Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, October 20, 2014

Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Sejauh mana ia terkait dengan Hajar Aswad?

Siri kecil ini mula memasuki bab analisis. Bersambung dari Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?




Pada artikel Apabila Putrajaya 'ditarik' ke titik tengah Kaabah... 12 hari lalu saya telah menunjukkan grafik ini. Ia dibuat berdasarkan dakwaan penulis buku "Borobudur & Peninggalan Nabi Sulaiman", KH Fahmi Basya bahawa garis dari titik tengah Candi Borobudur apabila dipanjangkan sampai ke titik tengah Kaabah akan melalui sudut di mana terletaknya batu suci Hajar Aswad.



Saya meneliti sendiri hal ini menggunakan program dan gambar satelit Google Earth lalu mendapati dakwaan tersebut adalah benar.


Kemudian saya cuba menarik garis serupa dari satu tempat pilihan di Putrajaya lalu mendapati garis ini juga melalui Hajar Aswad. Ini yang diceritakan panjang lebar pada artikel Apabila Putrajaya 'ditarik' ke titik tengah Kaabah....



Ia kelihatan berlaku kerana susah hendak menentukan dengan tepat di manakah titik tengah Kaabah. Setelah beberapa lama baru terfikir apa kata buat 2 garisan menyambungkan sudut-sudut berlawanan pada segi empat Kaabah? Dengan itu titik tengah dapat ditentukan iaitu tempat di mana 2 garisan itu bertemu. Saya pun buat. Hasilnya didapati garisan yang menyambungkan titik tengah Putrajaya sudah terkeluar sedikit dari sudut Hajar Aswad.



Saya mencuba kembali dengan Borobudur. Nampaknya ya, ia tepat melalui Hajar Aswad!


Kita zoom out. Biar ditunjukkan dengan lebih terpeinci bagaimana garisan ini bersambung sehingga ke titik tengah Borobudur.





Kita zoom in pula pada tempat-tempat yang 'disentuh' garisan. Ini di penghujung Semenanjung Arab.






Selepas itu garisan melintas lautan luas sebelum memotong melalui Pulau Sri Lanka ataupun Ceylon.







Garisan melintas lagi lautan luas sebelum sampai ke Pulau Sumatera, lalu juga di sebuah pulau yang lebih kecil.






Kawasan yang dilalui di Sumatera adalah dari Bengkulu membawa ke Lampung.






Kemudian garisan masuk ke Pulau Jawa melalui timur  kota Jakarta.



Nampaknya ia melintas kawasan pelabuhan Tanjung Periuk...



Garisan diteruskan melintasi Jawa Barat hingga ke Borobudur.






Zoom in ke titik tengah Borobudur. Adapun garisan yang bersambung dari titik tengah Kaabah itu membuat sudut 104.69 darjah dari utara arah pusingan jam.



Namun disebabkan ketepatan sudut dalam Google Earth adalah sehingga 2 titik perpuluhan, tidak lebih dari itu maka sudut yang sama juga meliputi kawasan 200 meter ke selatan titik tengah Borobudur sampai 500 meter ke utara titik. Apapun tetap terbukti titik tengah Borobodur boleh disambungkan ke titik tengah Kaabah dengan garisan tepat melalui sudut Hajar Aswad. Ini bermakna candi itu memang memiliki kedudukan yang sangat istimewa. Tetapi apakah ini bermakna ia tinggalan Nabi Sulaiman? Perkara ini akan ditelitli pada artikel analisis selepas ini, artikel yang akan menutup siri kecil "Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman?". Tunggu lagi beberapa hari sahaja ya. Insyaallah saya akan cuba memberi kata putus tentang hal ini. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,234 di blogspot ini... :]



3 comments:

Lynn Munir said...

Tak sabar menunggu sambungan entri ini.

Anonymous said...

Mengapa posting sebelum ni dipadam.Kan garisan tengah putrajaya jika ditarik kekalimantan tepat mengenai kota banjarmasin dan martapura.Bukan kah kita ini mencari kebenaran dan keiklasan.

Radzi Sapiee said...

Bukan dipadam tetapi sudah turun ke bawah atau terkeluar dari page utama sebab ditolak artikel2 baru. Kalau terkeluar pun boleh lihat melalui older post juga archive. Kan dalam artikel ini sendiri masih ada link nya? Lihat betul2...