Assalamualaikum warahmatullah hi ta'ala wabarakatu.
Salah satu sebab utama saya memberanikan diri menulis buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang isinya menongkah arus zaman walaupun ramai memberi peringatan ia mungkin tidak akan memberi apa-apa keuntungan malah belum tentu lagi dapat mengembalikan modal adalah untuk memperjuangkan beberapa perkara yang saya yakin penting untuk mengembalikan jatidiri sebenar bangsa Melayu Islam. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja... Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.
Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?
Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?
Buku "Berpetualang ke Aceh" cuba mengajak bangsa Melayu supaya memikirkan perkara ini dan mengukur balik sejarah "rasmi". Beberapa bulan lepas, sedutan berkenaan sebab sebenar kejatuhan Melaka ini pernah dibangkitkan dalam website terpilih di Internet dan telah mendapat reaksi yang menggalakkan. Maka biarlah ia dibangkitkan lagi supaya perjuangan membongkar balik kebenaran agar yang bathil gugur dengan sendirinya dapat diteruskan. Insyaallah!
Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?
Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...
Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?
—————————
“Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” Rasyid bercerita ala seorang pejuang bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagiMelaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau Cina, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?”
“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.”
Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...
“Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?” Rasyid mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?”
Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...
“Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”
“Inilah akibatnya bila raja yang bodoh dan rakus diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” Rasyid terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”
Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Rasyid juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...
Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” Rasyid menambah seraya bermadah pula. Madah berhelah agaknya... “Hendak kata dia menyesal pun tidak pasti kerana dalam pelarian itulah Sultan Mahmud sempat membunuh anak kandungnya sendiri, Raja Ahmad!”
Sila poskan pandangan anda melalui comment atau ikutilah perbincangan di
19 ulasan:
Kita kena lah lihat apa yang berlaku dari sudut kehendak dan ketentuan tuhan. Jika orang islam hanya berpoya-poya & lupa dengan tanggung jawab sebagai pendakwah atau penyampai kalam allah maka allah akan datangkan orang kafir kepadanya. Ibarat kita ada barang berguna tapi kita simpan tak digunakan sehingga lusoh maka allah akan datangkan perompak supaya barang itu tersebar dan dimanafaatkan. Kita orang islam Jika kita tidak sampaikan islam orang luar akan datang untuk mengambilnya atau menhancurkannya
Saya yakin Sultan Mahmud bukan bodoh dan suka berfoya-foya, tu semua nak memburukkan Sultan Mahmud je menjadikan dia kambing hitam sejarah. Ada diriwayatkan Sultan Mahmud berguru dengan ulama' Pasai, bagaimana pula baginda menjadi seorang yang berfoya-foya? Nampak percanggahan disitu. Sejarah kita dah dimanipulasi penjajah, 400 tahun bukan sekejap, satu jangkamasa yang lama untuk penjajah dan ajen penjajah putar belit sejarah kita...
boleh tak beritahhu saya dimana nak dapatkan buku ahlul bait dan berpetualang di acheh?? da lama sya mencari, tp masih tak berjumpa. kalu saudara ade info tempat kat mana saya bole dapatkan buku2 tersebut, leh email ke saya. fahmiee85@hotmail.com. timaseh.
Buku Ahlul Bait boleh didapati di MPH dan Popular Bookstores. Kalau takda stok boleh order kat kaunter. Buku Berpetualang ke Aceh tidak lagi dijual di kedai2. Tapi boleh beli secara pos terus dari saya. Masuk sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
boleh sertakan harga untuk setiap edisi buku berpetualang ke acheh, rumah azan n ahlul bait.
Berpetualang ke Aceh ada 3 buku.
Buku I RM 24.90
Buku II RM 24.90
Buku III RM 27.90
Boleh beli secara pos seperti dinyatakan di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
Buku lain2 saya tak jual sendiri. Perlu bertanya di kedai seperti MPH dan Popular kerana terbitan orang lain, saya cuma menulis sahaja.
Rumah Azan adalah buku mewah. Harganya RM108 senaskah.
Buku Ahlul Bait soft cover dalam Bahasa Melayu (tulisan orang lain) RM50, dalam Bahasa Inggeris (terjemahan dan olahan saya( RM60, hardcover dah lupa.
maaf la terpaksa tegur pemilik blog..sy suka baca blog ni tapi template yg digunakan menyakitkan mata..x nampak langsung tulisan..mcm mana nk baca..
Takpa. Tu masing2 punya cara pemerhatian. Saya tengok takda masalah. Dan ramai orang lain yang baca takda masalah. Tulisan terang je nampak.
Kadang2 setting display kita yang tak sesuai. Benda yang sama letak kat screen kita nama semacam, kat screen orang lain, ok je takda hal. Atau mata kita lain dari orang lain macam orang buta warna atau ada satu jenis penyakit tu, orang nampak 6 dia boleh nampak 9. Yang pasti pada komputer saya dan beberapa komputer yang sudah saya lihat termasuk komputer kawan, komputer di CyberCafe dan komputer di Perpustakaan Negara Malaysia, tulisan di blogspot ini sangatlah terang.
Maaf. Saya tak dapat menukarkan sesuatu semata2 kerana ada mata yang nampak lain dari yang orang lain nampak. Nak dapat kombinasi warna yang sesuai bukan senang. Bila dah tukar akan ada lagi orang lain yang setting displaynya lain sehingga tulisan yang begitu terserlah di kebanyakan komputer boleh tak nampak langsung pada komputer lain. Harap maaf.
kelakau pulak sya membcanya..sama2 kita ambil iktbar komen2 sahabat.
artikel bagus. tapi background menjadikan ianya sukar dibaca. menghilngkan minat untuk memvaca. tolong ubah.
Cuba saudara besarkan tulisan. sambil tekan butang ctrl tekan butang +. Kalau mahu kecilkan tekan ctrl dan - . Besar atau kecilkan mengikut kesesuaian mata sendiri. Lagi satu cara kalau kita kurang nampak kerana gangguan background dan sebagainya adalah dengan cara define text. Alihkan cursor atau anak panah ke permulaan tulisan yang hendak dibaca kemudian tekan butang kiri mouse, terus tanda setiap text yang hendak dibaca, insyaallah akan terserlah buat sesiapa pun.
Menukar background sangat mudah jika untuk plain colour sahaja. Tetapi untuk mendapatkan corak yang kita suka kemudian perlu ubah colour background text dan sebagainya agar seimbang memakan masa dan belum tentu kena. Kalau kita buat cara ini mungkin anda suka tapi orang lain pula tak nampak.
Maaf. Saya tidak dapat melayan permintaan minoriti segelintir pembaca. Jika anda benar2 ingin baca anda akan cari jalan. Jika hilang minat tak perlu membaca. Saya bukan cari follower dan peminat pun...
rgt356
assalamualaikum semua...
ape yg saya pernah dengar salah satu sebab kejatuhan MELAKA adalah disebabkan pihak portugis tahu salah satu sumber kekuatan tentera MELAKA
iaitu jambatannya.rahsia tersebut diketahui kerana ada yg membelot
dan seingat sya si kitol
boleh x pastikan siapa si kitol itu
adakah si kitol itu memang nama seseorang ataupun cuma panggilan
saudara ..
ada tak jual buku2 berpetualang ke aceh 1 ,2 dan 3 disabah ?
kalau ada kedai mana ada jual ?
setakat ini buku 'ahlul bait ' karangan Tun suzana saya ada nampak jual disabah, harganya Rm 140 keatas !
Astaghfirullah. Rasanya saya dah jawab soalan ni panjang lebar tapi tak keluar. Beginilah. Dahulu ada tetapi tidak sekarang. Sekarang saudara boleh beli secara pos. Lihat http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html.
Namun mungkin ada perubahan harga untuk buku yang dipos ke Sabah dan Sarawak akibat peningkatan kos tetapi saya belum semak. Sebelum ini saya boleh menghantar pada harga yang sama tetapi sejak lebih sebulan ni macam2 hal, sejak Poslaju mengambil alih operasi Pos Ekspress dari syarikat induk Pos Malaysia.
Salam saudara...
Setelah diteliti dari banyak sumber sejarah melaka..kesimpulan dari saya begitu banyak percanggahan pendapat yang menjadi kekeliruan kepada umat islam melayu..oleh yang demikian saya pasti ada pemegang rahsia yang mengetahu kisah sebenar 100% kenapa kerajaan melaka boleh kecundang,jatuh dan lenyap sedangkan portugis belanda dan british tidak mampu melakukan apa yang mereka lakukan kepada Melaka kepada kerajaan kerajaan Melayu di tempat lain.
Wassalam. Sebenarnya kerajaan Melaka tidak pernah lenyap. Yang ditawan itu cuma kawasan sekitar sempadan negeri Melaka sekarang sedangkan seluruh Semenanjung terus dikenali sebagai SEMENANJUNG MELAKA sehingga abad ke 19 gitu. Cuma pusat pemerintahan dan pewarisan takhta sahaja beralih, secara rasminya ke Johor. Tetapi nasab lebih afdhal masih wujud dan bersambung dengan kesultanan Perak hinggalah sekarang.
nanti saya akan cerita kisah Sultan Mahmud & Laksamana Bentan yg sy dgr dr seorg hamba Allah...
Harap ada kajian lanjut.
Org yg sama bercerita ttg kemungkinan acheh akan hancur seminggu sebelum berlaku tsunami 2004.
Nusaiba ....di mana kisahnya...terima kasih...
A'thiyah Nusaiba. Sultan Mahmud yg mana satu? Sultan Mahmud Kota Tinggi Mangkat diJulang atau Sultan Mahmud Melaka jatuh ke tangan Portugis? Yg dibincangkan ialah Sultan Mahmud Melaka jatuh ke tangan Portugis.
Catat Ulasan