Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Oktober 26, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian

Merujuk pada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja yang dipersembahkan 20 hari lalu. Sukacita dimaklumkan perjalanan yang dimaksudkan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saya dan isteri selamat kembali ke Semenanjung selepas tengah malam semalam. Tapi petang tadi baru sampai kembali ke rumah, setelah bermalam di rumah biras berdekatan lapangan terbang di Sepang.



Artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja tidak memberitahu bilakah perjalanan dibuat. Dalam artikel seterusnya iaitu Artikel ke-2,882, ulang tahun kelahiran anak dan Merah Silu live edisi 41 hingga 45 yang dipersembahkan pada 8 Oktober Khamis malam Jumaat baru dinyatakan mahu berlepas ke Kalimantan pagi Jumaat, iaitu pada 9 Okt. Gambar ini diambil ketika berehat di tengah jambatan di tempat bernama Tayan, menyeberangi Sungai Kapuas, sungai terpanjang di Kalimantan malah seluruh Indonesia. Ketika itu 18 Oktober, kami sedang membuat perjalanan menunggang motosikal (kelihatan dalam gambar) selama 5 hari 6 malam.




Itu sahaja meliputi jarak 1,338km. Belum dicampur 101km motosikal dibawa menaiki kapal melalui delta Sungai Kapuas hampir ke kuala untuk sampai ke tempat bernama Teluk Batang. Gambar ini menunjukkan kedudukan jambatan Tayan berbanding Pontianak di mana pengembaraan dengan motosikal dimulakan. Ditanda sekali jangkauan utama keseluruhan perjalanan di Kalimatan Barat, utara di Sambas, selatan di Ketapang dan timur di Sintang. 

Pada 5 hari terawal kami cuma berjalan-jalan di sekitar Pontianak. Itupun meliputi jarak 190km. Pada hari ke-6 iaitu Rabu 14 Okt baru keluar jauh untuk ke Mempawah, Singkang dan Sambas menaiki kereta. Esoknya memulakan perjalanan dengan motosikal untuk menuju ke Ketapang kemudian Sintang.  



Artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja ada menyatakan kebimbangan harus menghadapi keadaan berjerubu selain bercadang untuk meliput jarak perjalanan darat tidak kurang 2,000km. Benar memang ada masalah jerebu. Belum campur keadaan jalan yang sangat teruk di beberapa tempat. Namun sukacita dimaklumkan. Bukan sahaja jarak cadangan berjaya ditempuhi. Malah didapati dapat meliputi 3,450km! 

Ini kerana turut mencari kesan-kesan sejarah di beberapa tempat dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya. Kira-kira terperinci berdasarkan apa yang dapat dilakar kembali atas peta melalui Google Map dicampur meter motosikal dan kereta menunjukkan 2,414.29km telah diliputi di Kalimatan Barat, 1,036.27km di Sarawak.



Apapun ini cuma pengenalan sebelum dikongsikan cerita perincian perjalanan dari hari ke hari. Di sini biar diambil peluang untuk berkongsi video yang dibuat Selasa malam Rabu 13 Oktober iaitu sebelum bergerak ke Sambas selepas Subuh pagi berikutnya.


 

Ia adalah untuk siaran langsung "Merah Silu Live" di Tiktok, edisi ke-46. Saya dan isteri bertekad untuk melaksanakan walaupun menghadapi masalah isyarat Internet kurang baik. Ini kerana harus memancarkan dari luar demi menyantuni undangan seorang kenalan agar mengikuti persembahan nyanyian anaknya di sebuah kafe kopi besar di Pontianak. Kalau dibuat di rumah tempat kami menginap jauh lebih stabil dan mudah.



Kami bertekad untuk melaksanakan kerana tarikh 13 Okt itu adalah hari ulang tahun ke-17 kelahiran anak kami yang bernama Muhammad al-Aminul Rasyid. Lalu apabila didapati hasil pancaran dari luar tidak memuaskan kami menyambung kembali apabila sampai ke rumah lewat malam. Padahal cuma beberapa jam lagi akan berjalan jauh hingga ke Sambas. Dengan itu dapatlah meliputi perjalanan-perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 seperti berikut :-


89. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

90. Aceh Mac 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

91. Kelantan Jun 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.


Cerita harian perjalanan akan mula dikeluarkan setelah selesai beberapa hal. Sabar ya... :]


Khamis, Oktober 08, 2026

Artikel ke-2,882, ulang tahun kelahiran anak dan Merah Silu live edisi 41 hingga 45

Salam malam Jumaat 27 Rabiul Akhir 1448 Hijriah. Sebetulnya gerak yang membawa untuk menulis lalu mempersembahkan 4 artikel  kebelakangan adalah untuk menuju satu penanda aras yang sangat signikan iaitu artikel ke-2,882 di CATATAN SI MERAH SILU. Ini mahu diselesaikan sebelum memulakan perjalanan baru ke luar negara iaitu ke Kalimantan, pada pagi Jumaat. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara (artikel ke-2,878)

2. Aku, buku dan perjalanan

3. Tentang mendaki bukit, gunung dan cabaran

4. Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja


Sebelum itu iaitu pada beberapa bulan lalu terbetik dalam hati, apabila CATATAN SI MERAH SILU hendak mencapai artikel yang ke-2,882 ia mahu didedikasikan (daddy kasi, hehe...) kepada seorang anak perempuan yang bernama Narishah Nurjannah atas sebab tertentu. Masuk tarikh 22 September iaitu pada bulan lalu umurnya genap 24 tahun lalu semakin kuat perasaan itu. Ketika itu jumlah artikel sudah mencapai 2,876. Tinggal sedikit sahaja lagi untuk mencapai penanda aras yang dituju.

Pada hari Selasa malam itu, pada tarikh tersebut, diadakan siaran langsung melalui Tiktok "Merah Silu Live" edisi ke-43. Hal ulang tahun kelahiran anak pun dinyatakan pada permulaan siaran. Kebetulan sejak membuat edisi ke-41 iaitu pada 2 minggu sebelum itu ada terfikir hendak mengumpulkan video rakaman siarannya juga rakaman beberapa edisi seterusnya dalam satu artikel sebelum memulakan perjalanan ke luar negara. Sekarang sudah sampai masanya apa yang dikumpulkan itu membentuk artikel ke-2,882.


 "Merah Silu Live" edisi ke-41 (diadakan 8 September)


Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 diulas adalah seperti berikut :-



65. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

66. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 - lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"



Edisi ke-42 (15 September)


Perjalanan lama diliputi :-


67. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga. 

68. Jugra ke Tanjung Malim Julai 2012 - sekitar 500 km. Lihat Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya.

69. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan Ogos 2012 - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan.

70. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (Ogos 2012) - lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun

71. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete. Sebenarnya lebih 1,800 km. Baru disedari apabila perjalanan diulas  kembali 15 September 2026.


Cuma ketika mengulas perjalanan yang dinyatakan sebagai ke-67 dalam senarai, seperti tertera di atas,  baru tersedar ia sebenarnya berlaku pada bulan April, sebelum ke Pulau Jawa 1-13 Mei. Selesai siaran baru dibetulkan dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Ia pun ditukar menjadi perjalanan ke-66, perjalanan Pulau Jawa menjadi yang ke-67.


Edisi ke-43 (22 September)

Ini yang berlangsung pada tarikh kelahiran anak perempuan bernama Narisha Nurjannah itu lalu disebut tentang kepentingan tarikh pada permulaan siaran. Perjalanan lama diliputi :-


72. Awal Muharam di Tanjung Tuan Nov 2012 - sekitar 310 km. Lihat Awal Muharam di Tanjung Tuan.

73. Misi HIKMAH Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

74. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.

75. Misi HIKMAH Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.




Edisi ke-44 (29 Sept)

Perjalanan lama diliputi :-



78. Umrah ziarah April 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

79. Sulawesi Selatan Mei 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.


Edisi ke-45 (6 Oktober)

Perjalanan lama diliputi :-


80. Janda Baik-Bukit Tinggi-Hospital Sungai Buloh Mei 2013 - sekitar 265 km. Lihat  Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.


81. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

82. Jejak Bugis di Pontian Jun 2013 - lebih 800 km. Lihat Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian.

83. Misi cuti Hari Malaysia Sept 2013 - lebih 330 km. Lihat Sekitar misi memakan ikan keli gulai asam rong sempena cuti Hari Malaysia.

84. Aidil Adha 1434 (Okt 2013) - sekitar 520 km. Lihat  Sekitar cuti Aidil Adha 1434.

85. Jugra Sultan Abdul Samad Okt 2013 -  lebih 190 km. Lihat Panggilan Jugra Sultan Abdul Samad.

86. Putrajaya, Hulu Langat ganti Aceh Nov 2013 - sekitar 500 km. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh.

87. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.

88. Membawa kawanAceh ke Melaka Dis 2013 - lebih 450 km. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.



Pada 13 Oktober pula akan jatuh hari ulang tahun kelahiran anak lelaki bernama Muhammad al-Aminul Rasyid. Masuk umur 17 tahun. Dengan itu artikel ke-2,882 ini turut didedikasikan kepada beliau. Alang-alang menyebut biar didedikasikan juga kepada isteri saya, Nor Afidah binti Yusof, dan anak-anak lain Nur Awada Badrina, Muhammad Haziq dan Muhammad Alauddin Johan. Sementara itu blogspots saya yang lain, SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART telah mencapai 2,867 artikel, BERPETUALANG KE ACEH 2,815 dan  Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 442. Ini membawa pada jumlah keseluruhan 9,006 artikel. Cukup buat masa ini.


Selasa, Oktober 06, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja

Menyambung lagi gerak berkenaan seperti dinyatakan dalam Tentang mendaki bukit, gunung dan cabaran.


Tidak lama lagi saya akan memulakan satu permusafiran baru iaitu ke Pontianak di Kalimantan Barat Indonesia. Pernah pergi sekali tahun 2015 lalu turut ke beberapa tempat bersejarah meliputi jarak perjalanan darat lebih 700 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled. Kali ini cadangnya hendak singgah ke lebih banyak tempat lalu meliputi jarak darat tidak kurang 2,000 km. Dan kali ini mahu kembali dari Kuching di Sarawak. Tentunya ada tempat bersejarah mahu dijejaki di sana.

Ini membuat harus berfikir panjang apakah tajuk utama yang patut diberikan kepada cerita dan siri berkenaan. Apakah harus menyebut Kalimantan dan Sarawak? Atau guna perkataan Borneo yang diketahui meliputi seluruh pulau berkenaan? Apabila disemak kembali didapati perkataan Kalimatan sudah memadai. Ini kerana ia asalnya meliputi seluruh pulau. Borneo adalah panggilan moden yang diberikan oleh Barat berdasarkan nama Brunei, Kesultanan Melayu yang dilihat paling terserlah dan menguasai kebanyakan daratan pulau  pada zaman kegemilangannya abad ke-15 hingga 16 Masihi.


Oh. Ini akan menjadi kali ke-4 saya menjejakkan kaki ke pulau ke-3 terbesar di dunia ini. Pertama kali untuk mendaki gunung yang dikatakan tertinggi di Asia Tenggara, kedua memenuhi undangan satu pihak yang sanggup menaja. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 diikuti Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos (2010). Sekarang lebih banyak tahu tentang pulau dan kerajaan-kerajaan lama yang pernah wujud di sana. Dan sekarang ada lebih banyak masa untuk meneroka apa lagi isteri yang telah hampir setahun pencen awal ikut sekali.


Cuma yang membimbangkan adalah jerebu. Kalau di Lembah Klang, hampir 1,000 km dari Pontianak pun boleh tahan teruk apatah lagi di kota yang terletak dekat dengan punca. Kami membuat keputusan untuk pergi sebelum timbul masalah jerebu. Kami mahu mengambil kesempatan atas undangan seorang kakak ipar isteri yang berasal dari sana. Beliau mahu balik kampung lalu telah menetapkan tarikh. Kami ikut tarikh beliau lalu membeli tiket walaupun ketika itu sudah muncul masalah jerebu. Kata kakak ipar insyaallah akan pulih apabila sampai masa untuk ke sana. 


Kalau setakat di Pontianak mungkin boleh menghabiskan masa dalam rumah dan bangunan sahaja kalau jerebu. Ini kami bersama kakak ipar dan seorang saudara yang turut datang dari Malaysia ada bercadang untuk membuat satu pusingan laluan seperti pernah saya lakukan dahulu tahun 2015. Rujuk kembali Jejak Kalimantan Barat – Compiled yang memakan jarak lebih 700km. 

Kemudian, kami suami isteri sendiri mahu berjalan memandu lebih jauh. Antara tempat mahu disinggahi adalah Ketapang yang mana dikatakan hutannya paling teruk terbakar  menimbulkan jerebu.  Perjalanan dengan kereta dikatakan memakan jarak hampir 500 km dan masa sekitar 10 jam. Dan ada lagi tempat lain yang memakan masa dan jarak mahu diliputi.


Satu perkara menarik. Ketika ke Aceh hujung bulan Ogos, kali 10 saya ke sana, baru tahu kapal besar penjana eletrik yang ditolak ombak ganas Tsunami 26 Disember 2004 lalu meranapkan beberapa rumah sebenarnya berasal dari Kalimantan Barat. Padahal sudah banyak kali singgah. Lihat Kompilasi Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu.


Dan kami bertandang itu pada tarikh yang sangat istimewa. Lihat Lawatan penutup pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69. Terasa seperti ada kesinambungan yang terkait dengan makna merdeka. Doakan ya. Semoga semua baik-baik sahaja


Sabtu, Oktober 03, 2026

Tentang mendaki bukit, gunung dan cabaran

Kesinambungan gerak yang seterusnya. Menyambung daripada artikel Aku, buku dan perjalanan, sebelum itu Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara.



Salam. Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat, dilimpahi taufik dan hidayah serta ketenangan jiwa. Hidup adalah satu siri perjalanan yang panjang. Ia adalah permusafiran yang membawa untuk menyusuri sempadan keupayaan tubuh fizikal kurniaan Tuhan. Jika penulisan lalu merenung kembali jejak langkah sebagai seorang pelajar PhD berumur kemudian tentang diri, buku dan perjalanan kali ini gerak hati membawa untuk merekodkan penyaksian terhadap alam dari tempat-tempat tinggi.



Beberapa bulan lalu saya tergerak untuk menyusun satu senarai kronologi puncak-puncak gunung, permatang, dan bukit yang pernah didaki sejak berpuluh tahun lalu. Ini termasuk bukit-bukit kecil malah gunung yang boleh dicapai dengan kereta juga motosikal besar kesayangan. Mengapa senarai dibuat?  Kerana tidak lagi muda. Saya selalu sahaja terlupa apakah yang telah dilakukan dalam suatu tempoh masa. Ini semakin menjadi-jadi apabila muncul pengembaraan dan hal-hal baharu.

Selain supaya tidak lupa senarai dibuat untuk mengingatkan pada fasa-fasa sukar. Ramai tidak tahu bahawa ada satu ketika dahulu saya sering mengalami masalah pernafasan yang agak ketara. Jangankan ketika berjalan, ada masa ketika berbaring atas katil pun boleh berlaku begitu.  Dada terasa sempit, susah hendak bernafas. Rasa seperti hendak mati pun ada.  Apa lagi ketika memanjat ketinggian. Mungkin kerana pernah berhenti merokok secara mendadak pertengahan tahun 2006. Alhamdulillah masih lagi bertahan...

Nasib baiklah masalah pernafasan tidak berlaku setiap masa. Itu yang masih dapat dibuat pengembaraan demi pengembaraan yang ada masanya memerlukan berjalan kaki berbatu jauhnya. Ada masa perlu menaiki bukit dan gunung. Apapun, sejak kecil saya suka memanjat pokok juga mendaki tempat tinggi. Tentunya masalah pernafasan yang boleh muncul tiba-tiba sangat mengganggu.



Tahun 2013 pula pertama kali seumur hidup merasa patah kaki. Berbulan lama memerlukan kerusi roda. Kalau terpaksa berjalan harus bertongkat kiri dan kanan.  Kalau kena naik tangga harus meloncat menggunakan sebelah kaki sambil memegang apa yang dapat. Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya rasa kaki yang patah itu.

Pun begitu tetap dilaksanakan pelbagai perkara. Ini termasuk menelusuri tempat-tempat bersejarah jauh di Sulawesi dan menerajui majlis ilmu hingga ke Terengganu kemudian menulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-








Tetapi itu semua dengan menaiki kenderaan, kebanyakannya isteri yang pandu sambil saya duduk di belakang dengan kaki yang patah bersimen diletakkan tinggi atas kerusi untuk mengurangkan bengkak. Sedangkan saya seorang musafir yang suka mendaki ke tempat-tempat tinggi dengan berjalan kaki. Saya pun mula membina kembali kekuatan diri secara perlahan-lahan. Setelah beberapa lama asyik mampu memerhati langkah pertama dimulakan dengan mendaki bukit kecil berketinggian sekitar 100 meter, berdekatan kawasan rumah baru saya di Bandar Sungai Buaya. 



Gambar ini diambil di atas Gua Hira' di Jabal Nur lebih 13 tahun lalu. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat..... Kurang 2 minggu selepas kembali ke tanah air itulah mengalami patah kaki setelah jatuh tergelincir mengejar sesuatu. Selepas setengah tahun baru boleh berjalan kaki kembali, dengan bantuan tongkat. Empat bulan kemudian baru memberanikan diri mendaki bukit kecil, dalam keadaan masih bertongkat.

Saya belajar menghormati rentak tubuh sendiri sambil mendaki lebih banyak bukit, semakin lama semakin tinggi dan lebih mencabar. Buat beberapa lama selalu terasa hendak tumbang apabila jantung berdegup laju, dada menjadi sesak. Terpaksa berhenti panjang untuk mengatur kembali pernafasan. Kemudian baru dapat diteruskan, tidak mahu mengalah.  Dengan itu saya memilih kaedah solo hiking agar dapat menikmati keheningan alam tanpa perlu terkejar-kejar mengikut langkah pendaki pantas, dan tanpa perlu hilang sabar menunggu mereka yang terlalu perlahan. 

Memang pun saya lebih selesa bersendirian. Di atas laluan pendakian, saya adalah nakhoda kepada diri sendiri. Boleh menjaga dan mencatu nafas tanpa risaukan orang lain. Kalau penat sangat boleh berbaring berapa lama suka atas tanah atau batu. Sehingga sudah menjadi kebiasaan. Kalau setakat bukit bukau di sekitar kawasan perumahan solat Maghrib di puncak sudah selalu sebelum turun dalam kegelapan tanpa membawa lampu suluh. Saya membiasakan  diri menyesuaikan mata supaya dapat melihat sedikit sebanyak dalam kegelapan malam.


Kini, pada usia hampir mencecah 56 tahun, boleh dikatakan puncak berketinggian 200 hingga 300 meter dari pangkal sudah menjadi kebiasaan. Sesekali dipilih yang melepasi 500 meter tinggi. Sudah beberapa kali merasa sesat seorang diri dekat puncak dan lereng dalam kegelapan, kena kejang otot lagi... tapi alhamdulillah dapat keluar dengan selamat. Banyak bukit yang pernah diidamkan untuk didaki zaman muda, ketika lebih sihat dan kuat, tetapi tak berkelapangan, dapat dicapai puncak dalam tempoh 3 tahun kebelakangan.  Tubuh ini perlu disedarkan dan dilatih lagi untuk menghadapi cabaran lebih bermakna. Isyarat alam memanggil untuk bersiap sedia.

Bagi seorang pendaki gunung tegar senarai yang bakal dikongsikan mungkin tidak membawa makna apa-apa. Tiada puncak salji yang teknikal atau banjaran ekstrem yang mencabar rekod sukan dunia (walaupun pernah sampai satu puncak bersalji sebenarnya di Switzerland). Namun bagi seorang penulis, pencari sejarah, dan peminat wacana akademik yang taksub dengan jejak tamadun serta makam para wali, senarai ini adalah sebuah diari geografi bagi kehidupan yang aktif dan berfikir. Di sini bertemunya memori kembara zaman muda di Eropah pada tahun 90-an, ziarah spiritual di Jabal Nur dan Jabal Uhud di Tanah Arab, penjejakan makam Wali Songo di Tanah Jawa, sehinggalah kepada bukit bukau di belakang rumah yang setia menyaksikan jatuh bangun fizikal seorang yang sudah berumur tetapi tidak pernah serik mencuba. 

Biar dipersembahkan senarai menurut ketinggian bukit/gunung sehingga paling rendah. Banyak lagi sebenarnya tetapi tidak dimasukkan atas sebab tertentu :-


1. Gunung Kinabalu (4,095 meter dari paras laut)

2. Gunung Irau (2,110m)

3. Gunung Brinchang (2,032m)

4. Gunung Rigi Kulm, Switzerland (1,797m) 

5. Gunung Ulu Kali (1,776m) 

6. Gunung ganang Pulau Samosir, Sumatera Utara (puncak tertinggi 1,698m) – Sampai pada ketinggian 1,560m dengan motosikal

7. Gunung Muria, Jawa Tengah (1,607m) – Sampai ke makam Sunan  Muria 870m.

8. Gunung Nuang (1,493m) 

9. Bukit Gundaling, Sumatera Utara (1,475m) 

10. Bukit Fraser (1,325m) 

11. Gunung Ledang (1,276m) 

12. Bukit Larut (1,250m) 

13. Gunung Jerai (1,217m) 

14. Bukit Tinggi, Pahang (puncak tertinggi sekitar 1,140m) – Sampai Colmar Resort sekitar 784m

15. Gunung Raya, Langkawi (881m) - naik dengan kereta ke puncak

16. Penang Hill (833m) 

17. Gunung Kledang (808m) 

18. Watu Blencong, dekat Purwokerto, Jawa Tengah (673m) 

19. Jabal Nur, Mekah (642m)

20. Castle atas bukit di Salzburg, Austria (sekitar 610m) 

21. Jabal Khandamah, Mekah (610m) 

22. Bukit pemanah Jabal Uhud, Madinah (609m) 

23. Bukit megalith Talago Gunung, Sumatera Barat (568m)

24. Bukit Tokkun, Bukit Mertajam (545m) 

25. Gunung Lambak (510m) 

26. Puncak Suryalaya, Jawa Barat (480m)

27. Bukit Baginda, Negeri Sembilan (450m)

28. Gunung Banang (428m) 

29. Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu (426m) 

30. Bukit Batu Putih dekat Cheras (420m) 

31. Gunung Besout (418m) 

32. Bukit Saga (410m) 

33. Apek Hill (400m+) 

34. Bukit Broga (400m) 

35. Bukit Tabur West (396m)  

36. Gunung Semanggol (390m) 

37. Bukit Pangkor (380m) 

38. Goa Safawardi, Pamijahan, Jawa Barat (359m) 

39. Puncak Setumbu, Borobudur, Jawa Tengah (358m) 

40. Bukit Tanjung Bajau, Kalimantan Barat (350m)

41. Bukit Taisho, Bahau (semua puncak, tertinggi 348m) 

42. Jabal Rahmah, Mekah (338m) 

43. Bukit Lanjan (335m)

44. Bukit Penarikan (332m) 

45. Bukit Engku Busu (331.4m)

46. Bukit tinggi sebelah Ukay Perdana (327m) 

47. Bukit Wang Kelian (304m) 

48. Bukit 300, Lumut  (300+m)  

49. Bukit Singa, Sungai Siput (300+m) 

50. Bukit Ketumbar, Cheras (sekitar 300m) 

51. Puncak Kuil Borobudur (300m) 

52. Bukit Dinding, Keramat, Kuala Lumpur (291m) 

53. Bukit Besi, Sungai Besi (291m) 

54. Bukit Permata, Gombak (286m) – Sampai atas dari Air Terjun Puteri sekitar 220m

55. Bukit Pelindung, Kuantan (285m) 

56. Bukit Kertau, Chenor (266m) 

57. Puncak Ukay Perdana (260m) 

58. Bukit Kiara (258m) 

59. Bukit Gua Madu, Kelantan (255m) – naik tangga ke gua atas sekitar 180m

60. Arthur’s Seat, Edinburgh, Scotland (251m) 

61. Bukit Payung, Parit Sulong (semua puncak, tertinggi 244m) 

62. Bukit Kembara, Ampang (244m) 

63. Bukit Jugra (243m) 

64. Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur (240m)

65. Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim (234m) 

66. Bukit Mor (233m) 

67. Bukit Panau (230m) 

68. Bukit Pengkalan, Pagoh (226m) 

69. Bukit Lanjan West (220+m) 

70. Bukit di Sungai Penchala (220m)  

71. Bukit Montcuq, Perancis (218m) 

72. Bukit Teluk Rubiah (215)m 

73. Bukit Sri Bintang, Kepong, Kuala Lumpur (212m) 

74. Bukit di Taman Melawati (210m) 

75. Bukit di Sungai Pusu menyambung ke Bukit Tabur (210m) 

76. Bukit Sapu Tangan, Shah Alam (204m) 

77. Bukit Kiara yang belah utara Hartamas (200+m) 

78. Mesian Hill/Station B, Cherakah (200+m) 

79. Bukit paling tinggi belakang Sungai Buaya (202m) 

80. Bukit 2RM, Rawang (201m) 

81. Bukit Mutiara Condo dekat Taman TAR, Ampang (190m)

82. Bukit tertinggi Sungai Buaya (180m) 

83. Bukit Papan Tinggi, Barus, Sumatera Utara (175m)

84.  Bukit Khao Deng, Songkhla (184m)  –  sampai kuil dekat puncak sekitar 151m

85. Bukit dekat belakang Apartment Seri Tanjung, Bukit Beruntung (175m) 

86. Bukit dekat rumah sepupu di Raub (171m) 

87. Bukit kedua tertinggi sekitar Sungai Buaya seberang tol (170m) 

88. Puncak Templer (167m)

89. Bukit Pudu Ulu (166m) 

90. Bukit Gua Bama, Lipis (165m) – Naik sampai ke tali sekitar 137m

91. Bukit Gasing (160m) 

92. Bukit Shamsul Bahrin, Beruas (160m) 

93. Bukit belakang kampung Sungai Buaya seberang ke Prima Beruntung (160m) 

94. Bukit Guling Ayam (160m) 

95. Bukit Besar, Kuala Terengganu (160m) 

96. Bukit Damansara (hingga puncak tertinggi152m) 

97. Bukit Damansara Damai (sekitar 150m) 

98. Bukit terserlah dekat padang golf Bukit Beruntung (148m) 

99. Bukit Bandaraya, Bangsar (148m) 

100. Bukit Tunku (puncak tertinggi 141m) 

101. Bukit-bukit dekat Kiambangsari, Sungai Buaya (tertinggi 140m) 

102. Bukit Sri Damansara seberang masjid (135m) 

103. Bukit Gaharu Tea Valley, Gopeng (134m) 

104. Bukit Chandang, Batang Kali (130m) 

105. Bukit Ko Yo, Songkhla (130m) 

106. Bukit Sri Damansara sebelah masjid (129m) 

107. Bukit Phnom Krom dekat Siem Reap (129m) 

108. Bukit sebelah terowong ECRL dekat rumah (127m) 

109. Bukit di Sungai Buaya belakang Speed Mart (124m) – Kali pertama betul-betul mendaki selepas patah kaki.

110. Bukit makam Putri Cempo, Gresik, Jawa Timur (120m) 

111. Bukit Bangkinang, Sumatera (sekitar 120m)

112. Bukit “I love Sabang”, Aceh (116m)

113. Bukit sebelah Japan Department, Universiti Malaya (115m) 

114. Bukit Marak (113.4m) 

115. Bukit makam Sunan Giri (112m) – sampai ke makam Sunan Prapen 93m,

116. Bukit menghadap masjid Sungai Buaya (112m) 

117. Bukit Persekutuan (112m) 

118. Bukit Kasturisari, Sungai Buaya (110m) 

119. Bukit sebelah kampung Orang Asli dekat Prima Beruntung (110m)  

120. Bukit Meriam, Kota Kuala Muda (110m) 

121. Bukit Pantai (110m) 

122. Mount Faber, Singapura (106m) 

123. Bukit Kota (Maharaja Perba Jelai), Kuala Lipis (105m)

124. Bukit belakang masjid Kamala, Phuket (103m) 

125. Bukit Penjajat, sebelah Telaga Simpul, Kemaman (103m) 

126. Bukit Gua Kajang, Lenggong (102 m) 

127. Bukit di Tasik Widuri, Bukit Beruntung (101m) 

128. Bukit Rasah (100m), Seremban

129. Bukit Tepe Restaurant, Istanbul (90m) 

130. Bukit Tanjung Tuan (88m) 

131. Tang Kuan Hill, Songkhla (87m) 


Sebahagian dari pendakian ada direkodkan dalam artikel lama :-


1. Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989 

2. Perjalanan ke Scotland tahun 1993 - Edinburgh dan puncak Arthur's Seat

3. Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995 (Ogos-Sept)

4. Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 (Jun)

5. Meredah hujan lebat ke Cameron Highlands (Dis 1997)

6. Taiping, Bukit Larut dan pusing Pulau Pinang Hari Krismas (Dis 1997)

7. Laluan yang mengingatkan pada zaman sekolah menengah (Jan 1998)

8. Menghabiskan baki cuti kerja di Muar sebelum kembali ke Kuala Lumpur (Jan 1998)

9. Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 (Nov)

10. Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan... (2003)

11. Umrah 2005 - Akhirnya Jabal Nur dan Gua Hira...

12. Lawatan ke Singapura 2006. 'Melawan' penjajah di atas Mount Faber!

13. Mendaki Bukit Panau (2007)

14. Dari Central Market ke Bukit Broga (Jul 2011)

15. Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang (Okt 2011)

16. Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba (Nov 2011)

17. Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau (Nov 2011)

18. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Giri ke makam Sunan Drajat dan Sunan Bonang (Mei 2012)

19. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Muria, Sunan Kudus, Sunan Kalijaga dan Demak. Fasa perjalanan lasak pun bermula... (Mei 2012)

20. Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Pesantren Abah Anom dan makam Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan (Mei 2012)

21. Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Berposing di merata Kelantan sebelum buat kerja gila mendaki Bukit Panau (Sept 2012)

22. Awal Muharam di Tanjung Tuan (Nov 2012)

23. Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Dayang Bunting, Gunung Raya dan Mahsuri (Dis 2012)

24. Ziarah dan umrah 2013 - Keseronokan berada lama di Gua Hira' dan Jabal Nur (Apr)

25. Memanjat bukit-bukau di sekitar rumah baru (Feb 2014)

26. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis? (Sept 2014)

27. Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora (Jan 2017)


30. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Merenung hal Melayu lagi sambil pusing pulau Phuket sebelum berkejar ke Krabi (Dis 2017)

31. Memanjat bukit di Janda Baik anak beranak - Kali pertama setelah lama mengenali tempat (Okt 2018)

32. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Angkor Wat dan kuil-kuil lama di sekitar (Nov 2018)

33. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 - Dari puncak Bukit Mor ke batu nesan Aceh di Jorak dan beberapa tempat berkenaan (Jan 2019)

34. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Puncak Geurute, Marhum Daya dan mencari si mata biru keturunan Portugis di Lamno (Ogos 2019)

35. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka (Ogos 2019)

36. Pantai Timur penghujung 2021 - Membawa bekalan bicara tinggi Tauhid hingga ke puncak Bukit Keluang (Dis 2021)

37. Misi keluarga Laksamana part IV - Bukit Engku Busu, Nakhoda Muhammad Taib dan Bukit Syamsul Bahrin (Ogos 2022)

38. Misi keluarga Laksamana part V - Beruas, Batu Dinding dan Bukit Syamsul Bahrin (Sept 2022)

39. Misi keluarga Laksamana part V - Dari Gunung Keledang ke Banjaran Bintang menunaikan hajat (Sept 2022)

40. Menyahut panggilan Gunung Ulu Kali (Okt 2022)

41. Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang (Dis 2022)

42. Misi kedaulatan Singgora - Membawa keluarga menggapai pengalaman lebih 6 tahun lalu (Mac 2023)

43. Masuk jalan kebun dan panjat bukit sebagai terapi untuk memperdalamkan ilmu (Feb 2024)

44. Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari (Feb 2024)

45. Antara Janda Baik dan ISTAC - Dua tempat kesukaan (Mac 2024)

46. Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu (Ogos 2024)

47. Follow up Bukit Kiara lalu ke ISTAC lama dan Sungai Penchala (Ogos 2024)

48. 'Perimeter walk' di ISTAC Bukit Tunku (Ogos 2024)

49. Dari 31 Ogos hingga masuk 1 Rabiulawal (2024)

50. Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan (Sept 2024)

51. Dari online ISTAC ke fizikal ke Bukit Besi - Masuk sedikit hal rambut panjang... (Sept 2024)

52. Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak (Sept 2024)

53. Sains semulajadi daripada pandangan alam Al-Quran : Adakah perlu? (Sept 2024)

54. Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan (Sept 2024)

55. Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan (Okt 2024)

56. Hari Ta'aruf ISTAC dan 'kelas' pertama juga tentang mendaki bukit (Okt 2024)

57. Meneroka tasik dan bukit di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung 3 petang berturut (Okt 2024)

58. Perjalanan selatan penghujung 2024 - Membawa anak-anak mengecapi pengalaman zaman Sekolah Sains (Dis 2024)

59. Sesat lebih sejam malam 14 Rejab dalam hutan belukar ladang Sungai Buaya/Bukit Beruntung (Jan 2025)

60. 'Berbulan madu' dengan motosikal besar ke Cameron Highland (Jan 2025)

61. Mendaki dua buah bukit boleh tahan tinggi - 'Last kopek' sebelum berpuasa bulan Ramadan (Mac 2025)

62. Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak(Mac 2025)

63. Asbab ke Muar awal Zulkaedah - Menunaikan hajat yang sudah lebih 40 tahun tertunda (Mei 20(25)

64. Pelbagai hal dalam 2 minggu kebelakangan (Mei 2025)

65. Asbab majlis di Jelai - Dapat mendaki 3 bukit merangkumi 12 puncak setelah lama menyimpan hajat (Jun 2025)

66. Jejak Langkasuka 2025 - Ma'al Hijrah di Singgora (Jun)

67. Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau (Ogos 2025)

68. Asbab isteri ke Redang - Dari Gunung Ulu Kali ke Bukit Tabur (Ogos 2025)

69. Menyahut panggilan Bukit Pengkalan di Pagoh (Ogos 2025)

70. Ringkasan aktiviti 12 hari terakhir Ogos (2025)

71. Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Sekitar Pagaruyung lagi sebelum ke Pariangan dan lain tempat (Sept 2025)

73. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam (Okt 2025)

74. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol (Okt 2025)

75. Tinjauan beberapa puncak bukit di Kuala Lumpur (Okt 2025)

76. Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung (Okt 2025)

77. Antara santai outdoor bersama isteri, majlis Maulud dan melaksanakan Merah Silu Live di Tiktok (Nov 2025)

78. Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul (Feb 2026)

79. Umrah sekeluarga 2026 - Dari Jabal Thur ke Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat (Feb 2026)

80. Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-3 dari Taif lalu menuju kebotakan (Feb 2026)

81. Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan (Feb 2026)

82. Umrah sekeluarga 2026 - Sehari lagi di Istanbul (Feb 2026)

83. Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar (Jul 2026)


Hmm. Letih juga hendak mencari artikel menunjukkan panjat bukit dan/atau gunung. Banyak  sebenarnya tidak diceritakan langsung dalam CATATAN SI MERAH SILU. Ada pula cuma disebut sepintas lalu dalam artikel ilmu dan sebagainya lalu tidak dimasukkan dalam senarai. Cukuplah sedikit ini untuk menunjukkan saya agak kemaruk mendaki bukit dan gunung. 


Khamis, Oktober 01, 2026

Aku, buku dan perjalanan

OK. Kesinambungan gerak penulisan daripada artikel Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara. 



Seorang yang sayangkan ilmu haruslah juga seorang yang rajin membaca.




Kali ini mahu ditunjukkan buku-buku yang disimpan di rumah.









Buku-buku ini meliputi banyak bidang ilmu.







Dengan itu ada kena mengena dengan tanjak dan pakaian kepala seperti songkok dan sebagainya.



Ini menggambarkan pelbagai sudut fikir.



Namun akal fikiran tidak akan begitu berkesan kalau tidak ada kekuatan dan kelincahan tubuh badan untuk mempertahankannya. Ini boleh digambarkan dengan sedikit senjata tradisi yang dimiliki.



Berbalik pada buku. Menumpu kepada bahagian ini di mana terdapat buku-buku tulisan saya di atas kiri, buku-buku berkenaan Tasawuf di sebelahnya, dan buku-buku sejarah. Buku tulisan sendiri itu, 15 tajuk setakat ini boleh dilihat pada sidebar kiri blogspot. Kalau menggunakan  telefon pintar sila skrol ke bawah dan klik "Paparan versi web" .



Bawah lagi terdapat salinan fotostat buku dan sejumlah cetakan berjilid...



Ada beberapa merupakan cetakan rancangan panduan bagi perjalanan yang telah berlalu.



Sejumlah perjalanan telah dirancang dengan teliti laluan bagi setiap hari dan tempat-tempat yang mahu disinggahi. Sepanjang perjalanan direkodkan belanja untuk dipantau dan dibandingkan supaya tidak lari jauh daripada cadangan belanjawan asal. Apabila selesai, barangan berkenaan seperti tiket muzium dan peta yang diperolehi dalam perjalanan diketipkan di dalam cetakan.

Setiap satu boleh dijadikan buku untuk bacaan umum. Ada cukup bahan. Jangkauan dan keaktifan membuat perjalanan boleh dilihat melalui artikel lama Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 diikuti 77 perjalanan yang ada tersenarai dalam Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara.



Pun begitu cuma satu sahaja perjalanan sebenarnya pernah dijadikan buku. Lihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca. Dua lagi perjalanan dibuat kerana memang keperluan untuk mengisi buku. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC diikuti Projek buku keretapi (2010).