Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Januari 13, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Masjid Sultan, Fort Canning dan deja vu Tanjung Katong di waktu malam...


Seterusnya kami pergi ke Masjid Sultan di Kampung Gelam dan sampai ketika masuk waktu Maghrib...


Sudahlah tadi kami asyik tersilap jalan berpusing-pusing di tengah kotaraya Singapura... maklumlah cuba mencari tempat-tempat tanpa peta, sekadar berpandukan ingatan sehingga bila dah dekat beberapa kali terpaksa keluar dari sesuatu kawasan semata-mata kerana tidak mengenali yang manakah jalan sehala yang mana bukan. Bila dah sampai ke masjid pula timbul masalah hendak mencari tempat meletakkan kereta. Dah berpusing-pusing lagi masuk ke ceruk entah ke mana. Akhirnya dapat juga satu kotak letak kereta kosong yang cukup dekat dengan masjid. Letaknya di hadapan sebuah kedai yang tertulis nama Qodariyah Travel. Ada apa-apa makna ke?


Oleh kerana kami sudah sangat lapar dan amat kepenatan, kami makan dahulu di sebuah restoran Islam betul-betul di hadapan masjid. Kemudian baru masuk untuk bersolat, isteri yang belum cukup syarat menunggu di luar menjaga anak, saya pula menjamakkan Maghrib dan Isyak. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sultan, Kampung Gelam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .


Kemudian kami berjalan di sekitar, dalam satu kawasan yang dikenali sebagai Kampung Gelam, dahulunya penempatan utama orang Melayu di Singapura kerana sang Sultan bersemayam di sini...

  Al-Rasyid "berposing" di hadapan sebuah kedai apa entah, muzium kecil ke hapa. Disebabkan ada robot le kasi enter frame...

  Pemandangan Masjid Sultan daripada kawasan kedai-kedai yang kini menjadi tempat pelancongan...

  Ini pula adalah Istana Kampung Gelam, tempat bersemayamnya Sultan Hussain Shah daripada Dinasti Bendahara yang memerintah empayar Johor-Riau setelah kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tahun 1699. Baginda bersemayam di Kampung Gelam sejurus sebelum Singapura diambil-alih sepenuhnya oleh Inggeris. Semasa zaman baginda memerintahlah empayar itu terbahagi dua akibat Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824...

  Kini istana telah dijadikan satu muzium nostalgia pemerintahan Melayu di Singapura. Namun walaupun orang Melayu di sini telah menjadi minoriti yang tersepit oleh kepentingan kaum Cina, saya tetap berbangga melihat mereka rajin mengimarahkan masjid-masjid dan tahu menghormati makam-makam ulamak dan para wali seperti Habib Nuh.

  Seterusnya kami pergi ke Bukit Fort Canning yang kalau tak salah ingatan saya juga disebut sebagai bukit larangan. Sekali lagi saya terpaksa berpusing-pusing mencari jalan masuk walhal letaknya memang di tengah-tengah bandaraya...

  Kalau nak tahu di bukit inilah dahulu terletaknya pusat pemerintahan kerajaan Melayu Singapura lama sebelum munculnya keSultanan Melaka sekitar tahun 1400an gitu. Tetapi sekarang yang ia lebih dipenuhi kesan-kesan peninggalan penjajah sejak muncul si celaka Stamford Raffles yang disebut dalam buku sejarah sebagai orang yang menemukan dan membuka Singapura. Kepala hotak dia! Singapura telah dibuka oleh orang Melayu sejak lebih 700 tahun lalu. Tetapi biasalah, orang lebih percayakan sejarah versi Omputih walaupun mereka secara rata cuma sampai ke rantau ini sekitar 300 tahun lalu...

  Nasib baik ada makam ini, makam Sultan Iskandar Shah berhampiran puncak sebagai warisan masa lampau. Saya pun tak pasti apakah Iskandar Shah ini yang membuka Melaka ataupun ia Iskandar yang lebih dahulu memerintah Singapura. Lalu tidak dapat dinafikan orang Melayu memang pernah merajai Singapura beratus-ratus tahun dahulu. Namun melalui pembacaan sejarah Fort Canning yang dibuat ketika sampai ke sini siang hari tahun 2006 (lihat artikel kompilasi Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006...), ini cuba diperkecilkan juga dengan menyatakan Singapura sebagai satu jajahan takluk kecil kerajaan Ming Cina.

  Dari Bukit Fort Canning boleh kelihatan cahaya gemerlapan bandaraya. Lihat artikel Singapura city at night... yang baru dibuat di BERPETUALANG KE ACEH tadi. Oh, kenapa ia juga disebut sebagai bukit larangan? Kerana seluruh puncak teratasnya telah dipagar-tutup di mana orang awam dilarang memasukinya. Zahirnya ia tempat terlarang kerana ada tangki air besar untuk kegunaan penduduk. Maka orang awam dilarang memasukinya kerana takut sabotaj agaknya. Batinnya pula... hmm. Saya rasa di puncak itulah letaknya istana dengan pusat pemerintahan kerajaan Melayu Singapura dahulukala. Apakah mereka takut ia dibuka kembali mungkin secara batin? Yalah... mengikut ilmu Feng Shui orang Cina pun, kita mampu mengubah keadaan sesuatu bangsa dengan memposisikan diri dan menguasai sesuatu tempat strategik yang aliran chi nya atau tenaga semulajadinya kuat.

  Isteri saya pula teringin sangat hendak melihat perairan Tanjung Katong yang terkenal dalam lirik lagu... "Di Tanjung Katong, airnya biru...". Saya pun cuba menunaikan hajatnya. Pusing punya pusing yang jumpa cuma bangunan pejabat, kedai, kompleks membeli-belah dan rumah pangsa. Rupa-rupanya perairan Tanjung Katong sudah lama ditambak menjadi daratan. Saya pun mencari kawasan laut paling dekat. Di sinilah saya pertama kali deja vu dalam pengembaraan Al-Rasyid ke selatan ini...

  Deja vu terus berlaku sambil saya berjalan melihat sekitar meninggalkan isteri dan anak yang menunggu sahaja dalam kereta. Ketika itu sudah hampir tengah malam, biarlah mereka berehat. Rasanya adalah juga 10-15 minit saya 'mengulangi kembali pengalaman lalu' walhal inilah kali pertama saya sampai ke sini. Nampaknya ada sesuatu yang perlu dirungkai tentang tempat ini nanti. Tak mengapalah. Kita tunggu dulu ilham itu datang dengan sendiri! Nota: Oleh kerana hari ini Al-Rasyid baru masuk umur 3 bulan iaitu pada 13 haribulan Januari, saya pun mencukupkan jumlah artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) menjadi 313. Seharusnya artikel bertajuk Kota Johor Lama (Johor old fort) yang menjadi artikel ke 313 itu cuma dibuat 4 hari lagi. Tapi biasalah... saya mengambil peluang mengikut alamat-alamat yang ada makna tersendiri...


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sentiasa memperlihatkan isteri untuk tontonan ramai? Tidak merasa iri kah membiar isteri diratah2 oleh mata-mata yang melihat.

Radzi Sapiee berkata...

Itu tanda saya sangat sayangkan isteri. Tak, saya tak fikir isteri saya akan diratah mata-mata yang memandang. Gambar isteri pakai tudung menutup aurat mendukung anak di hadapan masjid dan makam, bukan gambar telanjang tunjuk peha atau tunjuk betis gemuk hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...

Kalau ada yang meratah itu tanda orang yang sakit jiwa. Kalau dah sakit jiwa nak buat camana? Letak gambar mata sahaja pun boleh dikatakan alat kelamin perempuan. Tak letak apa-apa gambar pun tetap akan cuba dibayangkan yang bukan-bukan.

Cuma andartu tak sedar diri lagi sombong tapi masih tak faham kenapa dirinya tak laku sahaja yang akan merasa iri. Kalau orang jiwanya sihat, dia akan melihat yang positif termasuk rasa kasih-sayang yang ingin dikongsikan...


p/s: Saya biarkan sahaja komen anda berkumandang pada peringkat ini Anon. Kalau ternyata lepas ni keluar komen lain yang menunjukkan sifat dangkal terus mahu mencari salah orang akan saya delete begitu sahaja tanpa perlu dilayan. HARAP MAKLUM!

bendera merah berkata...

bro..salam..go tu this link http://satdthinks.blogspot.com/2010/01/problem-of-meaning-abdullah-paderi-and.html

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. OK, dah baca. Argument yang menarik.

Tapi argument cam ni sebenarnya dah terang sangat. Kalau nak lawan hujah banyk lagi Yahudi-trained lawyer yang pandai hujah, takkan habis cerita.

Cerita sebenarnya adalah intention iaitu niat. Macam gak saleman nak jual insurance, hujahnya konon untuk keselamatan kita le, kisah pasal kita kemaslahatan kita, keluarga dan sebagainya walhal mereka sebenarnya cuma nak jual insurance supaya dapat comission tiap2 bulan. Kalau kita tertonggeng betul2 sakit ingat diaorang betul2 peduli ke? lagi cari alasan tak nak bayar coverage selagi dapat.

Niat Kristian nak pakai perkataan Allah cukup terang iaitu untuk memurtadkan orang Islam. Hujah aja macam2 sebab biasa le, hujah tu untuk memenangkan diri sendiri dan kelihatan baik dan jujur belaka, kononnya mahu berbuat kebaikan untuk orang ramai tapi bukan... sekadar nak tambah keahlian atau dalam bahasa directnya mereka mahu menambahkan kesesatan dan jumlah ahli neraka.

Dalam terminologi kerajaan Islam dahulukala, mereka ini dah dikira kafir harbi, layak diperangi dan dipancung kepala mereka! Tak da kompromi dah kalau kita betul-betul kerajaan Islam tapi apa nak buat? Ini zaman moden, liberal. Orang pijak kepala kita dikatakannya adil. Kita nak pertahankan diri pula dikatakan rasis dan berfikiran sempit. Teruk dah!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Radzi Sapiee berkata...

Sahlah Anonymous yang cuba menberi teguran ini babi bodoh sial yang tak laku dan tak tahu malu...

Silakan terus memberikan komen anda yang menunjukkan kebodohan berserta kesepian tak laku akibat kehausan belaian pasangan. Ia cuma akan didelete sahaja kemudian kebodohan anda akan terus ditelanjangkan! Hahaha... :]

Radzi Sapiee berkata...

Alhamdulillah, 3 komen penjahat sudah pun dibuang. Walaupun anda cuba menyamar sebagai orang lain, cukup terang anda adalah orang sama yang dahulu suka menganggu ketenteraman awam di chatbox lalu cuba melaga-lagakan pengunjung lain selama berbulan-bulan!

Buktinya senang. Anda tak boleh masuk chatbox saya sebab sudah kena ban sampai bila-bila. Kalau tidak tentu anda akan cuba membuat kacau lagi di situ. Itulah sebab anda cuba mengelirukan orang melalui komen pula. Sebab dalam komen tidak ada mekanisma untuk ban orang.

Namun saya tetap boleh delete komen anda begitu sahaja. Sebabnya senang. Ini adalah blogspot saya, bukan macam blogspot anda yang tidak mendapat sambutan itu.

Kesian. Saya dengar di chatbox Puteri pun anda dah kena ban sebab bila orang bagi muka anda tetap tidak dapat mengubah perangai lama cuba secara sembrono memaksa orang mengikut pandangan anda yang DANGKAL lagi BODOH macam BABI GEMUK. Teruskanlah anda hidup kesepian dan pembohongan yang tidak dapat menerima kenyataan diri itu sendirilah yang banyak kekurangan, bukan salah orang.Yang rugi tetap anda juga, bukan orang lain. Kah! Kah! Kah!

PerpatihTulus berkata...

tak payah nak susah-susah balas komen-komen jahat tu.. delete aje..
hehehe

PUTERI berkata...

Salam,

Huhu...ada apa hal MS? Ada anon mana pula tu?..saya tak sempat baca komen anon tu , jadi tak tau apa yang dia tulis. Kawan lama si sofi tu okay je kat cbox sy, cuma ada sekejap saya ban, sebab masa itu dia ada menulis sesuatu yang tidak sesuai mengenai ahlulbait. Memang pantang saya orang cakap tidak berlapik mengenai ahlulbait. Lain-lain hal, saya fikir dia okay je, masih boleh dibawa berbincang. Kena bawa bersabar sikit, hehe..kitapun tak kenal dia, entah-entah memang dia cantik menawan orangnya.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam Put. Cuba bagi nombor IP si Sofi ni sepertimana ia keluar kat chatbox Put. Sebabnya, sejak si Sofi kata nak keluar dari chatbox sini memang nama dia tak keluar lagi. Tapi tak lama kemudian keluar beberapa nama baru yang gayanya sama suka membuat kacau kemudian saling sokong-menyokong untuk menunjukkan kononnya ramai orang benci atau tak berkenan dengan saya.

Bila tengok IP nombor semuanya ternyata orang yang sama. Mula2 ban le 2 minggu gitu. Senyap sat. Bila dah sedar ban dah habis, dia buat kacau balik kat chatbox. Terus saya ban sampai bila2. Dah muncul pulak dalam bentuk komen!

Rasanya semua orang yang pernah datang ke sini kemudian membuat blogspot sendiri pernah didatangi individu yang sama. Bila dia tak berhenti juga buat hal, semua orang ban, cuma Puteri sahaja yang nampaknya cuba terus memberi peluang dan mengambil hati. Tu yang dia baik sikit ngan Puteri.

Dalam pada itu dia masih juga nak menunjukkan keras kepala dalam sesetengah hal bukan? Nak buat camana. Itu memang perangai dia. Yang jadi masalah bila dia maki-hamun dan melaga-lagakan orang.

Apapun cuba Put bagi dulu nombor IP si Sofia ni sebab saya cuma ban dia ni setelah masuk setahun orang yang berperangai sama (jika bukan dia le) masih tak sedar diri. Jadi masa tu dia dah pakai macam-macam nama lain. Tapi modus operandinya sama, cuma berbuat kacau waktu ofis hour sehingga paling lewat pun 7 petang. Menunjukkan dia suka salah guna kemudahan Internet di pejabat, rumah sendiri takda...

Put boleh hantar kat merahsilu@hotmail.com...

p/s: Soalan cepumas. Dah tanya dah Sofia amacam dunia perkahwinan? Bukankah 2 tahun lalu dia yang paling sibuk canang bagitau semua orang dia dah nak kahwin? Kalau tidak, tak mengapa. Kita tak memandang rendah pada orang yang tak kahwin kecuali mereka tak sedar diri dan suka membuat kacau. Itu sahaja...

gagasan_warisan berkata...

Marah saangat bro???? heheh sabar.....jom kene teh halia kat masjid india.....

Radzi Sapiee berkata...

Boleh gak. Roger2 le dulu... :]