Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Jun 18, 2008

Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua!

Lakaran imaginasi rupa paras Pandak Indot, salah satu pejuang Melayu yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Residen British ke Perak J.W.W. Birch tahun 1875. Lakaran ini berserta lakaran beberapa orang watak utama peristiwa seperti Datuk Maharajalela dan sebagainya terpapar di Kota Ngah Ibrahim, Taiping. Untuk melihatnya, sila masuk ke artikel The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...

Assalamualaikum semua! Dalam ruangan komen artikel Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya, makam Raja Melewar... Pada waktu malam! , saya ada menyebut begini:

Hmm... Tadi aku baru sempat test tengok video upload tu... Memang ada part sangkut-sangkut, tak tau le pasal line lambat ke sangkut ke hapa. Tapi bila dah full buffering, boleh main elok. So kira OK le kot.Untuk sesi seterusnya, Insyaallah kita akan mulakan daripada makam Raja Melewar pagi hari seterusnya ke Pengkalan Kempas, pegi ke Tanjung Tuan, mungkin juga ke Kuala Linggi dahulu sebelum masuk Port Dickson pas tu pegi Kota Lukut, amacam? Dan untuk projek akan datang... Pasir Salak dan Peristiwa Perjanjian Pangkor 1874... Amacam? Mungkin akan di open juga pada sesiapa yang nak ikut tapi belanja dan tanggungan serta risiko sendiri le, hehe! :]

Ini diikuti komen-komen pembaca yang merasa teruja tentang cadangan ini lalu seterusnya saya menjawab:

Wassalam. Nanti le, datang gerak jadi le ia. Sambungan perjalanan Negeri Sembilan pun tertangguh lagi. Settle part ni baru le tunggu open tender pi Perak tu... Insyaallah...Sesapa nak ikut boleh le sekurang-kurangnya melihat kawasan Pasir Salak juga Bandar Baru yang dah jadi hutan tapi asalnya ibunegeri Perak tahun 1820an... Kat situ ada kubur Birch, makam Sultan ke 19 juga sebuah masjid lama... Menarik tu!Bab risiko tu biasa le... Berjalan tempat-tempat cam ni kadang-kadang ada le gangguan. Tapi kalau kena cara dengan tawakal pada Allah, semuanya selamat belaka. Insyaallah! :]

Saya difahamkam beberapa hari kemudian, ada para pembaca yang membincangkannya di c-box dan ada yang mahu mengikut program ini.... Oleh itu apakata kita buka perbincangan melalui ruang komen artikel ini? Sekurang-kurangnya siapa yang berminat bolehlah menyatakan nama kemudian kita pakat tarikh yang sesuai untuk semua.

Bagi saya perkara ini terbuka... Cuma harus diingatkan saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk membuat perjalanan berserta program terbaru ini dan ia juga bergantung pada bila cameraman saya Zaidi @ PerpatihTulus dapat meluangkan masa. Atau mungkin orang lain boleh datang dan pergi ikut kesesuaian masing-masing tetapi pandai-pandailah cari di mana kami nanti kerana perjalanan ini akan menurut gerak hati... Tidak ada banyak masa untuk menunggu.

Apapun kita buka perbincangan dahulu... Siapa yang berminat, ketika mana masa paling sesuai,,, Masa di mana seramai mungkin (jika mahu) boleh turut serta... Saya rasa sebelum masuk bulan Ramadhan, insyaallah! :]

p/s: Untuk homework dan persediaan mengharungi program ini, disarankan baca posting-posting ini... Sila juga baca cerita-cerita siri "Laksamana pulang ke Perak" di bawah c-box blogspot ini. Selamats!

The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim...

Taiping dan akibat Perjanjian Pangkor 1874...

In Perak's royal mausoleum to give justice to Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin

Di Kuala Kangsar untuk memperbaharui wasilah...

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salamssss .. .. wallaaaa!! tender dah buka yeah abg merah silu .. .. menarik mmg menarik sekali .. .. soo apa lagi orang orang kampung merah silu .. .. jangan malu malu jangan segan segan .. .. teringat pada mimpi sy beberapa malam yg lepas .. .. sy bermimpi warga blog nie bermuafakat mengadakan kenduri untuk sebuah surau/masjid yg baru siap dibina .. .. suasana damai perkampungan dan kegirangan di hati yg terpancar dari raut wajah yg bercahaya menceritakan segala galanya .. .. kebetulan pula rupa bentuk surau/masjid berkenaan almost the same macam masjid lama yg menjadi cover bka yg mana mungkin menjadi destinasi yg akan disinggahi .. .. ;-) .. .. mungkin juga bermakna selain kebetulan yg menjelma .. .. silakan!! .. ..


abg zam .. .. tender dah buka .. .. ahah .. ..

Tanpa Nama berkata...

salamssss .. .. wallaaaa!! tender dah buka yeah abg merah silu .. .. menarik mmg menarik sekali .. .. soo apa lagi orang orang kampung merah silu .. .. jangan malu malu jangan segan segan .. .. teringat pada mimpi sy beberapa malam yg lepas .. .. sy bermimpi warga blog nie bermuafakat mengadakan kenduri untuk sebuah surau/masjid yg baru siap dibina .. .. suasana damai perkampungan dan kegirangan di hati yg terpancar dari raut wajah yg bercahaya menceritakan segala galanya .. .. kebetulan pula rupa bentuk surau/masjid berkenaan almost the same macam masjid lama yg menjadi cover bka yg mana mungkin menjadi destinasi yg akan disinggahi .. .. ;-) .. .. mungkin juga bermakna selain kebetulan yg menjelma .. .. silakan!! .. ..


abg zam .. .. tender dah buka .. .. ahah .. ..

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum radzi,
Aku dah kawtim ngan wife aku. Hujung Minggu ni masih tak boleh keluar lagi, nak bawak dia jalan-jalan dulu. Jadi minggu depan (28 & 29, Jun 2008)InsyaAllah, kita boleh sambung perjalanan. Aku dah book minggu tu.

Video kamera baru pun dah ready. Mudah-mudahan semuanya lancar.

Apa-apa hal nanti aku call.

Laptop aku kat rumah pulak rosak (Hardware). dah seminggu tak online dari rumah.

Okey wassalam.

PerpatihTulus berkata...

heheeh.. laptop aku dah ok balik.. bukan hardware yg problem.. kena virus rupanya.. siap hantar kat syarikat yang jual tu. dia kata kalau nak repair kena hantar Taiwan. lepas tu paling murah 1000.00, warranty dah habis rupanye. tak jadiklah aku nak bagi diorang buat.

lepas tu masa balik, tadi aku memang dah nak kamikazekan aje.. jadik aku pun backuplah data.. guna safe mode, walaupun display dia bergaris-garis.. tapi lepas tu baru perasan, benda tu sebenarnya running program.. then nasib baik aku ada simpan registry yang ok.. aku run balik.. alhamdulillah.. boleh on macam biasa..

lepas tu scan .. barulah jumpa seketul virus. bagus betul lah virus tu.. sape yang buat tu memang genius.

insyaallah, ye 28 ni..

Radzi Sapiee berkata...

Salam.. Tender ke Perak masih terbuka untuk diperbincangkan. Insyaallah hujung minggu ini akan disambung perjalanan ke Negeri Sembilan. Lalu saya rasa perjalanan ke Perak pula sesuai dibuat pertengahan bulan Rejab.
Amacams? Ada apa-apa tarikh cadangan, mungkin yang kena dengan mana-mana cuti umum jika ada ketika itu? Yang pasti ia mesti dibuat sebelum Ramadhan.... :]

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Abg MS. Saya ada berbincang dengan beberapa orang rakan di sini, antaranya Dong dan Radencilik.

Dicadangkan tarikh 12-13 Julai atau 16-17 Ogos. Namun saya sendiri lebih memilih 16-17 Ogos. Apa pun terpulang kepada persetujuan dan kesusuaian masa semua...

Dicadangkan sesiapa yang nak turut serta menyatakan kesediaan mereka di ruang komen ini...

Sekian...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Elok gak tu. Tapi kena dpt feedback Zaidi @ Perpatih Tulus gak sebab dia cameraman... Ni hujung minggu ni Insyaallah kami akan sambung balik bab Negeri Sembilan. Settle bab tu kira ready le tunggu keluangan dan masa sesuai untuk ke Perak...
So apa lagi cadangan? Sila, sila! :]

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salam,

Insyaallah kalo dijodohkan saya pon turut serta..bleh jadi backup kameraman abg MS yg no.2.. hehe. Moga Allah beri kelapangan buat kita semua hendaknya..amin..
So, Setakat nih yang insyaallah mungkin akan terlibat:-

1. Zam
2. Dong - insyaallah
3. Radencilik - insyallah

ade lagi nama nak topup? hehe..
Wak tempe menyudikan tempat tinggal sekiranya perlu, katanya..bleh menyusul sekali pertemuan dengan ultraman taro kita..hehe

Kita hanya merancang..Moga Allah kabulkan hajat kita hendaknya..

Radzi Sapiee berkata...

Hmm cantik gak kalau dah ada offer dari Wak Tempe... Kalau dah ke Ipoh maka Sungai Siput tempat Ultraman dah dekat... Kalau dah gi sana, maka boleh le kita usul sekali ke Kuala Kangsar. Silap2 pegi Taiping sekali, baru kira betul2 complete cerita. Amacams?

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Baru dapat sedikit gerak hati tentang tarikh yang sesuai serta arah perjalanan. Saya setuju dengan Zam, 16-17 Ogos agak sesuai. Julai 12-13 tu terlalu awal.... Insyaallah esok saya ngan Zaidi akan habiskan pusingan Negeri Sembilan. Lepas itu akan dikeluarkan video klip yang dapat mengikut tertib. Semua ini ada aturcara susulannya... Kiranya perjalanan ke Perak ini akan berlaku apabila natijah bagi perjalanan Negeri Sembilan yang lengkap telah mula meresap dalam jiwa. Insyaallah!
OK... Zaidi akan bagi feedbacknya malam ini atau esok lusa Insyaallah. Jadi bila ambik 16-17 Ogos tu rasanya senang sikit semua orang nak kaotim kan? Sila bagi lagi feedback dan nama-nama yang berminat.
Cadangan itenary perjalanan... Singgah sekejap ke Tanjung Malim sebagai pintu masuk Perak kemudian baru ke Teluk Intan melalui Bidor.
Di Teluk Intan akan pergi makam keluarga Laksamana, makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I kemudian beransur ke makam Keramat Kuala Bidor seterusnya ke masjid lama di bekas Bandar Baru, makam Sultan Abdul Malik dan kubur J.W.W. Birch sebelum ke makam Raja Ahmad.
Lepas tu baru kita pergi Pasir Salak melalui Kampung Gajah.
Dari sana kita boleh ke Ipoh lalu jalan Tanjung Tualang... Sebelum sampai Gopeng boleh singgah makam Raja Alang Iskandar dan anak cucu Sayid Hussein Al-Faradz (penulis Undang-undang 99 dan guru kepada Sultan Muzaffar Shah I).
Tido di rumah Wak Tempe dan esoknya ke Kuala Kangsa pegi Bukit Chandan, makam diraja Perak, makam Daeng Selili sebelum singgah ke makam Sheikh Abdul Qadir dan makam Tok Temong. Seterusnya kita ke Taiping, Kota Ngah Ibrahim dan masjid lama Melayu Taiping. Amacam!
Kemudian kalau nak cantik lagi kita turun selatan lalu Pantai Remis (nak ambik sentuhan Beruas Gangganegara) sebelum keluar ke Lumut. Rehat le sat pas tu balik Teluk Intan dan keluar le balik KL.
So apalagi... Feedback please!

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum. semua.

Waaah bersemangat semuanya yaa. ok ok.. 5 dan 6 julai saya nak bawak family jalan-jalan. 12 13 julai saya tak dapat, sebab ada program ngan opis,.

ini cadangan saya ya. elok kalau buat dalam bulan julai se kali tapi dalam bulan julai saya ada free 19 & 20(bulan mengambang) atau 26 & 27 (bulan rejab). salah satu je. , dan dalam bulan ogos sekali lagi.

maknanya, dalam sebulan ambik 2 hari untuk mengembara, best jugak kan.

16 17 ogos (bulan sya'ban) tu boleh InsyaAllah. saya pun nak book tarikh ni untuk mengembara juga. INSYA'ALLAH SUBHANA HUWA TA'ALA. pada kawan-kawan seperti {Aku...hamba yang penoh kedaifan}, Zam, radenchilik, dong.. kalau ada kamera video ke kamera biasa ke, sound recorder ker.. hapa-apa lah.. bawak lah nanti. heheheh..

wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Baru nak bagi latest feedback hari ni. Memandangkan perjalanan sambungan ke Negeri Sembilan dah pun selesai malah ada pula perjalanan ke Pulau Besar, Melaka sebagai bonus lagi, maka bersiap-sedialah untuk pergi ke Perak pula.
Adapun rasanya Zaidi pun dah set 16-17 Ogos ni. Silap2 mula 15 Ogos terus keluar.
Adapun proses penceritaan sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan pun dah settle, cuma menunggu proses penceritaan Pulau Besar selesai, insyaallah dalam seminggu dua ni. Lepas itu akan saya buat satu lagi posting special untuk persediaan perjalanan ke Perak akan datang ini ya... Sekian! :]

Tanpa Nama berkata...

Salam..

wah2..meriahnya di sini. Ok..sy ingin memberi sedikit sumbangan untuk menghilangkan tekak shbt2. Memandangkan dengan izin Allah, produk minuman kesihatan saya akan keluar seiring dgn trip kalian, maka saya dengan berbesar hari akan memberi sedikit souvenir minuman tu yea..brg seteguk dua untuk menghilangkan dahaga..apa salahnya..

Tanpa Nama berkata...

You write very well.