Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 10, 2007

Akhirnya... Membuka misteri identiti Nakhoda Khalifah!



Dan akhir sekali untuk malam ini, posting saya ke 191 dalam blogspot ini... Oleh kerana nombor ini (pada saya le...) membawa makna berakhirnya satu fasa kehidupan untuk dimulakan fasa baru pula, gerak hati saya menyuruh melihat pada mukasurat 191 buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang" atau BKA III.
Adapun mukasurat 191 di BKA III sebenarnya mengandungi tajuk sebuah bab iaitu "Tok Pulau Manis, Batu Bersurat Terengganu dan beberapa warisan Aceh"... Teringat pula bagaimana beberapa orang yang telah membaca buku pertama saya iaitu "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I menyatakan rasa tidak puas hati kerana cerita Nakhoda Khalifah yang telah ditimbulkan dalam bab bertajuk "KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita" telah dibiarkan tergantung sedangkan buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II tidak menyentuhnya langsung...
Oleh itu, sukacita dimaklumkan cerita ini akan disambung kembali dalam BKA III. Kebetulan dalam BKA I, mukasurat 191 mengandungi tajuk "Legenda Merah Silu: Kemunculan Sultan Malikus Salih". Maka itu biar saya berikan sedutan daripada bab "Tok Pulau Manis..." di BKA III ya. Ini dia.... Selamat Hari Raya! Insyaallah saya akan bercerita kembali selepas puas bercuti nanti. Wassalam! :]

----------------------------

Nama penuh Tok Pulau Manis ialah Sharif Abdul Malik bin Sharif Abdullah... Memakai nama Sharif yang bermaksud “Yang Mulia” kerana beliau sebenarnya adalah keturunan Rasulullah SAW dari sebelah Saidina Hassan. Malah moyangnya Sharif Muhammad Al-Baghdadi dikatakan pernah memerintah kerajaan Baghdad sebelum turun takhta dan membawa diri ke Terengganu. Menurut Ayah Weng, di sebuah surau lama iaitu Surau Putih di Pulau Duyong, Kuala Terengganu pernah tertulis bahawasanya Sharif Muhammad telah turun takhta kerajaan Baghdad kerana mengambil jalan warak... Baginda pergi ke Mekah tapi dituruti orang lalu melarikan diri ke Terengganu setelah tinggal beberapa lama di Hadramaut, Yaman.
Rasyid pernah terbaca catatan ini enam tahun lalu... Setelah tergerak untuk singgah di Pulau Duyong ketika hampir sampai ke Kuala Terengganu dalam satu pengembaraan solo bermotosikal mengelilingi Semenanjung. Lebih menarik, Sharif Muhammad al-Baghdadi dikatakan orang yang bertanggungjawab menulis Batu Bersurat Terengganu yang amat terkenal itu. Malah menurut ceritanya, baginda menulis menggunakan jari tangan, bukan tukul, pahat ataupun apa-apa alatan terus ke atas batu!
Menurut ceritanya lagi, ini berlaku setelah baginda berjaya menundukkan beberapa kerajaan penyembah berhala di bumi Timur lalu menjatuhkan hukum syariat Islam ke atas raja-raja di bawah taklukannya. Isi dan intipati hukum inipun dimaktubkan di atas batu bersurat sebagai panduan untuk mereka dalam mentadbir negara dan rakyat...
“Itulah batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang ini kemudian dimasyhurkan sebagai bukti Islam sudah sampai di Terengganu 700 tahun dahulu,” kata Ayah Weng. “Batu yang sekarang disimpan di Muzium Negeri Terengganu ini begitu diiktiraf dalam sejarah tanah Melayu sehingga cerita tentangnya diajarkan sejak dari sekolah rendah lagi.”
Mengikut sejarah rasmi yang dibaca Rasyid, tiada siapa tahu siapakah penulis batu bersurat tersebut. Sejarahwan Barat pula mengaitkannya dengan Aceh lama kerana batu itu nampaknya mempunyai pengaruh Pasai berdasarkan ciri-ciri yang terdapat padanya.Memang ada cerita menyebut Terengganu dahulukala mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Samudera Pasai. Malah Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan lama di bumi Aceh itu dikatakan pernah datang ke Terengganu bersama Sheikh Ismail yang makamnya di Pulau Besar, Melaka kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sharif Muhammad Al-Baghdadi!

........ (setelah melangkah beberapa mukasurat) ...............

Di sini biar diajukan satu persoalan. Jika sejarah Perak berkaitan bumi Serambi Mekah boleh digelapkan, bagaimana pula sejarah awal Terengganu sebelum pertabalan Sultan Zainal Abidin I, awal abad ke 18? Sejarah rasmi menyatakan baginda diangkat kerajaan Johor di satu pihak, kerajaan Patani di pihak yang lain... Kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji pula menyebut pihak Bugis bertanggungjawab menabalkan Sultan dengan perintah dari Johor. Peranan Tok Pulau Manis dalam kenaikan raja itu langsung tidak pernah disebut kecuali oleh orang-orang tertentu
Bagaimana pula cerita Ayah Weng tentang moyang Tok Pulau Manis, Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang mempunyai pertalian dengan Sultan Malikus Salih pengasas kepada kerajaan Samudera Pasai yang pusatnya terletak di dalam wilayah Aceh sekarang? Bagaimana cerita tentang baginda sebagai orang yang menulis Batu Bersurat Terengganu, batu bersejarah yang disebut sarjana Barat mempunyai pengaruh Pasai? Apakah ceritanya digelapkan pihak tertentu yang tidak mahu kaitannya dengan Aceh diketahui orang? Atau ada yang sengaja mahu menenggelamkan peranan anak cucu Saidina Hassan menyebarkan syiar Islam di bumi Melayu ini?
Ayah Weng ada menyebut Sharif Muhammad pernah mengalahkan kerajaan-kerajaan Sri Wijaya dan Majapahit sehingga dikatakan semua negeri di Nusantara juga kerajaan yang bersempadan dengan Lautan Pasifik (seperti Filipina sekarang) sampai ke sempadan Empayar China pernah tunduk di bawah pemerintahannya. Agaknya sebab itu wujud cerita-cerita lama menyebut tentang sebuah kerajaan Melayu besar dahulukala bernama Kembayat Negara dengan jajahannya meluas sehingga ke Indo-China walaupun kisah ini dianggap dongeng oleh masyarakat sekarang? Kembayat Negara pula dikatakan bersempadan dengan Yunan yang mana Syair Siti Zubaidah menyebut tentang kehadiran seorang Puteri Yunan yang memang dilahirkan Islam. Tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana kajian peribadi Rasyid menunjukkan semua pemerintah Dinasti Ming di China beragama Islam... Sebab itu China di bawah pemerintahan Dinasti Ming boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan KeSultanan Melayu Melaka serta melindunginya daripada ancaman kerajaan Siam!
Maka Batu Bersurat Terengganu ditulis sebagai manual pemerintahan Islam untuk tatapan raja-raja di bawah takluknya. Sehingga Ayah Weng dan waris-warisnya memberitahu Sharif Muhammad adalah khalifah teragung yang pertama menjadi model Rasulullah SAW di Asia Timur. Apakah mungkin baginda inilah Muhammad Nafs Al-Zakiyah, (baca balik Jilid 1 bab bertajuk Perlak: Bermulanya sebuah cerita) satu-satunya anak cucu Rasulullah SAW berketurunan Saidina Hassan yang diketahui pernah dibai’at sebagai khalifah iaitu diangkat dengan sumpah setia oleh semua golongan umat Islam? Bukankah ini melayakkan baginda menjadi khalifah pertama dari keturunan Rasulullah SAW selepas takhta itu dirampas secara tipu-helah oleh Bani Umaiyah daripada tangan Saidina Hassan?
Muhammad kemudian dikhianati anak cucu Saidina Abbas, saudara mara sendiri yang sanggup merampas takhta keKhalifahan itu untuk mendirikan kerajaan Bani Abbasiyah yang akan memerintah ummah selama 500 tahun. Apakah ini yang menyebabkan cerita asal-usul baginda yang sebenar digelapkan? Apakah mungkin Sharif Muhammad juga adalah watak misteri yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah, pemimpin rombongan 100 orang pendakwah yang mengIslamkan Perlak 1200 tahun dahulu, kerajaan Islam terawal dalam sejarah bumi Serambi Mekah?

—————————

Rasyid teringat kembali cerita Ayah Weng tentang catatan di Surau Putih, Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang menyebut: “Bahawasanya Sharif Muhammad telah turun takhta kerajaan Baghdad kerana mengambil jalan warak. Baginda pergi ke Mekah tapi dituruti orang. Lalu melarikan diri ke Terengganu setelah tinggal beberapa lama di Hadramaut, Yaman.” Rasanya ada persamaan dengan kisah Muhammad Nafs al Zakiyah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah bin Hassan al Muthana bin Saidina Hassan bin Saidina Ali Abi Talib Karamallahuwajha.
Disebut dalam sejarah, sekitar 132 Hijrah atau 750 Masihi, masyarakat Islam di Baghdad termasuk kaum Bani Abbas juga para Ahlul Bait keturunan Nabi pernah membai’at Muhammad Nafs al Zakiyah sebagai khalifah demi menjatuhkan pemerintahan Bani Umaiyah yang zalim dan kejam. Nama baginda Muhammad bin Abdullah dikaitkan dengan watak penyelamat Imam Mahdi menyebabkannya mendapat sokongan ramai... Tetapi apabila Bani Umaiyah berjaya dijatuhkan, Abul Abbas al Saffah dari Bani Abbas pula diangkat puaknya menjadi khalifah. Dan apabila dia meninggal dunia, seorang lagi Bani Abbas, Abu Jaafar Al-Mansur diangkat menggantikannya sehingga Muhammad hilang sabar lalu memberontak.
Ada cerita menyebut salah seorang penyokong kuat baginda adalah Nu’man ibnu Thaabit atau Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi. Baginda juga mendapat sokongan Imam Malik, pengasas Mazhab Maliki... Tetapi pemberontakan awalnya di Baghdad telah dipatahkan pemerintah Bani Abbasiyah dengan kejam. Tidak lama kemudian ahli keluarga dan saudara-maranya pula mula diburu, ditangkap dan dibunuh seorang demi seorang. Muhammad pun terpaksa berundur jauh daripada Baghdad sehingga baginda tersepit lalu meneruskan pemberontakan dari Madinah.
Sejarah rasmi menyebut baginda akhirnya terbunuh tetapi Rasyid percaya ada kemungkinan Muhammad dapat melarikan diri. Teringat kisah moyang Sultan Brunei, Sharif Ali, seorang lagi Ahlul Bait keturunan Saidina Hassan yang dikatakan terbunuh dalam satu perebutan kuasa di Mekah tetapi boleh muncul pula di Brunei... Apakah mungkin Muhammad juga sebenarnya terselamat lalu melarikan diri secara senyap ke Mekah? Orang lain yang terbunuh tetapi mayatnya pula diwar-warkan sebagai Muhammad? Mungkin ini berlaku supaya musuh tidak lagi mengejarnya... Kemudian apabila identitinya terbongkar baginda lari pula ke Hadramaut, Yaman lalu terus membawa diri ke Nusantara, sampai ke Terengganu?
Fikirkan... Sharif Muhammad Al-Baghdadi dikatakan adalah seorang keturunan Saidina Hassan yang pernah bertakhta di Baghdad. Setahu Rasyid, tidak ada seorang pun anak cucu Rasulullah SAW pernah menduduki takhta di sana dahulukala. Kalau abad ke 20 memang ada kerana Raja-raja Iraq (sebelum menjadi republik) adalah anak cucu Sharif Mekah yang berasal daripada keturunan cucu sulung Nabi. Saidina Hassan yang pernah menjadi khalifah umat Islam pula bertakhta di Kufah sementara keturunan Nabi yang lain seperti Imam Ja’afar al-Sadiq pernah diangkat sebagai ketua satu golongan umat Islam sahaja seperti golongan Syiah Imamiah, maka tidaklah boleh dikira sebagai pernah bertakhta di sana...
Sekarang, fikirkan dengan lebih mendalam... Dari satu segi, Muhammad Nafs Al-Zakiyah boleh dikira pernah ‘bertakhta’ di Baghdad kerana baginda pernah dibai’at sebagai khalifah seluruh umat Islam walaupun untuk seketika sahaja. Malah tidak mustahil Muhammad sempat menaiki takhta dan duduk di istana selepas kejatuhan keKhalifahan Bani Umaiyah... Ini kerana pergerakan menjatuhkan pemerintahan dinasti yang kejam itu cuma dapat disatukan di atas namanya Muhammad bin Abdullah sebagai seorang khalifah baru dari keturunan Rasulullah SAW yang namanya dan nama bapanya serupa dengan Rasulullah SAW, serupa juga dengan nama Imam Mahdi yang pernah diisyaratkan Nabi!

................................


Di sini, Rasyid ingin mengemukakan pandangan yang rasanya tidak pernah muncul dalam mana-mana sumber sejarah Islam baik bertulis mahupun lisan. Memandangkan, Muhammad Nafs al Zakiyah telah dibai’at ramai dan Bani Umaiyah pula berjaya dijatuhkan kerana segenap lapisan masyarakat menyokong baginda sebagai Al-Mahdi, maka itu orang-orang Bani Abbasiyah yang sebenarnya berniat serong tidak boleh terus merampas takhta keKhalifahan di hadapan orang ramai. Mereka harus menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak... Maka tidak mustahil Muhammad sempat menaiki takhta dan duduk di istana sebelum orang-orang Bani Abbas dapat menjatuhkannya tanpa dapat atau sempat ditentang rakyat.
Kemungkinan besar mereka telah meletakkan diri sebagai penasihat baginda dan ini boleh diterima akal kerana mereka pernah berperanan sebagai ahli strategi Muhammad semasa menaja pergerakan menjatuhkan Bani Umaiyah. Selepas menjadi penasihat dan pembesar di istana khalifah barulah puak Bani Abbas boleh mendapatkan sokongan mereka yang mengawal istana dan persekitarannya serta pihak tentera. Apabila keselamatan istana khalifah berada dalam tangan mereka, barulah boleh dilakukan coup de etat atau rampasan kuasa dari dalam... Maka Muhammad dihalau tanpa sempat mengatur pembelaan sedangkan kaum Bani Abbas sudah lebih dahulu mencengkam semua pihak yang berkepentingan...
Memang cerita ini tidak terdapat dalam mana-mana dokumen atau kajian serta catatan sejarah rasmi dan lagi boleh dikira sangat spekulatif tetapi Rasyid percaya, ia tidak mustahil. Bani Abbasiyah diketahui memegang keKhalifahan selama 500 tahun. Dalam tempoh itu, tidak mustahil mereka menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menggelapkan sejarah sebenar pemerintahan Khalifah Muhammad Nafs al Zakiyah.
Apapun, Muhammad Nafs al Zakiyah inilah yang paling dekat cerita asal-usulnya dengan kisah Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang dikatakan turun takhta kerajaan Baghdad dan akhirnya sampai ke Terengganu. Tidak lama selepas Muhammad dijatuhkan di Baghdad, muncul pula rombongan 100 orang pendakwah diketuai Nakhoda Khalifah di Perlak (baca buku 1 “Berpetualang ke Aceh”). Barangkali mereka orang yang sama, orang kemudiannya menulis Batu Bersurat Terengganu lalu menurunkan wali Allah terkenal Tok Pulau Manis atau Sharif Abdul Malik?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MS, fakir AbuMukmin ada terjumpa salahsilah pemerintahan Islam Quraish yang menunjukkan iaitu Khalifah ketiga antara 158-169 AH bergelar KHALIFAH MAHDI beliau memerintah selepas khalifah abu jaafar mansur, dan kemudian diganti olih khalifah musa(hadi). Ini menunjukkan Muhammad bin Abdullah al-mahdi pernah menjadi Khalifah kemudian meletakkan jawatan kerana tidak mahu Umat Islam akan berperang sesama sendiri seperti ketika datuknya Al-Hasan berperang dengan muawiyah dulu. Musa(hadi) telah mencari pengaruh dan tidak mahu dihantar keDamsyik sebagai gabenor olih al-Mahdi. Bagi mengelakkan Islam berpecah dan berperang sesama sendiri al-Mahdi meletakkan jawatan tapi masih diburu olih musa(hadi).

Olih itu beliau meninggalkan tanah arab dan terus keIndia dan keChampa(kembayat negara), olih siapa pemerintahnya sebelum kembayat negara berpecah menjadi kemboja,vietnam,khemer dan tahiland? kemudian beliau terus ke Perlak dan baru ke Terengganu.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Kisah yg menarik&perjalanan yg betul2 memberi makna pada jiwa yang mencari kebenaran.
Saya sudah lama ingin mencari & mendapat jawapan dari apa yg saya tahu.Alhamdulillah sedikit sebanyak pencariaan yang terbantut sudah segar kembali.Apa yang saya tahu mmg nama gelarnya sengaja di sembunyikan dan susur galurnya sengaja di sembunyikan agar tidak di ketahui orang yang memcari keturunan mereka. Ada juga persoalan yg masih bermain di fikiran saya,adakah abdul rahman limbong,pejuang tanah melayu kita itu juga dari keturunan syeikh abdul malik,itupun jika saudara mengetahuinya.Setakat ini dulu untuk kali ini.Assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Kisah yg menarik&perjalanan yg betul2 memberi makna pada jiwa yang mencari kebenaran.
Saya sudah lama ingin mencari & mendapat jawapan dari apa yg saya tahu.Alhamdulillah sedikit sebanyak pencariaan yang terbantut sudah segar kembali.Apa yang saya tahu mmg nama gelarnya sengaja di sembunyikan dan susur galurnya sengaja di sembunyikan agar tidak di ketahui orang yang memcari keturunan mereka. Ada juga persoalan yg masih bermain di fikiran saya,adakah abdul rahman limbong,pejuang tanah melayu kita itu juga dari keturunan syeikh abdul malik,itupun jika saudara mengetahuinya.Setakat ini dulu untuk kali ini.Assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

PANTUN GELOMBANG CINTA
( JERIT HATI DAN HARAPAN RAKYAT JELATA )
Oleh : Maulana Mahbub Al - Majnun

NUSANTARA NEGERI YANG KAYA
TEMPAT KORUPTOR BERPESTA PORA
HUKUM HANYA MILIK YANG KAYA
KESEWENANG - WENANGAN MERAJALELA

SUDAH JATUH TERTIMPA TANGGA
LIHAT ORANG SUSAH MALAH TERTAWA
BENCANA JADI OBYEK WISATA
PENGGAL SAJA BIANG KEROKNYA

DUNIA DISEMBAH LAYAKNYA TUHAN
AGAMA JADI BAHAN CEMOOHAN
TAK DIRASA SEMUA PERINGATAN
NUSANTARA NEGERI KUTUKAN

BEBAN HIDUP SEMAKIN BERAT
ORANG BAIK BERUBAH JAHAT
TOBAT NASIONAL SUDAH TERLAMBAT
NUSANTARA MENUJU KIAMAT

KAMI WONG CILIK INGIN MENGADU
KEPADA SIAPA KAMI TAK TAHU
BERULANG KALI NYOBLOS PEMILU
TAPI KAMI SELALU TERTIPU

NASIB KAMI TAK PERNAH MENENTU
SAMPAI KAPAN KAMI TAK TAHU
BERHARAP - BERDOA SEPANJANG WAKTU
KAPAN LAKU GELOMBANG CINTAKU ?

KAMI WONG MLARAT PALING NGGAK KUAT
BILA MELIHAT TINGKAH POLAH PEJABAT
SEMUCI – SUCI DAN SEOLAH NINGRAT
PADAHAL DIBELAKANG, . . . . BEJAT

KAMI WONG CILIK CUMA INGIN TAHU
INI MEMANG BENAR ATAU CUMAN ISU ?
AKAN MUNCUL SEORANG RATU
YANG MEMIMPIN ATAS PERINTAH WAHYU

KEYAKINAN TAK BUTUH PEMBUKTIAN
MANUSIA BEBAS TENTUKAN PILIHAN
DIPUNCAK ZAMAN KEHANCURAN
ADAKAH JENDRAL BERHATI INTAN ?

AKU MEMANGGILMU KSATRIA NUSANTARA
KARENA DHARMAMU PADA KEBENARAN
WALAU NASIBMU TERLUNTA – LUNTA
SEMOGA ENGKAU BEROLEH PANGAYOMAN

AKU MEMANGGILMU PANDITA NUSANTARA
KARENA LAKUMU - LAKU YANG SUCI
WALAU DIHEMPAS BADAI DERITA
SEMOGA HIDUPMU SELALU DIBERKATI

MANUSIA PICIK GAMPANG BERMUSUHAN
LANTARAN NAIF MEMAKNAI FIRMAN
BILA TAK TURUN WAHYU KEPEMIMPINAN
PENAFSIRAN EGO MENJADI TUHAN

UMAT MENCARI – CARI DISAAT SEKARAT
SOSOK MANUSIA YANG MENERIMA WAHYU
MELURUSKAN KEMBALI AJARAN NABI MUHAMMAD
BUKAN WAHYU AGAMA BARU

NUSANTARA TAK SABAR MENANTI
TERBITNYA FAJAR - SANG MENTARI HARAPAN
LANGKAH AVATAR SANGAT HATI – HATI
GELAP MALAM PENUH JEBAKAN

SATRIO PININGIT RAHASIA ILLAHI
MANUSIA LUGU MBOTEN MITAYANI
TAK TERJANGKAU SEMUA PREDIKSI
JUGA ILMU PENERAWANGAN TERTINGGI

KELUAR MASUK PURA MANGKUNEGARAN
ALLHAMDULILLAH ORA KONANGAN
KELUAR MASUK RUMAH PEJABAT
TETAP SAJA TIDAK TERLIHAT

SATRIO PININGIT RAHASIA ILLAHI
MANUSIA LUGU MBOTEN MITAYANI
TAK TERJANGKAU SEMUA PREDIKSI
JUGA PENERAWANGAN GAIB TERTINGGI

KECUALI OLEH MEREKA YANG DIKEHENDAKI
DIANTARA HAMBA – HAMBA SEJATI
YANG RELA MEMPERSEMBAHKAN DIRI
DEMI TEGAK HUKUM - KEADILAN ILAHI

NUSANTARA TAK SABAR MENANTI
SATRIO PININGIT RAHASIA ILLAHI
SEDERHANA, TAK BANYAK KONSEP TEORI
CUKUP MENGAMBIL YANG TULUS SUCI

RATU ADIL ALIAS IMAM MAHDI
TAK PUNYA AMBISI MEMIMPIN NEGERI
MANUSIA LUGU MBOTEN MITAYANI
HANYA JALANKAN AMANAH ILLAHI

RATU ADIL ALIAS IMAM MAHDI
TAK PUNYA AMBISI MEMIMPIN NEGERI
CUKUP MENCETAK KADER MUMPUNI
LALU MENGHILANG BAK DITELAN BUMI

KITA SAMPAI DIBATAS WAKTU
KEBENARAN SEJATI MENUNTUN LAKU
LETAKKAN SEMENTARA PEMAHAMANMU
KITA DENGARKAN PENUTURAN WAHYU

BAGI YANG SUNGGUH MEMBUKA HATI
DENGAN POLOS TANPA PRASANGKA
SATRIO - PINANDITA SIAP MENEMANI
SAMPAIKAN KEBENARAN APA ADANYA

TABIR MASA MEMBUNGKUS RAHASIA
KAYAKAN CERITA AKAN NUANSA
BERDETAK JANTUNG KARENA ASA
MENGUJI NYALI JIWA PERKASA

WAHAI APARAT - PENEGAK HUKUM NEGARA
WAHAI ULAMA – PANDITA NUSANTARA
WAHAI PUTRA – PUTRA TERBAIK BANGSA
APAKAH AKAL DAN NURANIMU BUTA !!

Semarang,15 November 2007
Ditemani Gudang Garam Surya
Gudang air mata,Garam kehidupan, Surya pencerahan
Bravo IMAM MAHDI, para kekasih tak sabar menanti

Hidayah datang tak pandang bulu
Merasuk kedasar keyakinan,sepenuhnya atas kuasaNYA
salam bagi semua “orang gila” Semoga kita segera bersua.
Puisi ini adalah puisi orisinil penulis, yang diilhami dari mimpi 7 kali berjumpa IMAM MAHDI alias RATU ADIL alias SATRIO PININGIT alias AVATAR alias SATRIO PINANDITO SINISIHAN WAHYU alias
“MALIKUL MUQSITH”
Allah Subhaanahu Wataaala memberi GELAR KHUSUS sosok orang yang menerima wahyu diakhir zaman ini dengan gelar dan panggilan “MALIKUL MUQSITH”
MALIKUL – MUQSITH bila diterjemahkan dalam bahasa Indonesia kurang lebih berarti RAJA ( PENEGAK ) KEADILAN alias RATU ADIL.
Dia menerima wahyu untuk meluruskan kembali ajaran Nabi Muhammad yang sudah banyak di selewengkan, ditambah – dikurangi serta di putar balikkan. Wahyu yang diterima bukanlah wahyu KENABIAN sehingga jelas tidak membawa AGAMA BARU, dan orang yang menerima wahyu ini sangat tidak pantas dan SALAH BESAR jika di sebut NABI BARU.
IMAM MAHDI adalah sebutan atau istilah yang lain untuk sosok yang dipanggil ALLAH dengan MALIKUL MUQSITH ini, ia NYATA dan memang benar – benar ADA. IMAM MAHDI berarti pemimpin pemberi petunjuk . RATU ADIL juga menerima wahyu kepemimpinan dalam arti RATU ADIL adalah orang yang memang dipilih ALLAH dan DIPERINTAH untuk memimpin dan membenahi negeri ini (NUSANTARA). Dalam konteks Indonesia yang sempit, beliau menjadi RATU ADIL dan dalam kapasitas yang lain dalam konteks dunia yang lebih luas beliau menjadi IMAM MAHDI.


Di zaman kelak Ratu Adil memimpin, kebenaran dan HUKUM ILAHI akan benar – benar ditegakkan. Meskipun beliau seorang muslim yang taat menjalankan syariat, tapi beliau memiliki toleransi dan apresiasi yang tinggi dengan semua pemeluk agama dan semua aliran kepercayaan. Beliau mengayomi semua golongan dengan keadilan, kebenaran, dan kejujuran. Beliau didampingi oleh ruh - ruh para Nabi dari semua AGAMA BESAR di dunia, baik Isa, Muhammad, Musa, Daud, Adam, Sri krisna, & Sidharta Gautama. Selain itu turut mendampingi beliau ruh leluhur Pulau jawa yaitu Sunan Lawu alias Brawijaya Pamungkas, Eyang Sabdo Palon dan Naya Genggong. Selain itu turut mengawal beliau ruh-ruh seluruh raja NUSANTARA yang bertaqwa .Juga banyak ratusan ruh wali-wali dari semua agama di sepanjang sejarah umat manusia . Allah tidak tanggung – tanggung dalam menurunkan seluruh KEKUATANNYA untuk mewujudkan tata kehidupan dunia yang lebih spirituaL dan lebih manusiawi. Kekuatan Allah itu dititipkan sebagai fasilitas perjuangan kepada IMAM MAHDI – RATU ADIL dan PASUKANNYA. Alangkah berbahagia jika anda yang membaca tulisan ini bisa ambil bagian menjadi pasukan MALIKUL MUQSITH ini.

Penulis sebelumnya adalah orang yang skeptis akan RATU ADIL yang menurut penulis itu Cuma MITOS. Tetapi petunjuk mimpi yang beruntun sebanyak 7 kali dalam kurun waktu th. 2005 – 2007, telah merubah pandangan dan keyakinan penulis secara drastis dan radikal - karena disetiap mimpi, gambarannya begitu jelas dan gamblang. Serta “ndilalah” semua informasi dari ketujuh petunjuk mimpi bisa terekam rinci dalam ingatan penulis. Selain berisi banyak informasi, petunjuk mimpi itu juga memberi beberapa terapi atau METODE PEMBERSIHAN JIWA TERBAIK MENURUT VERSI ALLAH SWT, sehingga berpengaruh dahsyat bagi lahir batin penulis.

Tulisan ini adalah media bagi penulis untuk berbagi pengalaman dan mempromosikan keyakinan yang nyata. Dan semoga berguna sebagai sarana untuk menjembatani pemahaman masyarakat terhadap keberadaan Beliau yang sebenarnya memang nyata adanya. Penulis prihatin dengan banyaknya orang yang mengaku – aku menerima wahyu tanpa bisa memberi bukti kongkrit yang meyakinkan bahwa mereka (yang ngaku-ngaku itu) benar – benar menerima wahyu. Sebagai panduan agar masyarakat tidak dibodohi maka penulis ingin menginformasikan bahwa orang yang menerima wahyu :

1. Kenal akrab dengan Malaikat Jibril sebagai Malaikat Penyampai Wahyu. Dan tahu secara rinci tentang Jibril- termasuk bunyi redaksi tasbih malaikat jibril kepada Allah.Begitu pula bacaan tasbih dari Malaikat – Malaikat yang lain, Imam Mahdi yang sanggup berkomunikasi dengan mereka pasti tahu bacaannya semua.


2. Jika benar seseorang menerima wahyu, dia pasti juga mengalami pembersihan jiwa langsung dari Allah sebagaimana Nabi Muhammad mengalaminya. Mengapa ? karena untuk menerima wahyu suci, jiwa seorang penerima wahyu HARUS disucikan dulu oleh Dzat yang Maha Suci untuk sanggup menerima wahyu yang suci.

3. Sebagai sesama penerima wahyu, seorang IMAM MAHDI atau apapun istilah dan namanya pasti sangat mengenal SELUK BELUK nabi - nabi sebelumnya yang juga menerima wahyu. Meskipun dalam konteks IMAM MAHDI wahyu yang turun bukanlah wahyu kenabian, tetapi pasti seorang IMAM MAHDI mengenal dengan rinci rahasia yang dimiliki Nabi Muhammad, begitu juga nabi – nabi sebelumnya. Sebagai cara untuk mengetes misalnya :
a. Seorang IMAM MAHDI pasti tahu dan bisa menunjukkan bacaan tasbih Nabi Daud kepada Allah.
b. Imam Mahdi pasti tahu hadist – hadist Nabi Muhammad yang di palsukan atau yang TAK PERNAH SAMPAI kepada kita karena sebab – sebab tertentu padahal dulu hadist itu benar – benar ada.
c. Imam Mahdi pasti tahu kapan dan pada usia berapa Nabi Isa wafat, dan tahu bunyi doa yang dipanjatkan Nabi Isa saat diizinkan Allah menghidupkan orang yang sudah mati.

4. Bila benar seorang RATU ADIL sejati yang menerima WAHYU KEPEMIMPINAN, dia pasti :
a. Mengerti kunci untuk membuka harta karun NUSANTARA dan seluruh kekayaan alam yang berguna untuk membangun kemakmuran rakyat.
b. Sanggup meluruskan sejarah perjalanan bangsa yang diputarbalikkan.
c. Mengerti cara yang paling tepat dalam memimpin dan mengatur INDONESIA.

Minimal pertanyaan - pertanyaan diatas jika bisa di jawab oleh siapa saja yang mengaku - aku dan ia bisa menunjukkan dengan meyakinkan, maka BER BAI’AT LAH karena seorang IMAM MAHDI yang sejati pasti bisa menjawab semua pertanyaan yang sangat mendasar dan eksistensial itu.
Baiklah, kami kira masih banyak petunjuk mimpi yang tidak semuanya bisa saya ungkapkan-kecuali jika anda meyakini karena didorong oleh rasa pencarian sejati layaknya seorang pencari kebenaran ALLAH yang hakiki.

Cukup sekian semoga tulisan ini bisa berguna……amin.
Sekian..


Tertanda,
01’12’2007
Sunan Kuning Penebar Pesona
Indonesia

Keyakinan lebih berharga dari kajian seribu kitab
Wacana diatas bertujuan untuk menjembatani pemikiran rakyat, Terima kasih atas kesediaannya untuk menyebar luaskan informasi diatas.
salam

Megat Panji Alam berkata...

ASSALAMUALAIKUM...TUAN RUMAH...INI DIA,ORANG TERENGGANU NAK BUKA CERITA...
Berdasarkan hipotesis SAUDARA ini,yang sangat menarik untuk dibahaskan,berdasarkan batu bersurat kuala Berang,terengganu yang mempunyai gaya pasai itu seolah-olah menunjukkan ada pengaruh kuat KERAJAAN MELAYU TUA YANG MASIH BELUM DIREKODKAN.Untuk makluman semua berdasar rekod sejarah sedia ada menyatakan kerajaan negari Terengganu beraja hanya sekitar kurun ke-17,HAKIKATNYA wujud kesan dan bukti sejarah KERAJAAN TUA TERENGGANU DI DAERAH HULU TERENGGANU,iaitu Kuala Berang khususnya di PASIR NERING DAN SUNAGI TERENGGANU.BERDASAR BUKU SEJARAH TERENGGANU oleh DATO HJ SALLEH SEORANG TOKOH SEJARAH DI TERENGGANU.Dengan ada rekod dari petitih-petitih kuno dan MAKAM-MAKAM TUA,Contohnya MAKAM TOK RAJA YI di PASIR NERING,Dimana dikitakan wujud ISTANA HIJAU disana SEBELUM IANYA TERBAKAR DALAM SATU KEJADIAN.Dan seterus pusat pemerintahan dan ISTANA di pindahkan ke KUALA TERENGGANU.SEBELUM WUJUDnya NEGERI-NEGERI SEPERTI KELANTAN,TERENGGANU DAN PATANI SEOLAH-OLAH IANYA SATU NEGARA(KEMBAYAT NEGARA).KERANA KELANTAN BERAJA SEKITAR AWAL KURUN KE 17,Seblum itu di perintahkan oleh RAJA JEMBAL DAN CIK SITI WAN KEMBANG@puteri srivijamala.KEBAYAT NEGARA/empayar CERMIN LANGKASUKA adalah satu GREAT FEDERATION antara NEGARA KOTA MELAYU selepas ERA SRIVIJAYA.SAUDARA-SAUDARA YANG BERMINAT SILA RUJUK BLOGSPOT TABUTJAWI untuk lebih memahami lebih mendalam.....SEKIAN HANYA SEKADAR CORETAN.

Tanpa Nama berkata...

Akal tanpa ilmu.. kosong

Tanpa Nama berkata...

menurut silah, Tn Guru Hj Abdul Rahman Limbong bukan dr zuriat Tok Syeikh Abdul Malik... tp menantu Tok Pulau Manis...

Tanpa Nama berkata...

sultan muhammad bapa kepada sultanul arrifin anakdanya .manakala anak perempuan sultan muhammad berkahwin dengan syed abdullah bapa tokku paloh dari keturunan sayidina hussin

Tanpa Nama berkata...

syeikh ismail pulau besar dengan sharif muhammad bapa dan anak .dari keturunan sayyidina hasan dan tok pauh atau nama sebenar sayyid abdullah menantu kepada sharif muhammad dari keturunan sayyidina husin yang berkahwin dengan anak perempuan sharif muhammad adik beradik kepada syeikh ismail,tok ku paloh @sayyid abdul rahman dan tokku pulau manis@ sayyid abdul malik anak saudara kepada syeikh ismail .