Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Februari 26, 2019

Tentang orang Terengganu dan kehidupan mereka - Bicara buku yang ke-2 di ISTAC

Salam semua. Merujuk kepada artikel Tentang tabiat suka menulis berkongsi fikir dan rasa yang disiarkan Ahad lalu. Ada disebut saya bercadang untuk berkongsi cerita tentang 3 majlis ilmu yang dihadiri hari Sabtu, 1 tentang majlis ilmu hari Isnin (semalam). Rasanya lebih elok dipersembahkan dahulu yang semalam kerana lebih segar dalam ingatan. Yang hari Sabtu akan cuba dipersembahkan esok, lusa dan hari seterusnya insyaallah.



Merujuk kepada artikel Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC? yang dipersembahkan hujung bulan lepas. Ada disebut ketika itu telah diadakan satu sesi diskusi sebuah buku di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam. Ia adalah majlis diskusi buku pertama diadakan di tempat saya sedang belajar itu. Diskusi buku mahu diadakan sekali setiap bulan lalu semalam sampailah masanya untuk sesi kedua berlangsung.




Adapun sudah dipersetujui bahawa buku-buku akan dibincangkan secara bergilir, selepas buku berbahasa Inggeris harus buku berbahasa Melayu dan begitulah seterusnya. Kali ini tajuk buku adalah "Orang Terengganu : Asal Usul, Arus Hidup dan Hala Tuju" susunan cendekiawan tersohor Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar. Oh. Poster menyebut namanya sebagai Profesor Datuk Muhammad Abu Bakar. Bila semak di Google tak jumpa. Kalau Profesor Dato' Mohammad Abu Bakar itu memang orangnya.  

Ternyata terdapat banyak artikel tentang beliau atau melibatkan pandangan jika tidak pun sekadar menyebut namanya sebagai seorang tokoh. Maka benarlah beliau seorang cendekiawan tersohor seperti disebut dalam Facebook ISTAC tentang majlis.  Cuma nama sahaja tersilap ejaan.

Saya sebut ini kerana sebetulnya tidak mengetahui tentang status tinggi beliau dalam dunia akademik juga bidang kemasyarakatan. Saya cuma ada sekali dua terserempak di ISTAC di mana Mohammad memperkenalkan diri sebagai penulis tamu. Semakan Google yang baru dibuat tadi menunjukkan beliau adalah pakar di Jabatan Kajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya. Oleh itu sudut pandangnya sering diminta dalam pelbagai hal termasuk perkembangan politik negara malah hal kehilangan pesawat MH370 suatu masa lalu. 




Kali ini beliau bercakap tentang satu perkara yang lebih down to earth, turun ke muka bumi. Kelihatan di tengah gambar Mohammad memulakan bicara. Di kiri gambar adalah Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar yang bertindak memperkenalkan majlis. Di kanan adalah Profesor Datuk Dr Awang Sariyan sebagai moderator dan pengerusi diskusi.

Harus diberitahu saya sampai ke majlis ketika Mohammad telah memulakan bicara. Kemudian baru  tahu Awang telah memperkenalkan beliau sebagai bekas pemegang Kerusi Tun Razak di Ohio University, Amerika Syarikat, satu kerusi kecendekiawanan berprestij tinggi. Tidak juga saya ketahui ketika itu Mohammad memberikan pengenalan dengan memperbetulkan salah tanggap yang mungkin wujud dalam minda sesetengah orang terhadap buku. Kata beliau ia bukanlah bersifat myopic iaitu berpandangan kecil/dekat sahaja, parochial iaitu terhad kepada skop tertentu mahupun assobiyah atau bersifat kedaerahan. Ia meliputi sudut pandang dan fikiran yang lebih luas demi menyumbang kepada usaha pensejarahan negara.




Sesuai dengan tajuk buku Mohammad yang juga merupakan seorang anak Terengganu bercakap tentang pelbagai aspek orang Terengganu. Asal usul merujuk kepada dari manakah asal orang Terengganu secara umum kemudian kelompok-kelompok tertentu. Misalnya kelompok dari Riau, Patani dan Siak. Atas sebab apa mereka datang lalu membentuk masyarakat Terengganu. Tentang golongan Sayyid yang datang dari Tanah Arab, mereka yang memakai gelaran atau nama hadapan Wan, Che, Tuan. Disebut juga tentang asal usul Kesultanan Terengganu. Semua ini terkait dengan faktor geografi dan sosio-politik yang luas walaupun menjurus kepada cerita orang Terengganu. Namun penumpuan diberikan kepada kehidupan masyarakat biasa dan kebanyakan kerana sudah banyak sastera memperkatakan tentang istana dan golongan atasan.




Selepas beberapa lama pengulas pertama Dr. Mohamad Zain Musa pun membuka bicara. Berasal daripada kelompok orang Melayu Champa yang sudah beberapa generasi menetap di Kemboja (Kampuchea/Kemboja) beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.




Diberikan sedikit perincian berupa penerangan umum tentang 57 bab dalam 484 muka surat buku yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A adalah jurai keturunan (16 bab). Ini yang disebut tadi mengandungi asal usul keturunan Wan, Syed (Sayyid) dan sebagainya. Zain sebagai orang Melayu Cham Kemboja pun memberikan penumpuan kepada Bab 12. 

Di situ diceritakan tentang kedatangan beramai-ramai orang Melayu Kemboja (berasal dari Champa sebenarnya tetapi kerajaan mereka sudah ditelan Vietnam) ke Terengganu yang lari daripada pergolakan di Kemboja, Laos dan Vietnam tahun 1975. Ada di antara mereka menjadi orang berjaya. Seorang iaitu Ustaz Talib A. Rahman pernah menjadi Tokoh Ma'al Hijrah Terengganu.




Bahagian B adalah tentang jalur dan jejak kehidupan (15 bab). Termasuk dalam bahagian adalah kehidupan orang Terengganu juga tentang tokoh-tokoh tertentu. Menurut Zain jalur penyebaran agama Islam di Terengganu tidak asing bagi orang Terengganu. Jika dahulu Kelantan dan Patani menjadi tumpuan anak muda Kemboja untuk belajar agama kini Terengganu menjadi tarikan terutama untuk menghafal Al-Quran.




Bahagian C iaitu bab-bab seterusnya adalah tentang tokoh-tokoh legenda. Sama ada cerita tentang mereka adalah berasas atau tidak, mereka benar-benar wujud atau sebaliknya ia harus diambil kira kerana ada jurai keturunan sekarang yang disabitkan dengan mereka.  




Secara rata Zain mendapati penceritaan buku Orang Terengganu bermula daripada abad ke-18. Walaupun tidak dinyatakan sebegitu rupa saya melihat ia adalah kritikan lembut terhadap buku kerana beliau menyebut tentang penemuan Gendang Dongson yang sudah wujud beratus tahun lebih awal juga Batu Bersurat Terengganu yang dikatakan ditulis pada tahun 1303 Masihi. 




Pun begitu tahniah diucapkan kepada Mohammad kerana berjaya menghasilkan buku. Sebetulnya terdapat 35 orang penulis menyumbangkan isi. Tetapi daripada 57 bab buku 16 bab bersamaan 28% adalah tulisan Mohammad.




Seterusnya sampai giliran pengulas kedua Encik Zahari Awang memberikan maklum malas. Pakar komputer dan pengurusan ini adalah seorang anak Kelantan yang meminati sejarah. Beliau mengaku tidak sempat memperhalusi kesemua isi buku lalu membaca butiran-butiran penting sahaja.




Beliau mahu memberikan apa yang disebutnya sebagai helicopter view, satu pandangan 'dari tempat tinggi berlegar di udara' (perkataan saya). Menurut Zahari, walaupun buku cukup mantap ada lagi yang perlu ditonjolkan seperti jelas tersebut dalam slaid beliau...








Pada Zahari amat penting dimasukkan hal Terengganu pernah bersama dengan Kelantan dan Patani dalam satu kerajaan induk lama yang dikenali sebagai Langkasuka.




Kaitan lama dengan kerajaan Melayu Champa (yang kini sudah hilang menjadi sebahagian daripada Vietnam itu) juga harus ditonjolkan.




Ia adalah sejarah lama yang tidak boleh diketepikan kalau buku Orang Terengganu itu mahu menjadi lebih luas pandangan.




Lain-lain perkara yang disebut Zahari tidak perlulah diulas ya. Lihat sahaja slaid-slaid yang dikongsikan...
























Yang ini saya boleh ulas sedikit kerana kelihatan begitu informatif (bermaklumat) dan sangat bagus untuk memajukan negeri dan negara. Ia adalah maklumat baru buat saya. Yang lain-lain disebutnya itu sudah lama saya perolehi daripada pelbagai sumber.

Zahari menunjukkan satu set statistik tentang perkembangan kemanusiaan (human development)  dan purata pendapatan kasar. KDNK iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar. Hmm... ada rasa sedikit keliru pula melihat nombor-nombor...

Sebagai pendapatan kasar keseluruhan negeri atau negara ia haruslah berjumlah bermilion atau berbillion, bukan setakat ribu-ribu. Mungkin ada tertinggal perkataan juta pada kurungan atas. Kalau purata bagi penduduk maka ia harus bermaksud suatu jumlah itu adalah pendapatan kasar setahun bagi seorang penduduk. Nampaknya itulah kesnya (saya bukan orang Ekonomi). 

Apapun yang hendak ditunjukkan adalah HDI (Human Development Index) dan KDNK Terengganu adalah rendah. Cuma timbul rasa keliru mengingatkan kata beliau bahawa KDNK di Amerika Syarikat (ke negara maju? Sudah terlupa yang mana) adalah USD12,000.  Senarai di atas menunjukkan negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang sudah melepasi tahap tersebut. Purata untuk seluruh Malaysia pula lebih USD10,000...




Dalam hal KDNK Terengganu kelihatan hasil pendapatan melalui royalti petroleum belum cukup untuk melonjakkan taraf pendapatan negeri secara keseluruhan. Tetapi menurut Zahari HDI atau bahasa Melayunya Indeks Pembangunan Manusia boleh diperbetulkan dengan mudah kerana yang menyebabkan ia rendah adalah taraf kehidupan Orang Asli Terengganu yang jumlahnya cuma 200-500 orang Oleh itu ia boleh dilonjakkan dengan mengangkat taraf kehidupan mereka, misalnya dengan memberikan setiap seorang sekeping tanah rancangan FELDA Menarik maklumat dan saranan ini namun apabila difikirkan balik sudah lari jauh daripada skop ulasan buku. 




Mungkin Zahari sekadar mahu mengambil peluang akibat Mohammad sedia mendengar. Nampaknya beliau mahu anak Terengganu itu menggunakan pengaruh untuk mengangkat saranan kepada pihak atasan.  Pengulas ketiga Dato' Baharuddin Ahmad (tengah dalam gambar) pula merupakan seorang pensyarah awal di ISTAC (sekitar tahun 1990an katanya). Beliau membuka bicara dengan menyatakan pernah bersama dengan Awang Sariyan mengambil kelas Falsafah Islam di bawah Osman (Prof Osman Bakar) semasa membuat ijazah sarjana muda di UKM.




Beliau kemudian menyarankan agar setiap faktor sejarah dalam buku Orang Terengganu dijadikan sambung menyambung seperti jalan-jalan yang dapat dihubungkan dengan lebuh-lebuh raya besar sehingga membentuk pensejarahan yang lebih luas. Dengan itu beliau meminta cerita ulamak besar Terengganu abad ke-17 iaitu Sheikh Abdul Malik @ Tok Pulau Manis diangkat - apakah yang membuat tokoh tersebut berguru dengan ulamak besar Aceh Sheikh Abdul Rauf Singkel kemudian menyambung ke Mekah? Kenapa memilih untuk membuat terjemahan dan syarah bahasa Melayu ke atas kitab Hikam karangan Sheikh Ibnu Athoilah daripada Tariqat Syadziliyah. Cukuplah perkongsian tentang majlis.


Tiada ulasan: