Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 10, 2007

Sekali lagi - Hal-hal yang nyata vs. perkara-perkara ghaib

Gambar hiasan - Sungai di kawasan Pulau Santap, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang...

Lagi perkara untuk difikirkan... Tentang hal-hal nyata yang kita selalu pegang sebagai fakta dalam dunia moden sekarang berbanding hal-hal ghaib yang belum tentu dapat dirasai semua orang maka tidak dapat dibuktikan secara ilmiah melalui kaedah yang diakui ilmu Sains. Daripada bab pembukaan buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III, bab bertajuk "Mukadimah: Sedikit catatan tentang tarikh dan peristiwa yang bercanggah"...

---------------------------

Suatu masa dahulu Rasyid juga kurang percaya terhadap perkara-perkara ghaib kerana terlalu menyanjung tinggi logik serta cara pemikiran rasional. Pemuda ini cuma mahu percaya apa yang dapat dibuktikan dengan lima pancaindera zahir, atau istilah ilmiahnya empirical science - ilmu Sains yang terbukti apabila sesuatu percubaan kajian ataupun eksperimen boleh diulang kembali dan dibuktikan hasilnya dengan konsisten di mana-mana makmal di mukabumi... Atau apa yang dapat dibahaskan di dalam dunia pemikiran mengikut hukum logik akal yang berasaskan apa yang dikenali sebagai Aristotlelian Logic, kaedah mencari kebenaran sesuatu perkara mengikut cara pemikiran ahli falsafah Yunani purba terkenal, Aristotle.
Anak Melayu jati ini pernah memandang remeh sejarah bangsa sendiri yang mengandungi banyak cerita-cerita pelik tidak masuk akal. Seperti kebanyakan anak berpendidikan Barat, Rasyid turut mempersoalkan kewujudan Hang Tuah... Apakah ia cuma satu mitos yang dicipta untuk menaikkan semangat orang Melayu yang hilang arah apabila dijajah? Sebagai orang yang kononnya telah mengkaji berbagai jenis sistem politik dan yakin terhadap sistem demokrasi, pemuda ini pernah mempersoalkan apakah relevannya sistem beraja. Lalu dia juga terperdaya dengan dakyah Barat yang mendakwa Raja-raja Melayu kononnya berasal daripada lanun yang mendapat kuasa dan takhta hanya kerana mereka kuat...
Sampai suatu masa, Allah SWT menunjukkan pemikiran logik yang amat diagung-agungkannya itu tidak sampai pun ke mana... Kepandaian akal fikiran yang pernah didewa-dewakan sehingga sanggup cuba merungkai masalah keTuhanan melalui sudut pandangan ilmu Sains peringkat tinggi seperti Quantum Physics, Theory of Relativity, Unified Field Theory dan sebagainya tidak mampu menggapai kebenaran yang hakiki. Malah bila direnung kembali apa yang telah berlaku, Rasyid bukan sahaja telah tersilap arah malah nyaris-nyaris jatuh kafir! Pemuda ini mulai sedar, banyak lagi perkara yang tidak diketahuinya... Begitu luas lagi rahsia alam ini dan kebanyakan jawaban bagi persoalan yang membelenggu fikirannya selama ini sebenarnya terletak di dalam lingkungan apa yang dipanggil sebagai perkara-perkara ghaib yang cuma boleh disusuri melalui ilmu Tasawuf dan hati yang murni. Ingat. Bukankah kita disuruh beriman dengan Allah SWT dan para malaikat? Dengan Hari Kiamat, Qada dan Qadar, Syurga dan Neraka yang kita tidak boleh nampak atau rasa dengan pancaindera zahir yang lima? Hal-hal yang tidak dapat diukur dengan akal fikiran biasa?
Apapun, ini tidak bermakna anak muda ini cuba mengetepikan logik langsung. Dalam menulis buku ini, dia cuba mengikut fakta yang diterima logik sedapat mungkin seperti yang dipersetujui secara umum oleh para pengkaji sejarah yang mana hasil kajian mereka telah diterima ramai lalu dijadikan bahan buku teks sejarah... Begitu juga sumber pengkajian yang lebih tinggi seperti thesis dan kertas-kerja sejarah peringkat universiti digunakan untuk memahami apa yang pernah berlaku di bumi Timur walaupun ia belum lagi sampai pada masyarakat umum untuk diteliti semua pihak... Cuma kita mesti ingat, fakta-fakta yang dikemukakan secara ilmiah oleh para pengkaji yang diiktiraf ramai pun tidak semestinya tepat. Sebagai manusia biasa yang tidak sempurna, mereka boleh sahaja berlaku khilaf dan membuat kesalahan yang tidak disengajakan... Kerana perkara-perkara yang dikaji melibatkan peristiwa yang telah berlaku beratus tahun dahulu, ada masanya beribu tahun sebelum dunia yang dikenali sekarang wujud...

3 ulasan:

chmpka berkata...

Assalamualaikum Saudara Radzi,
Setelah saya meneliti serba sedikit hasil penulisan sdra, saya boleh rasakan bahawa sdra adalah seorang yg amat istimewa,mendapat anugerah yg bukan kepalang dr Allah (SWT)Yg Maha Pengasih dan Penyayang.
Mungkin sdra dapat membantu saya dlm satu kemushkilan yg masih menjadi tanda tanya kpd saya:
Saya pernah mendapat maklumat yg kononnya pada zaman ini(akhir zaman kononnya) segala semangat org zaman dulu akan turun kembali ke alam nyata untuk membantu dlm perubatan dan juga utk mengembalikan hak/warisan masing-masing melalui anak cucu.Umpamanya,turunya Wali- wali zaman dulu termasuk juga karektor sejarah spt Hang Tuah & Hang Jebat (berlima saudara)termasuk puteri-puteri dari Gunung Ledang dan juga yg lain-lain. Apakah komen sdra terhadap maklumat ini. Apakah ada kebenarannya? Dan jika tidak keberatan boleh kah sdra berkongsi pengalaman sdra mengenai hal ini.
Dari penulisan sdra saya amat yakin sdra memang ada maklumat dan atau pengalaman tentang hal ini.
Seperti org kebanyakan, saya juga hidup berdasarkan logik. Hal alam ghaib sgt jauh dr pemikiran saya. Tapi spt yg kita semua ketahui,
Allah sahajalah yg mampu menganugerahkan sesuatu ilmu yg di luar pengetahuan umatnya.
Saya ingin mendapat komen sdr mengenai perkara di atas.
Saya dpt dihubungi melalui 0122885170 (Chmpka)

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam saudari (bunyinya seperti saudari). Memang benar semangat-semangat lama itu akan kembali. Cuma saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sesetengah cara, misalnya membiarkan semangat berunsur jin meresapi manusia.
Cara itu lebih senang, sebab itu ramai orang mendapatnya, terutama untuk perubatan, persilatan dan sebagainya. Cara yang benar tetapi jauh lebih susah adalah melalui pengorbanan melawan hawa nafsu seperti dibuat melalui mujahadah dengan kaedah Tasawuf. Melalui kaedah itu seseorang akan sengsara, sakit, dihina dan sebagainya, kalau ada kelebihan bersilat misalnya, dia sanggup membatalkan hikmatnya sendiri dan membiarkan dirinya dipukul atas alasan merendahkan diri dan sabar dengan segala sesuatu. Tetapi Insyaallah jika bertahan ia akan bangkit kembali sebagai seorang manusia yang sempurna.

Puteri Tersembunyi.. berkata...

Saya tertarik utk bercerita satu kisah yg telah membuat hati & pandangan hidup saya berubah..

Pemuda yang sy kenali ini tidak seperti Si Merah Silu yg lebih terbuka. Pemuda ini lebih suka berahsia dan jarang org luar yg tau kisah dirinya..

Diceritakan oleh seorang pemuda kepadaku pada Julai 2006.. (Kalau xsilap, bulan Ramadhan)

Pada awal 1990, aku mendengar satu suara yang berkata:
" Hendaklah engkau berjumpa dengan seseorang yang berada di Johor dan hendaklah engkau pergi ke sana".

Sedang ketika itu aku sedang merayau-rayau di Bandar Kuala Terengganu. Aku berkata kepada suara ghaib itu:
" Aku tidak punya wang untuk ke sana".

Kata suara ghaib itu:
" Duit telah ada di dalam akaun bank kamu".

Aku berkata kepada suara ghaib itu:
" Aku mana ada duit. Cuma ada RM1.00 saja dalam akaunku".

Kata suara ghaib itu:
" Tidak, duit baru sahaja masuk. Kalau tak percaya, engkau pergilah periksa".

Lalu aku pergi ke bank dengan rasa bangga dan bersyukur.

Selepas aku menyerahkan buku akaun bank untuk diperiksa oleh Pegawai Bank aku merasa hampa kerana di dalam akaun itu hanya ada RM1.00 sahaja.
Lalu aku naik bas untuk balik.

Dalam perjalanan balik itu, aku diarahkan turun di sebuah pekan kecil oleh suara ghaib itu. Lalu disuruhnya aku periksa sekali lagi akaun bank itu di pekan kecil itu. Lalu aku menurut perintahnya tapi sekali lagi aku hampa kerana di dalam akaun itu tetap tertulis RM1.00 sahaja.

Kemudian aku meneruskan perjalanan pulang. Apabila sampai di sebuah pekan kecil yang lain pula, aku disuruh sekali lagi oleh suara ghaib tadi untuk memeriksa akaun itu. Aku tidak dapat membantah kerana suaranya itu lebih keras dan memaksa aku berbuat demikian. Lalu aku masuk ke bank itu dengan perasaan tebal muka kerana malu. Hatiku berkata:
" Sudah pasti pegawai bank ini akan melihat aku telah memeriksa akaun bank ini sebanyak dua kali pada hari ini".

Selepas buku akaun diperiksa oleh pegawai bank tadi aku terus keluar tanpa melihat catatan pada buku akaun tersebut.
Sampai di luar bank, barulah aku membuka buku akaun itu.
Setelah membuka buku akaun itu, aku terkejut besar. Terduduk aku dibuatnya.
Apa tidaknya, angka RM300.00 tertera di dalam buku akaun ku.
Lalu aku masuk semula ke dalam bank untuk mengeluarkan semula duit RM300 itu.

bersambung..... (lenguh menaip kerana cerita terlalu panjang)