Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 29, 2024

Jurang antara akal dan wahyu tidaklah sejauh yang kamu sangka

OK. Selesai dikongsikan artikel Pusing Putraya atas asbab rumah terbuka raya baru boleh masuk cerita majlis ilmu terbaru di ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Tamadun Islam).



Tajuk majlis ilmu kali ini boleh diterjemahkan sebagai "Jurang antara Akal dan Wahyu Tidaklah Sejauh yang Kamu Sangka". Disampaikan oleh pemegang Kursi Al-Ghazali di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar sebagai episod ke-5 dalam siri Wacana Falsafah Kursi Al-Ghazali 2024 pada petang Jumaat 26 April 2024 bersamaan 17 Syawal 1445 Hijriah ia terbit akibat perbincangan dan soal jawab daripada episod terdahulu iaitu sebelum bulan puasa. Lihat Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari.



Tidak seperti majlis yang diceritakan dalam Sepintas lalu Seminar Antarabangsa Pembaharuan Pemikiran dan Tamadun Islam di ISTAC, berlaku pada 23-24 April, saya dapat hadir secara fizikal kerana isteri boleh bekerja dari rumah hari Jumaat lalu boleh menguruskan anak. Dengan itu dapat juga menunaikan solat Jumaat di ISTAC.




Pun begitu saya telah menguruskan anak  terlebih dahulu dengan menghantar ke sekolah kebangsaan pagi sebelum jam 7.30 kemudian mengambil balik jam 11.50. Selepas itu baru bertolak ke Kuala Lumpur. Isteri boleh uruskan untuk sekolah agama petang. Sempat makan tengah hari dekat pejabat lama saya iaitu syarikat akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar. Alhamdulillah dapat ayam terakhir untuk hidangan nasi beringin kegemaran, bahagian dada pula itu. Memang kesukaan.



Sempat juga melihat pameran baru di ISTAC yang bermula 23 April. Ia adalah tentang Istana Alhambra di Sepanyol yang bangunannya ditiru dekat serupa menjadi kompleks bangunan ISTAC. Lihat artikel Alhambra exhibition at ISTAC di blogspot BERPETUALANG KE ACEH



Jam 2.30 petang masuklah ke bilik persidangan bagi acara ilmu.



Dinyatakanlah isu-isu yang mengilhamkan wacana atau syarahan. Kata Osman terdapat banyak salah faham tentang perkara. Ada melihat penggunaan akal dalam menanggapi satu perkara atau permasalahan sebagai bercanggah dengan ilmu bersumberkan wahyu seperti terdapat di dalam Al Quran. Begitu juga sebaliknya.



Oh. Ketika mahu mengambil gambar-gambar slaid persembahan baru didapati kamera bajet  baru saya bermasalah apabila dibuat zoom pada paparan slaid. Mekanisma fokusnya tidak dapat menangkap gambar yang sepatutnya. Ia cukup sekadar dapat digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti ditunjukkan dalam artikel-artikel sejak dibeli sebelum keluar beriktikaf bagi penghujung bulan Ramadan. Lihat artikel Kamera ke-12 untuk permusafiran iktikaf 10 hari terakhir Ramadan diikuti Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah.

Apapun, pada asalnya saya tidak bercadang untuk mengambil gambar slaid. Selain slaid  pertama sebelum yang ini ada 3 atau 4 lagi slaid tetapi tidak diambil gambar. Namun boleh dikatakan semua ini cuma menyenaraikan hal kekeliruan faham antara akal dan wahyu. Ini boleh dirangkumkan dalam ulasan ringkas pada slaid pertama.




Saya cuma terasa wajib mengambil gambar apabila masuk yang ini. Nasib baik boleh ditangkap dengan baik oleh kamera telefon pintar saya. Kenyataan di sini sangat penting kerana Osman menyatakan dunia Barat telah salah memahami pemikiran sebenar ilmuwan silam Ibnu Rushd (1126-1198 Masihi) yang dikenali mereka sebagai Averroes itu. Ini adalah hasil daripada gerakan penterjemahan tulisan-tulisan pemikir Islam di Andalusia (sekarang dalam negara Sepanyol) ke dalam bahasa Latin, bahasa orang terpelajar Kristian Eropah. 

Pada zaman itulah berdirinya Istana Alhambra yang seni binanya menjadi ikutan ISTAC. Itulah permulaan Eropah betul-betul mula mengambil faedah daripada zaman kegemilangan silam Islam. Namun pengkaji mereka seperti John of Jandun, Taddeo of Parma dan Angelo of Arezzo telah meletakkan Ibnu Rushd sebagai mengatakan bahawa dapatan kajian melalui akal dengan dapatan melalui wahyu akan membawa kepada 'kebenaran' yang berbeza. Inilah yang akhirnya membawa kepada pemikiran sekular Barat yang melebihkan akal logik rasional lalu menolak wahyu. Itulah pemikiran ateis yang menolak kewujudan Tuhan (maka tidak wujud wahyu) lalu menyatakan alam ini wujud secara semulajadi tanpa pencipta. Dan ini semua (kononnya) boleh dicerap dengan akal semata-mata.




Inilah yang membawa kepada jurang antara akal dan wahyu, satu pemahaman yang turut dianuti ramai umat Islam sekarang kerana terpengaruh dengan pemikiran dan pengajian Barat. Sehingga ada yang walaupun tetap mengaku sebagai orang beragama, tetapi apabila bercakap tentang sains harus mensudutkan Tuhan agar dilihat berfikiran logik dan rasional untuk layak diambil serius sebagai cendekiawan dan sebagainya. Walhal Ibnu Rusyd sebenarnya menyatakan menggunakan akal dan wahyu adalah pendekatan yang berbeza tetapi tetap akan membawa kepada kebenaran yang sama.




Jurang ini sebenarnya berlaku kerana ketidakfahaman atau salah faham. Kata Osman semakin cerah mati hati seseorang (terjemahan saya untuk perkataan enlightenment) semakin mengecil jurang.




Untuk merapatkan jurang beliau meminta agar dicari persamaan antara akal dan wahyu, bukan memfokuskan pada perbezaan. Lalu diberikanlah kata-kata hikmah orang Sufi sebegini - Dinyatakan bahawa hubungan antara akal dan wahyu adalah wahyu ibarat cahaya matahari, akal adalah ibarat cahaya bulan. Sedangkan cahaya bulan adalah tiada lain kecuali cahaya matahari yang dipantulkan.

Sebetulnya terjemahan lebih tepat bagi perkataan Inggeris reason yang saya sebut sebagai akal itu adalah pena'akulan. Ini adalah penggunaan akal bagi menanggapi suatu perkara, bukan akal itu sendiri (gunakan otak dengan otak adalah dua perkara berbeza namun saling berkait). Tetapi saya melihat lebih mudah digunakan perkataan akal bagi bacaan awam.




Dinyatakanlah untuk merapatkan jurang antara akal dan wahyu harus disemai akal dan kepandaian yang sihat. Ini memerlukan kita mengikut model terbaik manusia, ikut cara-cara kehidupan (sunnah) Nabi Muhammad SAW yang dalam kosmologi tinggi Islam dikaitkan dengan akal pertama (the first intellect). Ya, perkataan Inggeris intellect lebih membawa makna akal. Cuma makna akal yang sebenar (juga intellect dalam wacana berbahasa Inggeris) telah disempitkan untuk membawa makna pemikiran rasional sahaja. Sedangkan makna akal yang sebenar (dan asal dalam penulisan-penulisan silam termasuk di Eropah) turut meliputi ilmu keTuhanan dan wahyu.




Akhir sekali wahyu dan akal sebenarnya sama sahaja sifat semulajadinya. Yang berlainan cuma keamatan (seperti halnya cahaya bulan tidak menyilau seperti cahaya matahari). Kata Osman masing-masing ada haknya. Turutlah ia. 

Akal atau pemikiran berdasarkan akal harus menurut atau berlandaskan wahyu. Wahyu pula adalah sebaik penentu hala tuju. Oleh itu ia harus disokong dengan akal. Melalui akal yang cukup sihat kita boleh menggali dalil-dalil/hujah bagi menunjukkan kebenaran wahyu. Itulah kaedah ilmu yang sepatutnya. 

Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,499 di CATATAN SI MERAH SILU. Ia ditulis sepenuhnya ketika sedang beriktikaf di sebuah surau di Janda Baik. Wassalam dan selamat malam. :]


Nota tambahan (dibuat pagi Isnin 29 April 2024 jam 6.51) : Tadi selepas Subuh saya menyemak kembali kamera. Kenapa ya sejak hari Sabtu didapati fokusnya bermasalah? Godek punya godek baru perasan ada tertekan mode macro. Bila dah tutup mode baru fokus kelihatan elok. Nampaknya ia telah duduk dalam mode itu buat beberapa lama. Sedangkan gambar-gambar yang diambil di pameran Alhambra, selepas solat Jumaat (lihat Alhambra exhibition at ISTAC) kelihatan cukup elok.

Hal ini membuat saya terfikir. Mode macro ini bertujuan untuk mengambil gambar objek yang sangat dekat dengan kamera. Dengan itu ia masuk pada julat fokus tertentu, bukan untuk memandang objek jauh. Terasa seperti hal ini suatu ibarat yang ditunjukkan oleh Ilahi. Kalau kepala asyik hendak memikirkan hendak melihat lebih dekat sedangkan kita sedang memandang objek yang jauh, maka fokusnya akan jadi rosak lalu gambar yang ditangkap jadi agak kabur. Hmm...


2 ulasan:

liumx berkata...

Betulkah nota tambahan perenggan akhir yang tertera di kamera "mood" , saya jangka "mode" lebih tepat. mungkin typo atau kecuaian?

Radzi Sapiee berkata...

Terima kasih kerana memberitahu. Saya yang tersilap. Bunyi mode terbit dalam kepala namun dinyatakan sebagai mood pula.