Adapun malam itu, saya dan isteri bermalam di Batu Feringgi sedangkan Shamsul di rumah ayahnya di Kulim. Seperti dijanjikan, selepas tengahari keesokannya saya pun bergegas meninggalkan Pulau Pinang melalui jambatan panjangnya untuk mengambil Shamsul di tol Sungai Bakap sebelum menyambung kerja...
Satu gambar pusat bandar Taiping...
Kemudian kami ke bandar diraja Kuala Kangsar untuk mengambil gambar Masjid Ubudiyah di Bukit Chandan.
Kami turut mengambil gambar di sekitar kawasan pemakaman diraja Perak di hadapan Masjid Ubudiyah. Lalu saya mendapati makam moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin kini telah dipagar cantik malah diletakkan sebuah papan informasi di sebelah. Sila lihat artikel New trip to the North - The Ubudiyah mosque and Perak royal mausoleum revisited... yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.
Kemudian kami ke Masjid Kota Lama Kanan yang terletak di tebing kanan Sungai Perak, masih di dalam kawasan daerah Kuala Kangsar.
Oh, di dalam gambar ini kelihatan saudara Shamsul sedang tekun mencari angle. Ini adalah lawatan pertamanya ke sini. Adapun kami sampai ke masjid ini waktu Asar kemudian berhenti untuk makan laksa di gerai berdekatan kerana Shamsul tidak tahan lapar. Selepas jam 5.40 petang, baru kami meneruskan perjalanan. Terkejar-kejarlah saya memandu kereta kerana tempat yang ingin dituju seterusnya terletak sekitar 80 km ke selatan melalui jalan kecil... kalau boleh saya mahu sampai ke sana sementara masih ada siang!
Ketika itu sudah senja, masuk 7 petang, pergi pula ke kawasan jin bertendang sebegini. Keadaan sebenar lebih malap dari apa yang kelihatan dalam gambar. Tetapi saya tidak boleh membiarkan peluang mengambil gambar masjid ini berlalu. Lalu saya meminta isteri dan Shamsul keluar dari kereta sebelum mengemudikan kereta melepasi jalan lecak berselut teruk di beberapa tempat, cukuplah untuk sampai ke bahagian yang kelihatan di atas ini. Dari situ sudah boleh nampak tempat yang dituju, alhamdulillah.
"Eh, kambing ini tidak takut langsung pada orang. Dah la dia muncul seekor je. Entah-entah penunggu masjid ini menjelma jadi kambing tak?", katanya.
Saya cuma tersenyum sahaja. Semasa itu saya lebih sibuk mahu mengambil gambar mimbar masjid ini dalam kegelapan, tak terfikir pun nak mengambil gambar kambing. Shamsul ada mengambil gambar kambing. Rasanya dia mahu bertanyakan pada orang lebih arif tentang kambing ini.
Apabila kembali ke Kuala Lumpur, isteri bertanya lagi tentang kambing itu. Terasa rugi pula tidak mengambil gambar, kalau ada tentu boleh ditunjukkan pada semua orang kemudian berilah pendapat dengan ilmu masing-masing tentangnya. Ah... terasa rugi juga tidak dapat berkongsi hal ini.
Ternyata Allah SWT telah merancang segalanya. Apabila dilihat kembali gambar mimbar yang diambil, kelihatan kambing berwarna putih dengan sedikit tompok hitam di satu sudut. Nah, ambik kau. Apakah ini penunggu masjid tinggal?
Shamsul dapat mengambil gambar yang menunjukkan tahun itu dengan lebih jelas. Itupun setelah mencuba beberapa kali dengan menggunakan dua buah flash dari beberapa sudut untuk menghasilkan bayang-bayang yang dapat menimbulkan ukiran tanpa warna di belakang itu. Saya pula terlupa nak semak kembali kerana yakin dengan nombor 1339 yang saya lihat mula-mula. Lama kemudian baru saya terfikir, mungkin juga saya tersilap melihat nombor 3 dengan 2 yang tulisan Arabnya hampir sama kecuali tambahan satu 'lekuk' untuk nombor 3.
Adapun tarikh atau tahun itu memberitahu mimbar masjid lama tinggal ini dibuat oleh Megat Ja'afar. Tahun 1339 Hijriah bersamaan 1920 Masihi. Kemungkinan besar masjid ini dibina lebih awal sebelum mendapat mimbar.
Saya cuba padankan pula angka 1239 Hijriah. Ternyata ia bersamaan tahun 1823 Masihi. Jika memang angka yang terukir ialah 1239, ia tidak mustahil. Tidak jauh dari masjid, sekitar 300 meter sahaja di utara terdapat makam sultan ke 19 Perak, Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang memerintah dari 1806 hingga 1825.
Baginda telah menjadikan kawasan ini ibunegeri Perak yang dipanggil Bandar Baharu. Maka tidak mustahil masjid lama ini didirikan pada atau sebelum tahun 1823 bersesuaian dengan zaman pemerintahan baginda!
Kami pergi ke destinasi terakhir perjalanan ke utara ini dengan lebih tenang. Walaupun hari sudah malam, saya tidak terkilan lagi tidak dapat mengambil gambar waktu siang. Rasanya elok juga masjid seterusnya, masjid lama Batak Rabit di luar bandar Teluk Intan dipaparkan keadaannya waktu malam.
Di atas ialah gambar diambil dari bahagian teratas menara masjid dengan menggunakan flash. Ingatkan boleh dapat gambar bumbung masjid yang berlapis tiga sekali dengan bahagian atas menara... tetapi ternyata ini sahaja yang boleh ditangkap dengan kamera automatik Olympus saya. Cukup le...
Ini pula masjid...
Hampir jam 11, baru kami makan malam di sebuah kawasan perhentian di tepian Sungai Perak. Kami membuat keputusan untuk mengambil jalan melalui Sabak Bernam dan Kuala Selangor untuk kembali ke Lembah Kelang.
Dipendekkan cerita kami sampai ke Kuala Lumpur selepas jam 1 malam. Selepas menghantar Shamsul ke rumahnya di Bukit Damansara, baru saya dan isteri kembali ke sebuah rumah keluarga di Kajang, sampai jam 2 malam. Sekian! :]
5 ulasan:
Salam..
Memang menarik sekali la peristiwa Abg Ms & Kak Anggun gi Masjid lama kat Teluk Memali tu.Saya pun naik hairan camne kamben tu bleh ade kat situ..Semacam je putih bulu kamben tu..Mcm tak masuk dek akal kat situ bkn ader rumah2 orang yang tinggal berdekatan pun. Nak kata ada org bela kamben kat situ pun takde masa trip kite dulu kan.
Memang misterilah..Kamben yang menjadi "penunggu" yang menunggu dalam masjid.hehehe..
Persoalannya, Kamben putih tu menunggu siapa? Renung-renungkan! dan Selamat Beramal.. :)
"Awak" - Ape pendapat awak tentang kamben putih tu ek..Apakah dia yg awak suh cari aritu?? hehe...
"Entahla awak, saya tak tau pulak saya suruh awak cari kamben. Saya suruh awak cari naga tasik cini."
heheh
Dalam kedudukan yg agak gelap yang hanya menampakkan warna cat kuning dalam masjid, ada kelihatan 2 titik cahaya. Satu titik dari mata kambing, satu titik lagi datang dari atas kepala kambing, di celah lubang-lubang kayu bersilang atas tu.
Cahaya apa itu? Lampu atau benda lain sedang memerhati?
Lorrr, budak SEMESTI rupenye Fida nie, kim salam kat dia ekkk... saya XSemestian tahun 1992-98
Salam..
Waalikumsalam Mohd Shahrizal..
i'm 5th batch (1988-1992)
Oic..u form 1 masa akak form 5. Masa tu ketua prefect Muhd.Rafie..ada ingat tak?
Salam,
Apa pun kalo nak tau ttg cerita mesjid lama tu, sila pegi ke kg Permatang Pelanduk. Kat situ ramai waris2 penduduk asal Bando Baru & Bando Lama....
mekasih...fr Pakya Perlis
Catat Ulasan