Maha suci Allah yang mengatur segala-galanya dengan penuh hikmah. Baru pagi tadi saya tersedar senaskah buku Inggeris bertajuk "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW & Malay Sultanates) hasil kerja penterjemahan saya telah sampai ke rumah, rasanya sejak hari Rabu. Seperti disebut dalam artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan Johor Lama, waris Empayar Melaka? yang baru disiapkan lebih awal tadi beberapa hari kebelakangan ini saya tiada di rumah kerana bapa mertua baru meninggal dunia. Jadi baru Khamis siang tadi saya mula kembali kepada aturcara harian biasa...
Adapun buku yang baru terbit ini ialah hasil penat lelah saya tahun lepas menterjemahkan teks asal daripada buku "Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan Raja-raja Melayu" karangan Tun Suzana Othman dan suaminya Hj Muzaffar Mohamad dalam tempoh enam bulan. Selebihnya ia diproses kembali oleh pihak mereka. Kecuali sedikit penambahan beberapa mukasurat termasuk kata-kata aluan dan gambarajah serta gambar-gambar, isinya rata-rata sama dengan apa yang saya buat. Jadi tidak keterlaluan untuk mengatakan ini juga adalah buku saya...
Bayangkan menterjemahkan lebih 400 mukasurat buku dengan 150,000 perkataan berkenaan perkara begitu serius seperti peranan Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu dalam menangani keadaan dunia yang sedang dicatur kuasa Yahudi Zionis. Maka itu ada masanya saya terasa begitu penat dan gelisah sehingga terkeluar kata-kata kurang enak dalam artikel Buku Ahlul Bait yang membuat saya pening, rindukan anak dan hal-hal lain... yang dibuat Mei 2009.
Kini apa yang diusahakan sudah pun menjadi buku yang boleh dilihat dan ditelaah orang, rasanya akan masuk ke kedai-kedai buku dalam masa terdekat jika tidak pun sudah berada di rak-rak. Yang menarik saya menerima senaskah buku pada ketika siri cerita "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan" hendak masuk ke bab berkenaan kerajaan Johor Lama. Ini kerana sebahagian besar Raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan Ahlul Bait dalam buku ini adalah keturunan Tun Habib, Bendahara kerajaan Johor Lama ketika ia berpusat di Kota Tinggi 300 tahun lalu.
Lagi satu yang menyentak fikiran adalah jumlah mukasurat bernombor iaitu 444. Pada mukasurat 444 itu pula terdapat biodata ringkas diri saya sebagai penterjemah buku. Rasanya mereka yang selalu mengikuti penulisan di blogspot ini tentu tahu betapa nombor 131 memiliki makna tertentu buat diri ini. Nombor 313 pula diketahui umum sebagai angka jumlah tentera Badar, jumlah tentera Thalut melawat Jalut juga jumlah para Rasul. Pada saya, nombor 131 melambangkan "home sweet home", rumahku syurgaku iaitu hasrat peribadi untuk merasai kehidupan bahagia berkeluarga sedangkan 313 ialah nombor yang melambangkan perjuangan membela yang hak untuk satu golongan terpilih.
Adapun 131 dicampur 313 adalah 444. Gabungan hasrat peribadi dengan perjuangan ini menjadi cukup kerana 444 juga membawa kepada 4+4+4 bersamaan 12 iaitu jumlah bulan dalam satu tahun. Kebetulan pada mukasurat 131 buku yang boleh dikira buku terbaru saya ini terdapat carta salasilah ringkas keturunan Wali Songo yang bersambung dengan Rasulullah SAW melalui satu watak Ahlul Bait bernama Sayid Hussein Jamadil Kubra. Pada mukasurat ke 313 pula terdapat gambar Yang di Pertuan Agung sekarang iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tahukan anda bahawa baginda adalah Yang di Pertuan Agung Malaysia yang 13? Perhatikan, nombor 13 terdapat dalam kedua-duanya 131 dan 313 sedangkan 13 juga boleh membentuk 1+3 iaitu 4. Apakah ada maksud yang tersirat?
Apapun saya telah membuat sebuah artikel baru bertajuk My 5th book is out! Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and the Malay Sultanates... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Pada artikel itu terdapat sinopsis dalam bahasa Inggeris seperti yang terdapat pada kulit belakang buku. Sekian, selamat malam! :]
18 ulasan:
Salam,
Saya cadangkan buku ini dipasarkan ke mesir.. Ramai pelajar2 kita disana , atau dipasarkan di pameran buku di kaherah , biasanya akan diadakan 1 kali setiap tahun.. Sekadar cadangan..
Assalamualaikum...
salam sejahtera buat tuan,sy ingin bertanyakan,bagaimana untuk sy dapatkan buku 'sekitar perjanjian pangkot' dan juga 'yang berkaitan salasilah Nabi Muhammad s.a.w' itu..
jikalau tidak keberatan minta disertakan no hp atau emailkan kepada sy caranya melalui email agen702@gmail.com...
Wassalam. Tentang edaran dan promosi buku rasanya pihak penerbit dan pengedar iaitu Crescent News tentu ada strategi mereka.
Tentang buku 'Perjanjian Pangkor' yang ada pada saya cuma DVD. Lihat http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
Salam takziah...
Tuan ada 2 bapa mertua, ayahnya si Anggun ke atau yang terdahulu? andai ayahnya, takziah jua kepada Anggun dan juga si kecil...
Wassalam.
Ayahnya si Anggun.
Terimakasih atas ucapan takziah itu! :]
DYMM Sultan Mahmud Iskandar ibni AlMarhum Sultan Ismail, Generasi ke-10 Tun Habib Abdul Majid Al-Aidrus telah mangkat pd 6 Safar 1431H. Jenazah AlMarhum bakal di makamkan pd ptg esok di makam Diraja bkt Mahoodiah JB. Moga Allah Rahmati roh AlMarhum. Al-Fatihah buat AlMarhum. Wasalam
Assalamualaikum saudara Radzi,
Saya ada dua naskah buku tersebut, cetakan yg Kedua pada 2007 dan cetakan Ketiga pada 2008. Oleh kerana saudara ada memberi input pada cetakan Keempat, saya akan membelinya untuk mengamati penulisan saudara pula. Buku buku penulisan saudara juga ada di dalam simpanan saya dan telah selesai di baca. Bulan depan akan saya beli buku Rumah Azan tuan sebab dah order dgn kedai buku di tempat saya.
Wassalam. Terimakasih kerana menghargai usaha saya! :]
assalamualaikum,
saya ingin bertanya siapakah yg anda maksudkan dgn Al-Rasyid. Nama ini kerap muncul dlm tulisan anda, cumanya saya kurang pasti siapakah Al rasyid ni.. boleh anda terangkan?
Terima Kasih.
Wassalam. Itu nama anak saya Muhammad Al-Aminul Rasyid
Ooo nama anak..ingatkan nama seorang pengkaji sejarah mcm anda juga.
Teruskan usaha anda. Bukan semua org boleh buat kerja mengupas sejarah ni.
salam... Tuan, betul ke Tun Habib adalah Ahlul Bayt darisusur jalur Al Aydarus? kenapa Persatuan Ahlul Bayt di Malaysia dan Indonesia tak recognized hal ini?
Wassalam. Tentang taraf Tun Habib sebagai Ahlul Bait itu adalah berdasarkan catatan sejarah seperti salasilah Muar yang menyebut abangnya bernama Syed Jaafar keturunan seorang Sayyid yang ada nama Al-Idrus di belakang daripada Aceh. Namun Sayyid yang dimaksudkan tiada dalam kitab dan rekod persatuan Ahlul Bait, itu aje. Sebenarnya ia masih dalam kajian lalu ada pihak pula percaya Sayyid Al-Idrus yang dimaksudkan bukan pun daripada keluarga Al-Idrus daripada Hadramaut tetapi dari keluarga Azamat Khan yang datang ke Alam Melayu daripada India.
Baru2 ni ada terbaca gak rumours yg Salasilah Muar ni sebenarnya ada kaitan ngan Keluarga Azamat Khan.
Assalamualaikum bagaimana untuk mendapatkan buku ini melayu and english.
naimyunus@gmail.com
Assalamualaikum,
Bagaimana nak mendapatkan buku ini english and melayu.
Wassalam. Saudara boleh menghubungi penerbitnya Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd.
Address: 19, Jalan SBC 3 Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor, 68100
Phone:03-6184 2448
https://maps.google.com.my/maps?hl=en&ie=UTF-8&q=crescent+news+batu+caves&fb=1&gl=my&hq=crescent+news&hnear=0x31cc4716fe121673:0xd861029d7ecd08b0,Batu+Caves,+Selangor&cid=0,0,3523128253985639337&ei=mOvzUO36EtGckgXds4CADw&ved=0CJgBEPwSMAA
Catat Ulasan