Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Januari 04, 2009

Pameran menyingkap misteri Pulau Besar

Assalamualaikum semua. Saya dan isteri kini berada di Kelantan, hari ketiga kami di sini dalam rangka perjalanan ke Pantai Timur... sempat menyambut tahun baru di Kuantan, Pahang sebelum bermalam di Kemaman, Terengganu.

Ada banyak juga cerita menarik berlaku sepanjang perjalanan ini termasuk menghadiri pendaftaran sekolah anak-anak kami, anak tiri saya di negeri ini juga hari pertama mereka bersekolah tadi bersama bapa kandung mereka sekali! Tapi lain kalilah saya bercerita ya... terlebih dahulu saya ingin melepaskan sedikit cerita perjalanan kami ke selatan minggu lepas terutama di Melaka. Ini dia...



OK. Semasa di Melaka, saya beberapa kali terlihat poster rentang ini. Kebetulan semasa di Masjid Kampung Hulu, penjaga masjid memberitahu terdapat sebuah pameran tentang Pulau Besar di sebuah muzium di tengah bandaraya Melaka, saya pun cuba mencarinya.

Oh... Hari itu adalah hari Krismas, 25 Disember 2008. Malam sebelumnya, saya dan isteri telah bermalam di Masjid Kampung Hulu.


Kami pun pergi mencari muzium yang dimaksudkan. Dah lupa namanya... kedudukannya di belakang kota A Famosa.


Kami masuk ke dalam. Kena bayar RM5 satu kepala rupanya campur RM2 sebab bawa kamera nak mengambil gambar...

Banyak juga perkara menarik di dalamnya. Oleh kerana saya ingin berkongsi dengan pembaca tetapi malas nak bercerita panjang lebar, saya ambil sebijik-sebijik gambar informasi yang dipaparkan serta beberapa pameran tertentu. Sayangnya separuh gambar ternyata kurang terang, jadi saya cuma paparkan mana yang elok dan sesuai sahaja ya. Untuk membaca informasi yang ada dengan lebih dekat, sila buka gambar berkenaan dalam windows lain...


Tentang Sultanul Ariffin Sheikh Ismail.



Tentang Sharifah Rodziah. Untuk makluman, bagi sesetengah perkara mungkin saya ada informasi lain yang tidak serupa tapi biarlah dipaparkan cuma informasi yang diberi melalui pameran ini ya.




Serpihan batu nesan Aceh dari makam Sheikh Ismail...





Saya dah lupa apa ceritanya di sini tetapi barangan yang dipamirkan berkait dengan negeri Perak. Beberapa informasi di bawah tak perlulah diterangkan tajuknya... lihat sendiri apa yang tertera.














Tentang kerajaan Aceh Darussalam.


Barang berkaitan Aceh...





Ini pula sedikit koleksi senjata yang bercampuran...





Quran lama besar...




Tentang kerajaan lama Samudera-Pasai




Lagi barangan dari Aceh.




Dan lagi informasi tentang Aceh. Untuk pengetahuan pameran ini dibuat menggunakan koleksi barangan Ustaz Safuan, orang yang juga meminjamkan barangan untuk pameran hantu yang pernah begitu laris di Muzium Shah Alam. Saya pernah duduk bersemuka dengannya satu dengan satu beberapa tahun lalu dan ternyata dia ada kaitan tersendiri dengan negeri Aceh. Sekian...







6 ulasan:

PerpatihTulus berkata...

May Allah bless you, forgive you and make you successful here and hereafter. amin..

kawe, dok panda spiking. hehhe

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Waaaahhhh...menarik posting tentang pameran pulau besar nih..aduhhh tapi masih belum lagi berkesempatan nak pegi..

Kak Anggun & Jiwa-> Mmmm menarik kan sundang, pedang ,keris dan pelbagai koleksi senjata lama tu.. Macammm....('jgn biarkan diri anda diselubungi misteri') hehe..
'Awak', ok tak pedang n sundang2 tu? ada apa2 tak?

Cayuk...Abg MS n Akak Anggun..Santapan mata yg menguja kebangkitan rasa bile melihat koleksi gambar2 pameran pulau besar tu..

Wasalam.

RadenCilik

Tanpa Nama berkata...

batu nesan yg berbentuk bunga (bulat) tuh tak sama dengan yang terdapat pada cover BKA....

yang tu pun dari acheh gak ka ?...

Radzi Sapiee berkata...

Tak tau le betul-betul dari Aceh ataupun tidak. Tetapi yang pasti ia termasuk bentuk yang dipanggil batu nesan Aceh yang sebenarnya ada pelbagai jenis.
Sila cari buku "Aceh gravestones" oleh Professor Othman Yatim di perpustakaan negara atau sesetengah library.

PerpatihTulus berkata...

batu nisan tu , rasanya macam jenis K, dalam aku punya blogspot. ada iras tu. cuba check

http://2.bp.blogspot.com/_Flu7-3WCdOo/SWBcVNYTcWI/AAAAAAAAALc/vGwAm3pwTcw/s1600-h/P_bt12a.jpg

wassalam

5th_E Taib berkata...

Salam

Pulau Besar.

Mak cik saya ketika datang keadaan tertentu, ketika mudanya, akan ke Pulau Besar untuk berubat dan membayar nazar. Begitu juga dgn seorang kenalan yang pendampingnya dari Pulau Besar, pergi ke sana dan menjamu tetamu lain disana dengan pulut kuning. Wallahualam apa objektifnya.

Hanya ALLAH yang mengetahui segala rahsia pulau itu.