Lihat makam ini... Lihat betapa tebalnya tumbuhan di kawasan makam...
Tengok... Batu nesan yang ada hampir diselaputi pokok-pokok...
Nasib baik papantanda ini dalam keadaan baik... Cuma tulisannya sudah sedikit kabur dan sebahagiannya dilindungi pokok-pokok. Untuk pengetahuan, ini adalah Makam Sultan ke 22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Shah 1. Bukan Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles ya... Walaupun namanya sama, yang itu adalah Sultan ke 26...
Ini lagi satu kes makam yang tidak lagi berjaga sedangkan dahulu ia kelihatan elok... Lihat artikel Membetulkan kain batu nesan (Repositioning the cloth on tombstones) dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sebagai contoh...
Hmm... Mungkin juga makam-makam Sultan-sultan Perak yang tidak lagi terjaga setakat yang dilihat ini adalah kerana ia sudah jauh daripada jurai keluarga yang memerintah sekarang. Maklumlah, Perak mempunyai sistem giliran yang membolehkan pelbagai pecahan keluarga diraja menaiki takhta walaupun mungkin keluarga-keluarga ini sudah terpisah jauh dan tidak lagi berbaik antara satu sama lain.
Sebagai contoh Sultan Abdullah yang makamnya dipaparkan di atas telah menerima tentangan Raja Muda Jaafar yang berpangkat anak saudara, anak saudara yang merampas takhta kerana tidak sabar lagi menunggu gilirannya. Raja Muda ini kemudian naik menjadi Sultan ke 23. Untuk pengetahuan, Raja di Hilir Perak sekarang, Raja Jaafar adalah dari keturunan Sultan Jaafar ini. Namanya ialah Raja Jaafar bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Aziz bin Raja Muda Musa bin Sultan Jaafar.
Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles iaitu Sultan Perak ke 26 juga adalah anak Sultan Jaafar. Tetapi jurai keluarga baginda seakan diketepikan daripada takhta yang sejak penghujung abad ke 18 Hijrah nampaknya ditentukan oleh penjajah Inggeris. Ini kerana Sultan Abdullah terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch 1875. Anak cucu Sultan Abdullah yang pernah paling hampir dengan takhta ialah Raja Chulan yang namanya diabadikan di sebuah jalanraya utama Kuala Lumpur. Selain baginda, nampaknya tidak ada lagi kerabat Sultan Abdullah yang dimasukkan di dalam senarai Raja-raja Bergelar yang boleh menaiki takhta.
Sultan Perak sekarang, Sultan yang ke 34 adalah Sultan Azlan Shah bin Sultan Yusuf bin Sultan Abdul Jalil bin Sultan Idris (yang membuka Bukit Chandan dan Kuala Kangsar) bin Raja Bendahara Alang Iskandar. Raja Alang Iskandar pula adalah adinda Sultan Jaafar yang disebut tadi. Jadi nyata keluarga sekarang dengan jurai Sultan Abdullah I yang makamnya ditunjukkan bersemak tadi sudah dikira keluarga jauh. Begitu juga keadaannya dengan beberapa Sultan Perak yang makam telah ditunjukkan dalam artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1.... Maka apakah ini sebabnya makam-makam itu tidak lagi terjaga?
Sekarang lihat pula makam ini... Masyaallah, macam nak runtuh!
Malah papantandanya pun sudah jatuh, tinggal bingkai yang melopong ini...
Lihat batu nesan di dalamnya. Lihat semak-samun di dalam lingkungan pagar makam...
Lihat lebih dekat batu nesan yang sebenarnya adalah sebuah batu peringatan ini... Cuba bandingkan dengan gambar-gambar yang terdapat dalam posting Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1 . Ingat. Gambar-gambar ini diambil sekitar 2 minggu lalu sedangkan gambar dalam cerita mencari makam Raja Ahmad itu diambil September 2006.
Untuk pengetahuan, inilah makam Raja Ahmad yang di batu peringatannya tertulis perkataan "Sultan Ahmad Waliyullah"... Kenapa boleh jadi begini? Allah...
Adapun setahu saya, sejak Sultan Idris 1 membuka Kuala Kangsar dan Bukit Chandan tahun 1880an, SEMUA Sultan-sultan Perak dan Raja-raja Bergelar (Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar dan sekiannya walaupun tidak sempat menaiki takhta) adalah daripada keturunan Raja Ahmad. Kenapa sampai hati membiarkan makam nenda jadi begini? Atau kamu semua terleka dengan dunia sekarang sehingga tidak ada masa langsung menjenguk atau mengambil tahu tempat tinggalan nenek-moyang?
Yang peliknya, berbanding lawatan-lawatan saya yang lepas-lepas, kawasan sekitar makam pula yang lebih terang. Dahulu, saya tidak dapat melihat Sungai Terus, sungai kecil di belakang makam yang dikatakan tempat Raja Ahmad jatuh lalu hilang tidak ditemui. Dahulu, semak-samun di belakang menghalang pemandangan...
Sekarang, bukan sahaja Sungai Terus boleh kelihatan, Sungai Perak pun boleh nampak daripada kawasan makam kerana kawasan sekeliling sudah jadi lebih terang. Jadi, kenapa pula kawasan makam jadi begitu semak?
OK... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya pilih tajuk yang agak pelik iaitu "Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama" untuk cerita-cerita ini. Tadi dalam Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1... telah disebut bahawa saya "terpanggil" untuk membuat cerita-cerita ini setelah mendengar tentang pembubaran Parlimen semalam diikuti penetapan tarikh mengundi untuk Pilihanraya ke 12 Malaysia yang telah ditetapkan pada Mac 8. Tapi apakah kaitan sebenar pilihanraya dengan makam-makam ini?
Let's get straight to the point ya... Cerita banyak sangat pun tak guna. Begini le... Kalau nak dekat pilihanraya, kita selalu melihat jalan-jalan buruk tiba-tiba "dibarukan", maka apa kata pihak yang berwajib di luar sana sudi membersihkan makam-makam Melayu lama yang telah saya paparkan, juga mana-mana makam yang boleh dikenali ramai... Tentu mereka ada wang dan peruntukan jika mahu bukan? Sedangkan semua orang tahu, apabila masuk musim pilihanraya, berjuta-juta Ringgit akan bertukar tangan begitu sahaja semata-mata untuk memastikan kemenangan pihak yang lebih berduit... Takkan tak boleh salurkan sedikit?
Apa salahnya gunakan sedikit wang yang ada untuk menceriakan kembali makam-makam lama? Nak harap semua makam dibersihkan memang susah... Ada banyak juga yang terletak di ceruk mana, entah makam siapa... Siapa pula yang patut bertanggungjawab... Tetapi semua makam yang saya sebut dalam penceritaan kali ini adalah makam-makam yang telah diwartakan termasuk makam Sultan-sultan, bukan makam sembarangan... Jadi apa lagi? Silalah bersihkan sebelum pilihanraya bermula nanti.
Cuba fikirkan... Bersihkan makam-makam ini sebagai amal jariah dan tanggungjawab. Rasanya banyak pihak terlibat termasuk pihak berwajib dan anak cucu kerabat keluarga yang ada kena-mengena. Bersihkan supaya warisan Melayu lama yang membentuk jatidiri sebenar kita tidak dilupakan...
Yang tahyul adalah kerja meminta sesuatu dengan penunggu yang dikatakan menghuni makam-makam sedangkan ziarah makam dan memikirkan kematian sangat digalakkan. Jika kita memutuskan hubungan ingatan dan sejarah dengan orang-orang mati yang melambangkan perjalanan bangsa kita dahulukala, dikhuatiri kita akan jadi bangsa yang semakin hanyut ditelan arus keBaratan pro Yahudi Zionis yang mengajak kita leka dengan dunia lalu senang dicucuk hidung dan diperintah mereka...
Lihat apa yang pernah terjadi di Tanah Arab dahulu... Bagaimana pemerintahan Mekah dan Madinah oleh keluarga Sharif Mekah keturunan Ahlul Bait anak cucu Rasululluah SAW daripada jurai Saidina Hassan ditamatkan dengan kasar oleh keluarga Bani Saud dengan sokongan gerakan Wahabi yang menggunakan alasan kononnya Sharif-sharif Mekah mempertahankan pemerintahan yang bathil, salah satunya atas sebab menghormati makam-makam lama, juga mengingati Rasulullah SAW selalu dengan penuh kasih-sayang dan hormat dengan acara-acara Maulud yang dituduh bida'ah oleh golongan Wahabi...
Lihat juga apa yang terjadi kepada kerajaan KeKhalifan Turki Uthmaniyah sebelum itu.. Mereka dipaksa melutut dalam Perang Dunia I oleh kuasa-kuasa Barat kemudian keSultanannya ditamatkan dengan pukulan sekular Kamal Attartuk sehingga umat Islam seluruh dunia kehilangan satu pelindung besar dan jadi anak-anak yatim yang semakin senang dijajah. Hasilnya terasa hingga kini di mana umat Islam tidak mampu membela Palestin... Turki pula terus dibodohkan sehingga usaha untuk membenarkan warga perempuannya memakai tudung pun ingin ditentang... Membenarkan sahaja, bukannya memaksa... Apakah masalah mereka? Kata berfikiran liberal dan demokrasi... Patutnya benarkanlah seseorang itu memilih untuk pakai tudung atau tidak, bukan diharamkan... Pelik!
Sempena pilihanraya semakin dekat ini, beringatlah kita... Jangan biarkan pihak-pihak yang cuba memadamkan warisan serta jatidiri sebenar kita terus berkokok berlagak sana sini kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Jangan biarkan keMelayuan kita dipadamkan, jangan biarkan Melayu dipinggirkan. Jangan sampai Malaysia menjadi (atau ditelan?) Singapura... Singapura yang kononnya mengamalkan meritokrasi tetapi sebenarnya meminggirkan Melayu. Singapura yang cuba menghilangkan segala sejarah pulau itu yang berkaitan Melayu. Singapura yang sangat bangga "diasaskan" (kononnya) oleh Stamford Raffles sedangkan mamat (ni kira bahasa baik ni, kalau tak mahu sahaja saya maki-hamun si celaka ini) yang bertanggungjawab memecahkan dunia Melayu buat selama-lamanya, melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang kemudian membawa kepada kewujudan Malaysia dan Indonesia... Malaysia dan Indonesia yang seringkali keliru akan makna Melayu, masing-masing mengaku dialah yang lebih Melayu, dialah yang mencipta batik, silat dan sebagainya sedangkan kita sama sahaja, ahli-ahli perkumpulan besar persatuan bangsa-bangsa bersatu beragama Islam yang diikat dengan budaya, adat-istiadat dan penggunaan bangsa Melayu.
Sekian... Harap maklum... Vote for the truth not Machiavelian characters and liars. :]
7 ulasan:
Salam.
Ogos lepas saya ada melawat makam2 sekitar Kg Gajah. Memang keadaannya dah kelihatan teruk ketika itu. Rasa xpatut sungguh. Lebih2 lagi ketika itu negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. :(
Tapi anehnya, di tengah2 hutan tu makam J.W.W. Birch sentiasa bersih dan dijaga rapi. Hairan, siapa pula yang menjaganya, sedangkan makam Sultan yang letaknya xsampai 100 meter terbiar dan bersemak samun. Terbit juga andaian difikiran saya bahawa mungkin ia dijaga oleh pihak tertentu seperti gereja dan lain2. Hmm...
Kerana rasa xpuas hati, saya dan rakan cuba bertanya dengan penduduk berhampiran. Terkejut beruklah saya ketika itu, bahawa rupa2nya kubur2 bertiang salib itu dibersihkan oleh orang di sana juga. Kata pakcik itu, selalu dia nampak budak tukang bersih kubur itu lalu lalang depan rumahnya setiap bulan membersihkan kubur Birch. Lagilah saya dan rakan garu kepala... Macamana ni? orang Melayu jaga kubur Birch? sedangkan makam Sultan xdijaga langsung. Kata pakcik tu, yang menjaga tu orang muzium... :(
Pulang ke rumah saya sempat melihat sebuah buku Allahyarham Abdul Halim Nasir tentang tempat2 bersejarah di Perak. Maka, tahulah saya bahawa bukanlah orang muzium yang menjaga kubur Birch tetapi memang ada sebuah keluarga di kampung berdekatan yang telah dilantik oleh pihak Inggeris untuk memeliharanya sejak kematian Birch hinggalah hari ini. Ia diwarisi turun temurun... Aduuh..
Begitu juga dengan makam2 pahlawan yang gugur menentang Inggeris langsung tidak dibersihkan. Kubur Si Puntum yang letaknya di sebelah Kompleks Sejarah Pasir Salak pun bersemak samun juga... Termenung saya ketika itu apakah sebenarnya makna sambutan 50 tahun kemerdekaan negara...
p/s: Abg MS, kalau komen ini sensitif, abang padamkan je.
Wassalam Zam. Apa pulak nak padamkan... Komen cam ni le bagus. Bukan setakat komen tapi ada feedback. Cam tu le bagus! Abg pun tak tau ada keluarga Melayu dok jaga kubur Birch... Last sekali Abg pegi beberapa bulan lalu memang tempat tu nampak terjaga. Tapi Abg seronok tengok salah satu kubur Mat Saleh kat situ bersepah taik anjing atas, hehe!
Kalau boleh biarlah cerita pasal makam-makam Melayu tak terjaga ni diwar-warkan, kasi tahu semua orang. Abg baru dapat info tak rasmi, sekitar RM20 billion duit akan hangus untuk perbelanjaan pilihanraya...
Betul ke tak, yang pasti, GERENTI berjuta akan dibelanjakan... Jadi apa salah sedikit budget tu pegi untuk membersihkan makam-makam Melayu? Bukannya banyak belanja pun berbanding repair jalan untuk bodek undi orang kampung, suap orang dah sebagainya...
Kecuali ada pihak memang SENGAJA nak bagi hilang warisan orang-orang Melayu, macam dah jadi kat Singapura... Siapa yang faham akan keadaan sebenar politik Malaysia di balik tabir, apakah sebab sebenar diwujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar atau WPI yang akan memberi orang luar hak sewenang-wenangnya bermastautin kat tanah kita ni akan faham le maksud Abg.
Jangan biarkan tanah kita tergadai... Hidupkan warisan kita... Beri peringatan, INI ADALAH TANAH MELAYU!!! Sekian...
Yang penting Merah Silu keturunan Batak.
Rasanya, JWW Birch tu utk pelancungan dan kena tanya la org melayu yg bersihkan kubur omputih dapat gaji ke. Orang-orang melayu sedara mara kerabat hendak ke bayar gaji pada rakyat melayu sana. Bukan pasal dia org putih ke hape.
Kalau tak nak..apa kata sedara-sedara sendirilah yg bersihkan. Kalau nak ikut islam binaan2 atas kubur pun tak boleh. Doa sahaja yg sampai. Lagipun nak buat binaan bukan nya murah. Kena tanya la pihak berwajib kenapa jaga kubur birch tapi tak raja2nya.
Saya rasakan perpaduan semua manusia lebih penting dari hak perseorangan. Tutup cerita makam balik kepada hubungan sesama insan. Rasanya hubungan sesama insan baik islam ataupun bukan, adalah ciri2 sejati umat islam yang menghormati dirinya dan juga org lain. Itu kalau ada ingat nak menakluki hati bukan islam kearah islam.
Salam,
Bagus ada info2 sebegini.
Dapat kita lihat dan nilai kedudukan perkara2 yang ramai antara kita terlepas pandang. Kubur penjajah dan penjarah dibersih dan dijaga, sedangkan warisan lama milik sendiri terabai.
Saya rasa elok kedua2nya dijaga, penjarah dan penjajah bukti kelalaian dan kealpaan kita dulu, elok sebagai peringatan.
Kalau tak setuju pun tak mengapa, :) hehe ... hanya pendapat.
-awanbadai-
Hmm... Nampaknya masih ada pihak mahu menyalak "memperjuangkan" pengetahuan sedengkot yang tak ke mana pun... Merah Silu keturunan Batak? Tak habis2 dengan propaganda pro Batak yang tak kaji habis salasilah sebenar raja2. Bukan saya tak tahu ada golongan yang membuka banyak blogspot sekali gus demi "memperjuangkan" "ketuanan" Batak. Mungkin orang lain tak sedar, di sebalik ini ada propaganda halus yang disokong pihak tertentu supaya Melayu di Sumatera dipinggirkan. Lain kali pergi le merantau dan lihat dengan mata kepala sendiri, jangan setakat duduk berangan-angan rasa diri tu pandai di hadapan komputer.
Kalau inilah yang dikatakan pengetahuan rahsia, nampak sangat siapa yang menyatakannya tu tidak matang malah bodoh dan dungu. Lain kali berhati2... Kaji bukan setakat baca tapi mengembara ambil risiko nyawa, solat Istikharah dan sebagainya... Jangan sampai anak cucu Rasulullah SAW dituduh sebagai orang asli bercawat makan cacing dengan muka penuh tatoo... Itu kajian bodoh yang tak tahu asal-usul sebenar, tak tahu bahawa kadangkala ada terjadi raja berketurunan Arab Quraish memrintah rakyat-rakyat orang Asli lalu dianggap sebagai orang Asli... Sedangkan hakikatnya walau bagaimanapun rupa paras rakyatnya, raja-rajanya tetap berketurunan tinggi.
Jangan ingat semua manusia sama... Sedangkan pokok dan binatang pun ada baka baik yang mana dicari kerana kelebihan zatnya, inikan lagi manusia yang mahu diangkat jadi pemimpin masyarakat lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan agama. Sebab ingat semuanya sama le segala sampah-sarap boleh diangkat jadi ketua.
Kesian... Ada orang tak cukup matang tertipu dengan pengetahuannya yang sedikit. Belajar lagi... Dan kali ini dengan doa dan wasilah serta solat Istikharah, bukan dengan nafsu ingin mencari perhatian sehingga terlupa adab berbicara apabila masuk ke tanah orang. Sekian! :]
kalau bukan kerana kaitan makan org dengan suku batak tu.. sape pun x kenal apa itu batak..
si kecil batak mahu bermain-main..
mari berikan buku biar dia membaca pula..
Bukan ini rahsianya...saya tak jadi bercerita dek kerana "terpukau" dengan kehebatan saudara...
Apalah sangat cerita dari saya yak seberapa persen nya pun..
Saya fikir saya org melayu. kami semua malah ramai lagi pun fikir melayu. Nak buat cemana kalau org dah menghina keturunan. Tapi saya allah swt tak sebegitu. Saya tak heran ngan kalian semua. Saya bukan menumpang di tanah kamu. Ini bumi ALLAH.
Manusia juga di jadikan dari campuran tanah yg berbeza. Maka itu adanya bangsa. Saudara belaka semuanya.
Tak kemana perginya kalau menghina sesama manusia.
Catat Ulasan