Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 30, 2021

Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014

Bersambung daripada artikel Perjalanan tak disangka ke Borobudur September 2014 - Menyiasat dakwaan ia adalah tinggalan Nabi Sulaiman AS. Masuk lagi majlis ilmu yang dianjurkan pihak saya.



Majlis ilmu ini merupakan yang ke-11 atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Diadakan di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Syah (Melaka) di Kampung Raja, Pagoh, Muar ia dimulakan dengan hol bagi almarhum yang dikatakan bertaraf wali. Untuk memastikan kejayaan majlis saya perlu berulang-alik ke Muar tiga kali. Pertama adalah untuk mendapatkan kerjasama orang masjid bagi mengadakan majlis, kedua adalah bagi mendapat kebenaran rasmi Pejabat Kadhi Muar kerana mahu menggunakan masjid, ketiga adalah bagi mengadakan majlis itu sendiri pada 8 November 2014. Bagi setiap perjalanan tersebut ada sahaja persinggahan dibuat ke tempat-tempat bersejarah dan menarik. Ini menjadikan ia mencapai jarak keseluruhan 1,580 km.































Perjalanan tak disangka ke Borobudur - Menyiasat dakwaan ia adalah tinggalan Nabi Sulaiman AS

Kalau ikutkan dah penat dah hendak mengatur artikel-artikel kompilasi. Ini kerana bukan setakat perlu mengatur artikel-artikel berkenaan... saya juga perlu melakarkan kembali laluan setiap perjalanan menggunakan Google Map supaya dapat melihat berapakah jarak keseluruhannya. Ini perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak aturan perjalan-perjalanan jauh yang perlu diambil kira sebelum dapat membuat analisis tepat tentang tren/corak perjalanan saya sejak lebih 30 tahun kebelakangan. Untuk itu perlu meneliti kembali sebanyak mungkin artikel bagi setiap perjalanan supaya dapat dikesan kembali tempat-tempat persinggahan. Kemudian cari kedudukannya dalam Google Map lalu sambungkan menurut turutan persinggahan. 

Tapi apa boleh dibuat? Walaupun penat rasa tak lengkap kalau tidak cuba diselesaikan. Maka diteruskan lagi usaha dan perkongsian selagi larat. Bersambung daripada artikel Misi kenangan masjid di Muar Ogos 2014.


Perjalananan ini berlaku pada penghujung bulan September tahun 2014... setelah mendapat panggilan menawarkan perjalanan ke Jogjakarta ditaja sepenuhnya oleh seorang kenalan. Saya diminta ikut sama satu kumpulan pengkaji Indonesia yang mendakwa Candi Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman. Mereka telah mengatur agar dibuat rombongan umum ke candi juga tempat-tempat berkenaan seperti puncak Bukit Setumbu dan Keraton Ratu Boko. 

Jarak perjalanan di sekitar Jogjakarta itu mencapai jumlah cuma 170 km. Dicampur perjalanan dari rumah sendiri ke rumah kenalan kemudian ke lapangan terbang KLIA2 untuk Jogjakarta kemudian kembali pun baru 390 km. Sedikit sangat untuk digolongkan sebagai perjalanan jauh kecuali kalau jarak penerbangan 1500 km x 2 (pergi balik) diambil kira. Pun begitu ia boleh dan harus dimasukkan ke dalam senarai perjalanan istimewa. Ini disebabkan skop perjalanan iaitu mengkaji apakah ada kebenaran di sebalik dakwaan Candi Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman serta tempat-tempat tinggalan sejarah yang dilawati serta bagaimana perjalanan boleh berlaku.
































Khamis, April 29, 2021

Misi kenangan masjid di Muar Jul 2014

Bersambung daripada artikel Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau tahun 2014.


Perjalanan ini dibuat untuk kembali berhari raya 1 Syawal di rumah ibu bapa di Muar. Selama beberapa tahun sebelum itu asyik menyambut hari-hari awal raya di kampung isteri di Tanjung Sepat. Kali ini,  setelah 10 tahun, mungkin lebih, saya menunaikan solat raya Aidil Fitri di Masjid Jamek Muar, tempat 'permainan' ketika membesar zaman kanak-kanak tahun 70an dan awal 80an. Peluang pun diambil untuk memanjat naik ke bahagian-bahagian tertentu masjid seperti halnya pada zaman kanak-kanak. Selepas beberapa hari di Muar baru beraya di Tanjung Sepat. Dicampur perjalanan kebiasaan di bandar dan pekan juga menziarahi rumah saudara mara perjalanan meliputi jarak lebih 550 km.


Muar river from an esplanade at Tanjung Agas

Reliving some childhood moments at Muar's Masjid Jamek




Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau

Bersambung daripada artikel Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.


 Bekas imam masjid lama Pulau Tawar yang ketika itu berusia lebih 80 tahun. Beliau  menjadi saksi ketika Mat Kilau mengisytiharkan diri di masjid lama setengah abad lalu...


Pada penghujung bulan sama iaitu Jun 2014 kami ke Pahang atas asbab mahu menghadiri majlis tahlil dan kenduri sempena menyambut kedatangan bulan puasa di masjid jamek Pulau Tawar. Majlis dianjurkan oleh satu kumpulan yang membawa amalan kebatinan pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (dimakamkan tidak jauh dari masjid). Kami mengambil kesempatan untuk bermalam di masjid lama yang menjadi tempat Mat Kilau mengisytiharkan diri kepada umum setelah beberapa dekad menghilangkan diri akibat buruan penjajah British, Alang-alang sudah ke sana kami pun pergi ke beberapa tempat seperti Gua Kota Gelanggi dan Taman Negara di Kuala Tahan. Perjalanan yang termasuk beberapa kilometer berjalan kaki dalam hutan Taman Negara ini memakan jarak keseluruhan lebih 600 km. 


1. Rupa baru makam Mat Kilau (New look of Mat Kilau's tomb)















Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014

Salam malam Jumaat 18 Ramadhan. Meneruskan usaha membuat kompilasi perjalanan-perjalanan lama. Bersambung daripada artikel Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian Jun 2013.


Di makam Tok Kenali, Kubang Kerian, Kota Bahru...


Perjalanan kali ini disebut sebagai perjalanan kecil ke Kelantan kerana cuma memakan masa 3 hari hingga kembali ke rumah. Walhal ia meliputi Tanjung Sepat di Selangor sebelum ke Raub, Gua Musang dan Bachok. Esoknya ke Kota Bahru membawa ke Rantau Panjang lalu masuk ke Perak menyebabkan ia mencapai jarak hampir 1,300 km.














Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian

 Bersambung pula daripada artikel Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.


Kompilasi kali ini mengandungi cuma dua artikel induk dan satu artikel sokongan sahaja. Tetapi ia melibatkan satu misi silaturrahim yang amat penting iaitu menyambungkan saudara mara belah ibu dengan saudara mara lain yang baru dikenali, daripada belah bapa kepada ibu yang berketurunan Bugis,  di Parit Betak, Pontian. Katanya susur galur kami yang belah ini sampai kepada Daeng Parani. Beliau atau lebih tepat baginda adalah abang sulung antara lima Opu Daeng bersaudara anak-anak raja Bugis yang sangat terkenal dalam sejarah Alam Melayu abad ke-18. 

Lebih relevan lagi iaitu dalam membuat senarai perjalanan jauh ia mencapai jarak keseluruhan yang boleh tahan mencabar iaitu lebih 800 km. Dan ia dibuat dalam keadaan saya masih kesakitan akibat patah kaki. Lalu isteri yang harus memandu seperti halnya perjalanan jauh sebelum itu pada bulan sama. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.






Nota : Sukacita dimaklumkan bahawa ini adalah artikel ke-2,100 di blogspot ini. Untuk makluman dua blogspot saya yang sering dijadikan tempat meletakkan artikel-artikel sokongan bagi penceritaan di sini iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) telah masing-masing mencapai jumlah tersebut pada 11 Januari 2021 dan 22 Disember 2020. Pada 22 Disember blogspot CATATAN SI MERAH SILU baru mengandungi 1,978 artikel, pada 11 Januari baru 1,984 artikel. Kini disebabkan perkongsian cerita-cerita perjalanan lama ia dapat mengejar malah akan mula mengatasi kedua-dua blogspot tersebut (masing-masing masih mengandungi 2,100 dan 2,104 artikel). 


Misi HIKMAH III di Lumut Jan 2013

Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.


Seperti Misi HIKMAH Melaka penghujung 2012 perjalanan ini melibatkan penganjuran majlis ilmu oleh pihak saya. Ia adalah yang ke-3 atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Cuma tidak seperti majlis di Melaka saya cuma perlu pergi sekali sahaja ke lokasinya di Lumut, Perak untuk menjayakan majlis. Selepas itu baru dibuat perjalanan ke beberapa tempat menarik lalu mencapai jarak keseluruhan lebih 450 km.


1. HIKMAH III - Bersedia untuk memacu kebangkitan ummah








Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012

Menyambung proses berkenaan daripada artikel Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan. Kali ini melibatkan majlis ilmu.


Selain selalu berjalan ke sana ke mari saya juga rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersifat akademik di universiti-universiti dan institusi seperti Arkib Negara dan Perpustakaan Negara. Seperti biasa apabila mendapat suatu pengalaman berharga saya akan menulis tentangnya. Kecuali apabila melibatkan amanah dan rahsia. Yang itu disimpan untuk perkongsian sendiri atau untuk kelompok tertentu sahaja. Apapun, saya selalu juga menulis tentang  majlis ilmu dan pengisiannya di blogspot

Ini nyata bermula pada tahun 2009. Sehingga kini saya telah berkongsi tidak kurang 300 artikel tentang majlis ilmu. Daripada sekian banyak majlis yang dihadiri ada memerlukan saya membuat perjalanan pergi balik sehingga 400 km. Tetapi tidak pernah diambil kira kepenatan dan masa berjalan jauh itu. Ini kerana saya cuma merekodkannya sebagai majlis ilmu lalu mengabaikan faktor perjalanan untuk ke tempat majlis. 

Bermula hampir penghujung tahun 2012 saya mula mengadakan sendiri majlis-majlis ilmu atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Acara pertama diadakan di Shah Alam 4 Nov lalu perjalanan-perjalanan yang dilakukan untuk menjayakannya termasuk membuat persiapan awal boleh diabaikan kerana berlaku dalam lingkungan kurang 80 km dari rumah. Tetapi acara seterusnya di Melaka pada 25 Nov tidak boleh diabaikan lagi faktor perjalanannya. Ini kerana turut melibatkan beberapa perjalanan susulan lalu memakan jarak keseluruhan lebih 1,000 km.
















Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan

Subhanallah. Salam petang Khamis 17 Ramadhan, hari Nuzul Al-Quran. Hari ini saya mahu memulakan satu sesi baru proses mempersembahkan kompilasi artikel-artikel perjalanan jauh yang ceritanya sudah ada dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU tetapi tidak ada kompilasinya sebelum ini. Kali ini menggunakan apa yang sudah disenaraikan dalam artikel Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2012 hingga 2015 iaitu artikel kedua mengumpulkan cerita-cerita bagi perjalanan-perjalanan berkenaan. Tengok-tengok kumpulan pertama artikel perlu dibuat kompilasi melibatkan perjalanan yang berlaku kerana cuti hari Nuzul Quran 9 tahun lalu. 

Kebetulan juga malam tadi kami berbuka puasa kemudian bersolat teraweh kemudian mengikuti majlis Maulidur Rasul di rumah seorang aktivis berusia yang berasal dari Negeri Sembilan. Harus ada sebab kenapa 'kebetulan-kebetulan' ini berlaku. Mungkin ada antara makam berbatu nesan Aceh yang dijejaki ini adalah milik nenek moyang beliau?


Sejak pertama kali mula menziarahi makam-makam lama tahun 2001 (lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001) saya telah melihat banyak makam raja, bangsawan, serta panglima dan ulamak besar ditanda dengan batu nesan Aceh. Ia adalah satu kategori batu nesan dengan ragam-ragam hias tertentu, dibuat dengan jenis batu tertentu. Ia biasanya dipahat cantik dengan ayat-ayat Al-Quran dan/atau syair-syair Sufi kalau tidak pun sekadar motif tumbuh-tumbuhan dan bunga. Faham saya ia cuma digunakan pada makam-makam tokoh-tokoh yang cukup signifikan bagi suatu wilayah, bukan orang sembarangan.

Saya sudah melihatnya di makam-makam lama milik tokoh-tokoh besar di Perak, Kedah, Melaka, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang. Setelah beberapa lama baru dapat tahu ada beberapa makam di Negeri Sembilan selain makam Raja Melewar (Yam Tuan pertama Negeri Sembilan) berbatu nesan Aceh lalu berusaha untuk menjejakinya hampir penghujung tahun 2012. Pada hari Sabtu 4 Ogos kami pun keluar mengambil kesempatan atas cuti Nuzul Quran pada hari Isnin di Selangor.  Dalam perjalanan ke Muar untuk kembali bercuti di rumah ibu bapa saya di Muar kami pun membuat persinggahan di Negeri Sembilan. 

Seperti biasa turut dibuat persinggahan lain-lain tempat menarik selain makam-makam berbatu nesan Aceh. Namun didapati kami tidak sempat untuk menjejak semua makam kerana sudah berjanji  mahu berbuka puasa bersama ibu bapa di Muar. Hampir sebulan kemudian baru ada kesempatan untuk menyambung usaha. Kali ini ia berlaku selepas bermalam di kampung isteri di Tanjung Sepat menjadikan lalu meliputi jarak keseluruhan hampir 860 km.















Rabu, April 28, 2021

Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan

Bersambung daripada artikel Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.


Perjalanan ini dibuat bersama isteri dan tiga orang anak kurang seminggu selepas kembali daripada perjalanan 12 hari Medan-Danau Toba-Banda Aceh (2-13 November 2011). Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'". Ketika ini isteri sudah 6 bulan lebih mengandungkan anak bongsu kami. Alhamdulillah beliau masih larat ikut berjalan kaki keliling Pulau Besar juga naik bukit bukau. Keluar dari pulau kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Stadium Hang Jebat. Seterusnya ke rumah ibu bapa di Muar kemudian mandi di air terjun Gunung Ledang. Selepas itu ke Felda Jelai lalu berjalan-jalan di Negeri Sembilan menjadikan perjalanan ini melepasi jarak 650 km.















Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?

Bersambung daripada artikel Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.


Batu bersurat Gangga Negara? Ada orang terjumpa di Sungai Siput lalu menghadiahkannya kepada kami untuk dibawa pusing Perak...


Dua minggu selepas mendaki Gunung Ledang kami anak beranak membuat perjalanan pusing Perak. Perjalanan dimulakan petang Jumaat melalui jalan lama Rawang-Serendah-Tanjung-Malim terus ke Tapah lalu mengambil jalan kecil Chenderiang ke Kuala Dipang yang berdekatan air terjun tinggi Lata Kinjang. Masuk kembali ke jalan besar di sekitar Kampar lalu melepasi Gopeng untuk singgah di Ipoh kemudian bermalam di Sungai Siput. Di situ kami dihadiahkan suatu macam batu bersurat yang mungkin ada kena mengena dengan kerajaan lama Gangga Negara lalu dibawa berjalan.

Esoknya ke Karai sebelum ke Kota Lama Kanan seterusnya Kuala Kangsar. Perjalanan diteruskan ke Lenggong lalu ke Lawin di mana kami menziarahi makam Tun Saban. Masukpula  jalan kecil ke Batu Kurau untuk ke Taiping sebelum kembali ke Kuala Kangsar lalu bermalam di Kampung Temong. Hari Ahad kami berjalan-jalan di sekitar Kuala Kangsar sebelum mengambil jalan ke Manong terus ke Parit, Bota Kanan, Kampung Gajah, Teluk Intan keluar ke Sungkai kemudian bermalam di Kuala Kubu Baru. Dengan itu perjalanan melepasi jarak 800 km.






























Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang

 Aura raya sakan di Muar masih kuat. Bersambung daripada artikel Sekitar raya 2011.


Tidak lama selepas musim raya tahun 2011 tamat saya dan keluarga pergi lagi ke rumah ibu bapa di Muar. Kali ini dengan tujuan utama mahu mendaki Gunung Ledang hingga ke puncak. Sempat pula menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor di Putrajaya selepas menginap satu malam di Shah Alam. Kemudian baru ke Muar. Dalam perjalanan kembali ke Lembah Klang baru mendaki Gunung Ledang. 

Jarak perjalanan menghampiri 540 km tidaklah seberapa. Namun pendakian gunung menjadikan ia sangat istimewa. Lebih istimewa kerana isteri sedang 5 bulan mengandungkan anak laki-laki kedua. Sehingga seorang askar yang menjaga kawasan pergunungan memberitahu ada pihak ghaib berkenan dengan anak dalam kandungan, anak yang akan memakai nama Muhammad Alauddin Johan. Sempat pula melihat batu bersurat dekat puncak gunung... :]


1. A morning look of Shah Alam 















Sekitar raya 2011

Salam pagi Rabu 16 Ramadhan. Bersambung proses berkenaan daripada artikel Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.


Musim raya tahun 2011 telah menyaksikan kami sekeluarga kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat sekali dan kampung saya di Muar tiga kali kerana ada pelbagai urusan. Antaranya adalah memberi ceramah di sebuah perkampungan tarikat di Pantai Layang dan menghadiri majlis pertemuan keturunan Temenggung Muar di Labis dan Kluang. Seperti biasa persinggahan dibuat di banyak tempat dalam perjalanan termasuk ke Pulau Penarik di Sungai Mati dan kaki Gunung Ledang di belah Asahan. Ini diikuti majlis raya keluarga di Jenjarom lalu perjalanan keseluruhan dalam tempoh empat hujung minggu mencapai jarak 2,240 km.


1. Masjid (Mosque of) Ar-Rahman, Sungai Manggis, Banting





















Pergi lagi Muar seminggu kemudian











Hujung minggu seterusnya 16 Sept...

















Hujung minggu terakhir musim raya



Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011

Kompilasi kali ini cuma mengandungi dua artikel induk sahaja. Tetapi liputan perjalanannya pergi jauh hingga ke Singapura dan banyak lagi tempat. Bersambung daripada artikel Mencari makam tertentu di Linggi hampir penghujung 2009.


Perjalanan imengambil kesempatan atas cuti Hari Buruh tahun 2011 untuk melakukan beberapa perkara di selatan, antaranya menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu di Skudai. Kami pun mengambil peluang untuk singgah di beberapa tempat di Singapura. Antaranya adalah Masjid Ba'Alawi dan makam Habib. Cuma beberapa kali tersesat jalan lalu perjalanan menjadi terlebih panjang.

Selepas menghadiri majlis perkahwinan timbul pula kesempatan untuk mengenali saudara belah ayah kepada ibu yang berdarah Bugis. Mereka berasal dari Parit Betak, Pontian tetapi sedang berada di Pasir Gudang. Dalam perjalanan kembali singgah ke Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong. Perjalanan diteruskan ke tempat pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol sebelum ke Felda Jelai lalu ke Bahau dan Kuala Pilah. Dengan  ia melepasi jarak 1,100 km.


1. Masjid (Mosque of) Hajah Rahimabi, Singapura

2. Masjid Ba'Alawi waktu siang (The Ba'Alawi mosque during daytime)

3. Special treat at the tomb of Habib Nuh

4. Masjid (Mosque of) Malabar, Singapura

5. The Singapura Malay 'heritage' that is Kampung Gelam

6. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Tarikan Masjid Ba'Alawi dan faktor Shadziliah di makam Habib Nuh

7. Huda's wedding reception at UTM Skudai








Nota : Sekadar untuk rekod sendiri ini adalah artikel ke 2,092 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. 



Mencari makam tertentu di Linggi

Lagi kompilasi perjalanan lama. Bersambung daripada artikel Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.


Perjalanan kali ini berlaku Ogos 2009 ketika isteri sedang mengandungkan anak pertama kami 8 bulan. Didorong oleh komen seorang pembaca dalam artikel di blogspot CATATAN MERAH SI SILU kami cuba mencari sebuah makam lama di Kuala Linggi lalu singgah di beberapa tempat. Ini dibuat dalam perjalanan untuk kembali ke rumah ibu bapa di Muar bagi menyambut awal Ramadhan. Pun begitu kami rupanya tersalah makam lalu cuba mencari kembali apabila timbul peluang. Ini berlaku setelah anak dilahirkan, dalam perjalanan kembali setelah beraya di Muar. Dengan itu perjalanan keseluruhan mencapai jarak sekitar 1,050 km.












Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak

Bersambung pula daripada Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.


Perjalanan ini berlaku awal tahun 2009 atas asbab mahu menghadiri majlis perkahwinan sepupu perempuan di Jengka. Bermalam dahulu di Raub kemudian pergi ke Kuala Lipis diikuti Jerantut. Singgah di Pulau Tawar di mana buat pertama kali saya menziarahi makam pahlawan Melayu Pahang terkenal iaitu Mat Kilau. Selepas bermalam di Jengka singgah pula ke gua Kota Gelanggi, kali pertama juga saya ke situ. Kurang seminggu kemudian ke Bagan Datoh, Perak untuk menghantar pengantin. Singgah di kawasan asal keluarga di Batak Rabit lalu perjalanan mencapai jarak keseluruhan hampir 900 km.


Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini... 

Views from above the Karak highway

The mouth of the Lipis river... the place where Kuala Lipis began

Kuala Tembeling, the doorway to Taman Negara...

Makam (tomb of) Mat Kilau...

Masjid jamek (main mosque of) Pulau Tawar, Pahang

Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau...



In Temerloh for a dish of ikan patin...

Masjid (mosque of) Abu Bakar, Temerloh

Menunaikan hajat 6 tahun tertunda di Gua Kota Gelanggi dan makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh...

Bertandang ke rumah pengantin lelaki di Selekoh, Bagan Datoh dan sedikit rasa tentang Perak...

 The Perak river mouth at Bagan Datoh

Ziarah ke Batak Rabit dan sangkar ikan di Sungai Perak


Selasa, April 27, 2021

Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008

Meneruskan perkongsian artikel kompilasi. Bersambung daripada Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).


Ini merupakan perjalanan jauh pertama saya dengan motosikal besar kesayangan sejak dibaik pulih dalam tempoh sebulan dua sebelum itu. Ia tersadai lama akibat kerosakan sejak tahun 2003. Perjalanan bermula dengan saya ke kampung sebelah bapa di Raub pada penghujung Ramadhan sebelum menuju ke kampung sebelah ibu di Muar untuk berhari raya. Tetapi sengaja mengambil jalan jauh untuk singgah banyak tempat lalu ada bermalam di sebelah makam lama di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan diikuti di Masjid Naning kemudian Masjid Kampung Hulu di Melaka lalu meliputi jarak lebih 700 km.


1. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub...

2. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di sebelah makam Pengkalan Kempas...

3. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di Masjid Naning pula, sebelah makam Dol Said!

4. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di Masjid Kampung Hulu lalu sampai masa kembali ke Muar...


Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008)

Salam hari Selasa malam Rabu 16 Ramadhan. Merujuk pada artikel Selesainya satu bab dalam penulisan... yang merupakan pertama tersenarai dalam Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Satu proses perlu bagi melengkapkan analisis. Ditulis pada Ogos 2007 ia sendiri bukanlah suatu cerita perjalanan. Namun di dalamnya ada rujukan terhadap dua perjalanan di Perak iaitu pada September dan Disember 2006 serta pautan-pautannya.

Saya meletakkannya sebagai pembuka senarai Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2012 hingga 2015 kerana mengharapkan ia cukup untuk mewakili dua perjalanan tersebut. Sebaliknya apabila disemak kembali ternyata ada keperluan untuk memanjangkan perkara. Daripada perjalanan bulan September terbitlah artikel kompilasi Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak September 2006 petang tadi. Penelitian terhadap artikel-artikel lama yang perlu untuk melengkapkan perkara seterusnya membawa untuk melihat satu perjalanan ke Perak awal tahun 2008. 

Timbul keperluan untuk mencari lagi artikel-artikel berkenaan supaya boleh dibuat kompilasi tentangnya. Tengok-tengok ia sebenar sudah terangkum dalam satu perjalanan lebih besar ke merata ceruk Semenanjung lalu ada pautan-pautannya dalam artikel Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008 yang dipersembahkan 5 hari lalu. Perjalanan kedua ke Perak dalam artikel Selesainya satu bab dalam penulisan... pula terangkum ringkas dalam artikel Another Perak trip... A one day trip made in December 2006.... Setelah diteliti isinya didapati tidak perlu dipanjangkan perkara. Cukuplah disebut bahawa ia sebenar terlajak menjadi dua hari, bukan sehari seperti disebut dalam tajuk sambil memakan jarak hampir 400 km.

Saya sebut semua ini supaya masuk konteks bagi mempersembahkan artikel kompilasi seterusnya. Ia sepatutnya adalah artikel kompilasi pertama daripada senarai dalam Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2012 hingga 2015. Sebelum timbul keperluan untuk membuat artikel Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak September 2006 terlebih dahulu...


Perjalanan kali ini disebut sebagai perjalanan 'terbaru' ke Perak kerana berlaku sesudah dibuat beberapa perjalanan ke negeri tersebut daripada tahun 2006 hingga awal 2008. Ia bermula dengan saya dan seorang sepupu serta kawannya menaiki satu kereta ke Teluk Intan melalui Kuala Selangor dari Kuala Lumpur. Tergerak pula untuk ke Bagan Datoh dan Beting Beras Basah iaitu satu tempat tradisional pertabalan Sultan Perak baru ke Teluk Intan. Selepas itu kami  ke Sungai Durian diikuti Pasir Salak dan Kampung Gajah kemudian ke Batak Rabit lagi. Lewat malam baru kembali ke Lembah Klang lalu memakan jarak tak kurang 500 km.  


1. Salam daripada tepian Sungai Perak

2. Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad!

3. Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! 

4. Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

5. Perjalanan terbaru ke Perak... Singgah ke Teluk Intan...

6. Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota

7. Perjalanan terbaru ke Perak... Perjalanan malam ke Pasir Salak, Makam Raja Ahmad, Makam Keramat Kuala Bidor sebelum kembali ke Teluk Intan...

8. Salam ukhuwah untuk semua anak cucu Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam!