Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 27, 2014

Bertandang ke Pulau Tawar - Ke Taman Negara kita

Tadi selepas Isyak pemegang mohor besar raja-raja telah mengumumkan bahawa 1 Ramadhan 1435 Hijrah jatuh pada hari Ahad bersamaan 29 Jun 2014. Maka pada hari terakhir bulan Syaaban ini biar ditamatkan cerita kecil perjalanan hujung minggu lalu.


Sudah disebut pada artikel Bertandang ke Pulau Tawar - Jejak legasi Mat Kilau  kami ingin bermalam di masjid lama Pulau Tawar. Alhamdulillah kami bukan sahaja dapat bermalam dengan selesa malah dihadiahkan 2 biji durian yang gugur dari pokok hadapan masjid.



Kami telah mendapat kebenaran untuk bermalam juga memakan durian.


Seronok suasana di sini. Sempatlah melepak lama termasuk bermain-main air di sungai.


Di hadapan masjid terdapat rumah dengan seni bina menarik. Buka pintu di hadapan mihrab boleh nampak. Lihat artikel Rumah di hadapan masjid lama Pulau Tawar (House in front of the old mosque of Pulau Tawar) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selain durian kami dapat makan lagi ikan patin masak gulai tempoyak. Ini adalah baki kenduri malam sebelumnya di masjid jamek.


Ini pula adalah penanda yang kelihatan seperti batu nesan ke masjid.


Kalau tidak kerana jalan tar ia betul-betul kelihatan seperti makam panjang.


Selepas bersiap kami anak beranak menuju ke tanah perkuburan yang dikunjungi lewat petang Sabtu.


Kali ini baru dapat menemui makam lama yang dicari. Lihat Makam lama di Pulau Tawar (Old tomb at Pulau Tawar).


Sambil saya meneliti makam Rasyid dan Johan bermain-main di tanah perkuburan. Pandai pula mereka menemui batu ke kayu yang sangat sesuai untuk duduk.


Perjalanan diteruskan menghala ke bandar Jerantut sebelum masuk jalan ke Kuala Tahan. Sudah lama saya ingin mencuba jalan yang boleh membawa ke Taman Negara ini, baru kini berkesempatan...


Saya diberitahu ia dibuka 9 tahun lalu. Sebelum itu pengunjung harus mengambil bot dari Kuala Tembeling lalu menghulu hampir 2 jam ke Kuala Tahan sebelum boleh memasuki Taman Negara. Lihat artikel On to Kuala Tahan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bandingkan dengan artikel lama  Kuala Tembeling, the doorway to Taman Negara....



Tu dia, bersedia untuk masuk ke Taman Negara. Ia terletak di seberang Sungai Tembeling. Biar diberitahu inilah kali pertama saya, isteri juga anak-anak sampai ke sini. Sudah lama terfikir untuk masuk ke kawasan hutan yang merupakan Taman Negara pertama di Malaysia, baru kini ia terjadi.


Kami pun menyeberangi sungai. Lihat Crossing the Tembeling river at Kuala Tahan.



Jejak sahaja ke seberang sudah berada di dalam Taman Negara.


Untuk masuk lebih jauh perlu melaporkan diri di pejabat. Pengunjung perlu mendapat permit dengan membuat sedikit bayaran, selepas itu bolehlah masuk hutan... jika mahu boleh bermalam berhari-hari.


Kami sendiri tidak bercadang untuk masuk lama. Ini kerana keesokannya Isnin adalah hari bekerja. Kami sampai pun sudah 1.30 tengah hari. Cukuplah dapat menghabiskan masa sejam dua melihat apa yang ada. Lihat Enter Taman Negara.


Cukuplah kami 'memenuhi syarat' sampai ke Taman Negara dengan mencuba satu tarikan popular.


Ia adalah Canopy Walkway di mana kita boleh berjalan di atas pokok pada ketinggian 30 meter dari aras tanah atau lebih.


Ada sedikit rasa takut dan gayat apabila melihat ke bawah apalagi dari kedudukan yang agak terbuka. Namun sudah ramai berjaya melakukannya. Kenapa tidak kita?


Saya sebagai seorang bapa bangga melihat anak-anak yang masih kecil dapat melalui cabaran. Rasyid yang sudah berumur 4 tahun 8 bulan sungguh bersemangat, Johan yang berumur 2 tahun 4 bulan pula takut-takut tetapi masih sanggup mencuba. Lihat  Up on the canopy walk.


Sampai satu peringkat ada tangga besi naik lebih tinggi.


Rasyid yang mulanya takut menjadi berani kembali apabila dipujuk.


Ketinggian pada sesetengah bahagian mencapai 45 meter dari aras tanah. Ada kepuasan tersendiri apabila dapat melepasi semua peringkat. Lihat On to the more difficult part.





Keluar dari Taman Negara kami singgah di masjid untuk mandi dan bersolat. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Tahan. Sebenarnya sebelum masuk taman pun kami ada singgah. Nasib baik tak duduk lama kerana Canopy Walkway cuma dibuka sehingga jam 3.30 petang, pintu masuk ditutup 15 minit lebih awal. Sedangkan untuk sampai dari pejabat taman pun memakan masa tidak kurang setengah jam apalagi bila perlu menjaga anak kecil. Kalau lambat melepas le nak naik Canopy Walk. Nak tunggu lain kali entah bila...


Sebelum meninggalkan Kuala Tahan kami sekali lagi pergi ke tepian Sungai Tembeling. Saya tak puas hati kerana belum melihat betul-betul kedudukan sungai yang menimbulkan nama tempat. Lihat Tahan river mouth. Di atas adalah salah satu gambar yang diambil. Entah kenapa apabila dimuatnaik ke blogspot begini pula jadinya...


Lewat petang kami terus ke Lebuh Raya Pantai Timur, setakat lalu di pinggir bandar Jerantut, berhenti pun untuk mengisi minyak sebelum masuk lebuh raya iaitu di Kuala Krau. Dengan ini tamatlah penceritaan kecil ini. Bolehlah penumpuan diberikan pada satu projek lain mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Amin... :]


2 ulasan:

Cik Minah Tonggek berkata...

...Kuala Krau...

Radzi Sapiee berkata...

Ooo. OK. Baru perasan. Typo tu. Mekasih...