Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, April 08, 2018

Jejak Wasilah Patani - Melawat masjid-masjid dan meninjau Sungai Patani dari pelbagai sudut sambil melengkapkan apa yang kurang

Salam. Artikel ini, cerita keseluruhan hari ke-4 perjalanan saya dan keluarga ke Patani 19-25 Mac asalnya mahu dipersembahkan pada hari Khamis 3 hari lalu. Tetapi disebabkan kepenatan dan muncul banyak hal hari ini baru ada kesempatan. Selepas membuat 5 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 12 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru artikel ini sendiri dapat disajikan Maka bersambunglah penceritaan daripada artikel Jejak Wasilah Patani - Bersyarah di Prince of Songkla University sebelum menjejak makam-makam bersejarah di sekitar wilayah.


Saya membuka pagi Khamis 22 Mac 2018 dengan meninjau pemandangan Sungai Patani dari kawasan kolam renang hotel tempat saya menginap. Lihat Patani river from the hotel swimming pool.


Jam 8.50 isteri dan anak-anak turun untuk mencuba barangan senaman di gym hotel.


Selepas puas berpeluh sakan baru kami anak beranak mandi kolam...


Jam 11 kami keluar dengan niat mahu melengkapkan apa-apa lawatan yang tidak sempat dibuat pada hari sebelumnya.


Kami mulakan dengan singgah di sebuah masjid yang letaknya cuma 400 meter sahaja dari hotel.


Kedudukannya di tepian Sungai Patani memberikan pemandangan menarik sekitar. Lihat artikel-artikel berikut :-






Perjalanan diteruskan untuk melihat satu legasi raja-raja Patani daripada keturunan kerabat diraja Kelantan yang pernah bertakhta 1845-1902. Lihat Masjid (Mosque of) Raja Patani, Cabang Tiga.


Kewujudannya baru kami tahu hari sebelumnya daripada saudara Zawawi yang membawa kami dan kenalan, Nik Rakib menziarahi beberapa tempat bersejarah hari Rabu. Rujuk balik artikel Jejak Wasilah Patani - Bersyarah di Prince of Songkla University sebelum menjejak makam-makam bersejarah di sekitar wilayah.


Daripada orang di masjid pula kami dapat tahu ada kota istana raja Patani masih wujud tidak jauh dari masjid.


Cuma ia tidak segah kota dan istana yang kita biasa lihat, dengar ataupun faham. Kerajaan Patani memang sebuah Kesultanan Melayu Islam yang besar dan hebat. Tetapi kedudukan dan keberadaannya kemudian direndahkan sejak kalah kepada kerajaan Thai yang berpusat di Bangkok tahun 1785. Hal ini seperti tersurat pada keadaan kota yang dapat dilihat sekarang. Lihat Istana raja Patani (Palace of the kings of Patani) , Cabang Tiga.


Keluar dari kawasan kota menuju ke pusat bandar Patani terletak masjid ini lalu kami pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Rim Khlong, Patani.


Sampai ke pusat bandar terus singgah ke masjid moden paling utama di Patani. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Patani.


Dari situ kami bergerak ke luar bandar menghala ke arah timur.


Terlihat bangunan ini dengan pelbagai ukirannya pun terasa mesti singgah. Lihat Satu bangunan menarik ke timur bandar Patani (An attractive building to the east of Patani town).


Ke timur lagi kelihatan masjid ini lalu kami pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of), Nurussalam, Ban Bana, Patani. Sebetulnya tujuan utama kami keluar kali ini adalah untuk mencari satu makam yang ada dalam senarai mahu dilawati tetapi terlupa hendak bertanya atau memberitahu kepada Nik Rakib dan Zawawi yang membawa kami berjalan-jalan hari Rabu. Nak jadi cerita tergerak saya bertanya pada orang di masjid...


Alhamdulillah ada orang tahu malah kedudukannya cukup dekat dengan masjid, cuma terlindung dan kena masuk kawasan pendalaman. Seorang ahli masjid malah menawarkan diri untuk membawa kami ke sana. Makam tersebut adalah milik seorang ulamak besar dahulukala yang menurut riwayat turut bertanggungjawab mengIslamkan raja pertama Patani. Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Safiyuddin Abbasi.



Dari makam dah tak berapa jauh ke Perigi Hang Tuah.



Dari perigi pula boleh berjalan kaki menyeberang jalan besar untuk sampai ke Masjid Kerisek yang sangat terkenal dalam sejarah kerajaan Patani.


Tercapailah hajat isteri untuk melihat keadaan masjid waktu siang. Dulu dalam perjalanan jauh ke Thailand penghujung tahun 2017 kami sampai lewat malam. Lihat The family's first day look at Masjid Kerisek.


Dari Kerisek kami menghala kembali ke pusat bandar Patani melalui satu jambatan tinggi.. Lihat Going up the high bridge across Patani river.


Tidak lama selepas turun dari jambatan ternampak masjid ini lalu terasa hendak singgah.


Pada mimbar masjid kelihatan ukiran berbentuk keris bersilang dengan sarungnya. Seingat saya inilah kali pertama melihat ukiran keris dalam masjid di Patani malah dalam mana-mana masjid yang pernah saya lawati seumur hidup. Lihat Masjid dekat jambatan tinggi Patani (Mosque near the high bridge of Patani).


Sampai ke pusat bandar terus singgah ke kuil pasak Patani. Lihat Kuil pasak (Pillar shrine of) Patani



Tentang apakah itu kuil pasal saya pernah memberikan sedikit penerangan pada pertengahan artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - 'Menghidu aroma' sejarah lama Bangkok sebelum kembali ke arah selatan yang disajikan 2 bulan lalu. Sekarang biar ditambah dengan kata-kata yang timbul secara spontan ketika mahu berkongsi di FaceBook tentang kuil tersebut...


PASAK YANG MENGIKAT PATANI SUPAYA SENTIASA TUNDUK DI BAWAH KUASA PUSAT?

Difahamkan kuil-kuil pasak wujud di Thailand untuk 'mengikat' suatu wilayah menurut prinsip kebatinan dalam agama Buddha. Tetapi Patani adalah sebuah wilayah Islam... yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam. Jadi bagaimana ya kuil ini 'mengikat' atau mempasak Patani sebenarnya? Fikir-fikirkan..



Tidak jauh dari kuil ada jambatan rendah yang memberikan pemandangan menarik Sungai Patani. Lihat  Patani river from town centre bridge.



Di satu hujung jambatan terdapat satu monumen yang sekaligus mengingatkan zaman kebesaran Kesultanan Islam Patani abad ke-17 dengan zaman kejatuhan yang bermula penghujung abad ke-18. Lihat Replika meriam Sri Patani (Replica of Sri Patani cannon).


Sesi ziarah menziarahi hari Khamis itu ditutup di tempat ini. Lihat Masjid Pakistan (Pakistan mosque of) Patani. Kedudukan masjid dekat dan kelihatan dari jambatan mengharuskan ia untuk diziarahi. Selesai itu lewat petang baru kami kembali berehat di hotel.

.

Tiada ulasan: