Ada banyak juga cerita menarik berlaku sepanjang perjalanan ini termasuk menghadiri pendaftaran sekolah anak-anak kami, anak tiri saya di negeri ini juga hari pertama mereka bersekolah tadi bersama bapa kandung mereka sekali! Tapi lain kalilah saya bercerita ya... terlebih dahulu saya ingin melepaskan sedikit cerita perjalanan kami ke selatan minggu lepas terutama di Melaka. Ini dia...
OK. Semasa di Melaka, saya beberapa kali terlihat poster rentang ini. Kebetulan semasa di Masjid Kampung Hulu, penjaga masjid memberitahu terdapat sebuah pameran tentang Pulau Besar di sebuah muzium di tengah bandaraya Melaka, saya pun cuba mencarinya.
Oh... Hari itu adalah hari Krismas, 25 Disember 2008. Malam sebelumnya, saya dan isteri telah bermalam di Masjid Kampung Hulu.
Banyak juga perkara menarik di dalamnya. Oleh kerana saya ingin berkongsi dengan pembaca tetapi malas nak bercerita panjang lebar, saya ambil sebijik-sebijik gambar informasi yang dipaparkan serta beberapa pameran tertentu. Sayangnya separuh gambar ternyata kurang terang, jadi saya cuma paparkan mana yang elok dan sesuai sahaja ya. Untuk membaca informasi yang ada dengan lebih dekat, sila buka gambar berkenaan dalam windows lain...
Serpihan batu nesan Aceh dari makam Sheikh Ismail...
Saya dah lupa apa ceritanya di sini tetapi barangan yang dipamirkan berkait dengan negeri Perak. Beberapa informasi di bawah tak perlulah diterangkan tajuknya... lihat sendiri apa yang tertera.
6 ulasan:
May Allah bless you, forgive you and make you successful here and hereafter. amin..
kawe, dok panda spiking. hehhe
Salam,
Waaaahhhh...menarik posting tentang pameran pulau besar nih..aduhhh tapi masih belum lagi berkesempatan nak pegi..
Kak Anggun & Jiwa-> Mmmm menarik kan sundang, pedang ,keris dan pelbagai koleksi senjata lama tu.. Macammm....('jgn biarkan diri anda diselubungi misteri') hehe..
'Awak', ok tak pedang n sundang2 tu? ada apa2 tak?
Cayuk...Abg MS n Akak Anggun..Santapan mata yg menguja kebangkitan rasa bile melihat koleksi gambar2 pameran pulau besar tu..
Wasalam.
RadenCilik
batu nesan yg berbentuk bunga (bulat) tuh tak sama dengan yang terdapat pada cover BKA....
yang tu pun dari acheh gak ka ?...
Tak tau le betul-betul dari Aceh ataupun tidak. Tetapi yang pasti ia termasuk bentuk yang dipanggil batu nesan Aceh yang sebenarnya ada pelbagai jenis.
Sila cari buku "Aceh gravestones" oleh Professor Othman Yatim di perpustakaan negara atau sesetengah library.
batu nisan tu , rasanya macam jenis K, dalam aku punya blogspot. ada iras tu. cuba check
http://2.bp.blogspot.com/_Flu7-3WCdOo/SWBcVNYTcWI/AAAAAAAAALc/vGwAm3pwTcw/s1600-h/P_bt12a.jpg
wassalam
Salam
Pulau Besar.
Mak cik saya ketika datang keadaan tertentu, ketika mudanya, akan ke Pulau Besar untuk berubat dan membayar nazar. Begitu juga dgn seorang kenalan yang pendampingnya dari Pulau Besar, pergi ke sana dan menjamu tetamu lain disana dengan pulut kuning. Wallahualam apa objektifnya.
Hanya ALLAH yang mengetahui segala rahsia pulau itu.
Catat Ulasan