Nasib baik tidak lama kemudian hari kembali terang.
Antara tempat yang ingin kami lihat ialah Teluk Ramunia, kiranya di sudut bawah kanan atau paling tenggara di Semenanjung Malaysia. Apa ada di sini? Saya teringat matapelajaran Geografi atau Ilmu Alam di sekolah dahulu, rasanya sukatan Tingkatan Tiga. Dalam buku teksnya ada menyebut Teluk Ramunia adalah satu-satunya pusat perlombongan bauksit di Malaysia, satu bahan yang amat diperlukan untuk membuat aluminium. Lihat pada bukit-bukit kecil merah yang sudah ditarah. Itulah tanah-tanah yang mengandungi bauksit.
Kali pertama dan terakhir saya pernah mengambil jalan di sini ialah 12 tahun lalu, ketika mengembara seorang diri menaiki motosikal besar tahun 1997. Di Teluk Ramunia juga boleh kelihatan banyak kapal berlabuh di luar pantai. Kelihatannya mereka sekadar menunggu giliran untuk memasuki pelabuhan di Singapura. Tetapi satu sumber memberitahu, kapal-kapal ini sebenarnya membuang sisa-sisa toksik yang berbahaya ke perairan Malaysia. Sedangkan ia adalah kapal-kapal yang ada kaitan dengan pulau tempat singa berpura-pura....
Untuk pengetahuan juga Teluk Ramunia ini kedudukannya cuma sekitar 15 km sahaja ke Pulau Batu Putih. Namun Singapura yang terletak 40 km dari situ pula yang dapat menuntut pulau itu lalu meluaskan sempadan perairan mereka. Agak-agaknya sebab apa yek?
Dari Teluk Ramunia kami terus menghala barat ke Sungai Rengit.
Apakah yang istimewa tentang Sungai Rengit? Saya pun tak tahu. Tapi melihat pada patung di dataran tengah pekannya mungkin ada udang gergasi di sini? Kalau dah ada udang gergasi, tak mustahil raksasa Godzila juga ada menyorok di satu ceruk berdekatan agaknya. Heh! :]
Perjalanan menyusuri kembali pengembaraan 12 tahun lalu diteruskan dengan pergi ke Tanjung Pengelih, tempat paling hujung mengikut jalanraya yang ada. Bezanya dahulu saya berjalan seorang diri menaiki motosikal besar, kali ini bertiga bersama isteri dan anak kecil kami Al-Rasyid lebih selesa menaiki kereta...
Dari Tanjung Pengelih ada perkhidmatan feri terus ke Pulau Batam di Indonesia. Terfikir juga mahu ke sana kalau tidak kerana kesuntukan masa. Hmm... mungkin satu hari nanti. Dari Pulau Batam yang terletak di dalam Kepulauan Riau boleh pergi ke Bintan. Kemudian boleh ke Pulau Penyengat di mana terdapat makam-makam keluarga Yamtuan Muda Riau terutama Raja Haji, pahlawan Bugis tersohor abad ke 18 Masihi.
Ada sesuatu yang menarik perhatian saya tentang bukit kecil di sebelah jeti. Rasanya ada kena-mengena dengan perjalanan raja dan pahlawan dahulukala...
Puas melihat Tanjung Pengelih kami pun berkejar ke bandar Kota Tinggi lebih 60 km daripada persimpangan yang ditunjukkan dalam gambar ini. Untuk pengetahuan semua tempat yang dilawati kali ini terletak di dalam daerahnya. Ada beberapa lagi tempat di Kota Tinggi yang diharapkan dapat dilawati sebelum masuk waktu malam sedangkan ketika sampai di persimpangan pun sudah jam 5 petang!
Oh. Sudahkan anda dapat meneka di manakah kami sekeluarga bermalam seperti disebut awal tadi? Belum pasti? Tak mengapa. Lihat artikel-artikel yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH siang tadi...
Desaru from one of its best resort
Sungai Rengit of Kota Tinggi, the southern-most point of east Johor
Tanjung Pengelih, an entry-point to the Indonesian island of Batam...
8 ulasan:
heheh lalau kat tempat kampung aku tu.. nasib baik aku takde kat kampung.. kalau tak boleh join..
salam,
wah abe wie..ada dlm gambar..cantiklah resort abe awie..teringin nak melawat ke sana. Harga bilik, kasi harga kawan ye.
Ishhh....kamera MS dgn Anggun ni rosak kot..? Apasal gambo aku gemok benor..hehehehe.
Insyaallah..boleh put. Selagi masih keroje kat situ.
salamssss .. .. amboiiii abah, bukan main lagi yeah .. .. mmg anakanda confirm sahih kamera couple ms 'rosak' sebab tu laaaa jadi mcmtu .. .. tambah gagah perkasa .. .. tengoklah abah siapa .. .. hehe .. ..
p/s: anakanda pun dah puji dan cover habis nie, special price utk anakanda nanti tau .. .. ;-) .. ..
Jiwa
Tg pengelih best jugak kawasan tu....lama dah tak pergi.....
Kamera wide-angle... nak buat camana? Heh! :]
Mmmmm... nak kena tanya tun perpatih nampaknya bang.. heh heh..
p/s: ada tak kamera yang shot boleh keluar gambar orang kepala otromen, he he he..
Salam...
Kena pakai baju yang boleh nampak kurus... kehkehkeh
Catat Ulasan