Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 28, 2007

Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...!

Gambar virus kanser ke hapa aku cedok kat Internet sebagai hiasan...

OK... Pertama sekali, izinkan aku bercakap dalam bahasa kutu, mungkin untuk melepaskan geram. Apa tak nya, aku dah set nak pakai beberapa gambor yang aku ambik kebelakangan ni buat update ketiga-tiga blogspot aku hari ni... Bila masuk kan kat komputer kat Internet Cafe ni (aku kat Mersing sekarang), komputer tak mahu accept sebab ada virus jenis trojan ke hapa...
Sebenarnya mende ni aku dah expect sebab last sekali aku buat posting menggunakan koleksi-koleksi gambar aku adalah di Muar pada Jumaat lepas 21 Disember, dah nampak dah bunga-bunga problem nih... Cuma aku tak sedar tahap keseriusan ia...
Masa tu aku perasan, bila aku browse gambar (daripada laptop masuk dalam pen-drive untuk pakai kat Internet Cafe) gunakan option create (untuk buat posting) dalam blogspot, dia tak mahu baca sebab folder tu dah di classify jadi scr file plak... Apa hal? Masa tu aku pun tak tahu apa kebendanya scr file ni...
Nasib baik kepala hotak aku cukup creative gak... Mana-mana gambar dalam folder yang aku nak pakai masuk dalam blogspot, aku bawak keluar masuk kan dalam main directory. Jadi tu yang aku dapat masuk, jadi le posting-posting bertajuk On top of Ampang! dan Fooling around the Semenyih Dam... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , Masjid Jamek (main mosque of) Putrajaya... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Dunia sebagai tempat "senda gurauan"... di blogspot ini.
Tapi siang tadi, baru aku dapat confirm komputer aku kena virus... Bila aku tengok folder-folder yang aku dah copy masuk pen-drive dah tukar file type daripada folder jadi .scr atau screen-saver. Baru aku tau scr tu rupanya screen saver... Minggu lepas tak nampak lagi... Perkataan scr tu cuma keluar bila aku nak upload gambar masuk blogspot...
Aku pun cuba le tune sendiri... Terlebih dahulu, cuba delete file-file tersebut tapi tak boleh... Setiap kali delete dia muncul balik! Untuk makluman subscription Norton Antivirus aku dah lama expire. Apapun, aku save dulu file-file gambar yang aku nak pakai hari ini pas tu pegi Internet Cafe... Tengok-tengok kena block sebab memang confirm ada virus. Dan ia adalah virus yang program anti-virus kat komputer situ pun tak boleh settle, cuma boleh deny access, quarantine atau delete je...
Takpa aku fikir... Sekurang-kurangnya aku boleh delete semua file kat pen-drive aku gunakan program anti-virus tersebut lepas tu format balik. Masa kat laptop tadi tak boleh sebab program anti-virus aku dah ketinggalan zaman...
Aku pun switch on laptop untuk copy balik file yang nak dipakai masuk kat pen-drive. Bila aku turn on, engkorang teka apa jadik? Boleh keluar message kat bawah ni pulak dalam satu box... Ni aku salin bulat-bulat pakai notepad...

B1u3f4nt45y - 24.01.2007 - Surabaya

Surabaya in my birthday. Don't kill me, i'm just send message from your computer. Terima kasih telah menemaniku walaupun hanya sesaat, tapi bagiku sangat berarti. Maafkan jika kebahagiaan yang kuminta adalah teman sepanjang hidupku. Seharusnya aku mengerti bahwa keberadaanku bukanlah disisimu, hanyalah lamunan dalam sesalUntuk kekasih yang tak kan pernah kumiliki 3r1k1m0

Yang mahal tu, message ni keluar sebaik sahaja selepas keluar message Windows dah start! Sebelum komputer aku betul-betul ready untuk digunakan. Kira canggih gak le virus nih sebab dah masuk dalam system aku le.... Kira masuk time booting le tu...
Apapun, aku cuba copy balik file yang aku nak pakai dalam pen-drive lepas tu masukkan kat komputer di Internet cafe... Kali ni terus block, langsung tak boleh access! Sebelum ni boleh jugak jenguk isi file folder tapi kali ni langsung takda. Nyilek!!! Malah nak delete pun tak boleh! Peehhh....
Aku cuba tutup laptop lepas tu switch on balik... Keluar lagi message ni... Apa hal?
Adapun aku notice satu mende tentang cara virus ni bergerak. Kat pen-drive aku, bila aku select all file, otomatik keluar message beritahu ada beberapa hidden file... Kalau pen-drive aku ada 3 folder, maka dia sebut ada 6 hidden file. Perkara ni tak berlaku plak pada file-file dalam laptop aku. Kesimpulannya, virus entah apa-apa ini (kalau ikut message yang tertera, confirm le virus Indon) dah masuk dalam system aku tapi kerja dia kacau file-file yang cuba dimasukkan ke dalam pen-drive.
Hmm... Tiba-tiba aku dapat satu idea. Sat, kena switch on balik laptop...

-----------------------

OK... Aku dah test. Kalau tadi, aku copy folder daripada laptop direct masuk dalam pen-drive, kali ini aku masuk dulu dalam folder lepas tu select all gambar (maksudnya takda folder le, semuanya jpg file) copy masuk pen-drive. Pas tu aku pun insert pen-drive kat komputer di Internet Cafe ni. Alhamdulillah... Tak da satu pun virus yang melekat.
Maknanya, virus ni dah confirm lodge in dalam laptop aku tapi dia cuma kacau pen-drive aje... Itupun cuma file folder sahaja.
Ini bermakna aku masih boleh masukkan gambar-gambar yang aku nak letak kat blogspot. Tapi lain kali lah ya sebab dah malam dah ni... Mood aku dah terkacau sikit. Tunggu le bila-bila aku senang. Insyaallah! Apapun sat lagi aku akan buat satu posting bagi sikit le latest report aku punya current travelling session...
p/s: Tambahan fakta Sabtu 29 Disember... Masa aku tulis kata-kata di atas nih, aku ingat virus dalam pen-drive tu dah berjaya dikeluarkan. Rupanya tak walaupun aku dah beberapa kali format pen-drive!
Malam semalam sebelum tidur aku dapat idea camana nak settle problem kat laptop lepas tu test beberapa kali termasuk tengok apa yang jadi bila pakai pen-drive... Rupanya-rupanya ada 3 program virus dok menyorok dalam pen-drive sampai formatting pun tak boleh buang dia. Apapun aku dah berjaya membasmikan musuh-mush dalam selimut yang menyorok sebagai hidden files ni... Alhamdulillah!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Ada hikmahnya kena virus tu...:)

Tengok gambar kanser tu cantik pula. Teringat saya kepada satu jenis seni yang telah lama wujud zaman berzaman. Rupanya boleh terhasil macam bentuk virus tu. Dalam seni Islam ia banyak dihasilkan pada kertas untuk dijadikan latar untuk karya seni khat. Ada juga yang digunakan sebagai kulit buku dan lain-lain. Namanya Ebru' (dalam bahasa Turki), di Barat dikenali sebagai Marble Paper atau dalam bahasa Melayu dinamakan Pualaman.

Ia adalah corak spontan @ terancang. Tekniknya mudah, 1. sediakan takungan berisi air. 2. Titiskan cat minyak (apa2 jenis pun xpe asalkan berasaskan minyak), kemudian cat tersebut akan mengembang di atas air. Masukkan pelbagai warna. Lalu terhasillah corak yang spontan @ terancang. 3. Pekupkan kertas pada corak tadi, maka corak tadi akan melekat pada kertas tersebut. Maka, terhasillah kertas Ebru'.

Kalau nak tahu lebih lanjut lihat link di bawah:

http://www.geleneksel-ebru.com/english/eng.htm

Maaf la merepak kat sini. Nampak corak virus tu cantik pula. Subhanallah...:)

Radzi Sapiee berkata...

Alhamdulillah. Memang ada hikmahnya.
Sekurang-kurangnya saya 'dipaksa' menghidupkan sel-sel otak yang dah lama malas untuk mencari jalan penyelesaiannya. Malam tadi sebelum tidor, secara tiba-tiba baru saya dapat idea bagaimana menanganinya lalu dapat mengesan kat mana virus tu menyorok. Tak pakai program antivirus pun... Program antivirus yang kira canggih kat CC pun tak dapat settle, paling kuat cuma dapat quarantine, delete atau deny access je. Last-last pakai windows tools aje... Alhamdulillah settle dah... :]