Perkara ini cuma jadi masalah kepada jiwa-jiwa sakit yang tidak tenteram lagi irihati... Jiwa-jiwa langau yang suka membuat kacau mengganggu ketenteraman para pembaca tulen di sini seraya menuduh saya pula yang suka menonjolkan diri! Fikirkan... Kalau betulpun saya mahu menonjolkan diri, apa salahnya kerana ini blogspot saya? Berapa ramai orang menulis di blogspot sendiri untuk menonjolkan diri sendiri, kegemaran diri sendiri, gambar anak-anak, gambar kucing, labi-labi dan sebagainya...
Sebab itu dinamakan blogspot... Tempat membuat log atau catatan perjalanan peribadi hidup secara on-line... Sekurang-kurangnya buat di tempat sendiri, di rumahtangga sendiri. Sesiapa pun boleh daftar buat blogspot sendiri. Tak kena bayar apa-apapun. Apa susah? Bukan macam langau-langau... Kononnya nak mengajar orang sedang dirinya itu sebenarnya yang cuba menonjolkan diri di tempat orang sampai selau mencari salah-silap orang malah kata-kata baik pun mahu disalah-tafsir untuk cuba mencari kelemahan orang...
Itulah sifat orang-orang cakap tak serupa bikin. Angan-angan lebih nak ke sana-sini memeluk gunung tapi tangan tak sampai. Sekurang-kurangnya saya bercerita perkara yang saya dah lalui, tempat-tempat yang saya dah sampai... Bukan setakat copy and paste kemudian nak tunjuk pandai, Alahai! :]
(Sekali lagi untuk pembaca setia, harap faham. Sesekali saya tukar mood cakap sedikit kasar apa salahnya ya tak? Lagipun ini blogspot saya, tempat saya meluahkan rasa Bukan macam langau yang sentiasa bercakap kasar... Baling batu sembunyi tangan dalam dunia Internet. Puhhh!!! Cakap tak serupa bikin, pengecut, dayus, takda telur. Belajar silat selangkah dua lepas tu cari kat Internet bacaan ilmu itu ilmu ini jangan haraplah nak berjaya kat mana-mana... Masuk forum pun orang dah tak layan. Kalau buat blogspot sendiri lagi le, terus takda orang jenguk.... Tu yang sibuk cari perhatian kat tempat orang. Hahaha!)
Pernah dengar tak nama Dandiar ni? Kalau tanya orang Johor, mereka akan sebut pasal Dandiar, seorang penjaga Istana Johor berketurunan Jawa yang sangat tinggi ilmu zahir dan batinnya. Tetapi Radin Dandiar yang ditanam di sini hidup pada zaman yang lebih awal...
Yang menarik, di dalam bangunan utama makam ini terdapat banyak gambar-gambar yang dikaitkan dengan Ahlul Bait anak cucu keluarga Nabi. Oleh kerana saya ini suka 'menonjolkan' diri, maka tak perlulah saya menurut adab Ahlul Bait ya tak? Maka itu untuk langau, pi mampus engkau. Selagi engkau tak sedar diri, selagi tu le kebodohan diri engkau akan bertimpa-timpa. Kalau tak sedar juga, lu tengok le besok lu mampus macamana. Bodoh!
Antara gambar-gambar yang diletakkan ialah para Habaib terkenal di seluruh Malaysia dan Indonesia. Kemudian ada pula gambar-gambar ulamak terkenal yang secara rasminya tidak pernah dikaitkan dengan golongan Sayyid dari segi nasab tetapi diketahui sesetengah orang memang mempunyai darah Ahlul Bait yang sangat kuat seperti Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari.
Hehe... Pesanan penaja di atas ini ditujukan cuma kepada langau-langau bodoh. Mereka yang jujur ikhlas mahu mendapat manfaat harap jangan terasa ya, hehe...
Hmm... Di sudut lain pun masih terdapat gambar-gambar orang-orang daripada Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW, ada juga gambar kubah hijau Masjid Nabawi di mana di dalamnya terletak makam Rasulullah SAW.
Jadi encik bodoh langau... Dah pernah ke sampai makam Nabi? Saya dah sampai zahir dan batin, bukan sekadar cakap-cakap saja tunjuk pandai buat pengakuan macam-macam kat sana-sini... Ya, saya ingin 'menonjolkan' diri di sini... Tapi sekurang-kurangnya memang saya dah sampai, bukan angan-angan cakap tak serupa bikin macam kamu. Hmm... Mungkin juga dengan cara terus meracau-racau buat kacau di sini maka secara automatik kamu rasa Allah akan angkat darjat kamu sampai berjumpa Rasulullah SAW? Hahaha! Teruskanlah berangan. Dasar orang perasan.
(Kawan-kawan jangan risau. Langau-langau bodoh yang memakai pelbagai nickname ni cuma boleh memaki-hamun di dunia Internet sahaja. Sedangkan hakikatnya di luar sana, dia ini orang yang tiada nama, tidak dikenali ramai... Angan-angan je lebih tapi masih tak mahu memperbaiki diri sendiri, masih cuba menutup kelemahan diri sendiri dengan mencaci-maki menyalahkan orang lain, haha!)
Oh... Tiba-tiba si langau tersenyum sendiri, kononnya puas hati kerana berjaya membuat kacau sehingga si Merah Silu melenting. Begitulah sifat langau. Apabila orang tak menjawab, dikatanya orang tak cukup ilmu. Apabila menjawab, dikatanya melenting tak cukup sabar.
Hahaha! Langau-langau. Teruskanlah membodohkan diri sendiri. Cakaplah banyak mana yang kamu hendak. Hakikatnya, kamu nobody, tak da nama langsung baik di tempat kerja, dunia persilatan ke apa lagi di mata masyarakat umum... Cakaplah apa-apa... Apa boleh buat, cakap tak serupa bikin, perasan... Nak sedapkan hati sendiri bolehlah tapi nak tipu orang ramai? Hahaha! Memang sah kamu ini bodoh tak sedar diri...
Hahaha! Si langau masih cuba menipu diri sendiri. Setelah membaca segala kata-kata saya yang 'menonjolkan' diri sendiri sehingga terbukalah selimut kejahilan dia, maka berkatalah dia dalam hati... Ah. Segala kata-kata itu adalah kebalikan untuk diri kamu sendiri. Kamu kata aku bodoh, perasan... Sebenarnya kata-kata itu adalah kebalikan untuk diri kamu sendiri Merah Silu!
Hahaha! Bodoh betul... Sekali lagi angan-angan hendak disamakan dengan pengalaman. Hahaha! Lain le kalau kalam kamu itu bertaraf kun fayakun. Aku kata jadi, maka jadilah. Ini angan-angan cakap kat dunia Internet. Sedangkan di dunia luar sana tiada sebenarnya siapa sudi melayani kamu... Sedangkan di Internet pun orang selalu lari apabila kamu masuk. Hahaha! Itupun tak sedar diri, hahaha!
Ala sesekali nakal apa salahnya ya tak? Kalau nak ikut adab Ahlul Bait aje, memang saya tak kata apa. Selama ini pun saya selalu biarkan orang membuat kacau, tak saya kata apa. Tapi kalau nak sangat cari pasal meh le jumpa depan-depan. Kita tengok sendiri apakah cakap-cakap tentang ilmu dan silat itu sama dengan gerak kaki dan tangan yang tak perlu pakai apa-apa bahasa mengaku itu ini kecuali tiba-tiba sahaja keluar bunga dan buah untuk menghilangkan yang bathil, menaikkan yang haq. Amacam? :]
Adapun makam ini ialah makam milik seorang puteri dari dari Tanah Jawa yang dikenali sebagai Puteri Radin Mas. Siapa itu Radin Mas? Saya rasa tak perlulah dipanjangkan sangat. Sebabnya Radin Mas ini ceritanya agak terkenal dahulukala malah telah dijadikan satu cerita filem Melayu! Maka carilah sendiri kat mana-mana ya, Google le ke hapa...
Dalam artikel Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka... yang dibuat 3 hari lepas saya ada menyebut bahawa saya telah pergi ke Singapura tanpa dirancang akibat pelawaan SS, seorang gadis yang saya sangkakan memiliki ciri-ciri Mas, kekasih lama saya. Hmm... Elok juga dipaparkan satu sedutan daripada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"... (Langau jangan sibuk-sibuk. Memanglah blogspot ini tempat saya 'menonjolkan' diri... Bodoh. Ini memang tempat saya buat promosi buku, bukan macam kamu, tak malu buat kacau di tempat orang demi mencari perhatian tapi tak mengaku lepas tu nak tuduh orang macam-macam. Pi mampus!) Daripada Bab 8, pada satu bahagian di mana saya telah pergi makam seseorang bernama Mas Merah (ceritanya hampir serupa dengan Masmira dalam filem Enam Jahanam lakonan P. Ramlee) di Pulau Kampai berdekatan sempadan Sumatera Utara-Aceh.
Hmm, memandangkan betapa cerita ini menerbitkan satu rasa yang agak mendalam, biar saya paparkan sekali sajak yang membuka bab itu ya... Adapun kalau ada satu perkara saya masih menyesal sehingga kini adalah kerana kerana tidak memperisterikannya. Ini dia sajaknya...
BAB 8
KEKASIH
Akan kupintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu,
Akan kuanyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidur mu.
Akan kutenun awan-gemawan,
Menjadi selendang menudungi rambutmu,
Akan kujahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.
Akan kupetik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dadamu,
Akan kujolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu.
Akan kurebahkan mentari,
Menjadi laut malam mu,
Menghirup sakar madu mu.
Kekasih,
Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti,
Dengan syurga ilusi.
- Sajak Kekasih, Usman Awang
-----------------
Rasyid juga terasa begitu selesa dan mesra apabila bersama dengan wanita ini... Tidak perlu berlagak macho, tunjuk kuat sentiasa... Tidak perlu tunjuk handal atau menonjolkan sifat kelakian seperti selalu dibuatnya apabila bersama perempuan lain. Dan paling best, dia tidak perlu mengekang sifat gila-gilanya yang kadangkala datang tanpa amaran dan kawalan...
Pemuda itu teringat bagaimana gadis ini begitu seronok mengikutinya berlari anak di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Bayangkan, berlari anak sesuka hati dari Central Market sampai ke Jalan Raja Chulan tanpa mempedulikan semua mata yang memandang... Boleh pula turut sama mendaki Bukit Nenas menggunakan laluan sukar, merangkak di atas sebatang balak besar yang menyendeng di bahagian bukit yang telah runtuh akibat hujan!
Seringkali juga wanita cantik ini turut sama tertawa riang apabila Rasyid tergerak untuk berlari laju menaiki escalator melawan arah di mana-mana kompleks membeli-belah... Tidak peduli langsung wajah-wajah bingung orang ramai yang kelihatan pening lalat akibat gelagat seorang anak muda yang seolah-olah tidak tahu malu langsung! Dan Mas juga tidak pernah terasa janggal bergayut sama di atas pokok jika pemuda itu memulakan walaupun pokok itu terletak di tengah bandar, selain cukup berani turut membuat kerja gila menyabung nyawa seperti berjalan mengimbangi tubuh di atas tembok penghalang selebar 2 kaki di tingkat teratas kompleks Lot 10 dengan pemandangan trafik lebih 70 kaki ke bawah… Berapa ramai kaum Hawa tahan apabila perangai gila lelaki ini datang menjelma? Sedangkan bila diajak menemani bermain video game di Bukit Bintang pun ramai gadis mencebikkan muka, pergi pun dalam keadaan terpaksa untuk menjaga hati si jejaka? Di manakah boleh dicari gadis begitu sporting apalagi daripada keluarga berada berpelajaran tinggi?
Dengan Mas, Rasyid menjadi begitu manja. Bayangkan... Seorang lelaki yang dahulunya berbadan tegap dengan otot berketul seluruh badan boleh jadi seperti bayi di pangkuan ibu. bila berada di sisinya. Gadis itu pandai melayan kerenahnya sehingga pemuda itu terasa begitu selesa... Mungkin kerana hati-budi mereka sebenarnya serupa? Mas dapat mengisi satu kekosongan jiwa yang belum pernah dapat diisi mana-mana wanita lain yang dikenalinya. Itu yang membuat Rasyid terasa sungguh bahagia. Buat pertama kali sejak beberapa tahun berpacaran dengan ramai kaum Hawa, barulah pemuda itu terasa yakin dia boleh menjadi one-woman-man... Tidak perlu lagi perhatian wanita lain untuk membuat dirinya terasa “cukup”. Dan buat pertama kali juga timbul rasa kuat untuk berumahtangga. Cuma kedua-dua keluarga tidak bersetuju kerana mereka masih terlalu muda dan baru mahu melangkah ke universiti luar negeri.
Rupa-rupanya kebahagian itu tidak bertahan lama. Rasyid ternyata tidak tahu mengenal untung... Walaupun wanita kesayangannya ini cukup cantik dan menarik, walaupun amat memahami jiwanya yang pelik, walaupun selalu menemaninya dalam susah dan senang, sampai satu ketika, pemuda itu tidak dapat membendung perangai lama untuk merapati wanita lain. Akhirnya mereka berpisah setelah lebih enam tahun bersama, tiga tahun daripadanya di London. Dan setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita, tiba-tiba dia mendapat tahu Mas telah berkahwin! Dengan seorang lelaki yang merupakan junior Rasyid di kolej, malah pernah duduk satu dorm, satu bilik dengannya selama setahun... Jejaka yang rupa-rupanya telah lama menaruh hati ke atasnya.
Sebenarnya, sejak tahun 1997 lagi Mas ada memberitahu, jejaka yang meminatinya lalu menjadi suaminya itu telah menyatakan hasrat untuk masuk meminang. Rasyid tahu wanita itu mahukan dia sendiri lekas menghantar rombongan menyunting... Ahli keluarga kedua belah pihak sudah lama saling mengenali dan ketika itu, mereka berdua sudah memiliki kerjaya yang setimpal dengan kelulusan daripada universiti. Tetapi pemuda itu pula pura-pura tidak mengerti kerana merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam perhubungan mereka. Dia pun tidak pasti apakah masalah sebenarnya. Yang Rasyid tahu, sejak timbul kembali kehendak untuk merapati wanita lain, dia tidak lagi yakin dapat menjalani kehidupan bahagia jika cuba hidup bersama seorang wanita sahaja. Lagipun sudah muncul berbagai persoalan lain membelenggu fikirannya... Keadaan inilah yang menyebabkan mereka akhirnya berpisah jua...
Masalah yang dihadapi ketika itu agak rumit... Hakikatnya, Rasyid tetap sayangkan buah hati ini dan mahu memperisterikannya. Malangnya, fikirannya sangat bercelaru, tidak tahu lagi ke mana arah yang patut dituju. Berbagai persoalan pelik yang muncul dalam diri kebelakangan itu menuntut supaya dicari penyelesaian. Maka itu dia rasa lebih elok mereka berpisah dengan harapan akan berjumpa arah yang dicari. Maka itu juga Rasyid telah menyuruh Mas keluar dengan lelaki lain supaya wanita itu tidak sentiasa ternanti-nanti…
Hmm... Bila difikirkan kembali, mungkin juga ini berlaku kerana kemunculan seorang wanita lain dengan sifat lebih kurang sepertinya musim panas 1995. Itulah Nur yang seperti Mas juga berjaya menambat hati dan jiwa-raga pemuda ini! Sejak itu, Rasyid mendapat kekuatan baru... Dia yakin hidupnya akan lengkap jika dapat mempersuntingkan kedua-duanya sebagai isteri. Malah anak kelahiran Muar, Johor ini tidak melindungkan hasratnya itu... Dia telah memperkenalkan mereka sehingga kedua-dua gadis ini tahu mereka sedang berkongsi kasih seorang jejaka. Walaupun ini kelihatan tamak, ia boleh dikira elok berbanding masa dahulu di mana anak muda ini pernah menyimpan lebih 10 orang teman wanita sekaligus sebelum “menggantikan” mereka dengan “set baru”...
Ah! Baru Rasyid ingat kenapa dia akhirnya berpisah dengan Mas... Gadis itu telah memintanya memutuskan segala bentuk perhubungan dengan Nur, padahal ketika itu dia dan Nur tidak lagi berkasih demi menjaga hati Mas yang tidak tahan lagi berkongsi... Cuma mereka masih berhubung sebagai kawan. Maka Rasyid naik berang apabila Mas terlalu mendesak...
Ternyata pula SS bukan seperti yang disangka. Rupa-rupanya perjalanan ke Singapura itu ada kena-mengena juga dengan Mas. Cuma SS menjadi asbab pembuka cerita...
Adapun gambar-gambar ini sebenarnya diambil selepas bermalam satu malam di Singapura. Hari sebelumnya, saya sempat menziarahi makam Habib Nuh (nanti akan saya letakkan gambar-gambarnya, insyaallah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pada lain masa) juga tanah perkuburan Al-Junid dan makam Sultan Iskandar Shah yang dikatakan memerintah Singapura sebelum muncul keSultanan Melaka tahun 1400an. Saya juga sempat berehat di Masjid Sultan di kawasan Kampung Gelam serta bekas istana keSultanan Johor-Riau-Lingga di situ yang kini dijadikan muzium.
Asalnya saya tidak mahu bermalam di Singapura, saya ingin kembali cepat ke Muar tetapi SS mahukan saya berkenalan dengan seorang lagi warga Singapura (yang dia sendiri pun belum kenal sebelum itu) seorang lagi manusia yang sangat aktif dalam satu forum kegemaran saya, biar kita panggil dia SM. Terimakasih kepada saudara SM (ya, bukan pompuan ek...) yang sudi mengambil saya di hadapan Masjid Sultan menaiki kereta BMW nya (yep bro, jangan ingat aku tak appreciate apa yang engkau buat yek semata-mata kerana aku tak suka Singapura jadi port Yahudi Zionis). Di rumahnyalah saya dapat mandi air panas kemudian dapat pula membasuh baju seluar sehelai sepinggang saya yang dah kusam akibat peluh dan dipakai 2 hari berturut-turut termasuk untuk tidur di atas meja di luar sebuah masjid di Johor Bahru. Dia sudi meminjamkan pakaiannya sendiri agar saya dapat tidur nyenyak sedangkan baju seluar saya sendiri sempat dikeringkan dalam tempoh waktu itu, alhamdulillah... Terimakasih banyak-banyak.
Tetapi pertolongan terbesar SM sebenarnya ini... Dialah yang mencadangkan saya agar pergi ke makam Radin Mas malah menerangkan jalannya apabila SS datang untuk mengambil saya keesokannya. Kalau tidak, saya bukan sahaja tak tahu jalan malah tak terfikir pun hendak ke sana kerana tidak tahu pun akan kewujudan makam itu!
Semasa itu lebih 10 tahun lalu, saya belum berminat untuk mencari salasilah malah tak terfikir langsung pun tentangnya atau perkara-perkara berkaitan. Lebih teruk lagi, saya memandang rendah bangsa sendiri sebagai mundur kerana semasa itu saya sangat berfikiran Barat... Lalu saya turut mengutuk Raja-raja Melayu sebagai lanun, saya tidak tahu apa itu Ahlul Bait malah saya menyangkakan Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan keturunan... Masyaallah!
Tetapi Mas pula pernah memberitahu bahawa apa yang saya lalui lama dahulu, cara saya berfikir, mimpi-mimpi saya ada kena-mengena dengan darah keturunan sedangkan saya sendiri tidak pernah memikirkannya! Siapa sangka apabila memasuki umur 31 tahun, baru saya sedar segala yang saya kutuk tentang Raja-raja Melayu dan sebagainya rupa-rupanya ibarat meludah ke muka sendiri? Kalau saya tahu semua ini dahulu, tentu saya tidak akan melepaskan Mas tetapi apa boleh buat, semuanya sudah berlalu.
Berbalik pada makam Radin Mas... Persoalan yang timbul, jika beliau cuma seorang puteri Jawa, kenapa pula diletakkan begitu banyak gambar-gambar Ahlul Bait berserta gambar masjid dan makam Nabi di sekeliling? Lebih pelik lagi, kenapa diletakkan salasilah Raja-raja Bugis di hadapan makam (gambar di atas ini tetapi kurang terang)?
Salasilah ini menyebut bahawa Raja-raja Bugis berasal dari keturunan seorang moyang yang dipanggil Siti Malengkek, katanya dari keturunan Ratu Balqis, isteri Nabi Sulaiman AS! Apa pula kena-mengena Raja-raja Jawa dengan Raja-raja Bugis? Tetapi yang menarik, ia juga menyebut bahawa Siti Malengkek bersuamikan seorang Sheikh dari Tanah Arab... Agaknya di sini terletak satu kaitan dengan Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW kot?
Adapun Saidina Hussein memang wajahnya serupa Saidina Ali. Kekandanya Saidina Hassan pula memiliki wajah nenda mereka Nabi Muhammad SAW. Yang jadi musykil ialah saya telah melihat banyak gambar-gambar yang dikatakan lukisan wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Yang pasti bukan serupa yang di atas ini. Jadi kenapa pula di sini dikatakan ia wajah Sheikh Abdul Qadir?
Berbalik pada persoalan lain di makam Radin Mas. Kenapa pula boleh ada salasilah Bugis di hadapannya ya sedangkan setahu saya, secara nasabnya tiada kaitan Radin Mas si puteri Jawa dengan mana-mana Raja Bugis. Tak tahulah jika ada bab salasilah yang tersembunyi di sini...
Dalam pada itu, teringat juga Mas si kekasih lama. Ayahnya dah tentu orang Jawa, dari Batu Pahat. Ibunya pula saya tak tahu belah mana tapi dari Pulau Pinang. Hmm... Mungkin ibunya ada berdarah Bugis? Lalu kembali lah kita pada masa kini, seperti biasa biar saya jujur berterus-terang.
Selepas putus hubungan buat kali terakhir dengan Mas sekitar tahun 1997 begitu, dia telah memulangkan balik cincin emas bertatah berlian kecil yang saya beli di London tahun 1991. Sejak itu cincin itu tersimpan elok di rumah Kajang, sampailah saya tergerak untuk menghadiahkannya kepada seorang gadis lain, Nur kedua yang muncul dalam hidup saya awal 2007 lalu menolong saya menyiapkan buku kedua saya juga buku ketiga "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?".
Semasa itu saya dengan Nur pertama sedang berpisah. Lama kemudian baru kami baik semula. Lalu Nur kedualah yang banyak menolong memberikan semangat dan awal tahun ini saya tergerak untuk menghadiahkan cincin itu kepadanya... Kenapa? Baiklah biar saya sebut kenapa...
Adapun sekitar penghujung 2006, timbul gerak hati dalam diri saya memohon Allah agar diberi peluang memperbaiki perkara yang tak selesai berkenaan Mas. Saya tahu kami berpisah dalam keadaan tergantung. Saya yang tak tahu menilai kasih-sayang lalu menyebut mahu berkahwin dengan orang lain sedangkan dia sedia menunggu dan mengharap bertahun-tahun. Tetapi saya juga tidak mengharapkan dapat kembali kepadanya... Cukuplah dahulu saya banyak menyusahkan dan menghancurkan hatinya. Rasanya dia cukup bahagia kini dan saya tidak mahu mengganggunya lagi!
Selepas dia berkahwin dengan orang lain, hidup saya sebenarnya jadi tak menentu... Sampai saya pun tak tahu lagi dengan orang bagaimana saya harus berkahwin, saya menurut sahaja keadaan sampai gagal satu perkahwinan. Tetapi kini, setelah berlaku episod perkenalan dengan SS diikuti ziarah tak disangka ke makam Radin Mas, saya berjumpa pula dengan Nur kedua yang begitu menyayangi saya dan mengambil berat seperti mana pernah dilakukan si Mas dahulu.
Kebetulan Nur kedua memiliki darah Jawa campur Bugis yang rasanya ada kena-mengena dengan darah diraja juga... Mungkin betul Tuhan menghantarnya sebagai ganti Mas agar saya dapat peluang kedua untuk memperbaiki keadaan? Harap-harap begitulah!
Tentang Nur pertama pula, saya tak tahu nak letakkan bagaimana lagi tetapi saya tahu dia tetap penting dalam hidup saya dan Nur kedua pun faham ini. Masing-masing telah tahu akan kewujudan masing-masing dan telah pun berhubung. Diakui Nur kedua kini lebih utama sedangkan Nur pertama sudi ketepi tetapi terus berbaik lagi.
Dahulu mereka pernah sekali bertemu tetapi dalam keadaan tidak mengetahui hal diri masing-masing. Kini mereka sudah tahu sedikit sebanyak akan keadaan yang dilalui dan kaitan mereka dengan saya lalu buat pertama kali diatur satu pertemuan bertemu empat mata untuk kebaikan semua, juga atas nama perjalanan hidup yang telah ditetapkan atas Qada' dan Qadar Ilahi, dengan nama Allah dan Rasul!
Harap-harap pertemuan Nur pertama dengan Nur kedua beberapa jam lagi (tanpa kehadiran saya) nanti di hari Jumaat yang mulia bulan Sya'aban ini akan membawa satu persefahaman yang kukuh. Sesungguhnya kita semua ditakdirkan bertemu kerana ada sebab dan peranan masing-masing untuk menangani cabaran masa akan datang.
Sekian. Dengan ini selesailah artikel ini, artikel ke 383 blogspot ini. Alhamdulillah, hasil penulisan malam (dah masuk pagi dah ni, jam 6.30 ketika menulis ayat ini) juga menyaksikan blogspot BERPETUALANG KE ACEH masuk artikelnya yang ke 232, di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula telah masuk artikel yang ke 155... Ini membawa kepada jumlah keseluruhan 383 + 232 + 155 bersamaan 770 artikel yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan, bukan sekadar angan-angan!
Dan alhamdulillah, baru malam tadi saya mendapati bahawa artikel bertajuk Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... yang dibuat setengah tahun lalu telah disedari oleh warga berkenaan lalu mendapat perhatian sewajarnya. Rupanya ia baru sahaja ditemui lalu diletakkan di blogspot http://sajoha.blogspot.com/ yang merupakan blogspot utama tidak rasmi perkumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor... Sepertimana banyak juga isi-isi dan gambar-gambar di blogspot-blogspot saya telah dikutip lalu digunakan orang termasuk di majalah-majalah walaupun tidak diberikan kredit ataupun pengakuan.
Ini menunjukkan bahawa hasil penulisan yang dibuat selama ini bukan sia-sia, sudah banyak yang membaca dan menyukainya, bukan seperti yang cuba diwar-warkan oleh langau-langau yang sedaya-upaya cuba memburukkan diri saya di khalayak ramai. Sedarlah saudara bahawa saudara cuma membawa nada sumbang bertepuk sebelah tangan sedangkan ramai lagi pihak lain tahu menghargai hasil usaha saya selama ini. Kenapa saudara perlu irihati? Kalau saudara tidak irihati, kenapa pula saudara terasa dengan kata-kata ini?
Maka itu ampun dan maaf saya pohonkan kepada semua. Ampun dan maaf juga kepada langau kerana terpaksa berkasar. Harapan saya saudara (dan saudari yang sesekali masih mengintai-intai di sini setelah dahulu selalu sangat membuat kacau) mendapat kebahagian hidup dunia dan akhirat, Dengan kebahagian itu, insyaallah saudara dan saudari akan jadi cukup tenang, tiada masa lagi untuk menilik kesalahan orang lain kecuali menilik diri sendiri agar dapat menjadi orang Mukmin yang disebut Rasulullah SAW bahawa bagi mereka hari seterusnya lebih baik dari yang sebelumnya. Sekian, wassalam! :]
13 ulasan:
waah.. baguslah teknik penulisan kau dalam artikel ni.. aku tak ingat teknik apa. tapi bagus.
oops.. terlupa.. promosi.. setiaghazal.blogspot.com ada video baru. budak muda main tabla. sebenarnya nak upload lagi hari ni, sebab video-video last memang superb (pada saya lah), tetapi tetinggal pulak portable hardisk kat rumah..
Salam bro,
Tq bro pasal cite pasal Raden Mas tadi tu.. ni saya terjumpe cite pasal Raden Mas masa saya menyelam beberapa ketika yg lalu..saya copy dalam blog saya juga tuk rujukan seterusnya.. Tq lg skali krn bro dh smpi ke makamnya..sampailah hajat saya tuk lihat camne makam dia..baca cerita je tak puas..bile dh tgk gmbr tu sikit sebanyak puas juga walaupun blom ader rezeki kesana lagi.Untuk berkongsi sesama kita:-
Laman web asal : http://www.rhmm.net/2004/08/raden-mas/
Disalin untuk rujukan :
http://radencilik.blogspot.com/search/label/Raden%20Mas
Sabar ye bro, smoga orang yang terlibat tu diberikan taufik dan hidayahNYA zahir dan batin.
:Peace aja deh: nVm
Wassalam. Yep Perpatih, tadi aku baca balik... Aku tak tahu tang mana yang dikatakan teknik bagus tu sebab aku menulis tak ikut teknik, cuma ikut rasa sahaja. Apapun aku tetap lega kerana ada juga orang tahu menilai elok gerak penulisan spontan aku.
Untuk Raden, sememang segala penulisan yang Abang buat adalah untuk faedah orang lain. Faedahnya untuk Abang cuma ini... Satu promosi buku sebab Abang mana ada main persatuan atau politik nak promote buku macam orang lain. Dengan syarikat kecik one-man show sedangkan Abang sendiri terumbang-ambing dipukul gelombang keadaan, itu aje le yang Abang boleh buat untuk menyampaikan maksud suatu perjuangan seraya mendapat duit belanja untuk meneruskan kehidupan.
Kedua dengan menulislah Abang dapat lepaskan tension kemudian mengkaji penulisan itu balik itu memperbaiki diri sendiri dan keadaan.
Sesungguhnya Abang sangat sedih apabila terpaksa berkasar dengan orang. Tetapi ada masanya memang kita harus berkasar seperti mana berlaku Perang Badar di mana para muhajirin dan Ansar terpaksa berbunuh-bunuhan dengan bukan orang lain tetapi kaum kerabat sendiri!
Semuanya telah ditetapkan Tuhan. Jika Abang takut melepaskan rasa marah dalam bahasa kasar itu kerana risaukan pandangan orang, maka itu bererti Abang tidak menurut gerak yang keluar secara jujur lalu tidak akan mendapat faedah hikmah yang akan muncul nanti. Kalau tak buat apa pun tetap orang akan kacau.
Maka beginilah, Abang akan elakkan konflik selagi boleh. Harapkan orang yang terlibat itu diberi hidayah... Jangan fikirkan diri sendiri sahaja, fikir juga perasaan orang lain.
Dalam hal ini bukan sekadar fikir perasaan orang lain, fikirlah juga hal lebih besar tentang ummah dan perjuangan umat Islam. Eratkan silaturrahim, bukan cari alasan hendak memecah-belah...
Sekian! :]
Assalamualaikum
Wah, dashat benar gaya penulisan kali ini. Terleraikah sudah kekusutan yg membelenggu? saya ada cadangan.. apa kata tuan adakan "debat perdana" dengan 'angau-langau' yg suka menghurung itu? bukan apa, sekurang2nya kedua2 pihak akan melihat sesuatu pertikaian dengan lebih jelas, sambil dapat mencari jln penyelesaian dengan lebih bermoral... Apapun, diharap, walau macamana gaya bahasa sekalipun yg digunakan, semoga isi2 dlm setiap penulisan tetap disampaikan...
Ok
Ada satu perkembangan terbaru mengenai golongan yg mendakwa pewaris takhta EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH berkenaan siapa yg menabalkan sultan selangor... harap tuan dapat berikan komen selepas membacanya di blog mereka di sejarahnagarakedah.blogspot.com...
Yang menjadi persoalan saya ialah apa pentingnya bagi mereka untuk membahaskan perkara berkenaan? Yang lucunya, beberapa evidence mereka dirujuk dari wikipedia.org....
Sekian :-)
Wassalam. Saya tak mahu terlibat dalam apa-apa perdebatan dengan mana-mana pihak. Kalau ada orang lebih percaya dengan pihak lain silakan... Tiada masalah bagi saya. Tak datang sini lagi pun tak mengapa, di luar sana ada banyak lagi blogspot yang lebih menarik dan 'ilmiah'. Dan takda saya menyibuk mengacau-ngacau blogspot orang kerana menghormati luahan orang lain di dalam tempat mereka sendiri walaupun saya tidak bersetuju dengannya.
Tentang blog sejarah Kedah itu, mungkin saudara akan nampak lebih jelas jika telah melihatnya sejak ia mula muncul sekitar tahun 2007. Adapun kebanyakan "fakta-fakta" yang diletakkan di Wikipedia adalah "fakta" mereka sendiri diletakkan semasa mula bergiat kempen mengatakan Tanah Melayu ini milik Siam. Mungkin saudara tidak menyedari bahawa Wikipedia bersifat terbuka untuk sesiapa menambah (atau menokok-tambah fakta)... Semua ini penting untuk membina keyakinan orang ramai yang natijahnya akhirnya cuma berbunyi begini... Kamilah pewaris kerajaan yang menjaga seluruh Nusantara. Maka angkat kami kembali kerana ia hak kami dan kemudian baru bumi ini kembali berdaulat. Kalau tak jangan haraplah, kerana Tanah Melayu kini cuma diperintah "Raja-raja Daerah"
p/s: Saudara, belajar melihat dengan mata hati, bukan dengan hujah. Kalau dilihat pada hujah, maka dunia ini milik para pemidato, politikus, peguam dan segala macam anasir yang sebenarnya jadi proksi puak Yahudi Zionis. Mereka boleh menanam DNA anda dalam bontot orang lalu menuduh anda meliwat orang sehingga ini dilihat sebagai 'fakta'. Sekian... :]
Thanks for the reply
Fully agree dengan apa yg tuan perkatakan, sebab itulah tergerak hati untuk bertanya pandangan tuan... Walaupun dalam hati saya sendiri sudah menolak 'fakta-fakta' mereka sedari awal, tapi saya tak mahu 100% menyanggah faktanya tanpa ada rujukan dari orang-orang yg layak...
Belajar/ menambah pengetahuan tanpa bertanya tak akan membawa makna bagi saya...
Thanks again for your comment... I'll update you later if there is something new from others...
No problem. Sebenarnya ada fakta dalam blogspot itu boleh dipakai, contohnya memang dahulu wujud kerajaan Siam Islam sebelum ia ditumbangkan kuasa Buddha. Tetapi mereka telah mencampur-adukkan fakta benar dengan 'fakta' ciptaan sendiri, salah satunya untuk menolak keagungan Melaka lalu menyebutnya sekadar satu jajahan Siam.
Itu semua bohong... Siam Islam penaung Nusantara konon... Kalau begitu kenapa Raja-raja Aceh meminta bantuan Khalifah Uthamiyah di Turki yang ada bukti surat-menyurat termasuk di musium Turki? Kenapa tidak meminta pada empayar Mongol apa-apa entah atau Khalifah Syarif Siam yang sebenarnya tak wujud pun kat mana-mana kecuali dalam otak diaorang?
Adapun nama Syarif dalam buku Undang-undang Kedah sebenarnya bukan merujuk pada mana-mana individu pemerintah tetapi pada golongan Ahlul Bait yang diberi penghormatan dan tempat tinggi di istana sebagai sumber rujukan agama. Dalam Hikayat Aceh juga ada menyebut perkara yang sama tapi pihak pro-Siam ini telah memutar-belitkan kenyataan untuk mengangkat keluarga sendiri sebagai waris mutlak konon.
Mana mungkin mereka dipanggil Syarif sedangkan mengikut pengakuan mereka sendiri, mereka kononnya keturunan Merong Mahawangsa, cucu Maharaja Cina. Seorang Sharif atau Sayyid mesti bernasabkan lelaki bin lelaki bin lelaki sampai ke samada Saidina Hassan mahupun Saidina Hussein. Dalam ilmu nasab, kalau ibu sahaja yang berdarah Ahlul Bait maka anaknya tidak boleh lagi memakai gelaran Sharif mahupun Sayyid. Kat situ sahaja sudah ternyata bohong...
Dulu masa mula-mula keluar blogspot diaorang sibuk pasal kerajaan Kedah Pasai Ma... Nak pakai nama Pasai le tu supaya dapat menarik perhatian... Kemudian bila blogspot diaorang naik, terus hilang nama Pasai terus jadi Benua Islam Siam.
Dulu, sampai Iskandar Zulkarnain pun dia kata Siam. Sah sangat pembohong tapi saya tak mahu campur tangan.
Pembohongan dicampur dengan fakta yang betul supaya kelihatan lebih cantik, jadi orang pun boleh percaya le... Kalau sebut bab bohong aje, siang-siang lagi orang dah tolak. Bila campur kebenaran maka orang pun boleh terpengaruh sehingga dah tak nampak lagi kat mana penipuannya. Sekian...
salam...
nak minta posting terakhir MS kat coment ni letak dalam forum.atasbawah.com
boleh ke?
dong
Wassalam. Silakan Dong. No prob! :]
ok
tq
dong
Salam artikel saudara berkenaan Embah Dandiar amat menyentuh hati...cuba mencari salah-silah rantai yang terputus....
Fuh Puas dapat baca....
Catat Ulasan