Senang cerita, inilah bahagian hadapan kulit DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" yang berjaya dihasilkan berdasarkan perjalanan terbaru ke Perak yang dibuat dengan penyertaan beberapa orang warga setia pembaca blogspot "Catatan Si Merah Silu" pada 16-18 September 2008... Menunggu masa sahaja untuk menemui peminat, insyaallah selepas Hari Raya!
Ini adalah bahagian belakangnya... Dinyatakan di sini antara tempat-tempat yang dilawati demi memecah persoalan tersurat dan tersirat di sebalik terjadinya Perjanjian Pangkor 1874 dan bagaimana ia mengubah iklim sosio-politik Tanah Melayu sehingga kesannya masih terasa hingga kini!
Bayangkan, di sini disenaraikan 44 lokasi (sebenarnya lebih)... Lalu ulasan dan rakaman video dibuat untuk meliputi lokasi-lokasi ini, ada yang sepintas lalu, ada yang memakan banyak masa... Dari sejak masuk ke Perak melalui Tanjung Malim sehingga ke Teluk Intan, Kampung Gajah, Pasir Salak, Beruas, Taiping dan Kuala Kangsar dalam tempoh 2 hari.
Hmm... Biar diletakkan 44 lokasi ini di bawah ya... Ini dia...
1. Masjid Sheikh Ismail, Ulu Bernam
2. Sempadan Selangor-Perak di Tanjung Malim
3. Masjid jamek Tanjung Malim
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
5. Masjid lama Sungkai
6. Masjid lama Batak Rabit
7. Kawasan pemakaman keluarga Laksamana Raja Mahkota
8. Menara Condong Teluk Intan
9. Makam Sultan Abdullah I (Marhum Durian Sebatang)
10. Makam Keramat Kuala Bidor
11. Masjid tinggal Teluk Memali
12. Makam Sultan Abdul Malik Mansur Shah
13. Kubur J.W.W. Birch
14. Makam Raja Ahmad
15. Masjid Sultan Azlan Shah, Kampung Gajah
16. Chenderong Balai
17. Makam Sultan Abdullah Muazzam Shah
18. Makam Sultan Jaafar Muazzam Shah
19. Masjid Bandar Tua
20. Masjid Muhammediah, Kampung Ayer Mati
21. Makam Si Puntum
22. Kompleks bersejarah Pasir Salak
23. Tempat Birch dibunuh
24. Muzium Beruas
25. Makam Raja-raja Beruas I
26. Makam Raja-raja Beruas II
27. Masjid Kampung Kota
28. Kota Ngah Ibrahim
29. Bandar Taiping
30. Makam Sheikh Abdul Qadir, Kuala Kangsar
31. Bukit Chandan
32. Masjid Ubudiyah
33. Makam diraja Perak
34. Makam Sultan Abdullah II (yang dibuang ke Pulau Seychells)
35. Makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin
36. Rumah Pak Mazin
37. Makam Daeng Selili
38. Makam Tok Temong
39. Masjid Kota Lama Kanan
40. Makam Sultan Mansur Shah
41. Makam Temenggung Wan Hussein
42. Makam Sultan Ali Inayat Shah
43. Makam Sultan Yusuf I
44. Makam Sultan Muzaffar III
Fikirkan... 44 lokasi yang disenaraikan sendiri sudah cukup untuk membayangkan kepadatan isi bersulam sejarah rasmi berserta sejarah "kurang rasmi" dan cerita yang keluar melalui gerak hati di dalam DVD sepanjang 1 jam 31 minit campur 27 minit bonus cerita tempat-tempat tertentu ini (tempat-tempat nombor 36 hingga 44 dalam senarai selepas cerita 'ditutup' di makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin").
Untuk sesiapa yang "tertinggal bas", boleh lihat klip-klip video yang dipaparkan di bawah siri artikel "Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874"... Ada diletakkan di side-bar kanan di bawah chat-box. Senang cerita, biar diletak link-linknya di sini juga...
Teluk Intan dan masalah video yang sudah selesai!
Sultan Abdullah I, Laksamana Tok Janggut dan Tok Putih
Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch - Petanda bandar Melayu yang hilang
Makam Raja Ahmad... Sekali lagi sampai waktu malam!
Ke Taiping untuk mendengar cerita di Kota Ngah Ibrahim
Menutup cerita di Bukit Chandan
Adapun klip-klip video yang telah dipaparkan di blogspot ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada jalan cerita. Dan lagi, klip-klip video ini tidak mengandungi teks penerangan berserta muzik latar-belakang yang siap dibuat untuk DVD pada 19 September, iaitu 4 hari lalu...
Beginilah, lihat klip video khas pembukaan di bawah ini, sama seperti yang terdapat di dalam DVD...
Bezanya, kualiti video dalam DVD jauh lebih baik daripada klip video di atas ini. Maklumlah, klip video untuk di down-load ke Internet harus dikecilkan saiz file nya lalu diturunkan kualiti, kalau tak nanti jadi berjam-jam lama kerja nak up-load je!
Apapun, sukacita dimaklumkan, DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" ini kini dibuka untuk tempahan... Harga promosi yang ditetapkan adalah RM9.90 untuk 100 DVD pertama... Semalam telah saya cetak 49 naskah... Yang belum cetak cuma cover atau kulitnya seperti yang terpapar mula-mula di atas ini.
Oleh kerana rasanya ia perlu diposkan nanti, saya rasa tidak keterlaluan jika saya meletakkan harga promosi DVD campur harga pos sebanyak RM15 untuk setiap DVD... Kecuali ada tempahan lebih dari satu DVD maka cuma tambah RM10 sahaja untuk setiap DVD. Jadilah RM25 untuk 2 DVD, RM35 untuk 3 DVD dan sebagainya hingga maksima 5 DVD sekali tempah.
Mereka yang berminat boleh menyatakan tempahan di ruangan komen di artikel ini atau e-mail ke merahsilu@hotmail.com . Ingat, tawaran ini terhad pada 100 DVD terawal... Selepas itu saya tidak dapat menjamin harganya serendah ini! Buat tempahan dahulu, jualan dan penghantaran akan mula dibuat selepas minggu pertama bulan Syawal @ Hari Raya Aidil Fitri ini.
Seperti untuk membeli siri buku "Berpetualang ke Aceh" (lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA... ), buat masa ini saya lebih selesa menggunakan kaedah wang pos. Maka sila sediakan wang pos yang setimpal dengan jumlah DVD yang diinginkan, tulis pada wang pos itu nama penuh saya menurut IC:-
Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee
No IC. 701126-01-5227
Atau biarkan bahagian itu kosong. Harap maklum, tak boleh pakai nama pena saya "Radzi Sapiee" pada wang pos kerana tidak diterima pihak pejabat pos, perlu ikut nama dalam IC. Kalau dikosongkan, maka sekurang-kuragnya saya boleh tulis sendiri.
Apabila jualan mula dibuka, hantarkan kepada alamat ini...
Radzi Sapiee,
Lot 646,
Jalan 9,
Taman Ampang Utama,
68000 Selangor.
Nak hantar lebih awal pun boleh tetapi saya cuma akan membalas balik dan menghantar DVD selepas minggu pertama Raya. Sementara itu, seperti disebut di atas, sila nyatakan tempahan di ruangan komen atau e-mail merahsilu@hotmail.com ya! Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua. Wassalam... :]
p/s: Ditulis selepas jam 2.30 pagi...
Tadi saya tergerak untuk menelaah beberapa artikel lama di sini. Terjumpa balik artikel bertajuk Taiping dan akibat Perjanjian Pangkor 1874... , rasa perlu diletakkan link nya di sini kerana rasa rugi jika penulisan yang terkeluar panjang lebar melalui gerak hati yang muncul ketika itu tidak dapat dimanfaatkan sekali lagi kerana ia banyak menyentuh tentang makna Melayu dan nasibnya kini. Sila baca juga artikel Di Kuala Kangsar untuk memperbaharui wasilah... yang dibuat dalam tempoh masa sama iaitu lebih setengah tahun lalu. Sekian! :]
16 ulasan:
OK, berdasarkan pada komen-komen yang dibuat di dalam artikel "Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Menutup cerita di Bukit Chandan", maka saya telah reserve DVD seorang satu kepada saudara Syahir @ Ultraman dan AwanBadai... :]
Tahniah sebab terus naik 'makam' hasil minat dan kesungguhan yang mendalam...
saudara kau ni hanya mampu berdoa agar kau sentiasa suksess...
aku sendiri? Aku sedang membayar kifarah... bila aku terlepas keluar dari botol ni, aku jumpa kau... buat masa sekarang, aku 'TAK BERANI' jumpa kau lagi...
Apa pun, tahniahlah, akhirnya kau berjaya keluar dari kepompong minat semata-mata... sparekan aku DVD kau tuh... nanti aku pi ambik...
Time kasih bro,
Aku personally akan ambik sendiri
Insyallah sebelum raya ni, kalau
hang ada sekitar ampang ataupun kajang.
Salam ramadhan.
salam..
Salam Ramadhan..
Abg Ab..jgn lama2 duduk dlm botol tu..he!he!
Bila nk jumpa saya dgn Radzi mcm dulu2..minum air kelapa muda tepi jalan tuh..!
Wassalam... Saya akan spare kan DVD tu pada sesiapa yang berkenaan.
Adapun hari Rabu ni rancangan saya nak ke Raub... Hmm... Macam kena plak, Rabu dengan Raub. Heh!
Apapun, mungkin tido 2 malam kt sana pas tu pi Janda Baik tido 1 malam.
Lepas tu balik Ampang atau Kajang, mungkin tido semalam mungkin tak. Sebabnya target saya nak mula menghala ke Muar, nak tido 1 malam kat Pengkalan Kempas, pas tu 1 malam kat Masjid Taboh Naning. Kalau ada time, nak gak 1 malam kat Masjid Kampung Hulu, Melaka sebelum beraya kat Muar.
Amacam, ada sempat ke? :]
tadi tengahari Radzi bagi dvd yang dia nak jual tu pada saya satu copy. ni baru selesai tengok setengah jam. So komen saya, ini video ala-ala kembara, cara diedit dan di adun itu memang menarik, dengan subtitle, dan padat dengan maklumat. walaupun baru 1/2 jam tengok rasa macam dah lama pulak.
belilah, tak rugi.
saya rasa banyak masa MerahSilu dihabiskan dengan kerja-kerja video ni. dedikasi, dan tak jemu-jemu.
sangat bagus untuk memahami sejarah dengan santai dan dari perspektif yang berbeza.
keseluruhannya satu kerja yang sangat bagus.
wassalam.
cantekkkkk bang, nasib baik saya buka komen ni dulu sebelum email tadik. baru nak order. ehehehe. ok bang kompom dvd satuuuu!
Mungkin agak terlalu awal,walaubagaimanapun "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua" Semoga apa yg kita usahakan akan mendapat keredhaan Allah hendaknya... InsyaAllah
salam..
mintak satu dvd...
cetak rompak macam mana??
dong
Wassalam semua. Saya baru balik dari Janda Baik, singgah sebentar di Ampang sebelum ke Kajang, mungkin ke Nilai malam karang untuk bermain meriam buluh di rumah Kak Aina Emir Karnadya sebelum bermalam di sebelah makam dan batu-batu hidup di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.
Terimakasih Zaidi atas komen yang menaikkan semangat. Untuk pengetahuan, DVD yang diberi pada Zaidi tu adalah yang asal dibuat pada 17/9/2008 bersamaan hari Nuzul Quran. Pada lewat malam itu saya telah membuat sessi pratonton bersama seorang penulis @ wakil pihak kerabat diraja dengan seorang pelakon popular wanita tanahair. Mereka suka dengan hasilnya tetapi meminta saya menambah satu sahaja lagi iaitu muzik latar-belakang.
Malam itu hingga time Sahur juga saya melakukannya... Hasilnya adalah DVD yang lebih baik daripada yang ditonton Zaidi...
Lagi satu, jika DVD yang ditonton Zaidi dibuat atas cakera DVD-R brand Prinzet ke hapa yang takda nama, DVD baru iaitu 100 keping dengan harga promosi RM9.90 untuk jualan dibuat atas DVD-R Sony yang tentunya lebih berkualiti.
Dan lagi, kulit DVD sudah pun dicetak 3 hari lepas.
Maka Syahir, Abang dah standby satu untuk Syahir.
Untuk Dong, nak mintak boleh tapi kena le bayar harganya, hehe!
OK. Sekali lagi, selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin dari saya untuk semua.
p/s: Zaidi, aku dah dapat dah kat raya Teras Technology tu. Cantik! Terimakasih. Aku balas dengan kad raya makrifat aje le ek, aku terus hantar ke lubuk hati! Wassalam...
Merah Silu : ana nak dvd ini satu. Rasa-rasanya masa depan boleh diperkembangkan lagi keluaran dvd ini. Bukan utk rujukan kita sahaja, tetapi juga untuk anak cucu kita di masa-masa akan datang. Syabas kepada semua yang terlibat. Mungkin merahsilu boleh fikir cara pembayaran melalui maybank2u pulak selepas ini. Senang sahaja cara tu. Kalau nak ana boleh bagi manualnya. FOC jer.
OK. Satu DVD lagi reserved...
Oh, saya sekarang berada di bandaraya Melaka. Hari tu Sabtu malam Ahad, selepas meninggalkan rumah Kak Aina Emir di Nilai, saya terus ke Pengkalan Kempas bermalam di sebelah makam Sheikh Ahmad Majnun dan batu-batu hidup. Esoknya saya ke makam Raja Melewar seterusnya mandi air terjun di Gunung Datuk sebelum singgah ke Tampin seterusnya Alor Gajah lalu bermalam di Masjid Taboh Naning, sebelah makam Dol Said.
Tadi siang saya ke Masjid Tanah kemudian singgah ke Masjid Tanjung Keling, Masjid Tengkera, Masjid Kampung Keling, Makam Hang Kasturi dan Makam Hang Jebat. Insyaallah malam ini saya bermalam di Masjid Kampung Hulu sebelum kembali ke Muar. Selamat semua! :]
p/s: Bab Maybank tu nanti-nanti dulu le. Banyak hal lain nak kena settle dulu. Nak bukak account company satu kat Affin pun tak buat-buat, asyik lupa aje... Ish...
harap tempahan utk dvd harga promosi saudara masih dibuka lagi. sya berminat utk dptkan satu. :)
ok,
beli satu dvd...
massey...
dong
Assalamualaikum...
Waalaikumussalam.
Catat Ulasan