Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, September 16, 2012

Mencari lagi batu nesan Aceh di Negeri Sembilan

Tengah malam tadi masuklah tarikh 16 September 2012 yang merupakan ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke 49. Sempena ini biar saya berkongsi satu cerita yang merupakan aktiviti kami sekeluarga semasa cuti sempena hari kemerdekaan negara yang ke 55 dua minggu lalu.

Adapun hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Maka jadilah ia hari cuti bekerja bersambung sehingga ke hari Ahad. Pada awalnya kami mahu berehat sahaja di rumah 3 hari itu. Tetapi kami menerima jemputan untuk berhari raya di rumah kawan-kawan selepas solat Jumaat di satu kawasan berdekatan Shah Alam kemudian di Meru, Klang.

Memandangkan laluan ke tempat-tempat ini boleh diteruskan sampai ke kampung isteri di Tanjung Sepat kami pun menyambung perjalanan ke situ. Dalam perjalanan kami mengambil peluang untuk beraya di rumah beberapa orang adik-beradik isteri. Alang-alang dah sampai ke Tanjung Sepat saya fikir apa salahnya perjalanan dibuat sampai ke Negeri Sembilan kemudian. Boleh disambung satu misi yang tertunda dari pertengahan bulan puasa...


Semasa cuti Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2012 kami ada kembali ke kampung ibu saya di Muar untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan singgah di Rembau untuk satu misi yang sudah difikirkan seminggu dua sebelum itu. Lihat artikel Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan. Cuma ketika itu kami kesuntukan masa lalu tidak sempat mencari beberapa lagi tempat yang dirancang. Maka pagi Sabtu 1 September selepas bermalam di rumah arwah bapa kepada isteri kami pun meninggalkan Tanjung Sepat untuk  menyambung misi. 

Di atas adalah gambar dalam sebuah kedai komputer di pekan situ. Apa yang berlaku adalah saya baru menyedari telah tertinggal SD Memory Card yang biasa dipakai dalam kamera digital. Nasib baik di Tanjung Sepat ada kedai menjual pada harga berpatutan. Dapatlah dibeli kad 16 GB pada harga sekitar RM38. Sedangkan kad serupa dijual sesetengah tempat sehingga lebih seratus ringgit sekeping, sebuah kedai kamera berdekatan pula menjual SD Card 4 GB pada harga RM37...


Kami singgah dahulu melihat persekitaran pantai Bagan Lalang.


Kalau tak salah ingatan kali terakhir kami singgah adalah satu atau dua tahun lalu. Nampaknya sebuah pusat peranginan besar yang dahulu dalam binaan sudah siap, pusat peranginan yang memiliki rumah/bilik penginapan atas air yang membentuk rupa pokok palma kalau dilihat dari atas. Anda boleh semak gambar satelit melalui program Google Earth...


Dari situ kami ke pekan Sepang yang terletak bersebelahan sempadan Negeri Sembilan. Seberang sahaja jambatan di hadapan kami pun keluar dari Selangor masuk ke NS.


Jalan itu boleh membawa ke Port Dickson melalui Lukut. Di Lukut kami membelok kiri (PD ke kanan) untuk mengambil jalan ke Rantau seterusnya ke pekan Linggi. Sejurus sebelum sampai pekan ada simpang masuk ke masjid lama.


Di belakangnya terdapat makam seorang ulamak yang dikatakan bertaraf wali.


Beliau adalah Sheikh Jamaluddin, bapa kepada seorang lagi ulamak bertaraf wali tetapi lebih dikenali ramai iaitu almarhum Sheikh Said Linggi yang makamnya terletak di Ampangan, Seremban.


Saya pun sudah lama tidak singgah ke sini, mungkin 2-3 tahun lama. Dahulu laluan ke makam cuma jalan tanah, kini sudah cantik berbatu bata.


Dari Linggi kami ke Astana Raja lalu singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Astana Raja, Rembau di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kami cuba lagi singgah di rumah seorang penggiat adat tradisi lama Melayu bernama Zainal Al-Johan. Tetapi seperti dua persinggahan sebelum ini, sekali lagi beliau tiada di rumah.


Tak mengapalah. Kami teruskan perjalanan menghala ke pekan Kota. Terlihat makam terserlah ini di tepian jalan. Terasa harus berpatah balik untuk mengambil gambar. Lihat Makam Undang Rembau ke 19 (Tomb of the 19th Undang of Rembau).


Letaknya di hadapan balai raya Kampung Legong Hulu.


Berpandukan lokasi tempat-tempat yang pernah dilihat dalam Google Earth kemudian bertanyakan warga tempatan kami sampai ke tanah perkuburan Padang Lekuk.


Tidak jauh dari situ terdapat sebuah makam berbatu nesan Aceh yang pernah dinyatakan di dalam sebuah blogspot sebagai makam seorang pembesar Rembau bernama Datuk Laut Dalam. Tetapi penduduk rumah  bersebelahan dan isterinya memberitahu makam Datuk Laut Dalam terletak di Jalan Tiga Nenek yang kami sudah lalui ketika mencari Kampung Padang Lekuk tadi. Yang ini katanya makam Tok Tua. Dan beliau adalah seorang wanita bangsawan sangat cantik dari Aceh. Lihat Makam (Tomb of) Tok Tua, Kampung Padang Lekuk, Rembau.


Makam seterusnya yang mahu dijejaki terletak di Kampung Kota Lama. Kami tersilap menduga lokasi apabila mengambil jalan menghala ke Gadong dan Tanah Datar.


Rupa-rupanya Kampung Kota Lama terletak di sebelah pekan Kota, tidak jauh dari jalan utama Seremban ke selatan. Setelah terlajak sedikit ke dalam kami pun dapat mencari makam. Lihat Makam berbatu nesan Aceh (Tomb with Aceh tombstones), Kampung Kota Lama, Rembau.


Puas dapat mencari dua makam berbatu nesan Aceh kami pun mengorak langkah pulang. Singgah dahulu di Rembau, tengok-tengok ada pasar malam di hadapan masjid jamek. Kami juga singgah di masjid. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) An-Nur, Rembau. Selepas itu keluar beraya lagi di beberapa buah rumah menghala ke Lembah Klangm sempat bermalam di sekitar Nilai. Cukuplah ini untuk hari Malaysia... :]


2 comments:

Anonymous said...

Kalau tuan perasan, dalam gambar yang mana ada balai raya kg legong ulu, di sebelah balai raya itu adalah rumah datuk undang rembau ke 19. Rumah besar yang warna hijau putih.

fikuztaz said...

assalamualaikum saya nak bertanya ada x pewaris atau pemilik rumah undang yang sebelah balairaya tu saya nak membuat kajian mengenai senibina rumah undang tersebut jika ada hubungi saya dengan kadar segera ye 0127101783