setelah empat belas tahun, orang-orang Karo berada dalam pemerintahan Samudera Pasai, sekitar tahun 1300 M pasukan Kesultanan Dehli dari India, mencoba masuk ke Selat Malaka dan menguasai daerah-daerah sekitar Sungai Deli sampai ke Delitua. Selama lima puluh, orang-orang India tersebut memimpin sebuah provinsi bawahan dari India bersama orang-orang Karo.

Pasukan dari India ini, setelah itu mengundurkan diri akibat perubahan pemerintahan di negaranya dari tangan Sultan Kilzi ke Sultan Taklak pada tahun 1350 M. Selama lima puluh tahun tersebut, persatuan budaya antara orang-orang Karo dengan India menghasilkan sebuah harmonitas dengan peninggalan-peninggalan sejarah, berupa kuburan dan makam, yang sampai sekarang masih terdapat di sekitar Sungai Deli, sebuah peninggalan yang dihormati oleh orang Melayu maupun Karo.

Sementara itu, orang-orang Karo di luar Delitua, khususnya di Kerajaan Haru Wampu, dan daerah lainnnya terpaksa mengalami krisis politik yang mendalam saat wilayah-wilayah tersebut dikuasasi oleh tentara Majapahit. Perang antara pasukan Majapahit dan Samudera Pasai tidak terelakkan pada tahun 1339 M. Puncaknya, pasukan Samudera Pasai dipimpim oleh Panglima Mula Setia memukul mundur pasukan Majapahit yang membuat pos di Tamiang. Tentara Majapahit kacau balau melarikan diri.

Tanpa Nama berkata...

Paska krisis politik yang mencekam tersebut, pembangunan di Kesultanan Samudera Pasai berangsur pulih dan kemajuan peradaban dapat ditingkatkan. Di masa inilah diyakini banyak orang-orang Karo yang turun dari pegunungan mulai banyak mengenal Islam saat berinteraksi dengan masyarakat asing yang singgah. Salah satu ilmuwan yang singgah di Kesultanan Samudera Pasai adalah Ibn Batutah pada tahun 1345 M.

Banyak juga tokoh-tokoh yang dikenal pada zaman setelah itu (1451 M) di antaranya, Datuk Sahilan yang dikenang sebagai tokoh yang memperkenalkan Islam kepada orang-orang Batak di daerah-daerah Sungai Asahan sampai ke Simalungun, Kisaran, Tinjauan, Perdagangan, Bandar, Tanjung Kasau, Bedagai, Sungai Karang dan Bangun Purba. Datuk Sahilan merupakan ulama Melayu yang memperkenalkan Islam ke pedalaman daeah Batak.

Orang-orang Karo semakin banyak yang berpendidikan dan semakin banyak pula yang terlibat sebagai elit-elit pada masyarakat, baik di bidang pendidikan, agama maupun politik. Puncaknya, pada tahun 1497 M, seorang Karo bernama Manang Sukka, yang menjadi panglima pada kesultanan kecil salah satu kesultanan yang akhirnya membentuk Kesultanan Aceh Darussalam, menjadi menantu sang Sultan.

Dia bersama tiga iparnya, para putera mahkota, memperluas Kesultanan baru tersebut sampai meliputi hampir semua wilayah Sumatera. Ketiga iparnya itu adalah Sultan Ali Mughayat Syah, Laksamana Tuanku Burhanuddin Syah dan Laksamana Tuanku Ibrahimsyah.***


link asal:

http://silenttalker.multiply.com/journal/item/2

Fida Anggun berkata...

salam,

terima kasih atas perkongsian maklumat.

Tanpa Nama berkata...

Pesona bermata biru


http://sedjarah.blogspot.com/2006/03/pesona-mata-biru-di-lamno.html

Tanpa Nama berkata...

Hikayat Putri Betung

Alkisah dalam Hikayat Aceh dan Hikayat Raja-raja Pasai, asal-usul yang menurunkan kemuliaan dan kebesaran Sultan Iskandar Muda yang bertakhta di Aceh Darussalam dan raja-raja Samodra Pase (Aceh Utara) adalah rahim bidadari yang diberi nama Putri Betung. Ia adalah anak bidadari yang ditemukan Raja Muhammad di hutan. Raja mengangkatnya sebagai anak dan kelak dinikahkan dengan Merah Gajah, anak raja Ahmad, saudara tua Raja Muhammad. Versi Hikayat Aceh menyebutkan perkawinan Putri Betung dengan Merah Gajah melahirkan dua anak, laki-laki dan perempuan, masing-masing bernama Sultan Ibrahim Syah dan Putri Sapiah. Sementara versi Hikayat Raja-raja Pasai menyatakan bahwa Putri Betung melahirkan dua anak laki-laki bernama Merah Silu yang selanjutnya bergelar Sultan Malik As Shaleh, pendiri Kerajaan Samodra Pase, dan Merah Hanum.

Kisah Putri Betung ini menarik untuk disimak karena selain memiliki simbol sebagai Rahim Mulia, yang menjadi perantara lahirnya raja-raja besar, juga memiliki cacat tubuh. Lazimnya, seorang putri adalah perempuan yang digambarkan cantik jelita, dengan tubuh sempurna, dan perilaku patut. Namun, menurut Hikayat Aceh, di bagian kanan dagu sang putri ditumbuhi sehelai rambut panjang dan berwarna putih mencolok. Sang suami, Merah Gajah yang bergelar Raja Syah Muhammad, tak senang terhadap "ketaksempurnaan" di tubuh istrinya. Pada suatu hari, sang raja meminta agar istrinya mencabut "rambut asing" di tubuhnya itu. Permintaan ini ditampik sang putri dengan alasan jika rambut itu dicabut niscaya akan terjadi perceraian di antara mereka. Sang raja diam saja, namun di saat melihat sang istri sedang tidur, dicabutnya "rambut asing" tadi. Maka terjadilah… dari dagu sang dewi, dari liang bekas cabutan rambut, mengalir tiga titik darah putih, Putri Betung pun meninggal.

Kejadian itu membuat Raja Muhammad, ayah Putri Betung, marah. Dikirimnya pasukan untuk menyerbu Raja Muhammad Syah hingga terbunuh. Ketika mendengar sang raja terbunuh, Raja Ahmad pun marah, lalu mengirim pasukan untuk menyerbu Raja Muhammad. Dua bersaudara itu pun berperang hingga musnahlah dua kerajaan itu.

Jadi, dari rahim Putri Betunglah lahir raja-raja, yang uniknya diakui oleh kemaharajaan Aceh Darussalam dan Samodra Pase. Kedua kemaharajaan itu bersaing memperebutkan Putri Betung, yang berasal dari dunia supernatural, untuk melegitimasi kebesarannya. Serupa dengan ini adalah raja-raja Mataram yang selalu dikisahkan beristri Ratu Kidul. Artinya, keadiluhungan seorang raja dikarenakan menguasai dua dunia, supernatural dan natural. Sedangkan Merah Gajah, selaku ayah yang menurunkan raja-raja besar itu, tak diketahui asal-usulnya. Meski begitu, kekuasaan Putri Betung itu hanya ditempatkan sebagai perantara atau agen yang melahirkan raja-raja besar (baca: kekuasaan laki-laki).

Tanpa Nama berkata...

Raja Muhammad > Putri Betung

Raja Ahmad > Merah Gajah (Muhammad Syah)

Raja Muhammad dan Raja Ahmad adalah adik beradik.

Putri Betung (anak angkat)kahwin dengan Merah Gajah mendapat:-

> Sultan Ibrahim Syah dan
> Putri Sapiah

Setengah pendapat mengatakan mendapat 2 anak lelaki :

> Merah Silu
> Merah Harum

Setelah berperang dan hancur kota2 dari 2 pemerintah itu, Merah Gajah@ Muhammad Syah dan isteri kedua melarikan diri ke Muar.

Merah Silu mendirikan kerajaan Samudra.

Tanpa Nama berkata...

Gen XI tok kadok.
salam ramadhan almubarak buat bapak radzie empunya blog serta bapakx dan ibux yg sering hadir disini.
mohon penjelasan pak berkaitan kaum Batak dari suku yang mana di maksud kan, terdapat 6 suku kaum batak termasuk mandailing, antara suku ini ada yang tidak suka di kenali sebagai suku batak. buat informasi mereka ini majoritas adalah beragama kristien, suku batak yang beragama islam lebih bersifat minoritas sahaja. persoalannya bapak sepertinya mau menyama taraf kan semua sukux batak yang ada menjadi satu, bahaya pak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah ayah Merah Silu bernama Sultan Muhammad Syah, jadi ayahnya merah silu lah yg terlebih dahulu masuk islam, dan tok merah silu pun dah tentu masuk islam juga.

Macam mana pulak dengan cerita islam pertama kali mula sejak merah silu masuk islam?

Sumber dibawah menyebutkan bahwa pada awal bulan Zulkaidah 610 Hijrah (1213 M), telah meninggal di kerajaan itu (Samudera Pasai) seorang Wazir Sultan Al Kamil yang bernama Maulana Quthubulma’ali Abdurrahman Al Pasi.

http://sejarahacehpasai.blogspot.com/2009/11/kerajaan-islam-samudera-pasai.html

Tanpa Nama berkata...

Silsilah Raja Acheh

link

http://sejarahacehpasai.blogspot.com/2009/11/silsilah-raja-raja-aceh.html

Tanpa Nama berkata...

Blang Seupeng
[Pusat Kerajaan Jeumpa]
|
|
Meurah Jeumpa
|
anak perempuan bernama Mayang Seludang X dengan Syahriar Salman dari Kerajaan Sassanid Persia
|
|
mendapat 4 org anak lelaki dan 1 perempuan
|
|
1)Syahir Nuwi (Perlak)

2) Syahir Dauli (Pidie)

3) Syahir Dauli (Meurah Jeumpa di Bireun)

4) Syahir Tanwi

5)Putri Tansyir Dewi X dengan Sayyid Maulana Ali Mukhtar mendapat anak Sultan Alaidin Sayyid Maulana Abdul Aziz

Sayid Maulana Ali al-Muktabar berfaham Syiah, merupakan putra dari Sayid Muhammad Diba‘i anak Imam Jakfar Asshadiq (Imam Syiah ke-6) anak dari Imam Muhammad Al Baqir (Imam Syiah ke-5), anak dari Syaidina Ali Muhammad Zainal Abidin, yakni satu-satunya putra Syaidina Husen, putra Syaidina Ali bin Abu Thalib dari perkawinan dengan Siti Fatimah, putri dari Muhammad Rasulullah saw.



Turunan seterusnya:

Sultan Makhdum Alaidin Malik Ibrahim Syah Johan Berdaulat mempunyai 3 org anak

1) Meurah Makhdum Alaidin Ibrahim Syah

2) Maharaja Makhdum Syah (Raja Salasari Islam I)

3) Meurah Makhdum Malik Isaq (Negeri Isaq I) MENDAPAT ANAK bernama

- Meurah Malik Nasir (Tok Mersa - Raja Isaq II) MEMPUNYAI 7 ANAK :-

i) Meurah Makhdum Ibrahim (cucu nya bernama Malikul Saleh yg kemudian hari mendirikan Samudera Pasai)

ii) Meurah Bacang (Kerajaan Bacang Barus)

iii) Meurah Putih (Kerajaan Beuracan Merdu)

iv) Meurah Itam (Kerajaan Simalangga)

v) Meurah Pupok (Kerajaan Daya Barat)

vi)Meurah Jernang (Kerajaan Seunagan)

vii)Muerah Mege (Muego) (Raja Isaq III)
Turunan Mege berkahwin dengan puteri bugis dan menggunakan nama Daeng

Tanpa Nama berkata...

Yerla ada beza tu, batak islam dengan batak bukan islam.

Allah pandang semua bangsa sama saja, tak kira asli, hitam ka, putih ka, coklat ka, hijau ka.

Kalau bangsa elok2, tapi suka menghina orang, ini dinamakan apa dari sudut pandangan Islam? Allah dan Nabi Muhammad pun tak suka orang camni.

Bila aku baca sejarahacheh kat link atas, bukan saja gayo tu batak malah berasal keturunan dari org yg mempelopori syiah merah silu tu.

Itula suka sangat menghina org, tak disedar yg dihina adalah asal keturunan sendiri. Cuma tak tau aja.

Tanpa Nama berkata...

alahai, sini mana ada org batak. itu pun mau kecoh!

cuma, kalau pergi indon hati2 la skit, takut kena ganyang atau kena baling najis. Indon2 skrg ni bukan leh harap. Tak sedar di untung dorang ni.

Radzi Sapiee berkata...

Isyyy. Tak habis2 ada orang nak menegakkan benang basah Batak. Apa beza Batak Islam dengan bukan Islam? Bezanya bukan pada Batak tapi pada Islam atau bukan Islam. Banyak beza tu kecuali pada orang yang mengaji tak habis... atau mengaji pada guru yang sebenarnya tak habis mengaji.

Bab Merah Silu dikatakan Batak Gayo... itu sebenarnya dakwaan pihak Batak yang diambil daripada buku "Pongkinangolngolan Sinambela gelar Tuanku Rao" tulisan Mangaradja Onggang Parlindungan terbitan Penerbit Tandjung Pengharapan tahun 1964. Isi buku ini telah pun disanggah Prof Hamka dalam satu seminar tahun 1960an juga dengan sebuah buku tulisannya bertajuk "Tuanku Rao : Antara fakta dan khayalan". Kata Hamka, buku Batak itu 80 % bohong dan khayalan. Namun saya ambil bab mengenai Dinasti Al-Kamil untuk difikirkan kembali kerana setakat yang saya jumpa itulah satu2 sumber yang ada menyebut tentang Sultan yang meninggalkan Bandar Khalifah ke Aceh lalu berhijrah ke Muar.

Biar ditegaskan sekali lagi, dakwaan bahawa Merah Silu kononnya adalah keturunan Batak Gayo adalah bohong. Mangaraja Parlindungan sampai menyebut Merah Silu mukanya bertatu (tatoo) dan suka makan cacing. Itu adalah PEMBOHONGAN BATAK yang sangat besar, pembohongan yang didukung oleh penjajah dan pendakwa Kristian yang mahu merosakkan perpaduan Islam di Sumatera, tidak sekali2 disokong orang Batak yang Islam.

Masalahnya Batak pembohong tetap mahu merujuk pada dakwaan ini yang disebar-luas dalam blog2 pro-Batak, kononnya inilah hasil kajian ilmiah. Kenapa tak dirujuk juga kepada sumber lain seperti catatan Ibnu Batutah tentang peribadi Sultan Malikul Zahir yang merupakan anak atau cucu Sultan Malikus Saleh? Mengapa tida merujuk pada nasab Raja-raja Perlak yang menyatakan Malikus Saleh sebagai keturunan Raja2 Perlak iaitu keturunan bangsawan Arab campur Persia?

Aduhai penyokong Batak. Ilmu anda dangkal, rujukan anda sempit namun anda mahu terus bersalak. Ketahuilah bahawa dakwaan Sultan Malikus Saleh itu kononnya berketurunan Batak Gayo adalah satu pembohongan dan penghinaan besar kepada seorang Raja Wali yang sebenarnya berdarah Ahlul Bait. Selepas ini apa2 komen yang berbau begini akan didelete begitu sahaja. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Kalau malikul salih tu org batak pun apa salahnya. Cuma makan cacing dan tatoo tu agak terlebih lah sikit. Tapi tak juga salah dan hairan, jika beliau sebelum ini memang bukan islam. Selepas menjadi islam, lihat beliau merupakan seorang hamba allah yg taat.

Dalam satu ayat quran mengenai isra' dan miqraj, ada prkataan "abdi" disebut. Sungguhpun nabi telah naik ke langit, nabi tidak dikatakan pendamping tapi sebagai abdi ertinya seorang hamba yg taat kepada perintah allah. Mungkin dimasa lalu seseorang itu mempunyai kehidupan yg amat hitam, tapi tak mustahil selepas di beri hidayah, mereka menjadi hamba yg taat dan tawaduk sekali. Tak perlu diungkit cerita lama, dan pada pandangan Allah org itu bersih dan kisah lama atau penghidupan jahil di masa lalu tidak membatalkan atau menjatuhkan diri dikala kehidupan bersihnya kini.

Jika seseorang itu dianggap pembohong, maka dari segi islam, segala yg ditulisnya adalah bohong belaka dan tidak diwajar walau diambil sebesar zarah pun. Tapi berlainan pula dengan empunya blog, mengambil bahagian2 yg dirsakan perlu dan sesuai dengan selera.

Semua karya si penipu tidak wajar diambil walau sekecil mana pun. Perasan suka menghina dan memandang rendah telah menyukarkan saudara utk menerima realiti dan hasilnya terpaksa mengambil fakta2 secara "pilih pilih" walaupun dari sources yg diragui. Malang sekali hidup saudara. Dalam khayalan rupanya.

Makhdum itu mungkin dari parsi, tapi tidak ibunya. Kalau dah nusantara dan tanah gayo itu kepunyaan batak, puteri yg dikahwini itu batak. Separuh dari diri makhdum itu adalah batak juga.
batak yg rendah dan gemuk. Itu dapat dilihat dari fizikal diri tuan blog sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Biring Si Kunani
INI KATAX SAUDARA UNTUK INGATAN:
Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan!

INI PENDAPAT YANG WAJIB DI AMBIL KIRA:(pemunya: maaf copy n paste)
Semua karya si penipu tidak wajar diambil walau sekecil mana pun. Perasan suka menghina dan memandang rendah telah menyukarkan saudara utk menerima realiti dan hasilnya terpaksa mengambil fakta2 secara "pilih pilih" walaupun dari sources yg diragui. Malang sekali hidup saudara. Dalam khayalan rupanya.

jadi fikirx dan renungx kan darimana asal usul saudara, hendak kemana dan buat apa. toleh lah kebelakang sekali sekala dan jangan berjalan terlalu mendongak dan mendabik dada. ingatlah Allah tengah memberi rezeki tu.....

apa sahaja yang bakal berlaku kembalilah kepada katax sauadara sendiri, di awal mula pertama mula di atas pembuka kata Blog anda.

Radzi Sapiee berkata...

Pada saya tiada masalah jika betul pun Sultan Malikus Salih beribukan orang Batak Gayo atau ada darah Gayo. Lihat penerangan di http://merahsilu.blogspot.com/2010/08/petualangan-al-rasyid-ke-aceh-ke-tasik.html. Untuk makluman, saya tidak menghina Batak malah menyamakannya dengan tamadun Bugis yang boleh dikaitkan dengan kerajaan Saba' dan Ratu Balqis. Kalau ada penghinaan pun ia sebenarnya ditujukan kepada individu tertentu yang sudah banyak kali membuat kacau di blogspot ini. Orang ini pernah cuba menyatakan 'kelebihan Batak' lalu bila tidak diterima membuat kacau sehingga cuba memburuk dan memfitnah saya juga melaga-lagakan pengunjung di blogspot.

Apapun saya lebih menekankan keturunan sebelah bapa atas bapa iaitu patrilineal kerana di sini diukur pewarisan tanggungjawab kepimpinan dalam pemerintahan dan kerajaan. Inilah keturunan induk yang kedudukannya amat penting dalam menentukan peranan apalagi pada akhir zaman di mana para Ahlul Bait akan mengetuai setiap yang lain. Lihat lagi penerangan di http://merahsilu.blogspot.com/2010/08/petualangan-al-rasyid-ke-aceh-ke-tasik.html.

Seorang Syarifah yang berketurunan Nabi anaknya tidak lagi dikira Sayyid jika berkahwin dengan lelaki bukan Sayyid. Walaupun anak ini tetap ada darah Nabi dia harus memberi laluan kepada darah keturunan lelaki atas lelaki yang lebih afdal. Oleh itu saya menegaskan Malikus Salih adalah dari keturunan Ahlul Bait walaupun ada kemungkinan beliau memiliki darah Batak/Gayo dari sebelah perempuan. Jika saudara/ saudari betul orang budiman yang ingin menggambarkan ciri-ciri Batak yang harus dibanggakan maka berlapanglah dada dan berfikiran terbuka lalu terimalah penerangan saya. Lihat lagi http://merahsilu.blogspot.com/2010/08/petualangan-al-rasyid-ke-aceh-ke-tasik.html di mana raja-raja Aceh lama yang didakwa pihak pro-Batak sebagai dari kalangan mereka sebenarnya berdarah Arab-Parsi tetapi memerintah kerajaan Batak.

Tentang mengambil bahagian terpilih dari cerita seorang yang dikatakan pembohong pula ia bukanlah sesuatu yang dangkal. Saidina Ali pernah berkata, lihatlah apa yang dikata bukan siapa yang berkata. Apakah seorang pembohong tegar boleh dikatakan tidak benar apabila menyebut 2 + 2 adalah 4, atau 4 +4 adalah 8? Tentu tidak. Perbuatan mengatakan orang yang pernah berbohong sentiasa sahaja berbohong lalu kata-katanya tidak boleh dipakai langsung itu adalah teknik memenangkan hujah yang sering dipakai peguam. Dalam mencari kebenaran dengan jujur kita harus meneliti setiap perkataan lalu diasingkan mana yang bohong atau salah, mana yang boleh dikupas lebih mendalam. Itulah yang saya cuba buat, kalau tidak buat apa saya mengambil kata-kata seorang Batak sebagai rujukan?

Dengan itu saya mengambil bahagian buku Mangaraja Onggang Parlindungan tentang Dinasti Al-Kamil dan Sultan Malikul Mansur sambil cuba menapisnya agar dapat bertemu kebenaran yang boleh dikumpul melalui pengembaraan jua petunjuk dalam mimpi berserta solat Istikharah. Sekali lagi terpilihlah untuk saudara/saudari untuk menunjukkan sifat mulia agar nama Batak terbela dengan tidak terus mendesak-desak memaksa orang menerima cerita atau sejarah versi Batak apalagi mahu menyebut seluruh Nusantara kononnya pernah dikuasai Batak. Biar ditegaskan saya bukan orang Batak lalu tetap tidak akan menerima apa-apa usaha untuk memBatakkan saya dan nenek-moyang saya. Dengan kata-kata yang elok saya akan menghormati saudara/ saudari. Sebaiknya kalau diteruskan kata-kata kasar apalagi dengan dibuat dakwaan melulu terus mendesak dan memaksa maka saudara/saudari cuma akan saya pandang sebagai hamba abdi yang pernah dijual di Teluk Batak (kini dinamakan Teluk Batik), Lumut, Perak dan juga mereka yang pernah dimiliki nenek moyang saya di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan tapi ditangkap ketika cuba melarikan diri lalu dirabit telinga. Lalu segala komen anda akan didelete serta-merta dan anda tidak akan lagi diberi muka. Sekian wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Ada ramai ke Batak dalam Malaysia ni sampai nak dijadikan isu. Pertama kali aku dengar ada orang Batak dalam Malaysia.

Radzi Sapiee berkata...

Ada memang ada tapi dulu tak berani mengaku Batak in the open sebab takut dipandang rendah sebagai orang tak bertamadun, makan daging orang dan sebagainya. Tapi sejak tahun 2007 ada semacam satu gerakan untuk "memperkasakan" Batak dengan memakai fakta-fakta khayalan terutama daripada buku Mangaradja Perlindungan walhal isi buku itu telahpun disanggah secara terbuka lagi ilmiah 40 tahun lalu. Maka mereka yang sudah lama mengalami inferiority complex pun mula membuat dakwaan yang bukan2 di Internet.

Rasanya ini gerakan yang ditaja pihak bukan Islam yang mahu memecah-belahkan masyarakat Islam, antaranya dengan menimbulkan kebanggaan diri Batak yang pernah dikaitkan dengan agama Parmalim mereka sebelum Islam sambil cuba menjatuh taraf keturunan Ahlul Bait yang bakal memimpin ummah. Nasib baiklah blogspots Batak tak popular kecuali di kalangan mereka2 sahaja. Kalau tak boleh terkena penyakit "Sayyam Puasa" menuntut takhta kerana kononnya Batak pula yang menguasai Nusantara suatu masa dahulu.

Maka ini biar ditambah. Apabila percubaan memBatakkan Merah Silu @ Sultan Malikus Salih pun gagal apabila ternyata bapa kepada bapa kepada bapa kepada bapa baginda yang dikatakan Batak Gayo itu sebenarnya berbangsa Arab-Parsi, maka dicuba pula memBatakkan Merah Silu dari pihak ibu atau mana-mana moyang perempuan. Hujah palsu pun dicipta... kononnya oleh kerana Batak itu yang menguasai Tanah Gayo di Aceh dan Nusantara, maka moyang Merah Silu yang merupakan keluarga Makhdum dari Arab-Parsi tentu mengahwini seorang wanita Batak Gayo bukan? Ini hujah yang dangkal. Baca lagi lain rujukan nescaya anda akan dapati yang menguasai Nusantara bukanlah Batak tetapi kerajaan yang dikenali Barat sebagai Sriwijaya, disebut Arab sebagai Zabaj. Ada kemungkinan ini peninggalan kerajaan Saba' dari Ratu Balqis. Tapi adakah mereka ini Batak? Sekali lagi ini adalah percubaan dangkal memBatakkan segala orang yang penting dalam kerajaan itu. Mungkin memang ada orang Batak tapi Saba' sebagai kerajaan Batak? Itu khayalan yang mencapai tahap gaban...

Itu belum lagi disebut tentang keturunan Bani Israel yang turut beranak-pinak di sini apalagi Bani Jawi yang diketahui menjadi penduduk utama Nusantara selepas zaman Nabi Ibrahim. Apakah kedua bangsa ini Batak? Rasanya bukan kecuali seperti biasa pihak Batak mahu mengambil bangsa2 besar sebagai asal-usul mereka akibat penyakit inferiority complex yang sudah menyerang begitu lama.

Kalau mahu tanya saya apakah yang lebih sesuai dikatakan asal-usul Batak maka saya rasa ia dari anak cucu Nabi Nuh dan para pengikut baginda yang ditinggalkan di Nusantara selepas banjir besar. Mereka ini sama kelompok dengan apa yang kita panggil Orang Asli atau Barat panggil Proto Malay. Pada zaman itu entah berapa ribu tahun yang lampau, mereka mungkin pernah menguasai Nusantara tetapi apabila Bani Jawi @ Deutro Malay datang sekitar 2,500-3,000 tahun lalu mereka telah kalah kepada Bani Jawi yang memiliki darah Nabi Ibrahim.

Nah, sekarang ini akhir zaman di mana darah keturunan Nabi Muhammad SAW diakui lebih utama dari lain-lain darah keturunan Nabi Ibrahim juga Nabi Nuh. Ingat, walaupun Nabi Muhammad sendiri dari keturunan Nabi Ibrahim dan Ibrahim dari Nuh, benih keturunan lain telah pun downgrade berbanding darah Ahlul Bait dan ini adalah hukum genetik dan nasab.

Semasa keturunan Rasulullah SAW datang ke Nusantara terutama di Aceh, ia telah pun diperintah Bani Jawi. Jadi Ahlul Bait seperti para Makhdum boleh mengahwini perempuan dari Bani Jawi jika tidak pun dari kalangan Ahlul Bait sendiri. Tak perlulah mencari perempuan Batak sehingga boleh dijadikan sasaran fitnah oleh mereka2 yang mengidap penyakit inferiority complex... bila diberi ruang berkata2 mereka nak lebih. Habis blogspot orang mahu dijadikan ruang mempromosi teori dangkal Batak.

Tanpa Nama berkata...

Aku pelik, kenapa boleh ada hadis dan mimpi merah silu diludahkan baru boleh mengucap? Kalau dah bapak bin bapak nya makhdum, dah tentulah islam sejak lahir sebab dikatakan merah silu tu keturunan merah mege.

Macam mana pulak kena ludah baru mengucap dan anu nya disunat? Kenapa namanya tak Makhdum aja, kalau dah bapak bin bapaknya makhdum. Nama pun silu, kenapa merah dan bukan makhdum.

Mungkin merah silu ni anak raja dari kawasan2 sekitar, yg bersaudara dengan nama2 merah yg lain. Mungkin anak kepada saudara2 lelaki dari sebelah puteri yg berkahwin dengan makhdum parsi tu.

Jadi, yg ahlulbait adalah dari keturunan makhdum saja, sedangkan kaum keluarga puteri dari jeumpa yg akhirnya menurunkan merah silu, memang asal nya belum islam.

Kalau merahsilu cucu dari makhdum2, bermakna cerita mengenai pengislaman dan hadis yg hanya ada satu mengenai suruhan ke sumatera itu terbatal.

Kemungkinan hanya boleh pilih salah satu sahaja,

A-samada merah silu bukan turunan makhdum ahlulbait, jadi pengislaman berdasarkan suruhan ke sumatera kekal sebagai satu yg boleh dipercayai dan fakta yg boleh dipakai

B-merah silu keturunan makhdum dan sekaligus terbatalnya cerita mengenai suruhan ke sumatera.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Tidak mustahil satu hari Islam tidak lagi menjadi ugama rasmi negeri in. Permusuhan sesama Islam semakin jelas dan orang2 Islam semakin berpecah.

Rasa persaudaraan dan hormat menghormati sesama Islam telah tiada. Jika dahulu seorang islam akan menjaga kepentingan saudaranya yang lain, menjaga perkataan dan lidahnya dari menyakiti sesama saudaranya, tapi kini tidak lagi, sesama Islam hina menghina dengan perkataan2 yang menyakitkan dan merendahkan.

Apakah Islam itu begitu mementingkan harta dan pangkat dalam persaudaraan. Kukuhkan Islam dengan hanya berbentengkan pangkat dan nama?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Islam menjadi lemah dalam sesebuah negara bila ujud persengketaan sesama Islam.

Lemah, bila umat islam berpecah belah.

Lemah, bila wang, darjat dan nama diutamakan.

Lemah, bila perkara2 mengenai ugama dikuasai oleh orang yg bukan ahlinya.

Lemah, bila tidak ada yg sanggup mempertahankan agamanya.

Bukanlah mendoakan, jika tidak ada sesuatu dilakukan, nantikanlah bala demi bala yg menanti.

Dan lihatlah dimana darjat kamu diketika ini.

Dan ingatlah, diakhirat adakah kamu dipanggil terlebih dahulu kerana keturunan mulia kamu. Ada mungkin hamba abdi yg pernah dihambakan oleh nenak moyang kamu dipanggil lebih dahulu dari tuan nya itu.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Biar aje le komen2 ni kecuali yang dah melampau sangat. Mungkin dari pihak Sayyam Puasa yang dah lama berdendam mencari peluang menjatuhkan orang. Bukan nak cari penyelesaian tetapi memang nak maki hamun cari salah. Dunia, dunia... tak pa le, biar dijadikan tontonan dan bukti apa sebenarnya yang diperkatakan dan bagaimana ia dirosakkan sesetengah pihak. :]

p/s: Bab kenapa Merah Silu diIslamkan tu ada beberapa pendapat. Satu, dahulu dia Islam Syiah kemudian diSunnikan. Kedua, keIslaman Merah Silu tak berapa kukuh kerana mengikut ceritanya, baginda kan jadi anak yatim piatu apabila ibundanya Puteri Betung hilang (katanya mati) akibat rambut putih di dagu dicabut suaminya Merah Gajah hingga mengeluarkan darah. Kemudian Merah Gajah pula diserang ayahanda Puteri Betung, dah bergaduh kerajaan dua besan. Semua orang mati. Jadi Merah Silu meninggalkan segala itu dalam keadaan belum betul2 terdidiklah, Sebab itu diIslamkan semula?

Sebenarnya isu di sini cuma dakwaan setengah pihak nak memBatakkan Merah Silu tapi saya tak terima itu aje. Lain2 dari itu cuma penceritaan yang saya buat mengenai Dinasti Al-Kamil, tak da pun langsung menghina atau merendahkan sesiapa. Masalahnya bila saya tak mahu terima usaha memBatakkan Merah Silu dah dituduh macam2. Tak pa le, apa nak buat? Kalau dah itu perangai Batak. Takkan nak paksa semua orang ikut juga maki-hamun?

Terimakasih kerana bagi saya pahala free... dapatlah jugak menampung ibadat yang tak seberapa... :]

Tanpa Nama berkata...

Kalau cari pahala free dengan provoke, takda juga dapat pahala. Allah tahu apa yg ada dalam isi hati hamba nya.

Radzi Sapiee berkata...

Ya. Allah memang tahu. Selamat berbuka puasa! :]

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong agar anda deleat saja pendapat2 pro-batak yang tidak bertempat dan mahu menegakkan benang basah mereka. Memang mereka kurang ajar dan suka membuat onar dalam blog orang lain kerana blog mereka kurang sambutan.

Tentang Merah Silu itu asal Batak atau bukan, saya ingat memang bukan. Saya setuju kalau dikatakan baginda itu dari keturunan Ahlil Bait yang beribukan seorang wanita dari suku Gayo Aceh.
Apa yang saya tahu sepanjang berada di Sumatera Utara dulu, orang Gayo bukanlah orang Batak, tapi salah satu suku yang terdapat di Aceh. Cuma pada satu ketika mungkin daerah Gayo ini telah ditakluk oleh orang Batak!
Jadi, apakah kerana deaerah Gayo itu sudah ditawan oleh suku Batrak, maka secara otomatis orang Gayo itu sudah jadi orang Batak?

Yang jelas, benar seperti kata Sdr. Radzi memang ada usaha orang Batak untuk membatakkan Merah Silu hanya sekdar untuk menaikkan darjat orang Batak yang sering rasa rendah diri.
Pada hal yang jelas Gayo itu sendiri bukan Batak! Dan orang Batak juga tidak perlu rendah diri kerana mereka juga dari keturunan Adam a.s. Mulia atau tidak seorang Batak itu perlu dilihat apa cara hidup mereka, apa kepercayaan mereka, dsb. Jika mereka menjadi penyembah Allah Swt. yang Maha Esa maka mulialah mereka!

Tapi jika mereka masih mahu dipesongkan oleh orang Barat sehingga sanggup mendua atau menigakan Allah Swt.maka hinalah mereka.

Semola Allah Swt. memberi petunjuk dan hidayah kepada umat manusia yang masih terpesong dari jalan Allah yang lurus..... InsyaAllah!

Radzi Sapiee berkata...

Biarlah. Boleh menjadi pengajaran untuk orang lain semua ini...

EKSA MDTangkak berkata...

Seronok membaca artikel2 tuan..sejarah kesultanan melayu dan sejarah tanah melayu
..bnyk naskah yg hilang unt dijadikan panduan..cerita dari mulut ke mulut org2 tua semakin hari semakin dilupakan ..hilang bersama mereka yg tlh pergi menghadap illahi..pendapat dan pandangan tak bole juga diketepikan. Terkilan betul kalau tidak disempurnakan nya dlm bentuk naskah bercetak agak jd panduan anak2 muda yg makin leka dan alpa. Sayalah antara mereka yg baru tersedar dr lena itu...Selamat maju jaya unt usaha murni ini..
#AnakKampungLiangBatu

Unknown berkata...

Assalamualaikum wrwb..
Blog saudara sangat indah dan logik
Dimana saudara mencari tahu asal usul islam nusantara dan darimana suku melayu berasal...
Ada kesamaan antara tulisan tuan dengan kisah yg saya dapat dari atok saya hampir serupa..

Mengenai kisah orang batak apa yang saudara tulis itu benar sekali.. tak satupun cerita mereka dapat dipercaya seperti buku yang di tulis oleh MOP yang berjudul TUANKU RAO... buku itu tidak boleh lagi diterbitkan di indonesia.. karena sumbernya tidak dapat dipercaya... bahkan buku itu dengan sengaja ingin membelokkan sejarah di nusantara..
Saya sendiri asli keturunan orang batak dan saya tinggal di sumatera utara (medan). Mengakui apa yang sudara tulis itu sungguh ilmu yang sangat berguna di kalangan sejarah nusantara.

Unknown berkata...

Gombang kampong tempat lahir ku 1964

Unknown berkata...

Diantara orang2 yg bermukim di pulau pulau dan negeri2 dan daerah2 di sumatra cuma orang batak yg mayoritasnya belum menerima nikmatnya Iman dan islam...maka adalah satu kemusykilan bila peradaban islam ketika itu di kaitkan dg kaum batak...Taklah saya bermaksud apa2.Tapi hanya ingin memperjelas indentitas ,supaya jelas Siapa sebenarnya yg dimaksudkan..

Tanpa Nama berkata...

Siapakah Puti Reno Balukih?