Salam. Artikel ini, cerita keseluruhan hari ke-4 perjalanan saya dan keluarga ke Patani 19-25 Mac asalnya mahu dipersembahkan pada hari Khamis 3 hari lalu. Tetapi disebabkan kepenatan dan muncul banyak hal hari ini baru ada kesempatan. Selepas membuat 5 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 12 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru artikel ini sendiri dapat disajikan Maka bersambunglah penceritaan daripada artikel Jejak Wasilah Patani - Bersyarah di Prince of Songkla University sebelum menjejak makam-makam bersejarah di sekitar wilayah.
Saya membuka pagi Khamis 22 Mac 2018 dengan meninjau pemandangan Sungai Patani dari kawasan kolam renang hotel tempat saya menginap. Lihat Patani river from the hotel swimming pool.
Jam 8.50 isteri dan anak-anak turun untuk mencuba barangan senaman di gym hotel.
Selepas puas berpeluh sakan baru kami anak beranak mandi kolam...
Jam 11 kami keluar dengan niat mahu melengkapkan apa-apa lawatan yang tidak sempat dibuat pada hari sebelumnya.
Kami mulakan dengan singgah di sebuah masjid yang letaknya cuma 400 meter sahaja dari hotel.
Kedudukannya di tepian Sungai Patani memberikan pemandangan menarik sekitar. Lihat artikel-artikel berikut :-
Perjalanan diteruskan untuk melihat satu legasi raja-raja Patani daripada keturunan kerabat diraja Kelantan yang pernah bertakhta 1845-1902. Lihat Masjid (Mosque of) Raja Patani, Cabang Tiga.
Kewujudannya baru kami tahu hari sebelumnya daripada saudara Zawawi yang membawa kami dan kenalan, Nik Rakib menziarahi beberapa tempat bersejarah hari Rabu. Rujuk balik artikel Jejak Wasilah Patani - Bersyarah di Prince of Songkla University sebelum menjejak makam-makam bersejarah di sekitar wilayah.
Daripada orang di masjid pula kami dapat tahu ada kota istana raja Patani masih wujud tidak jauh dari masjid.
Cuma ia tidak segah kota dan istana yang kita biasa lihat, dengar ataupun faham. Kerajaan Patani memang sebuah Kesultanan Melayu Islam yang besar dan hebat. Tetapi kedudukan dan keberadaannya kemudian direndahkan sejak kalah kepada kerajaan Thai yang berpusat di Bangkok tahun 1785. Hal ini seperti tersurat pada keadaan kota yang dapat dilihat sekarang. Lihat Istana raja Patani (Palace of the kings of Patani) , Cabang Tiga.
Keluar dari kawasan kota menuju ke pusat bandar Patani terletak masjid ini lalu kami pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Rim Khlong, Patani.
Sampai ke pusat bandar terus singgah ke masjid moden paling utama di Patani. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Patani.
Dari situ kami bergerak ke luar bandar menghala ke arah timur.
Terlihat bangunan ini dengan pelbagai ukirannya pun terasa mesti singgah. Lihat Satu bangunan menarik ke timur bandar Patani (An attractive building to the east of Patani town).
Ke timur lagi kelihatan masjid ini lalu kami pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of), Nurussalam, Ban Bana, Patani. Sebetulnya tujuan utama kami keluar kali ini adalah untuk mencari satu makam yang ada dalam senarai mahu dilawati tetapi terlupa hendak bertanya atau memberitahu kepada Nik Rakib dan Zawawi yang membawa kami berjalan-jalan hari Rabu. Nak jadi cerita tergerak saya bertanya pada orang di masjid...
Alhamdulillah ada orang tahu malah kedudukannya cukup dekat dengan masjid, cuma terlindung dan kena masuk kawasan pendalaman. Seorang ahli masjid malah menawarkan diri untuk membawa kami ke sana. Makam tersebut adalah milik seorang ulamak besar dahulukala yang menurut riwayat turut bertanggungjawab mengIslamkan raja pertama Patani. Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Safiyuddin Abbasi.
Dari makam dah tak berapa jauh ke Perigi Hang Tuah.
Dari perigi pula boleh berjalan kaki menyeberang jalan besar untuk sampai ke Masjid Kerisek yang sangat terkenal dalam sejarah kerajaan Patani.
Tercapailah hajat isteri untuk melihat keadaan masjid waktu siang. Dulu dalam perjalanan jauh ke Thailand penghujung tahun 2017 kami sampai lewat malam. Lihat The family's first day look at Masjid Kerisek.
Dari Kerisek kami menghala kembali ke pusat bandar Patani melalui satu jambatan tinggi.. Lihat Going up the high bridge across Patani river.
Tidak lama selepas turun dari jambatan ternampak masjid ini lalu terasa hendak singgah.
Pada mimbar masjid kelihatan ukiran berbentuk keris bersilang dengan sarungnya. Seingat saya inilah kali pertama melihat ukiran keris dalam masjid di Patani malah dalam mana-mana masjid yang pernah saya lawati seumur hidup. Lihat Masjid dekat jambatan tinggi Patani (Mosque near the high bridge of Patani).
Sampai ke pusat bandar terus singgah ke kuil pasak Patani. Lihat Kuil pasak (Pillar shrine of) Patani.
Tentang apakah itu kuil pasal saya pernah memberikan sedikit penerangan pada pertengahan artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - 'Menghidu aroma' sejarah lama Bangkok sebelum kembali ke arah selatan yang disajikan 2 bulan lalu. Sekarang biar ditambah dengan kata-kata yang timbul secara spontan ketika mahu berkongsi di FaceBook tentang kuil tersebut...
PASAK YANG MENGIKAT PATANI SUPAYA SENTIASA TUNDUK DI BAWAH KUASA PUSAT?
Difahamkan kuil-kuil pasak wujud di Thailand untuk 'mengikat' suatu wilayah menurut prinsip kebatinan dalam agama Buddha. Tetapi Patani adalah sebuah wilayah Islam... yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam. Jadi bagaimana ya kuil ini 'mengikat' atau mempasak Patani sebenarnya? Fikir-fikirkan..
Tidak jauh dari kuil ada jambatan rendah yang memberikan pemandangan menarik Sungai Patani. Lihat Patani river from town centre bridge.
Di satu hujung jambatan terdapat satu monumen yang sekaligus mengingatkan zaman kebesaran Kesultanan Islam Patani abad ke-17 dengan zaman kejatuhan yang bermula penghujung abad ke-18. Lihat Replika meriam Sri Patani (Replica of Sri Patani cannon).
Sesi ziarah menziarahi hari Khamis itu ditutup di tempat ini. Lihat Masjid Pakistan (Pakistan mosque of) Patani. Kedudukan masjid dekat dan kelihatan dari jambatan mengharuskan ia untuk diziarahi. Selesai itu lewat petang baru kami kembali berehat di hotel.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan