Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Julai 07, 2008

Sambung lagi perjalanan ke Negeri Sembilan... Muzium dan Kota Lukut

Alang-alang Zaidi dah meletakkan banyak klip video masuk ke YouTube, eloklah saya mengaturnya lagi jadi artikel di blogspot ini. Selepas bertandang ke makam Raja Jumaat, kami pun pergi ke muzium serta Kota Lukut. Lihat dan dengar sendirilah apa yang diceritakan ya... Nanti insyaallah cerita akan disambung dengan laluan ke Port Dickson sebelum ke Tanjung Tuan di mana sepupu saya Nizam dan rakannya Asri akan turut "mematahkan tulang belakang" naik turun bukit meredah hutan untuk melihat apa yang ada di sana...

Eh... Ini dah melangkah cerita ni sedangkan muzium dan Kota Lukut ada cerita menariknya yang tersendiri. Sila! :]








Hek eleh! Bila saya tengok klip-klip video ini sendiri satu-persatu, baru saya perasan bahawa cerita yang dipaparkan baru setakat ulasan di hadapan Muzium Lukut. Belum lagi masuk ke dalam muzium, belum lagi naik bukit untuk melihat apa yang ada di Kota Lukut! Dan selepas itu kami masuk muzium lagi untuk melihat beberapa pameran yang kami terlupa nak melihatnya awal sebelum itu. Ertinya kena keluarkan dahulu semua cerita ini baru kita boleh ke Port Dickson kemudian ke Tanjung Tuan ya. Selamat malam! :]

12 ulasan:

PerpatihTulus berkata...

ada 2 video klip lagi yg sempat masuk, satu lagi tengah upload.

terima kasih kepada merbawi.

imagination is important and knowledge is power.

http://www.youtube.com/watch?v=yJ8FwRI1FTs

http://www.youtube.com/watch?v=9tetP0zT8k0

PerpatihTulus berkata...

ni dia baru siap. upload. pagi ni sebenarnya dah proses 5 klip.

semalam punya klip 14 baru masuk, dan klip 15 dan 16 dapat masukkan pagi ni.

klip 18 banyak masalah betul.. last-last pakai flv jugak. yg tu.

okey ni dia link klip ke 16

http://www.youtube.com/watch?v=UedLbPpJas4

wassalam.

PerpatihTulus berkata...

ini diaklip ke 17, 18 dan 19.

http://www.youtube.com/watch?v=Lsd3R6VNjr8

http://www.youtube.com/watch?v=ByXayw_Pd7s

http://www.youtube.com/watch?v=EFstVBFn-4g

pagi ni hujan lebat. sampai opis aku paling awal (7.40am)dan upload lah sikit video. orang pun masih bersesak-sesak kat jalan raya. jadi internet ok kot.

kualitinya biasa lagi . ada test guna mpg4, cuma mungkin bitrate dia kena naikkan lagi jadi 2000. cuma takut jadi besar sangat.

video 18 tu guna bitrate tinggi flv. ok jugak.. boleh tahan.

tengoklah pagi nanti kalau sempat upload lagi. wassalam

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum.

Hari ni dapat muatnaik lagi 3 video klip, tetapi lebih panjang setiap satunya.

Pautannya di bawah ini.

Wassalam.

http://www.youtube.com/watch?v=EqvGOaATpsc

http://www.youtube.com/watch?v=pvxYU7rt7JA

http://www.youtube.com/watch?v=KZVd69EDZi4

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum, pagi ini dapat muatnaik 3 klip lagi.

klip 23
http://www.youtube.com/watch?v=2RV3mEjvCoI

klip 24
http://www.youtube.com/watch?v=cCNdAsOPScI

klip25
http://www.youtube.com/watch?v=zQzgNthsA-w


format flv aje, tak larat nak buat mpeg4.

Wassalam

PerpatihTulus berkata...

klip ke 26

http://www.youtube.com/watch?v=6EolVjoRUMQ

klip ke 27
http://www.youtube.com/watch?v=cLERsQ6XiVY

PerpatihTulus berkata...

Actually, you can watch all the videos uploaded at the link below. You can see all of them in sequence accept for the number 14 and 15. 15 go first. Heheh my mistake.

http://www.youtube.com/perpatihtulus

Tanpa Nama berkata...

Sungguh menarik dan mengkagumkan. Banyak rupa khazanah kita yang belum terbongkar.......teruskan usaha anda

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan MS,

Seronot juga dapat melihat klip video kisah kembara Tuan MS, apa kata kalau TUan MS usahakan compile dan jadikan dalam bentuk DVD or VCD...boleh jual online...menarik!apa kata kawan-kawan yg lain?

Tanpa Nama berkata...

wah bagus juga tu.. "sejarah dalam cd" amacam? heheh

ALI

Radzi Sapiee berkata...

Salam semua... Fuh, dah banyak masuk rupanya. Saya pula yang sibuk dengan hal lain lalu tidak sempat melihat. Terimakasih Zaidi kerana mengambil masa membuat kerja ini. Untuk yang lain-lain, memang kami bercadang untuk membuat video CD kembara yang boleh dijual on-line. Insyaallah kualitinya lebih baik daripada apa yang terpapar di sini.
Nanti ya kami akan buat sikit demi sikit sementara menyelesaikan hal-hal lain!

Tanpa Nama berkata...

Semlm berlegar-legar di KLCC bawak anak ke kedai buku di Tingkat 4, cuba tanya adik dikaunter mengenai buku Berpetualang Ke Aceh...lama jugak le dia mencari rasanya dkat 15minute baru jumpa, ana ada juga cuba cari seblomnya tapi tidak berjumpa..

Sayangnya cuma ada siri pertama yang lain-lain takde..kata org dikaunter buku itu yang dia tak tahu rupanya buku Tuan Merahsilu ada 3 siri.