Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 15, 2008

Apa ada di Gunung Stong?

Ya... Apa ada di Gunung Stong yang terletak berhampiran pekan Dabong, Kelantan? Nanti bila datang angin, Insyaallah saya cerita ya... Oooppsss... Cerita dengan gambar sahaja le tapi cerita jugak kan? Bukankah pepatah Mat Saleh ada menyebut "a picture can tell a thousand words", sebuah gambar boleh menceritakan seribu perkataan ?

Maka cubalah dapatkan seribu perkataan daripada setiap gambar yang dipaparkan ya... Kalau saya nak tulis seribu perkataan untuk setiap gambar sudah tentu memenatkan... Sudahlah penat, ada pula orang yang suka mengutuk kerana tidak tahu menghargai usaha serta penat-lelah saya berkongsi cerita di sini... Penat le .

Apapun, ini adalah posting saya yang ke 313 di sini... Dulu saya ada menyebut tentang nombor 313 ini dalam satu posting lalu ada orang ingat sudah ada 313 posting di sini ketika itu... Tidak, semasa itu saya cuma mahu memberitahu bahawa sudah terdapat 313 mukasurat di thread bertajuk "Berpetualang ke Aceh" di sebuah forum. Sekarang ini, barulah siap posting ke 313 di sini. Selamat malam! :]















8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam MS,

bro, kat line 179 ada error la bila setiap kali bukak page merahsilu.blogspot ni.
Ada command yg ter'miss' ke?

Ataupun pc aku yg dah blur...heh.

salamsss
-awanbadai-

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Entah le, sejak beberapa hari ni baru kena. Mungkin sebab teman add link kat bawah gambar buku BKA III tu kot. Nanti teman cuba tengok camana...

Radzi Sapiee berkata...

Adus... Tadi teman cuba gak cari, siap cabut sat html untuk part atas yang ada gambar cover 3 buku, masih ada error gak.
Mula-mula teman cuma cabut part yan ada tulis ni...

Jangan lupa... Sila lihat juga cerita-cerita terkini di blogspot-blogspot saya yang lain iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Sebab part ni le yang teman baru tambah dalam 2-3 hari lepas, pas tu baru asyik keluar error tu. Tengok2 masih ada... Teman pun cabut seua html kat atas tu, masih error... Teman cuba pulak buang part tu dpd layout, tengok2 ada lagi error...
Pas tu teman cuba masuk option edit whole template dalam html tu. Sebelum ni kira dalam bentuk widget untuk layout....
Bila tengok coding tu, teman jadi pening lagi... Line 179 kat mana pun teman tak tahu. Teman bukan tau sgt bab ni...
Adus... Camana nak bagi error ni hilang aaa??? Pening aku...

Radzi Sapiee berkata...

Wokeh... Aku dah jumpa dah error kat bahagian mana... Tinggal nak pin point n isolate je, alhamdulillah.
Aku buat cara ni... Buat blogspot baru sebagai testing platform lepas tu aku add html code daripada blogspot merahsilu satu bahagian demi satu bahagian kat blogspot baru tu...
Setiap kali aku add bahagian baru, aku buat preview... Ternyata error yang sama iaitu line 179 error tu keluar bila aku masuk section yang ada sedikit perkataan alu-aluan yang diikuti chatbox dgn waktu solat.
OK, aku nak cuba isolate problem ni kat mana sebenarnya.
Peh... Nyaris give-up tadi... Alhamdulillah anyway! :]

Radzi Sapiee berkata...

Waduh.... Rupanya script waktu solat tu ada problem. Terpaksa le aku cabut daripada sini...
Lepas aku dah jumpa masalah tu baru le tetiba si Zaidi @ PerpatihTulus call. Rupa-rupanya dia dah lama tau error line 179 to kat script waktu solat. Adus... Dekat 2 jam gak aku menggagau cari sendiri kat mana problem ni sampai nak give-up wooo...
Apapun, problem dah settle... Mungkin Tuhan nak aku mengggagau nih supaya kena pakai otak sikit cari solution sendiri. OK, selamats! :]

Tanpa Nama berkata...

Zaidi dasat eh,
dia sudah bau kat mana error script.
Ok jalan terus bro ...
selamatsss :)

-awanbadai-

Tanpa Nama berkata...

Asslamualiku..

Bro apa ada kat gunung ni.. bro point pada air terjun.. bro citer sikit la..

Radzi Sapiee berkata...

Nanti le... Ini kira dia punya trailer le... Promosi air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Lokasi di Dabong, Kelantan hehe! :]