OK. Selepas kembali ke Bandar Tasik Puteri dari tempat Ustaz Safuan, saya dan isteri pun berkemas-kemas lalu keluar menaiki motosikal menghala ke Rawang sebelum naik ke Batang Kali untuk mengambil jalan melalui Genting. Destinasi sebenar kami ialah ke Janda Baik... dari Batang Kali seseorang boleh naik ke Genting sehingga ke Gohtong Jaya sebelum turun ke lebuhraya lalu boleh ke Janda Baik.
Saya ingin mencuba laluan ini kerana menyangkakan ia lebih dekat dari Rawang. Kalau tidak saya perlu turun dahulu ke Kuala Lumpur sampai ke Batu Caves masuk ke Gombak sebelum naik balik melalui lebuhrayaKarak ke Janda Baik. Rupa-rupanya tak juga... perjalanan melalui Batang Kali ternyata lebih jauh. Tapi tak mengapa le... sekurang-kurangnya ia membawa saya untuk naik ke Genting Highlands setelah bertahun tidak ke sana...
Ini adalah gambar taman tema luar di Genting diambil dari dalam laluan pejalan kaki yang tertutup.
Disebabkan sudah lama tidak ke Genting, rasanya lebih 5 tahun, saya tidak tahu bahawa laluan dari Batang Kali akan menyebabkan seseorang itu wajib lalu di stesyen cable-car.
Memandangkan saya sudah lama tidak ke Genting, lagipun sudah sampai ke stesyen, apa salahnya naik
cable-car hingga ke atas ya tidak? Untuk melihat pemandangan dari dalam
cable-car, sila lihat artikel
A short trip to Genting... yang baru dibuat di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Ada beberapa
slide yang menarik...
Memandangkan kami sampai pun hampir senja, saya dan isteri setakat berjalan-jalan di sekitar...
Pemandangan matahari hampir terbenam...
Nasib baik gambar yang kelihatan dalam kamera lebih terang!
Inilah 'kepala asal' Genting Highlands sebelum muncul segala macam bangunan lain...
Dari 'kepala' itu menjulur kabel-kabel untuk menampung
cable-car ke bawah, nun hingga jauh ke sana...
Saya pun duduk di satu tebing untuk membuat satu eksperimen. Apa kata kalau saya pijak kenderaan yang lalu-lalang? Ah... hasilnya sungguh memilukan, hehe... :]
Dalam pada itu baru terfikir. Ait? Kabel-kabel dah sedia tergantung... mana pergi
cable-car nya?
Rupa-rupanya
cable-car yang ada kini menggunakan laluan lain. Apa yang kelihatan tadi adalah laluan lama. Patutlah tadi tak lalu bangunan pagoda yang ada kat lereng tu...
Kemudian kami bersiar-siar di laluan tepian jurang ini. Teringat dahulu saya pernah bermalam di pondok sini dengan memakai
sleeping bag sahaja, setelah mendapat berita seorang kekasih lama yang amat disayangi akan bernikah dengan orang lain. Semasa itu saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Keesokan selepas bermalam, saya bercadang mahu menunggang motosikal terus sampai ke Kedah. Sebaliknya sampai di kaki gunung saya tergerak untuk berpatah-balik ke Kuala Lumpur lalu mendapati kekasih bernama Mas ini bernikah pada malam itu!
Perkara ini saya ceritakan pada isteri. Sejak dahulu saya ada memberitahu bahawa kedatangan isteri seolah-olah menggantikan tempat Mas... seolah-olah Tuhan memberi peluang untuk memperbaiki keadaan dahulu akibat kejahilan dan kesombongan diri saya sendiri.
Ya, di sini biar saya berterus-terang. Walaupun dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh", saya sering mewar-warkan rasa harapan dan kasih-sayang terhadap gadis lain yang dipanggil Nur dalam cerita, hakikatnya ada satu kekosongan besar yang belum terisi sejak kehilangan Mas, satu kekosongan yang saya pun tak pasti apakah dapat diisi oleh Nur jika kami betul-betul dapat bersama. Kini tempat itu telah diisi oleh isteri yang sudi menyokong dalam apapun keadaan. Terimakasih sungguh Abang ucapkan! :]
Oh... tadi sebenarnya saya mahu
upload kan gambar lain yang menunjukkan sebahagian taman tema dalam. Tetapi setelah selesai meluahkan perasaan di atas, baru tersedar telah menggunakan gambar ini pula. Tak apa le. Selesai satu perkara. Kalau nak lihat gambar naik
cable-car waktu malam, sila lihat artikel
Back from a short trip to Genting... pula. Sekian...
1 ulasan:
assalam.tumpang tanya sikit..saya pernah ke G.Highlands sekitar tahun 1988..nak tanya kalau dari Skyway yg kat atas, nak jln kaki ke "kepala G.Highlands" yg asal tu..jauh tak? teringin nak tengok2 kawasan kepala asal GH..mcm mana nak tahu laluan yg diambil tu yg betul?tq
Catat Ulasan