Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 14, 2019

Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hikmah dan falsafah yang muncul dalam kegelapan

Tengah hari Khamis 24 Oktober 2019 iaitu pada 3 minggu lalu saya telah mempersembahkan artikel bertajuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual dari masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Melayu). Kini awal pagi Khamis 14 November saya mahu mempersembahkan artikel seterusnya dalam siri. Menariknya ia juga ditulis dari masjid ISTAC kerana seperti pada 3 minggu lalu saya beriktikaf lagi  supaya mudah mengikuti majlis-majlis ilmu pada siang Khamis setelah mendengar syarahan tentang klasifikasi ilmu pada petang Rabu.


Petang Rabu semalam 13 November 2019 saya sampai ke ISTAC untuk syarahan agak awal berbanding dahulu.


Ketika hendak masuk ke pintu utama siap terserempak dengan bas membawa pelajar dari kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak, pertama kali ini berlaku buat saya. Untuk makluman UIAM adalah badan induk yang menaungi ISTAC. Pelajar daripada sana boleh mengikuti majlis-majlis di sini begitu juga sebaliknya...


Saya masuk ke ruang syarahan jam 5.10. Pensyarah iaitu Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar belum lagi kelihatan ketika itu. Pelajar dari Gombak pun belum masuk. Osman muncul lalu memulakan syarahan jam 5.14 dengan mengingatkan  sampai bahagian manakah buku "Classification of Knowledge in Islam" tulisannya  yang membentuk siri telah disyarahkan pada edisi minggu lalu. Maka edisi semalam harus dimulakan selepas bahagian tersebut. Cuma saya tidak dapat hadir minggu lalu kerana kurang sihat. Begitu juga keadaannya pada petang Rabu 2 minggu lalu. Kemudian baru tahu syarahan minggu itu telah dibatalkan lalu saya cuma terlepas satu sahaja syarahan.


Supaya jelas turutan perkongsian biar disebut bahawa syarahan terakhir dihadiri iaitu pada 3 minggu lalu  bermula daripada bahagian tengah muka surat 4 buku membawa ke tengah muka surat 5. Artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual menyebut bahawa ia adalah syarahan ke-4 bagi semester ini. Sekadar mengingatkan.  Buku sebenarnya telah disyarahkan selama 7 sesi/edisi pada semester lalu. Tetapi siri dimulakan kembali daripada muka surat 1 kerana muncul ramai muka baru mengikuti semester ini. 

Disebut dalam artikel itu bahawa bahagian yang disyarahkan adalah bersamaan separuh akhir syarahan ke-3 daripada semester lalu. Ini boleh dirujuk dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Skop kajian meluas yang melebihi fahaman sains sekarang yang ditulis lebih 7 bulan lalu. 



Syarahan semalam bermula daripada perenggan kedua muka surat 10 iaitu tentang rujukan-rujukan semasa yang digunakan Osman dalam tesis PhD beliau yang kemudian menjadi buku. Dengan itu boleh dikatakan syarahan minggu lalu yang saya tidak hadir itu, syarahan ke-5 bagi semester ini meliputi pertengahan muka surat 5 hingga awal muka surat 10. Semakan artikel-artikel terdahulu menunjukkan ini adalah bersamaan apa yang telah dikongsikan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Mula memperincikan al-Farabi iaitu daripada syarahan ke-4 semester lalu. Syarahan semalam pula bermula dengan bahagian yang sama seperti syarahan ke-5 semester lalu. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan. Tetapi ada perbezaan perincian terutama berkenaan tulisan-tulisan yang dirujuk kemudian dilampirkan nama kitab dan penulis (ditandakan sebagai nota). Misalnya nombor 6 (kecil atas) apabila menyebut nama penuh Al-Farabi sebagai Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh dalam muka surat 10 yang terpapar di atas.



Penerangan tentang nota ada terdapat pada penghujung bab iaitu pada muka surat 31 dan 32. Di sini tidak perlulah ditunjukkan muka surat 31 kerana boleh dilihat dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan. Apa yang hendak saya beritahu adalah jika dahulu banyak penerangan diberikan tentang orang-orang seperti Ibn Khalikan dan M.A. Mahfuz (rujuk artikel lama) untuk syarahan semalam ia tidak dipanjangkan. Sebaliknya ada yang tidak disebut dahulu diberi perhatian panjang kali ini. Paling utama adalah Ibn Nadim (nota 8). Kata Osman ini adalah tokoh besar silam Islam dalam ilmu mengatur buku atau ilmu perpustakaan lalu banyak ilmu tentang orang lain boleh dirujuk dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Fihrist. Tambah Osman pengetahuan beliau "A to Z". Ini kerana Ibn Nadim (hidup abad ke-10 Masihi) menulis mengenai ulamak-ulamak utama Islam yang sezaman dan sebelumnya.


Secara rata syarahan semalam memang hampir menyamai apa yang telah dikongsikan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan. Cuma syarahan lama itu sempat masuk pada muka surat 11 buku sedangkan syarahan semalam 'terbantut' pada pertengahan muka surat 10. Sebab apa? Sebab tiba-tiba berlaku blackout  (saya tak tahu apakah terjemahannya ke dalam bahasa Melayu) jam 5.56 petang. Ini menyebabkan ruang syarahan menjadi gelap gelita. Yang kelihatan cuma cahaya daripada komputer riba saya (kerana masih hidup akibat ada bateri) sebelum beberapa orang hadirin membuka lampu 'picit' telefon pintar masing-masing.


Ternyata seluruh bangunan ISTAC terputus bekalan eletrik, sesuatu yang belum pernah saya alami sejak pertama kali menjejakkan kaki 4 tahun lalu kemudian mula menjadi pelajar September 2018. Hal ini menyebabkan isi buku tidak lagi dapat disyarahkan menurut turutan kerana susah hendak dibaca. Sebaliknya muncul perbincangan panjang spontan tentang makna hikmah dan falsafah.


Hal ini terbit apabila ada yang meminta penerangan tentang pengajian falsafah memandangkan ulamak-ulamak silam yang dibincangkan dalam buku termasuk Al-Farabi semuanya juga adalah ahli falsafah selain menguasai banyak bidang lain termasuk sains dan feqah. Kesediaan ulamak silam untuk mendalami ilmu falsafah lalu turut mendalami ilmu logik ataupun mantik menjadikan mereka  dapat meliputi pelbagai cabang ilmu, tidak seperti ulamak sekarang yang cuma cenderung pada satu dua bidang sahaja lalu tidak dapat melihat suatu perkara dengan secara menyeluruh. 

Oh. Sebelum berlaku blackout Osman sempat memberikan Albert Einstein, saintis Barat terkenal itu sebagai contoh seorang ahli sains-falsafah. Kata beliau Einstein percaya pada konsep kesatuan wujud yang mana semua benda yang wujud dalam alam ini adalah saling terkait. Ini adalah konsep Tauhid kata Osman. Boleh jadi Einstein berfikiran begitu kerana dilahirkan sebagai seorang Yahudi.

Kata Osman, agama Yahudi dan agama Islam memiliki konsep Tauhid yang sama kerana berpegang pada Tuhan yang Satu. Perbezaan adalah lebih bersifat politikal, bukan pada perkara asas Tauhid. Hal ini berbeza dengan agama Kristian (kerana konsep Triniti - Tuhan 3 dalam 1).

Tentang Ibn Nadim seorang hadirin berkongsi pengetahuan bahawa ada para ulamak sibuk menyoalkan apakah orang ini Syiah ataupun Sunni. Kata Osman perkara sebegini tidak pernah diperbesar-besarkan oleh ulamak silam. Yang penting adalah ilmu pengetahuan yang dikongsikan. 

Osman memberitahu satu hari beliau pernah mengikut seorang kawan yang merupakan pensyarah di UM (Universiti Malaya) bertemu bapanya, seorang guru sekolah pondok di Kelantan, Didapati rupa-rupanya ayahnya sangat berpengetahuan dalam ilmu warisan ulamak silam sehingga pengetahuannya tentang ilmu logik (mantik) selain ilmu sufi melebihi para profesor di UM. Antara sebab jadi begitu adalah kerana keterbukaan ulamak silam terdahulu, satu hal yang sudah hilang hari ini. Keterbukaan diperlukan untuk menangani banyak masalah zaman. Ulamak dahulukala akan cuba menjawab apa sahaja persoalan yang ditimbulkan walau kelihatan berlawanan dengan Islam, tidak seperti ulamak sekarang yang terus menolak kalau kelihatan mengancam.  Ini adalah sesuatu yang tidak dapat ditangani dalam bidang fiqh sahaja kerana memerlukan pengetahuan ilmu kalam, sufi dan falsafah.

Falsafah sangat penting kata Osman tetapi ia diabaikan. Dalam kegelapan (yang ini bila dah blackout) yang berterusan sehingga syarahan tamat sekitar jam 7.05 petang (ia berpanjangan sehingga hampir jam 7.30) beliau bercerita bagaimana ketika bertugas sebagai pensyarah matematik di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dahulu beliau ada memulakan kelas falsafah sains. Tetapi ini tidak bertahan lama kerana kurang orang berminat. Kemudian apabila Profesor Diraja Ungku Aziz yang menerajui UM mendengar tentang ini ditariknya Osman ke universiti itu pula,. Dihantar Osman ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang falsafah lalu dibuka kuliah berkenaan. Tetapi itu juga tidak bertahan lama.

Kata Osman, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pernah membuka jabatan falsafah tetapi tidak bertahan lama. Sebabnya kerana mereka mengajar falsafah Barat. UIAM pun pada awalnya (tahun 1980an) ketika belum memiliki kampus sendiri ada membuka jabatan falsafah  tetapi tidak bertahan lama. Sama juga kesnya, orang kurang minat kerana  yang diajar adalah falsafah Barat. Cuma lebih malang kerana namanya universiti Islam tetapi tidak ada mengajar falsafah Islam.

Ditanya tentang orang mengaji sampai ke peringkat PhD yang bermaksud Doctor in Philosophy (Doktor Falsafah) tetapi tidak berminat pada falsafah kata Osman sebab orang tak faham apakah itu sebenarnya falsafah. Perkataan Arab falsafah adalah terjemahan bagi perkataan Inggeris philosophy sedangkan itu berasal daripada perkataan Greek philo yang bermakna love iaitu sayang atau cinta digabungkan dengan sophos yang bermakna wisdom iaitu hikmah. Itu yang orang sekarang tak faham. Falsafah sebenarnya adalah cinta pada hikmah. Ia lebih tinggi daripada sekadar cinta pada ilmu. Disebutlah hadis yang berbunyi begini :-


Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang mukmin. 
Di mana saja dia menemukannya, dialah berhak ke atasnya


Disebut juga bahawa Al-Quran mengandungi hikmah malah seluruh isinya adalah berhikmah. Dirujuk ayat-ayat awal Surah Ya Sin...


Ya Sin. Wal Qurannil Hakim 


(Terjemahannya : Ya Sin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh,)

Kan disebut tentang hikmah kata Osman? (Perkataan Arab hakim itu sebenarnya merujuk pada hikmah atau orang yang berhikmah, bukan orang yang menjatuhkan hukuman seperti faham kita sekarang).

Dalam kegelapan blackout itu dipanjangkan lagi beberapa perkara tentang falsafah dan hikmah. Tetapi cukuplah perkongsian daripada saya. Ketika ayat ini ditulis sudah jam 3.39 pagi. Ketika habis disemak kembali sudah jam 4.04 ( saya mula menulis jam 1.20 pagi). Pada mulanya ingat nak tulis petang nanti tetapi susah pula nak tidur. Jam 9 pagi pula saya harus berada di UM untuk satu persidangan meja bulat tentang perlembagaan negara, Melayu dan Islam. Sekian. Saya sudah menyampaikan.


3 ulasan:

Taufik Salleh Saad berkata...

Assalamualaikum tuan,

Nama saya Taufik, baru2 ni saya baru selesai mengerjakan umrah, sepanjang tempoh perjalanan tu saya sempat berkenalan dengan satu keluarga dari KL. Bila dibukakan cerita mengenai asal usul barulah tahu, keluarga tersebut juga mempunyai susur galur bugis dengan jalinan Daeng Perani dan Daeng Makuaseng.

Cuma setelah saya buat beberapa kajian didalam internet dengan merujuk silang, kebanyakkan petunjuk sedikit buntu dan banyak tertumpu pada artikel2 tuan bertarikh dr tahun 2011 hingga 2013.

Adalah tidak manis kalau saya hanya mengharapkan tuan sahaja untuk menjalankan kajian. Cuma saya perlukan bantuan dr pihak tuan untuk buat cross-reference bagi merungkai nasab keluarga tersebut.

Jika tuan sudi bekerjasama dengan saya, tuan boleh terus reply ke whatsapp saya d talian +60133919157 , atau melalui email radius7529@gmail.com

Harap jawapbalas dr pihak tuan dapat memberikan sinar bagi keluarga tersebut.

Wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Bagaimana kaitan keluarga ini dengan Daeng Makuasseng? Orang Pontian kah mereka?

Taufik Salleh Saad berkata...

Keluarga hajah ni dr Pontian, ayahandanya berasal dr Sandakan, dan d bawa berpindah ke selatan (Sgpore, Jb, Sungai Kuali, Pontian) oleh ayahanda saudaranya. Kemudian berkahwin dgn seorang gadis berketurunan cina. Dr penceritaan hajah tersebut, semasa kecil dia membesar d Pontian dan ada mendengar cerita2 mengenai Daeng Perani dan Daeng Makuaseng. Cuma telah lupa jalan ceritanya kerana hanya d dengari bila ada perhimpunan keluarga d zaman mudanya.

Dikhabarkannya juga, hubungan Daeng Makuaseng dengan keluarganya dari sebelah datuk sebelah ayahnya (sila rujuk salasilah nama d bawah sekali)

Saya memintanya merujuk kepada keluarga sebelah bondanya (berketurunan cina) mungkin ada sbrang petunjuk, tetapi kesemua mereka telah berpindah ke Sgpore dan telah terputus hubungan.

Hjh Halimah bt. Ahmad bin Abd Wahab

Anggaran umur hajah tersebut adalah dalam pertengahan 60an.

Terima kasih atas jawapbalas tuan. Maaf atas kelewatan.