Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, June 24, 2014

Bertandang ke Pulau Tawar - Jejak legasi Mat Kilau

Salam semua. Hujung minggu lalu saya dan keluarga pergi ke Pulau Tawar di Jerantut, Pahang untuk menghadiri satu majlis. Bolehlah berkongsi sedikit cerita...


Pagi Sabtu 21 Jun 2014. Kami sudah bersedia untuk meninggalkan rumah jam 11. Kereta pun dihidupkan, baru teringat jaket budak-budak tak dibawa. Nak masuk rumah ambik jaket tengok-tengok sliding door tak boleh dibuka. Adapun pada lubang kunci itu terlekat separuh kunci isteri yang terpatah 2-3 minggu lalu. Selama ni tiada masalah, asal jolok dan pusing ke ke kanan boleh kunci, ke kiri boleh buka. Tapi kali ini tak dapat dibuka walaupun dicuba beberapa kali.

Satu lagi pintu hadapan memang tak boleh dibuka kerana kuncinya tiada, maklumlah rumah ini asalnya rumah lelong, kunci pintu itu belum diganti. Pintu belakang pula kuncinya tersimpan di dapur, tak boleh dicapai dari luar. Bila call kawan-kawan dan jiran bertanyakan jika mengenali mana-mana tukang kunci berdekatan tiada siapa yang tahu. Adussss...


Setelah beberapa lama isteri terfikir untuk membatalkan perjalanan. Yalah. Kalau tak dapat juga buka bagaimana lagi jika kami kembali dari jauh, dijangka malam Ahad? Pergi balik harus memakan jarak sekitar 500 km. Dalam keadaan begitu penat tak boleh masuk rumah sedangkan esok hari bekerja lagilah susah nak buka pintu atau nak mencari orang yang boleh menolong. Tetapi apabila difikirkan kembali panggilan untuk ke Pulau Tawar kali ini  lebih istimewa atas sebab-sebab tertentu percubaan membuka kunci pun teruskan.\

Oh... kami pernah sekali ke sana tahun 2009. Lihat artikel Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau. Alhamdulillah lebih setengah jam mencuba baru dapat buka menggunakan satu teknik yang baru terfikir ketika itu. Perjalanan pun dibuat singgah di Rawang untuk satu urusan kemudian masuk ke Lebuh Raya Karak. Terus disambung ke Lebuh Raya Timur hingga ke persimpangan Temerloh.





Biasanya bila dah lalu dekat-dekat bandar Temerloh kami akan singgah untuk menikmati hidangan ikan patin masak gulai tempoyak yang amat terkenal di sana. Kali ini kami mahu cepat sampai ke destinasi yang terletak menghala utara dari persimpangan. Sedangkan Temerloh terletak lebih 7 km ke selatan.


Dan kami juga mahu mencuba satu jambatan baru berdekatan Kuala Krau. Biasanya untuk ke Pulau Tawar kita perlu mengambil jambatan menyeberangi Sungai Pahang berdekatan Jerantut. Satu lagi jambatan terletak di Temerloh, 60 km ke selatan Jerantut dan lebih dekat dengan persimpangan lebuh raya. Tetapi ia menjadikan  perjalanan ke Pulau Tawar lebih jauh. Jambatan baru yang terletak antara Jerantut dan Temerloh boleh dikira satu jalan dekat. Saya dapat tahu ia baru siap ketika pertama kali bertandang ke Gunung Senyum tahun 2012. Lihat artikel lama Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - dari Janda Baik ke Raub, Kuala Lipis dan Gunung Senyum.



Dari jambatan ini kita boleh terus ke Gunung Senyum juga ke gugusan penempatan peneroka Jengka. Dengan melalui Jengka 24 kami masuk ke satu jalan menyusur Sungai Pahang hingga ke Pulau Tawar.


Perkara pertama dibuat sebagai sahaja sampai adalah menziarahi makam Mat Kilau. Ternyata ia telah dibaik-pulih begitu. Lihat artikel Rupa baru makam Mat Kilau (New look of Mat Kilau's tomb) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu kami singgah ke masjid jamek Pulau Tawar di mana satu majlis tahlil dan kenduri sempena menyambut kedatangan bulan puasa akan diadakan malam hari. Dari situ kami ke Jerantut Ferry iaitu tempat terletaknya jambatan menyeberangi Sungai Pahang di sebelah Jerantut. Kami perlu makan tengah hari... makan tengah hari lambat, jam 4 petang daaa...


Seterusnya kami berkejar ke Gua Kota Gelanggi.


Cerita tentangnya serta gambar-gambar boleh diikuti dalam artikel lama Menunaikan hajat 6 tahun tertunda di Gua Kota Gelanggi dan makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh..


Kami sempat mandi dan solat di sebuah surau sebelum kembali ke Pulau Tawar. Ziarah lagi ke makam Mat Kilau kerana tadi saya cuma pergi seorang diri, isteri dan anak-anak menunggu dalam kereta.


Kami juga mengambil peluang untuk menziarahi masjid lama di mana Mat Kilau mengisytiharkan diri kepada umum tahun 1969. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Pulau Tawar. Dahulu saya menyangkakan pengisytiharan dibuat di masjid jamek yang ternyata lebih baru. Penghujung tahun lepas gitu baru saya tahu kewujudan masjid lama ini lalu mula menyimpan hajat untuk menziarahinya.


Dari masjid terlihat keadaan Sungai Pahang begitu menarik. Lihat Pahang river near Pulau Tawar old mosque. Sempat berkenalan dengan 3 orang warga tempatan lalu mereka mencadangkan agar kami bermalam di masjid lama.


Kemudian kami mencari sebuah makam lama yang terletak kira-kira 2-3 km ke selatan.


Ini adalah gambar ketika majlis tahlil di masjid jamek Pulau Tawar hampir tamat. Majlis dimulakan selepas Isyak dengan bacaan Surah Yasin.


Bila sampai masa kenduri gembira sungguh saya apabila mendapati ikan patin gulai masak tempoyak turut dihidangkan. Ini kerana selepas keluar simpang lebuh raya tanpa singgah di Temerloh siang tadi saya ada menyimpan hajat untuk merasa hidangan sama di Jerantut pula. Tetapi kami sampai di Jerantut Ferry tadi sangat lewat lalu ikan patin yang dimasak untuk tengah hari sudah habis. Alhamdulillah dapat pula di sini malah lebih istimewa lagi kerana ia masakan orang kampung berserta beberapa hidangan lain tempatan seperti sambal kuini dan keladi masak apa, saya pun dah lupa.



KAMI juga berkesempatan bertemu bekas imam masjid lama Pulau Tawar. Berusia lebih 80 tahun, beliau bertahlil sama dan terus berada di masjid jamek sehingga lewat. Imam ini menjadi saksi ketika Mat Kilau mengisytiharkan dirinya di masjid lama 45 tahun lalu. Alhamdulillah. Memang perjalanan ke Pulau Tawar kali ini lebih istimewa dan bermakna. :]


3 comments:

nur tauhid said...

Assalamualaikum Abg. Saya Tauhid Muhd ingin tanya beberapa soalan. Apa maksud Mat Kilau mengisytiharkan dirinya di masjid lama?

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Mat Kilau dianggap sudah lama mati kerana itulah yang disebut Inggeris. Setelah beberapa lama hidup memakai nama samaran baru dia mengisytiharkan diri, akulah Mat Kilau yang dikatakan sudah lama mati itu.

nur tauhid said...

Oh begitu. Inggeris yg mengatanya sudah mati. Saya pernah baca tentang Mat Kilau dan pahlawan2 melayu semasa jajahan ingerris. Ada juga saya dengar keturunan Mat Kilau disini Singapura. Ntah ye ke tidak sebab belum tanya betul2. Saya minat dgn sejahrah pahlawan kita lagi dgn ilmu yg tinggi. Di muar saja ada pelbagai sejarah disana. Minggu lepas ke Muar kampong nenek sedara saya tak sempat ke tempat2 yang bersejarah. Selama saya ke sana setakat ke Bukit Treh dan pagoh Makam Sultan Alauddin Riayat Syah. Abg juga asal dari Muar kan? Mungkin satu hari nanti boleh kita eratkan sillatulrahim dan ke tempat2 yang bersejarah di Muar itu. In shaa allah. :)