Adapun selepas meninggalkan Bukit Panau pada Rabu lalu, saya telah mendapatkan bas sampai ke simpang untuk masuk ke Tok Uban... Tak sangka pula rupanya Danau Tok Uban, destinasi penuh misteri yang mahu dilawati seterusnya terletak agak jauh daripada situ, hampir 10 km atau lebih jauhnya sedangkan saya tidak nampak apa-apa kenderaan awam masuk ke situ. Maka terpaksalah saya berjalan jauh mengheret segala barangan yang dibawa.... Lama kemudian baru dapat menumpang sebuah lori yang katanya hendak ke Danau Tok Uban...
Dalam perjalanan, si pemandu lori memberitahu perlu singgah di sebuah kampung untuk mengambil beberapa pekerja. Katanya selepas itu baru ke Danau Tok Uban.
Saya menurut sahaja. Rupanya bukan sahaja saya perlu menunggu lama sebelum pekerja-pekerja yang dimaksudkan muncul. Saya telah dibawa ke sebuah kampung lain di mana mereka hendak memotong sebuah pokok getah tua untuk dijadikan kayu perabot. Kalau nak tunggu kayu dipotong kecil sehingga boleh dibawa naik ke lori, entah bila pula siapnya... Maka terpaksalah saya berjalan kaki jauh lagi...
Jalan punya jalan, lalu lah di pekan Tok Uban... Pelik orang-orang melihat saya berjalan seorang diri mengusung rucksack besar serta menarik 'kereta' membawa kit promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam panas terik matahari...
Posing seketika di depan sekolah... Selepas beberapa lama barulah ada orang menumpangkan saya ke Danau Tok Uban... Daripada sekolah ini, saya telah berjalan hampir 2 km sebelum mendapatkan kenderaan... Rupa-rupanya ada lagi 3km sebelum sampai ke sana!
Lihat pokok-pokok di sekitar Danau Tok Uban ini... Rasa macam di luar negeri pula! Kata orang sebab banyak pokok Tembusu. Saya mengangguk sahaja... Bukan saya tahu pun yang mana satu pokok Tembusu yang mana bukan... Yang saya tahu, memang pokok-pokok di sini kelihatan lain macam!
Adapun saya pertama kali sampai di sini tahun 2003 apabila mengikut seorang kawan membuat shooting drama... Kononnya, cerita yang dilakonkan itu sedang berlaku di England. Maka Danau Tok Uban dipilih sebagai salah satu lokasi 'luar negeri'...
Tu dia, tasik luas yang dikenali sebagai Danau Tok Uban... Tapi mungkin orang tak sedar keluasan sebenarnya disebabkan kebanyakan permukaan tasik diselaputi pokok kiambang...
Kelihatan di belakang Bukit Panau dalam jajahan Tanah Merah. Danau ini pula terletak di dalam wilayah Pasir Mas.
Masjid putih yang dibina Sultan Brunei di seberang danau meninggalkan banyak tanda-tanya... Mengapa pula dibina di situ? Apakah ada rahsia tertentu?
Danau dilihat daripada sudut lain...
Sebahagian daripada satu-satunya restoran di kawasan ini...
Restoran dilihat daripada jauh...
Gambar yang diambil daripada bahagian restoran yang terapung di atas air, sebaik sahaja bangun daripada tidur petang...
Ambik gambar pokok sat... Kit promosi pun nak posing sama, hehe!
Gambar atas dan bawah ini diambil daripada Masjid Brunei tapi ini cerita lain.... :]
Hmm... Pada mulanya saya mahu membuat cerita bergambar tentang Masjid Brunei pada hari ini juga demi meluahkan apa yang terbuku. Memang ada sesuatu yang menarik tentang masjid ini melibatkan sejarah lama para wali dan anak cucu Nabi dahulukala. Malah saya beritahu, sebuah kota lama masih ada tetapi wujud di alam ghaib pula! Tetapi apabila difikirkan balik, biarlah dahulu ya... Bagi suspense sikit, lagipun saya perlu bersolat kemudian bekerja ke Langgar, Kedah. Salam!
18 ulasan:
seronok saye bace posting awak ni merah silu. sayo ni ore kelate, tapi lamo doh merantau oversea dan luar kelate. Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei sayo tok sapa lagi, tapi Brunei sayo sapa doh. sayo pun bercita-2 nak gi ke danau TU.
Salam...
Saya bercita-cita ke sini bersama keluarga saya.
Sungguh misteri tempat ini...
Tadi jenuh saya google-earth wikimapia dok cari,
tak sangka besar betul liputan tasik tengok dari satelitte.
Salam,
Dulu tasiknya tidak begitu airnya putih jernih...masih ingat masa kecik-kecik dulu selalu datang camping dan mandi-manda kat Tasik To' uban sambil tu cari buah kemunting.
Jauh ke perjalan kes tempay tersebut.ada kah jalan atau terpaksa menaiki bot untuk sampai berkenaan..
Assalaimualikum
saya anak jai kampung rong chenok. memang dulu tasik danau tak macam sekarang ni. dulu takde pokok kiambang. yang ada cuma teratai jer. pokok kiambang tu asalnya sedikit jer. orang kemboja datang kg tu berniaga kain. di letak anak pokok kiambang kt dalam tasik tu. lebih kurang sepuluh tahun dah jadi macam sekarang ni. dulu kalau pergi pukat tarik ramai-ramai dalam tasik tu, ikan kaloi sekitar 4 kilo senang-senang je dapat. sekarang ni tak tau lah. lama dah tak jalankan xtvt tu.
asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
kepada si merah silu. hamba rasa adalah lebih baik tuan hamba menceritakan sejarah danau tok uban ini. daripada pengatahuan hamba memang ada rahsia yang tersembunyi yang berkaitan dengan keturunan nabi kita yang berhubung dengan pemilik masjid putih itu yg setahu hamba daripada keturunan saidina hassan cucu rasulullah.terima kasih
Wassalam. Cukuplah apa yang sudah diceritakan di sini...
http://merahsilu.blogspot.com/2007/07/akhirnya-masjid-brunei-di-danau-tok.html
Alhamdullillah prnah brsembahyang dlm.msjid ini
salam,
di danau tok uban ade camp site dgn dorm skali kan?..
kalau xkeberatan, admin tau x, contact information kem tersebut..
sy student upsi..sy ore kelate..dan sy pilih danau to uban ni sebgai kajian thesis sy..amat menarik dan penuh tnda tya...
sungguh SERONOK MEMBACA ARTICLE INI YER,kalau umur panjang insha Allah sampai.....
Bagus sgt2.
Kna pergi sekali..sy dok pmas pon xpnh pergi
Write moгe,thats all Ӏ һave to saу. Literally, it sеems as thiugh you relied on thee video tߋ makе
your point. Уou оbviously knoow ѡһat ʏoure
talkinhg ɑbout, ԝhy waste yoᥙr intelligence οn just
posting videos tо your weblog when youu ϲould bе giving uѕ somеthіng
informative too гead?
Write m᧐rе, thats all I һave tο ѕay. Literally, іt seems
as thougһ you relied on tһe video to make y᧐ur point.
You obviously know whɑt yοure talkking about, ѡhy waste your intelligence onn just posting videos tօ youг weblog ԝhen you coսld
be ɡiving ᥙs ѕomething informative tߋ гead?
Wonderful, ᴡhаt a website іt is! Ꭲhiѕ webpage presеnts uѕeful
facts to us, ҝeep it up.
Wonderful, what a website it іѕ! This webpage presentѕ
uѕeful fɑcts toо us, kеep it ᥙp.
Good site you have here.. It?s hard to find
quality writing like yours nowadays. I seriously appreciate people like you!
Take care!!
Catat Ulasan