Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, September 25, 2019

Melihat balik makna 'Atas Angin' dan perkara-perkara berkaitan

Bersambung daripada Wacana Silat Hang Tuah di Perpustakaan Negara pula...


Pagi tadi Rabu 25 September 2019 saya ke Kuala Lumpur lagi untuk majlis ilmu.


Kali ini udara sepanjang jalan kelihatan baik dan langit pun tidak berjerubu. Nampaknya akibat hujan lebat di merata tempat malam semalam disertai pertukaran arah angin monsun katanya...


Majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Melayu) ini merupakan diskusi buku di institusi untuk bulan September. Tajuk buku, "Revisiting Atas Angin : A Review of the Malay Imagination of Rum, Feringghi and the Penjajah" boleh diterjemahkan sebagai "Melihat Balik Atas Angin : Satu Ulasan tentang Khayalan Orang Melayu Tentang Rum, Feringghi dan Penjajah". Untuk pengetahuan Atas Angin adalah satu terma untuk merujuk kepada negara-negara di atas batas tertentu geografi. Orang Barat Eropah dirujuk terutama dalam konteks penjajahan bermula dengan penaklukan Portugis terhadap Kota Melaka tahun 1511.


Buku adalah tulisan Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican. Beliau baru memegang jawatan ketua unit Tamadun Melayu Islam di ISTAC kira-kira 2 bulan lalu.


Namun Murad (paling kiri) yang sudah menulis beberapa tajuk buku melibatkan dunia pemikiran orang Melayu sering ke majlis-majlis ilmu di ISTAC sejak lebih setahun lalu. Mempengerusikan majlis adalah Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar (duduk tengah)


Selepas diperkenalkan oleh Osman, Murad membuka cerita panjang lebar kenapa dia menulis buku. Diceritakan penglibatan beliau dalam dunia akademik terutama dalam bidang sosiologi di beberapa universiti sejak tahun 1986. Didapati ada keperluan untuk mengkaji dan mengumpul segala macam bahan tentang bagaimana orang Melayu melihat 'Orang Putih' sejak zaman berzaman. Buku dalam bahasa Inggeris ini ditulis sebagai yang pertama antara 3 dalam satu siri terbitan Perdana Leadership Foundation (Yayasan Kepimpinan Perdana) yang diketahui Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir. 

Sumber-sumber teks lama dan klasik Melayu seperti kitab Sulalatus Salatin karangan Bendahara Johor, Tun Sri Lanang abad ke-17 Masihi dirujuk. Penghuraian dibuat mengenai kisah Panglima Awang berdasarkan novel Harun Amirrashid  (1958) juga Hikayat Abdullah Munshi yang dikarang seabad lebih awal.


Sampai masa untuk memberikan maklum balas, pengulas pertama Profesor Emeritus Datuk Muhammad Abu Bakar yang merupakan seorang research fellow ISTAC menyatakan rasa terganggu terhadap penggunaan perkataan Atas Angin. Kata beliau ia boleh terus memberikan gambaran bersifat negatif yang memundurkan orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Atas Angin' itu sendiri bersifat superior atau lebih tinggi berbanding kita orang-orang negeri 'Bawah Angin'. Terus menjelma dalam fikiran saya Orang Putih kentut 'atas angin' tetapi dia tidak berbau langsung. Ini kerana kentut dibawa turun ke 'bawah angin' lalu kita orang Melayu yang kena.

Seterusnya disarankan bahan-bahan bacaan tambahan yang pada beliau harus dikaji dan diambil kira oleh Murad untuk menjadikan buku lebih mantap. Kata beliau apa yang dikongsikan Murad belum cukup mendalam. Seharusnya dibuat kajian lebih terperinci tentang sastera, budaya, sejarah dan cara fikir orang-orang Barat sepertimana para pengkaji dan pentadbir mereka yang terkenal, Raffles, Wilkinson, Shellabear dan sebagainya telah melakukan terhadap orang Melayu.


Hal sama tentang Atas Angin membawa konotasi lebih tinggi turut disebut pengulas kedua Dato' Halimah Mohd Said. Turut disebut bagaimana orang kita yang biasanya berkulit lebih gelap memandang tinggi mereka yang berkulit putih. Tetapi beliau yang diperkenalkan sebagai seorang penulis buku yang ayahnya adalah mantan seorang Menteri Besar Negeri Sembilan  lebih lembut mengkritik sebelum memuji buku sebagai satu hasil bagus yang boleh dirujuk. Melihat daripada sudut seorang yang pernah agak lama menetap di London dan sebagainya beliau memberitahu terdapat juga sisi-sisi lemah orang Barat yang boleh dilihat sebagai realiti sebenar kehidupan. Sebaliknya sisi-sisi hebat yang sering dilihat orang kita yang tidak pernah menetap di luar negara muncul disebabkan orang-orang Barat yang dihantar ke Tanah Melayu itu memang berpendidikan tinggi dan terpilih daripada kalangan mereka.


Masuk soal jawab muncul pelbagai persoalan dan pandangan hangat menjadikan majlis seperti medan untuk membentuk naratif baru membela orang Melayu dan Islam terhadap pandangan-pandangan pro-Barat yang berat sebelah. Oh. Murad ada menyebut bahawa buku juga ditulis sebagai reaksi terhadap Malay bashing - serangan terhadap orang Melayu seperti menyoal asal usul dan identiti - yang katanya dilihat wujud dilakukan pelbagai pihak sejak tahun 1996 di Internet tetapi cuma mulai jelas selepas tahun 2000. Turut disebut, diulas dan dikritik juga oleh hadirin termasuk saya adalah sudut pandang Barat yang mengenepikan aspek suci keagamaan yang membentuk peribadi sebenar Melayu. Sesungguhnya memang perlu usaha untuk menerbitkan satu naratif Melayu yang gah berasaskan kebenaran demi menghadapi cabaran akhir zaman.


1 ulasan:

Si Taji berkata...

Boleh jadi ke maksud atas angin n bawah angin tu sebenarnya adalah satu jaluran angin yg diperlukan dalam konteks pelayaran? Sekadar pendapat peribadi..