OK. Sebenarnya artikel ini mahu dibuat hujung minggu lagi untuk menggabungkan dua rasa jiwa yang sebenarnya saling berkaitan. Satu adalah gerak cerita yang bermain di kepala selepas menonton filem Angels & Demons Rabu lalu, satu lagi selepas menghadiri sebuah majlis tentang peranan Ahlul Bait yang diadakan pada hari Sabtu di masjid UKM, Bangi seperti disebut dalam artikel Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait? yand dibuat hari Jumaat. Di atas adalah gambar di masjid UKM. Maka biar dimulakan cerita tentang peranan Ahlul Bait terlebih dahulu.
Saya dan isteri sampai lambat iaitu sekitar jam 2.30 petang sedangkan majlis dikatakan bermula sekitar jam 2. Kami meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri, 70km dari situ jam 1 petang. Seharusnya kami sudah mampu sampai tepat pada waktunya jika saya tidak tertinggal satu barang setelah lebih 8km meninggalkan rumah lalu harus berpatah balik dan kemudian di Bangi kami singgah makan dahulu di sekitar Teras Jenang.
Sampai sahaja di masjid tidak kelihatan apa-apa tanda ada majlis sedang berlangsung. Apakah kami sudah tersilap maklumat? Apapun solat Zuhur dahulu. Kemudian baru saya berjalan ke sekeliling masjid, sampai di satu bahagian yang tersorok pada umum kelihatan seorang ibu muda mendukung seorang anak.
Nasib baik ibu itu yang bertanya dahulu jika saya sedang mencari majlis "Peranan Ahlul Bait". Saya mengiyakan lalu dia menunjukkan pada pintu biru di hadapan.
"Senyapnya!" kata saya. "Takda tanda pun ada apa-apa majlis sedang berlangsung di sini."
Ibu muda itu tersenyum. "Tak ramai orang datang. Tapi ceramah sudah pun bermula".
Saya pergi ke sisi masjid dahulu untuk mencari isteri. Kemudian baru kami menyertai majlis. Ternyata cuma ada sekitar 20 orang sahaja di dalam. Kelihatan di hadapan seorang lebih tua sedang bercerita sedikit tentang sejarah Ahlul Bait.
Saya pergi ke majlis ini kerana mendapat tahu tentangnya melalui e-mail. Saya tahu e-mail yang sama turut dihantar kepada ramai yang sering mengikuti perbincangan di sebuah forum yang rata-rata disertai para Sayyid dan Sharifah anak cucu keturunan Nabi Muhammad SAW. Kebetulan saya memang sangat berminat tentang peranan Ahlul Bait lebih-lebih lagi untuk akhir zaman.
Penceramahnya disebut sebagai Syed Hassan Alatas (Habib Hassan Aceh). Lagilah saya teruja untuk datang kerana saya memang ada menulis siri buku atau novel bertajuk "Berpetualang ke Aceh". Gerak hati saya menyuruh menyediakan satu set buku untuk dihadiahkan kepada penceramah itu. Tetapi dari gaya percakapannya, dia kedengaran seperti mana-mana orang tempatan, sesekali sahaja keluar loghat Indonesia.
Rupa-rupanya Habib Hassan yang dilahirkan tahun 1935 telah meninggalkan Aceh untuk duduk di Malaysia sejak tahun 1968. Apapun, cerita tentang peranan Ahlul Bait yang disebutnya sama seperti disebut mana-mana pejuang yang percaya pada peranan anak cucu Nabi untuk akhir zaman, sama juga dengan apa yang saya sering sebut dalam buku-buku, blogspots juga di forum-forum di alam siber. Yang membezakan cuma pengalaman peribadi sendiri. Tentunya Habib Hassan sebagai orang yang lebih tua lebih banyak pengalaman. Katanya dia pernah beberapa kali dibawa keluar masuk tahanan kerana lantang menegur polisi kerajaan yang kurang Islamik semasa menjadi ketua pelajar di Universiti Sumatera Utara, Medan, kalau tak salah ingatan.
OK, sekarang biar dilepaskan rasa yang terbuku setelah menonton filem Angels and Demons bersama isteri Rabu lalu. Filem yang dibuat berdasarkan novel best-seller karangan penulis Amerika, Dan Brown ini memaparkan kisah bagaimana pihak gereja di Vatican City diserang secara sulit oleh satu pihak musuh misteri sebaik sahaja kehilangan Pope atau ketua tertinggi gereja Khatolik sedunia. Sepatutnya seorang Pope baru dilantik di kalangan pendeta mereka yang bertaraf Cardinal dan ada 4 orang calon tertinggi, dipanggil Preferati untuk itu. Tetapi semuanya diculik musuh misteri dan ingin dibunuh satu persatu oleh si musuh yang kemudian meninggalkan lambang Illuminati sebagai tanda untuk pihak gereja.
Pernah dengar tidak nama Illuminati? Rasanya mesti pernah dengar, kalau anda rajin menelaah dengan tekun perkara-perkara yang menyentuh iklim sosio-politik dunia kini di sebalik tabir. Saya sendiri sudah beberapa kali menyentuh tentang peranan Illuminati, satu kuasa gelap belakang tabir yang berusaha menjayakan agenda Yahudi Zionis untuk menakluki dunia, di dalam buku-buku saya juga di blogspot ini sendiri. Tetapi filem Angels and Demons nampaknya cuba menafikan secara halus kewujudan Illuminati kini seperti mana Yahudi Zionis pernah berusaha keras menerbitkan pelbagai bahan bacaan yang menyangkal kewujudan dokumen sulit Yahudi bertajuk Protocols of Elders of Zion yang pernah terjatuh ke tangan kerajaan Bavaria (kini wilayah German) lebih kurang 200 tahun lalu.
Filem Angels and Demons bermula dengan spekulasi bahawa pihak gereja telah diserang oleh Illuminati akibat dendam lama berkurun kerana gereja pernah menghapuskan para saintis yang berani melanggar pandangan yang dikemukakan di dalam kitab Bible 400 tahun lalu. Misalnya apabila Galileo membuat penemuan bahawa bumi sebenarnya berputar mengelilingi matahari bukan sebaliknya seperti disebut dalam Bible. Penemuan sebegini menyebabkan gereja merasa tergugat lalu katanya pernah membunuh 4 orang saintis terhebat zaman itu. Maka dalam Angels and Demons, 4 orang ketua tertinggi gereja pula diculik lalu mahu dibunuh sebagai balasan.
Apapun, menurut pengetahuan ilmu Tasawuf dari pandangan matahati yang terang menyala, memang tetap benar bahawa bumi ini mendatar dan matahari mengelilinginya. Tetapi kita yang hidup dengan kekangan fahaman dan pandangan mata moden tidak akan mampu memahami dan melihat hakikat ini, seperti mana kebanyakkan dari kita tidak tahu cerita panjang ketika Rasulullah SAW membela dua bulan. Berapa ramai yang tahu bahawa bulan telah dipanggil oleh Nabi untuk turun ke bumi kemudian boleh pula masuk ke dalam jubah Nabi dan keluar di bahagian lain melalui bukaan di bahagian ketiak baju!
Tolak tepi itu, Angels and Demons memaparkan Illuminati sebagai para pelopor ilmu sains yang membawa kebenaran dan keterangan untuk dunia sejagat. Seterusnya cerita itu tamat dengan terbongkarnya komplot bahawa serangan terhadap gereja itu sebenarnya didalangi oleh orang dalam geraja sendiri, orang yang sengaja menggunakan nama Illuminati untuk mengalihkan perhatian demi mendapatkan kerusi tertinggi gereja untuk diri sendiri. Lalu cerita Angels and Demons tamat dengan membawa implikasi bahawa Illuminati tidak wujud lagi kini. Ia wujud 400 tahun dahulu pun kerana untuk membela para saintis yang diserang fikiran jumud gereja.
Ah, bohong sungguh cerita ini, bentak hati saya. Walaupun ia amat menghiburkan, pembohongan halusnya sangat besar kesan dan implikasinya terhadap warga sejagat dunia. Saya tahu Illuminati sebagai badan yang teratur dipelopori oleh Adam Weishaupt tahun 1776, selari dengan penubuhan kerajaan Amerika Syarikat yang bebas dari pengaruh imperial British. Ia bertujuan untuk menggemblengkan kekuatan Yahudi Zionis agar dapat memerintah dunia melalu satu kerajaan baru peringkat dunia yang dipanggil New World Order.
Ramai orang semakin sedar akan peranan di balik tabir Illuminati menerbitkan pelbagai perang dan revolusi untuk mencapai tujuan itu melalui konsep pecah dan perintah. Illuminati juga bertujuan menghapuskan sistem beraja seluruh dunia kerana mereka sebenarnya takut jika masih wujud raja sejati yang mempunyai kekuataan zahir batin, intelektual, emosional dan spiritual yang mampu menggagalkan rancangan jahat mereka.
Apabila orang ramai mula gempar membincangkan peranan mereka, juga kumpulan-kumpulan lain balik tabir yang seangkatan seperti Freemason dan Bilderberg Group maka orang-orang mereka memulakan satu usaha untuk menyangkal itu. Ini dibuat dengan menyatakan usaha mereka untuk menubuhkan satu kerajaan dunia cuma sekadar khayalan orang ramai juga, seperti mana salinan dokumen Protocols of the Elders of Zion yang terlepas ke tangan orang awam dikatakan cuma dokumen gurauan yang dicipta orang nakal atau satu usaha jahat memburuk-burukkan orang Yahudi Zionis. Maka cerita Angels and Demons nampaknya pergi setapak lagi untuk menyatakan bahawa Illuminati tidak wujud kecuali ciptaan khayalan orang gereja sendiri. Dasyat!
Teringat saya pada sebuah filem lagi hasil karya Dan Brown bertajuk Da Vinci Code. Saya tidak tahu tentang kejayaan novel Angels and Demons, tetapi novel Da Vinci Code ternyata berjaya menarik perhatian sedunia dengan jualan buku berjuta naskah dapat dibuat dan novel itu diterjemahkan ke dalam tidak kurang 30 bahasa. Propaganda dalam novel Da Vinci Code lebih dasyat kerana cuba mempengaruhi dunia agar menerima bahawa Nabi Isa AS sempat berkahwin malah meninggalkan keturunan. Sedangkan baik ajaran Kristian mahupun Islam menyebut baginda tidak berkahwin dan mereka yang mengkaji peristiwa kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman tentu pernah mendengar yang Nabi Isa akan turun kembali ke bumi dan baginda akan mengahwini seorang wanita Quraish.
Sebenarnya saya tidak berapa hairan dengan novel-novel Dan Brown. Walaupun saya bukanlah kaki novel sangat, saya telah membaca dua novelnya dari hujung ke hujung setiap muka, Da Vinci Code dan satu lagi saya sudah lupa tajuknya. Pada hemat saya, jalan ceritanya memang dasyat tetapi dari pandangan matahati, karangannya tidak sehebat mana kecuali pandai bermain emosi dan memanipulasikan fakta-fakta. Ia ibarat seorang politikus yang cukup pandai menipu. Ceritanya dasyat penuh dengan perkara-perkara yang kononnya menggambarkan kewibawaan tinggi diri tetapi isinya hampeh, penuh hampas.
Ia juga boleh diibaratkan seperti seorang perempuan yang telah menjalani banyak pembedahan plastik. Atau seorang yang rajin membaca buku motivasi untuk membentuk jatidiri buatan yang baru tetapi palsu lalu dia belajar cara cakap Abraham Lincoln atau kesabaran menangani cabaran seperti Gandhi siap dengan quotesnya sekali, dihafal segala pantun dan kata-kata hikmah orang-orang terkenal dan dengan itulah digunakan berulang-ulang dalam kata-kata untuk membuat orang ramai kagum. Tetapi mereka yang melihat dengan matahati serta-merta nampak ini adalah orang tiruan yang sebenar tak punya apa-apa. Ibarat seorang ahli musik yang dapat menghafal cuma 100 lagu. Luar dari 100 lagu itu kalau disuruh main tak boleh ia kerana ia bukan boleh memainkan musik secara spontan melalui hati atau pendengaran telinga...
Kalau nak tahu satu karangan yang dasyat berkenaan hal-hal yang disebut dalam Da Vinci Code, bacalah novel Holy Blood and Holy Grail yang pernah menjadi best-seller peringkat dunia tahun 1980an. Saya pertama kali membacanya setelah terjumpa senaskah buku itu di rumah ibu saudara di Ampang sekitar tahun 2005 atau 2006 gitu. Saya ingat membaca buku lebih 800 mukasurat itu dalam tempoh lebih 24 jam hampir tanpa henti. Lama kemudian baru saya terbaca novel Da Vinci Code dan mendapati memang ia meniru fakta dalam novel Holy Blood tetapi diolah balik menjadi drama penuh kejutan atau suspense yang lebih baik.
Apapun, kedua-dua buku mahu menyatakan bahawa Nabi Isa berkahwin dan meninggalkan keturunan yang masih wujud hingga hari ini. Buku Holy Blood lebih terperinci apabila mengaitkan dinasti raja-raja Merovingian yang pernah memerintah Peranchis dan German lama sebagai anak cucu Nabi Isa yang membawa kepada raja-raja utama Kristian yang berjaya merampas Baitul Muqaddis dalam Perang Salib Pertama. Maka itu "anak cucu" Nabi Isa telah kembali menjadi pemerintah yang haq katanya.
Anak cucu ini membawa kepada sebahagian raja-raja Eropah kemudiannya lalu ada keturunan yang masih wujud hingga kini. Holy Blood cuba menyatakan, antara mereka ini ada waris paling layak untuk kembali memegang Baitul Muqaddis atas "mandat" dia adalah waris paling afdhal dari "anak cucu" Nabi Isa. Sedangkan kita sebagai orang Islam tahu, Nabi Isa masih belum berumahtangga tetapi keturunan yang disebut Holy Blood memang wujud hingga kini.
Jadi siapakah mereka ini? Holy Blood cuba memujuk kita agar percaya bahawa jika 'waris' Nabi Isa ini diangkat sebagai pemerintah dunia yang berpusat di Baitul Muqaddis, maka dunia ini akan aman buat selama-lamanya. Bukankah ini merupakan propaganda untuk menaikkan Dajjal al-Masih sebagai raja kerajaan sedunia The New World Order?
Berbalik pada majlis "Peranan Ahlul Bait" di Masjid UKM, selepas menghadiahkan satu set buku "Berpetualang ke Aceh" kepada Habib Hassan Aceh, dia jadi teruja. Selepas mendapat tahu saya pernah belajar di England dan menjadi wartawan yang menulis dalam bahasa Inggeris, dia lalu meminta saya agar dapat menterjemahkan sejumlah artikel tulisannya di dalam website http://www.shiar-islam.com/ ke bahasa Inggeris.
Pada mulanya saya keberatan. Saya sedang dalam proses menterjemah sebuah buku besar tentang Ahlul Bait yang meliputi 500 mukasurat saiz A4, mengandungi 150,000 perkataan! Dan saya baru siap lebih sedikit dari 200 mukasurat, ada hampir 300 lagi perlu disiapkan kalau boleh sebelum saya dan isteri berlepas ke sebuah destinasi tertentu luar negara pertengahan bulan Jun ini. Namun Habib Hassan terus meminta dan kemudian beberapa kali menelefon saya. Lalu siang tadi saya gagahkan jua dan mula menterjemah satu artikelnya, yang mana hasilnya sudah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Respect for mothers .
Sekarang baru boleh dikaitkan peranan Ahlul Bait dengan propaganda Zionis Illuminati yang disebut selepas menonton filem Angels and Demons. Nampak dah? Ahlul Bait lawan Zionis Illuminati bersamaan Angels lawan Demons. Adapun satu peranan paling besar Ahlul Bait anak cucu Nabi zaman ini adalah untuk melawan segala macam propaganda Zionis Illuminati. Holy Blood and Holy Grail serta Da Vinci Code cuba mengenengahkan satu keturunan "penyelamat dunia" bagi mereka sedangkan buku-buku tentang Ahlul Bait termasuk siri buku "Berpetualang ke Aceh" mahu mengenengahkan jalur keturunan yang mungkin membawa kepada kemunculan kembali daulah Islam sebenar di bawah pemerintahan Imam Al-Mahdi.
Untuk ini kita semua orang Islam harus betul-betul bersatu dan Ahlul Bait sebagai anak cucu Nabi harus memulakannya. Tetapi dalam Ahlul Bait sendiri ada pihak yang tak sebulu. Misalnya saya diberitahu oleh keluarga Jamalulail Perak yang membentuk hampir semua yang hadir di Masjid UKM hari Sabtu bahawa mereka tidak diiktiraf oleh keluarga Jamalulail Perlis. Kelihatan pada saya selain masalah menentukan di manakah nasab keturunan sebenarnya bertemu, mungkin Jamalulail Perlis yang merajai negeri kecil itu memandang rendah Jamalulail Perak yang lebih merupakan orang-orang kampung kurang berada. Jika mereka-mereka yang memakai nama Sayyid dan Sharifah sebagai tanda kemuliaan keturunan Nabi pun tidak dapat menangani masalah perpaduan keluarga ini, bagaimana lagi saya dan isteri yang menurut namanya sekadar orang biasa? Sekian, selamat malam!
p/s: Tulisan ini merupakan artikel ke 509 di sini sedangkan blogspot BERPETUALANG KE ACEH telah memiliki 319 artikel dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 229. Kira di belakangnya semua ada nombor 9. Teringat pula panggilan dari cucu Tok Kenali, Ayah Man dari Kelantan pagi tadi, dalam telefon terpapar nombor 09.
Satu lagi saya teringat dan ingin ingatkan semua. Berhati-hati dengan kumpulan Hindraf. Mereka ada kuasa belakang tabir yang lebih kuat dari Illuminati. Mereka disokong kuasa Illuminachi. Illu + minachi. Ada faham? Heh! :]
8 ulasan:
Salam Sayd,
Circuit tuan di port dickson serta kawasan sekitarnya perlu di sambung di kota kuala linggi. Di atas tembok dinding kota kuala linggi tuan berdiri menghadap laut dan lihat sebelah kanan dinding kota yang menghadap sungai linggi lihat lagi di luar dinding kota dan turun curam sedikit dan akan nampak satu makam yang agak terbiar (as at 2005)di luar kota. Buat lah apa yang patut. Sewaktu balik dari kota kuala linggi jgn lupa mesti banyak banyak bersabar, jangan lupa bersabar! Selepas itu teruskan ke masjid lama linggi yang banyak makam lama tu tapi kali ni pergi jauh ke dalam kawasan kebun getah di atas bukit belakang masjid. Di celah celah pokok getah tu ada makam makam lama dan salah satu dari nya adalah makam Sheikh Jamaluddin Al Linggi. Buatlah apa yang patut. Sambong lagi next time.
Sheikh Ahmad Qadri Alawi
Tak suka illuminati tapi ambil berat pasal apa yang Dan Brown tu tulis!?
set-2 iluminati percaya yang akan menyelamatkan dunia adalah al-masikh dieorang yang berketurunan Yahudi dan tersembunyi.kalo diperhatikan, set-2 illuminati ni suka memaparkan hidden message secara lagu dan filem.Kalo perasan, sejak akhir-2 ini banyak filem yang dipaparkan berkenaan dengan kedatangan al-masikh dieorang nie. Untuk datangnya Al-masikh dajjal, Perang besar seluruh dunia mesti dicetuskan selepas kekayaan dunia dicuri dan disimpan oleh yahudi (dollar and the stealing of wealth). Sebab itu, perlu kenali dan baca gerak-langkah musuh.
Wassalam Sheikh. Kota Kuala Linggi tu yang kat Bukit Supai ke? Hmm... macam ada kaitan dengan Daeng Kemboja ni. Teringat akan persoalan yang sedang bermain di kepala, tentang asal-usul sebenar Bugis, bukan setakat di Sulawesi. Tentang bangsa Bugis Kembayar dan kaitan dengan kerajaan hilang Kembayat Negara... Sheikh ada apa-apa clue?
Salam Sayd,
Betul tu, dia terletak di Bukit Supai. Apakah Daeng Kemboja ini seorang wanita atau seorang lelaki? Adakah dia ini pembuat terompah yang selalu pergi ke Mekah? Saya tak ada clue tentang kerajaan atau bangsa Bugis Kembayau ini. Wassalam.
Sheikh Ahmad Qadri Alawi
Wassalam Sheikh.
Daeng Kemboja tu lelaki, anak Daeng Parani. Baginda pernah jadi Yamtuan Riau yang ketiga dan turut memerintah Linggi,
Bab buat terompah tu tak tahu le tapi ada orang pernah sebut baik keluarga Sheikh Muhammad Said Linggi mahupun Datuk Linggi adalah keturunan Daeng Kemboja dan orang-orangnya.
MS,
sebenarnya saya sendiri ada TERBUAT kajian tentang Jamalulail Perlis ini dan ada soalan yang memusykilkan, bila sdra sebut bahwa Jamalulail di Perak dan Jamalulail di Perlis ada sedikit kecelaruan dari segi nasab maka persoalan itu semakin terjawab.
Mungkin juga ada terkait dengan perancangan Iluminati, apapun saya tak mahu cerita panjang, sebab hal ini sangat sensitif.
Biarkanlah masa yang menentukan dengan Allah menzahirkan.
Jangan gagal melihat cahaya. Wang, kuasa, kemasyhuran dan kekayaan menjadi gelaran anda dalam sekelip mata. Jika
berminat untuk menyertai persaudaraan illuminati,Untuk permulaan dalam talian anda, Tidak kira di mana anda berada. Tidak
jarak boleh menjejaskan kerja Baphomet kami. katakan ya kepada impian anda. Salam Baphomet..Jika anda berminat,
sila hubungi e-mel=illuminatiworldwideorder@gmail.com atau whatsapp kami di +15155065785
Catat Ulasan