Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, April 17, 2008

Kenangan PPP/ITM "A Levels" batch 7 tahun 1988... Calling all 51C guys...


Gambar hiasan... Sebuah kapalterbang perang Mustang P-51C yang pernah digunakan dalam Perang Dunia kedua. Gambar ini ditemui apabila saya membuat google image search "51C"...


Assalamualaikum untuk semua. Semalam, saya telah menerima satu panggilan talipon daripada seorang kawan lama yang lebih setahun tidak berhubung. Namanya Taufiq, kawan yang mula dikenali semasa zaman kolej, ketika masuk mengikuti kursus pelajaran peringkat "A" Levels di PPP/ ITM iaitu sebuah kolej kelolaan ITM (sekarang universiti) untuk persediaan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Kami bersama sekitar 200 orang pelajar lain seluruh Malaysia yang lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 1987 ialah ahli kumpulan batch 7... Iaitu kumpulan ke tujuh untuk program persediaan ini. Kami mula masuk tahun 1988... Saya, Taufiq serta 20 orang lagi rakan duduk satu dorm iaitu di bilik 51C... Sebab itu apabila mahu mencari gambar perhiasan untuk posting kali ini, saya tergerak untuk membuat google image search "51C".

Ah... Begitu banyak kenangan lama kami di sana... Maklumlah, lebih setahun duduk sebilik, tentu banyak kerenahnya, apalagi apabila ahli-ahli bilik kami termasuk orang-orang yang paling popular dan dikenali ramai di kolej PPP! Ingat lagi peristiwa kami membuat siaran radio sendiri yang dipancarkan untuk seluruh warga kolej tetapi akhir terpaksa diberhentikan apabila ditemui pengawal keselamatan pada satu malam, ketika mereka sedang mengejar saya akibat menyelinap masuk ke asrama perempuan?

Hubungan kami sangat rapat antara satu sama lain walaupun masing-masing ada kerenah dan telatah tersendiri. Dari segi pengajian pula ahli-ahli dorm kami boleh dibahagi kepada 2 kelompok besar iaitu para pelajar jurusan undang-undang dengan para pelajar jurusan kejuruteraan. Kemudian ada le dalam 2-3 orang yang buat kursus perakaunan, saya seorang sahaja yang memilih matematik! (Kalau tak salah ingatan, daripada keseluruhan 200 orang pelajar batch 7, mungkin ada 3 orang sahaja pun yang buat matematik...).

Apapun kami duduk bersama lebih setahun... Kemudian pertengahan tahun 1989 gitu, baru ada perubahan apabila ahli-ahli bilik kami berpecah untuk duduk di bilik-bilik lain, bergabung pula dengan para pelajar lain... Tinggal saya, saudara Nash dan Tonga (nickname kami masing-masing ya) masih menduduki bilik 51C. Masuk pula para pelajar junior batch 8 mengisi katil-katil kosong ini... Termasuk dalam ahli baru bilik 51 C adalah pelakon dan penyanyi terkenal saudara Aflin Shauki yang suka bercakap Tamil sorang-sorang apabila mandi!

Oh... Berbalik pada panggilan Taufiq semalam... Rupa-rupanya dia bercadang untuk mengadakan reunion ahli bilik 51C yang asal iaitu 51C batch 7... Allah, saya terasa begitu teruja kerana sudah lama putus hubungan dengan mereka...

Pertemuan terakhir saya dengan kebanyakan daripada mereka adalah sebelum tahun 1993 iaitu semasa kami masih membuat ijazah di United Kingdom. Saya pula yang tamat lambat tahun 1995, rugi 2 tahun kerana pernah dibuang daripada kolej tahun 1990 dan kemudian mengulang setahun di UK. Setelah itu saya cuma sempat bertemu beberapa orang kawan semasa Nash mengadakan sambutan hari raya terbuka di rumah bapanya di Bukit Damansara sekitar tahun 1998, seterusnya satu pertemuan kawan-kawan di rumah lama Taufiq di bahagian lain Bukit Damansara tahun 2000. Kemudian rasanya tidak bertemu sesiapa lagi kecuali Atuk @ Shamsul yang turut menceburi bidang kewartawan dan Taufiq yang pernah cuba menjadi penulis tetapi akhirnya kembali kepada bidang asalnya iaitu jadi peguam...

Di celah-celah itu, sesekali saya ada terserempak dengan saudara Apek @ Zahid di sekitar KLCC, semasa dia masih berkhidmat dengan Malaysian Law Journal. Memang pun saya sebenarnya sudah jarang bertemu sesiapa kecuali bila terserempak kerana berlaku sesuatu dalam hidup saya yang menyebabkan saya selalu mengasingkan diri lalu jadi "kera sumbang".

OK... Sebenarnya selain timbul rasa nostalgia, saya membuat posting ini sebagai wadah untuk kawan-kawan lama berhubung dan berbincang tentang reunion yang akan datang... Walaupun ada pertemuan-pertemuan kecil dahulu, rasanya sejak meninggalkan kolej tahun 1990 dahulu belum pernah kami mengadakan reunion untuk seisi bilik 51C yang asli... Bayangkan, kami berkenalan ketika berumur 18 tahun iaitu pada tahun 1988... Sekarang sudah masuk tahun 2008, 20 tahun kemudian... Tentu saya sangat teruja!

Adapun tempat dan masa untuk reunion ini belum lagi ditetapkan... Tadi saya mencadangkan buat sahaja di Janda Baik yang terletak cuma 40km daripada bandaraya Kuala Lumpur, kira setengah jam sahaja perjalanan kereta daripada pinggiran kota... Di sana ada suasana selesa dengan udara nyaman kawasan pergunungan, sungai-sungai berjeram yang mengalir cantik, sesuai untuk kawan-kawan bertemu kembali dan boleh juga bawa keluarga masing-masing, dapat juga anak-anak bermain-main.... Jika mahu, kita boleh menumpang kawasan rumah bapa angkat saya Syed Hussein Al-Attas @ Pak Habib... Tetapi si Taufiq mula bercadang biarlah diadakan di sekitar KL ataupun Petaling Jaya... Boleh juga, saya cuma memberikan cadangan dan cadangan itu tetap terbuka...

OK. Saya membuat posting ini dan membuka ruang di blogspot supaya kawan-kawan boleh berbincang dan memberikan cadangan masa dan tempat paling sesuai untuk berjumpa... Maklumlah masing-masing mungkin sibuk dengan kerjaya dan keluarga, maka perlu teliti tentang masa yang sesuai di mana ketika kita semua boleh berjumpa dan meluangkan masa, rasanya paling kurang pun setengah hari... Kalau nak harap berbincang dalam talifon sahaja seperti yang dilakukan saudara Taufiq setakat ini dalam mengatur pertemuan akan datang, takut nanti ada yang tengganggu sedang mesyuarat dan sebagainya... Tetapi di sini, dengan menggunakan ruangan comments di bawah, kawan-kawan boleh meninggalkan apa-apa pesanan yang boleh dikongsi dengan semua pada bila-bila masa...

Kawan-kawan juga boleh menggunakan ruangan chatbox untuk menyampaikan kata-kata secara realtime... Cuma chatbox di blogspot ini agak sibuk dengan interaksi mereka yang mengenali saya setelah membaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" atau mereka-mereka yang meminati sejarah lama Melayu dan Islam lalu terjumpa blogspot ini secara tidak sengaja... Maka untuk kawan-kawan 51C, kalau mahu menggunakan chatbox, seeloknya gunakan yang terdapat dalam 2 blogspot saya yang lain iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Chatbox-chatbox di sana kurang aktif lalu boleh digunakan oleh kawan-kawan sepenuhnya untuk mengatur pertemuan akan datang juga untuk terus menyambung dan mengeratkan silaturahim sampai bila-bila!

Hmm... Di sini tergerak saya untuk memberikan sedikit update tentang kawan-kawan setakat yang saya tahu dan telah diutarakan oleh Taufiq kepada saya... Nash @ Nasri Salehuddin masih di lawyer firm Zaid Ibrahim, katanya sedang menuju jadi main senior partner... Taufiq dengan lawyer firm sendiri, rakan kongsi banyak orang Sarawak... Mangor katanya dengan Motorola, akhir sekali saya temui sebelum tahun 2000 adalah dengan Astro... Ah... Janggal pula saya cuba terus menggunakan bahasa baku bercerita mengenai kawan-kawan lama ini... Biar saya gunakan bahasa kutu dulu-dulu la ya...

Apek @ Zahid aku dah tak tahu kat mana, tapi hujung tahun lepas ada terserempak le.. Hmm.... Lupa plak... Zin kat bilik kita ke bilik lain huh? King @ Raja Nurshirwan tak dapat datang... Sangkut le kat United Nations, New York... Tapi Taufiq kata, semuanya dapat dihubungi kecuali Rashes @ Nik Rashidi (ya ke nama dia tu Rashidi? Lupa plak) yang dah tak tahu kat mana... Katanya last sekali dengan Affin Bank... Tonga kat area PJ kot, rasanya Salehuddin pun PJ. Sesiapa yang aku lupa nak sebut tu mintak maaf le... Itu sebab kita musti mau jumpa balik... Hmm... Tiba-tiba teringat si Chicken... Nama Jim Bates/ Jimbit pun naik sekali, hehe!

Apapun, kata Taufiq semua kawan-kawan beroperasi/ bermastautin di sekitar KL/Selangor, cuma John Toilet (hehe... Sori le aku sebut toilet kat sini yek, hehe!) je kat JB.

OK le... Aku rasa cukup le kata-kata ini. Lepas ni aku nak copy n paste sedikit cerita daripada buku pertama aku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I untuk tatapan semua kawan-kawan juga pemerhati luar... Ingat, apa-apa cadangan, sila kemukakan di ruangan comments (klik di bawak artikel) ini atau gunakan chatbox di BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) (klik pada link-link ini untuk masuk).

Sekian daripada aku... Fly @ Radzi Sapiee @ Merah Silu :]

------------------------------


Satu sedutan daripada BKA I yang melibatkan zaman kolej PPP/ITM 1988-1990...


Kereta Honda Accord merah model 1985 milik Nasri pernah menjadi saksi bagaimana Rasyid selalu bertukar pasangan (Nasri kurang aktif kerana lebih setia kepada pasangannya), apa yang sering berlaku di tempat duduk belakang, apa pula yang ditemui tuan-punya kereta setelah pemuda itu meminjamnya sebentar untuk ‘beriadah’ di tempat-tempat seperti parking lot di luar disko Faces, Jalan Ampang. Kereta itu jugalah yang sering digunakan untuk menyusup keluar kawasan asrama bersama rakan-rakan lain untuk berseronok hujung minggu, pernah naik lapan orang sekaligus, tiga pasangan di belakang dengan yang perempuan duduk bertenggek atas yang laki-laki sehingga ditahan polis ketika road-block. Banyak juga kena soal, nasib baik lepas...

Mereka juga telah beberapa kali bersama berdesup lari macam lipas kudung dikejar pengawal keselamatan kolej ketika cuba menyeludup masuk kembali ke asrama setelah semalaman berdansa dan ber... entah apa-apa lagi di luar. Pernah sekali muka Rasyid bengkak sebelah dengan bibirnya pecah kerana terhentak besi railing tangga dalam gelap ketika lari menuju ke bilik di tingkat empat. Terpaksalah bertahan seminggu dua dengan muka lebam...

Rasyid, Nasri serta beberapa orang kawan rapat lain juga pernah menyakat para pelajar junior yang duduk bersama di bilik 51C dengan kisah-kisah hantu yang menyeramkan. Kemudian melaksanakan sebuah rancangan teratur yang berjaya menakut-nakutkan mereka sehingga anak-anak muda yang mudah terpedaya ini nyaris-nyaris melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan kolej, meminta untuk ditukarkan ke bilik lain. Pemuda itu masih ingat bagaimana Nasri telah membakar kemenyan secara senyap, dia pula berlagak sebagai hero yang mencabar ‘hantu-hantu’ supaya menonjolkan diri sementara rakan-rakan di atas bumbung bilik menyorong batu-bata di atas atap genting lalu mengeluarkan bunyi yang menyeramkan sebelum menyemburkan minyak wangi masuk ke dalam bilik. Lakonan mereka dengan sound effects yang diterbitkan sungguh berkesan sehingga pelajar-pelajar junior ini, kalau tidak salah ingatan 15 orang, semuanya anak orang berada telah berpelukan beramai-ramai ketakutan sambil melaungkan azan kemudian membaca Yasin dengan nyaring. Sedangkan ramai di antara mereka tidak tahu pun membaca Al-Quran! Bukankah kelakar jadinya?

Apa yang Rasyid dan Nasri tidak tahan nak tergelak (tetapi terpaksa control, buat-buat serius), adik-adik ini masih tidak dapat mengesan gurauan para senior sehingga boleh terpedaya pula dengan lakonan seorang lagi kawan yang berlagak sebagai seorang ustaz. Kawan itu datang siap berjubah dan berkopiah tiga hari kemudian untuk “menghalau hantu”, satu lakonan yang terpaksa dilakukan supaya mereka tidak jadi melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan. Kalau tidak Rasyid dan rakan-rakannya juga yang kena... Turun-naik mahkamah pelajarlah jawabnya nanti... Kan susah?

Anak muda ini juga pernah mengetuai satu sesi ‘suai-kenal’ buatan sendiri bersama lebih 50 orang pelajar junior yang terpaksa datang “menyerahkan diri” setelah dia memberikan amaran akan datang menyerang bilik-bilik mereka jika tidak muncul di bilik 51C sebelum jam 6 petang.

Ini berlaku apabila ramai rakan-rakannya mengadu kepadanya bahawa para pelajar elit di bawah program BTU (British Top University) yang bakal terbang ke England tiga bulan lagi tidak tahu menghormati pelajar senior, langsung tidak mengendahkan mereka. Lalu sekitar 10 orang kawan-kawan rapat termasuk Nasri telah menyaksikan bagaimana pemuda berdarah Aceh ini berjaya menggertak kesemua anak-anak muda ini, siap mencabar sesiapa sahaja yang berani untuk bertumbuk dengannya! Ajar mereka supaya respect sedikit, belajar hormat kepada mereka yang lebih tua.

Walaupun sesi itu bermula dengan kasar, adalah beberapa buah almari pecah dalam proses, Rasyid berjaya menukarkannya menjadi satu sesi “riang-ria” setelah pasti adik-adik ini telah mendapat sedikit pengajaran. Sejak itu, pelajar-pelajar junior ini akan memberi salam dan bertegur-sapa setiap kali berselisih dengan para senior. Hubungan mereka juga menjadi lebih erat kerana saling bertukar-tukar fikiran dan pandangan.

Ah... Begitu banyak sekali kenangan zaman kolej, daripada sesi-sesi permainan snooker di sebuah kelab berdekatan, santai minum teh tarik di mapley ( warung-warung di hadapan asrama) sambil mengurat gadis-gadis cantik dan berbagai lagi aktiviti muda-mudi pra-universiti. Dan selalunya Nasri juga turut serta lebih-lebih lagi jika membuat hal-hal yang mengarut, sesetengahnya tidak boleh diceritakan dalam mana-mana media... Lalu seluruh warga kolej mengenali mereka dan kawan-kawan, kira famous lah kata orang. ‘Saham’ pula meningkat naik tinggi, maka lagi senanglah dapat teman-teman perempuan...

14 ulasan:

MALAYSIAN CULTURE (managed by Perfect Know-How Sdn. Bhd.) berkata...

Salam Fly,

First & foremost, congrats for being an author. Hope U r successful with your BKA series.

Tergelak kejap bila baca your flashback...kau kena cerita sikit camne JIM BATES dapat nama..sampai boleh engkar arahan baca buku teks english dalam kelas, ha!7x! U are truly a unique person....aku tak pernah lagi jumpa orang makan kuaci sekali dengan kulit dia,...Ahaks!

Count me in for the Reunion. Buat je kat Rest. D'Tandor...almost kat bawah 51C

PerpatihTulus berkata...

akinol punya komen tu macam virus aje. boleh buang, kan? ye ke..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... TQ Jebat for commenting here. Elok gak tu buat kat restoran apa tu (aku tak tau)... Kalau dekat bawah 51C, then definitely d best place... Kalau boleh naik lepak kat 51C kejap musti lagi... Best lagi kalau boleh lepak kat atas bumbung malam2 main mercun attack orang kat mapley, hehe!
Untuk Perpatih, aku dah tengok postings baru kat blogspot... Ada comment kat sana.
Bab posting virus macam Akinol tu dah selalu sgt le masuk blogspot2 aku... Mula2 aku biar, pas tu bagi warning, pas tu delete. Tapi diorang tetap buat cam tu jugak...
Tu le dunia Cyber, buat salah, kacau tempat orang bukannya kena penampor... Tu yang main suka2 je kacau tempat orang... Cuba buat depan2... Baru le tahu langit tu tinggi ke rendah...
Tak pa le. Kali ni aku biar aje le Akinol punya here posting tu. Sekadar contoh... Sepertimana aku biarkan juga komen2 yang kutuk aku dan cari pasal ngan aku terus ada kat blogspot aku ni... Supaya orang ramai nampak dan fikir sendiri mana boleh pakai, mana tidak.
OK... Pada mana-mana warga 51C, harap sudi berkunjung terus ke sini dan berikan sedikit komen...
Comeone guys... At least with the Internet, we can keep in touch from wherever we are on the globe right now.. At least King pun boleh tumpang loyar kalau tak pun bagi pendapat. Go on brothers... Long live the heirs of 51C! :]

Milky Tea berkata...

Wei. Sapa Jebat Bertuah ni? Aku ingat nak buat kat dtandoor tapi tempat tu sempit la, satu table muat pun tak sampai sepuluh orang. Anyhow, restaurant tu kecik sikit. Tempat aku suggest kat UH tu single storey bungalow, and just nice to muat 1 long table for semua orang... Anyway aku dah quality test makanan... ok la.

IES Agencies berkata...

Oit Fly/Peg count me in for the reunion. if its just a dinner I have no preference weekday or weekend ....D tandoor sound cool but if taufiq says its cramped then not so cool lah... maybe we can go to one of the restaurants kat the curve ke...still dekat kan.... bukan apa nak lapang skit pasal kita tentu kecoh punya karang

how I wish i got time to write a book....I am so jealous

Milky Tea berkata...

Well, if Atuk honestly nak tulis a book, dia tak kan la plan dapat triplets... Hehehe.

Hmm. Curve pun boleh... but if u want cozy and quiet i still suggest we stick to the restaurant house near UH. Anyway the girls there semua chun giler. Ahem, for those who are single still and single again!

Radzi Sapiee berkata...

Waaa... Fiqqy and Atuk in the house... Announcement dear guys... Elvis has just left the building... Eh, apa aku mengarut ni?
Hmm... Aku pun wonder siapa si Jebat ni... Tengok gaya cam Mangor pun ada tapi tak tau le... Come on... Introduction guys...
Anyway, whatever place or restaurant for our reunion is fine with me as long as 1... It is accesible for everyone which I assume it should be as most of us reside in the Klang Valley. 2... Affordable... Then again I think most of us can afford the best. But the most important thing is 3... Cosy and privacy... We want to be able to keep up on times the way we should be able to do spontaneously like we use to do 20 years ago, that is without having to put up any appeareances and such... No sir... No protocol and cover-cover line for me, hehe!
Meanwhile, let the discussion go on... We don't know yet went is the reunion but one thing we can start from now is communication... And rebonding back the brotherhood.
Cheers guys... Hail the diverse product of 51C. Go on! :]

p/s: I guess I trust Fiq regarding the UH restaurant. What say you guys?

Farid J berkata...

Salam semua, lama benar tak dengar berita. Taufiq actually got my number from Apek. Apek kerja kat same building (Tower 2)with me. Selalu terserempak dia masa lunch kat Wisma Central. Fly, aku rasa aku pernah terserempak dgn kau kat KLCC a few months back. You look the same man....perut maintain tak buncit :) Anyway, it's nice to know that we can get together and chat....Fly, aku suggest kau contact Hj Amin @ Mangor (A Level 7 yahoo group moderator) to contact the rest. Ramai ex A Level 7 ada dalam group tu. Wasalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Wah... Farid dah menjawab... Surely my pleasure man to be able to hear from you guys afer so long... You are in Tower 2, you mean KLCC? Le... Tak tau cerita... Zahid in tower 2 pun aku tak tau... Dulu yang aku ingat opis MLJ kat area Phileo ke hapa...
And, Mangor is Haji? Hehe! Gud for you bro.
Cantik gak tu kalau contact Mangor and the rest of A Level 7... Tapi let's start with this, original 51C reunion... Lepas tu kita cuba buat for A Level 7, get as much as possible. For that, my suggested venue is in Janda Baik... I believe you'll all love it.
OK... Keep the juices flowin'... Cheers! :]

p/s: Just got an SMS from Fiqqy... Says that our John (Toilet, hehe!) will be in KL 7-8
ay (Rabu-Khamis)... Since he is from JB while the rest of us (except for King in NY) is in KL, why not accomodate his dates...
On to you guys...

Milky Tea berkata...

OK, ini senarai mereka yang sudah confirm (up to now la...) the dates for 7 or 8 May. Adik ada hal on 7 so aku suggest kita buat hari khamis, 8 may. Dalam jam 8 - 8.30pm untuk arrival def-def tak terhormat ini.
Yang OK:
Tonga aka Azmil
Adeq aka Shamsul Rizal
Atok aka Shamsul Bahari
Fly aka the radzi
Nash aka Nasri "Honda Merah 999"
Jim aka Hisham Bajuri Calon Kunci
Amirul aka Mr.Fariza
Sallehuddin aka PAS
John aka ABIM/ISLAMIC OUTREACH
Apeq aka Nur Zahid
Taufiq aka Mr.26
Mangor aka Mr.Shana

Belum confirm:
Chicken aka Farid
Rashers aka Nik (almost dijumpa. kat affin investment bank - called his line but no answer...)
Zaint aka Afroboy
Mutt (masih dicari)

Aku propose go ahead la as long as at least 10 orang boleh datang... Of course kita mintak-mintak semua boleh hadir (kecuali King yang masih berbujang trang-tang-tang kat NY).

Wassalam,

Taufiq.

Milky Tea berkata...

btw, jebat bertuah 177 is none other than En. Amirul.... Aku guarantee betul!!!

Milky Tea berkata...

Sadly chicken might be in Vietnam on that date, so he's a no show. But lepas ni we can make smaller gathering la untuk En. Farid!

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... I understand that the date is set for 8th May, dinner time at the restaurant in UH recommended by Taufiq... So let the show begin... Cheers guys! :]

Milky Tea berkata...

Ahem. Glad to say that we have discovered Rashers! And so far he's ok for 8th May. Rashers' email is haftac@gmail.com, and his tel is 0162268665.

And also Jebat Bertuah 177 is not Amirul. Aku tau tau la sapa dia.

Wasalam