Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, September 17, 2014

Perjalanan balik hari ke Pagoh - Misi tak disangka HIKMAH Sultan Alauddin...

Satu lagi cerita ringkas tetapi agak penting untuk suatu rancangan kedaulatan Melayu dan Islam.


Isnin baru ini saya berlepas ke masjid besar baru di Bukit Jelutong, Shah Alam. Tujuannya adalah untuk berjumpa seorang kenalan. Kebetulan saya belum pernah sampai ke masjid, cuma pernah melihatnya beberapa kali dari jauh. Saya pun mengambil gambar-gambar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kenalan ini baru seminggu gitu mendapat tahu tentang kewujudan makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh, Muar, satu-satunya makam Sultan Melaka yang dikenalpasti masih wujud di Malaysia. Beliau teringin hendak menziarahinya lalu meminta saya menemani dan menunjukkan jalan.


Kebetulan saya memang ingin ke sana dalam masa terdekat, untuk mengatur majlis terbaru HIKMAH. Tetapi disebabkan kurang belanja saya hanya dapat ke makam apabila kembali ke kampung bercuti Hari Raya Haji iaitu sekitar 4 Oktober. Agak lama perlu menunggu itu sedangkan saya perlu secepat mungkin mendapatkan kebenaran mengadakan majlis agar kawan-kawan dan mereka yang sudah lama mengikuti HIKMAH dapat merancang perjalanan juga percutian untuk datang. Ternyata permintaan untuk menunjukkan jalan adalah penyelesaian dari Allah... dapatlah menumpang kereta sampai ke sasaran tanpa mengeluarkan belanja.


Rancangan untuk mengadakan majlis di sekitar makam menjadi acara ke-11 HIKMAH sudah tercetus seawal Rabu 3 Sept lagi. Sejak itu sebenarnya saya menyimpan hajat untuk berurusan dengan pihak masjid, masjid yang terletak di sebelah makam tetapi belum kesampaian akibat kekangan masa juga belanja. Lihat artikel Beralih ke makam Sultan Melaka di Pagoh? di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Siapa sangka tiba-tiba diberikan jalan?


Sesungguhnya saya sudah banyak kali menziarahi makam sultan yang alim lagi soleh ini kerana letaknya cuma 20 km gitu dari rumah ibu bapa saya di Kampung Temiang. Tetapi baru kini timbul rasa untuk membuat majlis di sini, acara HIKMAH pertama dalam daerah kelahiran dan tempat saya membesar iaitu Muar. Selain wacana ilmu rancangnya mahu diadakan sekali majlis hol atau ulangtahun kemangkatan Sultan Alauddin lebih 500 tahun lalu. Kali ini baru saya betul-betul meneliti keadaan dan kemudahan masjid lalu mendapati apa yang sedia ada sudah cukup untuk mengadakan majlis sederhana besar, boleh menampung lebih 300 orang hadirin.


 
Alhamdulillah melalui maklumat yang terpapar pada satu bahagian dinding saya dapat menghubungi pengerusi masjid yang ketika itu baru kembali dari hospital besar di bandar Muar.


Saya memberitahu rancangan dan memberikan kertas kerja. Beliau bersetuju untuk membenarkan kegunaan masjid dan sedia menolong untuk mendapatkan kerjasama beberapa pihak lain termasuk pengerusi tanah perkuburan (kerana makam berada di bawah penjagaannya) dan ketua kampung.



Sungguh Allah mengatur segala sesuatu dengan penuh hikmah. Kalau ikut rancangan asal, saya mahu menunggu sehingga waktu Zuhur untuk bertemu imam lalu membincangkan hal penganjuran. Maka itu perkara dijangka selesai paling awal pun jam 2 petang. Alhamdulillah, pertemuan dengan pengerusi menyebabkan kami dapat meninggalkan masjid sebelum tengah hari. Dapatlah masa untuk bersiar-siar ke beberapa tempat yang tiada dalam rancangan.


Saya mulakan dengan membawa kenalan melihat masjid lama di Olak Sepam. Kebetulan ia terletak berhampiran tebing Sungai Muar, kami pun menikmati pemandangan sungai. Lihat artikel Muar river in front of the old mosque of Olak Sepam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH


Selepas itu kami mengambil jalan kampung menghilir sungai sehingga ke pekan Panchor. Kebetulan nampak papan tanda menyebut "Jom makan" dan kami pula sudah lapar. Apa lagi,  singgah le kami. Sebelum makan sempat saya mengambil lagi gambar. Lihat Muar river from Panchor. Oh, di kanan adalah kenalan tersebut membawa sama seorang rakan. Maka kami keluar bertiga ya, bukan berdua-duaan...


Sungguh Allah juga mendengar apa yang terbetik di dalam hati hambanya. Sebetulnya saya teringin hendak makan mee bandung Muar yang terkenal di bandar Muar. Tapi nak ke sana perlu bergerak lebih 20 km ke arah barat-laut menjauhi Lebuh Raya PLUS sedangkan kami ada satu tempat di Melaka yang ingin diziarahi kalau ada masa... lokasinya lebih dekat jika keluar dari tol Ayer Keroh. Tengok-tengok di kedai tepi sungai ini pun ada mee bandung Muar. Malah lebih istimewa, ia dicampur udang galah.


Dari Panchor kami ke Grisek sebelum masuk lebuh raya melalui tol Bukit Gambir. Sampai ke Ayer Keroh kami memotong melalui kampus UTEM (Universiti Teknologi Melaka) sebelum ke lokasi yang dimaksudkan.  Lihat Old Machap mosque revisited. Kami berehat agak lama menikmati pemandangan. Sekitar jam 3.30 petang baru bersedia untuk kembali ke Lembah Klang..


Dengan mengambil jalan kampung ke Alor Gajah kemudian Lebuh Raya AMJ kami  menuju ke tol Simpang Ampat untuk masuk ke Lebuh Raya PLUS. Tengok-tengok ada kereta mewah dengan plet tertera "Undang Luak Naning" betul-betul di hadapan kami bergerak sama sehingga ke bulatan hadapan tol (lupa ambil gambar). Kebetulan sudah masuk kawasan Naning, sangat dekat dengan makam seorang pahlawan dan penghulu daerah itu   yang sangat terkenal iaitu Dol Said. Saya fikir ini mungkin petunjuk untuk menziarahi makam lalu mengajak kenalan dan kawannya bertandang.


Ini memang tiada langsung dalam rancangan. Yang ada cuma persinggahan di masjid lama Machap, itupun kalau cukup masa selepas urusan utama berjumpa imam atau sesiapa yang berkenaan di masjid sebelah makam Sultan Alauddin selesai. Dari makam Dol Said saya membawa mereka menziarahi sejumlah makam lama yang terletak agak tersorok di belakang. Lawatan ini pula mencetuskan gerak rasa agar membawa mereka ke satu makam lain 1-2 km lagi perjalanan. Makam tersebut ditanda batu-batu megalithic atau batu hidup yang besar-besar.


Apa-apa hal pun kami perlu kembali ke Shah Alam sebelum Maghrib. Memandangkan tempat batu hidup ini cuma 3-4 km dari tol Simpang Ampat, mereka pun bersetuju untuk ke sana.  Rujuk artikel lama Megalith (of) Datuk Tua. Kewujudan batu hidup mencetuskan perbualan spontan yang dapat menjawab satu persoalan yang sudah lama terbuku dalam hati kawan kenalan. Ia adalah persoalan yang dia sendiri sudah lama lupa melibatkan perjalanan penghijrahan nenek moyang. 

Maka terkabullah hajat ketiga-tiga kami. Ini termasuk hajat kenalan untuk menziarahi makam Sultan Alauddin juga hajat saya untuk mendapatkan kebenaran mengadakan majlis di sekitar makam. Sungguh semua telah diatur. Cetusan rasa untuk mengadakan HIKMAH di sekitar makam telah membawa pembukaan perjalanan baru bagi seorang hamba Allah. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,221 di blogspot ini. Semoga apa yang kami buat diberkati Ilahi, majlis yang dirancang mencapai matlamat perjuangan. Amin... :]


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam 7-8km dari tol simpang empat ada satu makam batu megalith belakag masjid pulau sebang.berdekatan...balai polis pulau sebang(jika masih ada kalau
pihak muzium x ambil).area2 situ banyak jugak makam berbatu seperti itu...tapi tersorok..bleh tanya..penduduk sekitar.lagi besar dari dlm gambar tuan..bleh melawat kalu ada masa