Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Februari 13, 2012

Kembara Johor-Riau - Mencari kesinambungan pemerintahan di Kota Tinggi, Johor

Assalamualaikum. Setelah beberapa lama bercerita hal-hal lain kita sambung penceritaan perjalanan selatan yang dibuat 10-18 Disember 2011.


Dalam artikel Kembara Johor-Riau - 333 tahun Hulu Riau menjadi pusat empayar yang dibuat 2 minggu lalu telah diceritakan bagaimana kami sampai dan baru tahu kewujudan tempat bernama Kota Tinggi di Pulau Bentan, Indonesia. Ini membuat kami terasa begitu bersemangat untuk mencari kesinambungan di satu tempat yang namanya sama tetapi lebih terkenal sekurang-kurangnya bagi rakyat Malaysia. Lalu sebaik sahaja kembali ke Johor Bahru kami terus bergegas ke Kota Tinggi, Johor. Esoknya siang Jumaat 16 Disember kami pun memulakan proses jejak-menjejak.



Ini dimulakan dengan mencari sebuah makam yang sudah lama ingin dijejaki tetapi tidak berkesempatan.


Saya pernah cuba menjejakinya seorang diri dalam kepekatan malam.


Tetapi alangkan di siang hari pun saya menghadapi masalah mencari, inikan lagi dalam kegelapan malam tanpa membawa lampu. Lihat artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan Johor Lama, waris Empayar Melaka? yang dibuat 2 tahun lalu.


Nasib baik ada pemuda tempatan sudi menunjukkan jalan.


Kalau cari sendiri tanpa tahu kedudukan denai dan bahagian mana belukar patut dituju memang susah nak sampai.


Alhamdulillah. Setelah beberapa lama sampai juga kami ke makam Siti Aminah seorang wanita cantik yang menjadi pujaan ramai. Mereka yang dengki dan irihati dengan kecantikannya memanggilnya sebagai Siti Jalang. Menurut ceritanya beliau mengahwini 100 orang lelaki. Lihat artikel Makam (Tomb of) Siti Jalang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Mungkin ada yang bertanya apa kena-mengena si Siti Aminah @ Siti Jalang dengan tajuk artikel ini, "Kembara Johor-Riau - Mencari kesinambungan pemerintahan di Kota Tinggi, Johor"? Sebenarnya saya mahu memuaskan hati kerana makamnya merupakan satu-satunya makam terkenal di sekitar Kota Tinggi yang belum pernah saya ziarahi sebelum ini. Selain itu Siti Aminah dikatakan anak seorang pembesar istana, mungkin anak bendahara pada zamannya.

Untuk makan tengahari kami singgah di sebuah restoran Melayu yang dikenali istimewa dengan masakan makanan laut. Paling istimewa dan susah didapati di tempat lain adalah hidangan telor belangkas dan isinya. Itulah yang berwarna merah di pinggan tengah... belangkas dan telor masak asam pedas...


Perjalanan diteruskan dengan 'menajamkan ilmu tauhid'.


Memang tempat bernama Makam Tauhid ini terdapat banyak makam lama. Namun nama itu sendiri sebenarnya merujuk pada kota yang pernah menjadi pusat pemerintahan 2 orang Sultan. Lihat Makam Tauhid pada siang hari (The Tauhid tombs during daytime). Oh. Tajuk itu diberikan kerana dahulu saya sampai waktu malam.


Makam Tauhid itu letaknya tidak jauh daripada makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, seorang Sultan yang sangat terkenal dalam sejarah Tanah Melayu kerana mangkat ditikam ketika sedang dijulang atas usungan menuju ke masjid untuk bersolat Jumaat. Tadi sudah disebut kami berjalan di Kota Tinggi ini hari Jumaat bukan? Saya pun bersolat di masjid bersebelahan makam sultan. Lihat Masjid sebelah makam Sultan Mahmud Mangkat dijulang (The mosque besides the tomb of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang).



Seterusnya kami singgah di jeti berdekatan menghadap Sungai Johor. Lihat artikel Johor river from Kota Tinggi jetty di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, artikel ke 900 di situ.


Kemudian baru masuk ke Kompleks Makam Sultan Mahmud. Biar diingatkan, baginda adalah anakanda kepada Sultan Ibrahim yang membuka Kota Tinggi di Bentan.


Walaupun sudah menziarahi makam ini beberapa kali, baru kali ini saya tersedar bahawa terdapat 3 orang lagi Sultan Empayar Johor-Riau-Lingga yang turut dimakamkan dalam bangunan. Lihat Makam Sultan-sultan lain di Kompleks Makam Sultan Mahmud Mangkat dijulang (Tombs of other Sultans at the Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tomb complex).



Kemudian saya terlihat papan tanda ini.


Ah. Apakah ada makam lama yang harus diziarahi?


Saya tidak dapat melihat apa-apa binaan lama. Kalau ada yang terserlah pun mungkin ini.


Seterusnya kami ke makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (lagi).


Inilah makam Tun Habib Abdul Majid, bendahara yang menyokong pemerintahan Johor semasa zaman Sultan Ibrahim membawa ke zaman Sultan Mahmud lebih 300 tahun lalu. Tetapi beliau meninggal dunia 2 tahun sebelum Sultan Mahmud mangkat. Katanya sultan tidak meninggalkan zuriat. Lalu anakanda Tun Habib yang menjadi bendahara ketika itu dinaikkan ke atas takhta menjadi Sultan Abdul Jalil. Anakandanya Sultan Sulaiman kemudian mengalih pusat pemerintahan ke Bentan iaitu di Hulu Riau. Lihat artikel Kembara Johor-Riau - Makam-makam di Hulu Riau dan alamat salasilah ibu yang ditulis hampir sebulan lalu.


Saya sebenarnya sudah membuat 2 buah artikel tentang makam Tun Habib sebelum ini. Tetapi kali ini saya lebih teliti dengan mengambil juga gambar-gambar setiap makam berkaitan. Lihat Melihat lebih teliti makam Tun Habib (Having a detailed look at the tomb of Tun Habib).



Selepas itu kami singgah di Masjid jamek Kota Tinggi. Walaupun sudah beberapa kali sampai ke bandar ini, baru kali ini saya sampai ke masjid jameknya kalau tak salah ingatan. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kota Tinggi.


Ini pula surau utama di tengah bandar. Lihat Surau bandar (The town's small praying hall), Kota Tinggi.


Dari situ kami menziarahi lagi makam Laksamana Bentan, orang yang dikatakan menikam Sultan Mahmud ketika baginda sedang dijulang.


Umum tahu cerita bagaimana isteri Laksaman Bentan yang sedang sarat mengandung dibelah perutnya atas titah sultan semata-mata kerana kes mengidam nangka. Itu yang membuat suaminya berdendam. Kali ini selain menziarahi makam laksamana dan isterinya saya mengambil peluang melihat beberapa buah makam berdekatan. Lihat artikel Sekitar makam Laksamana Bentan (Around the tomb of Laksamana Bentan).


Dengan itu baru terasa cukup sesi ziarah di sekitar bandar Kota Tinggi. Kami pun keluar dari bandar tetapi masih di dalam lingkungan daerah Kota Tinggi untuk menziarahi makam-makam lain milik watak-watak utama Empayar Johor-Riau-Lingga. Terlihat papan tanda ke Kota Seluyut yang pernah menjadi salah satu pusat pemerintahan empayar.


Cuma kami masuk agak lewat iaitu hampir jam 5, waktu pintu masuk ditutup kerana kota atau bekas kota terletak jauh di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Walaupun kami dibenarkan masuk, selepas beberapa lama mencari terserempak polis bantuan yang menyangkakan kami sudah sesat. Oleh kerana hari semakin lewat beliau menasihatkan agar kami keluar dahulu dan mencuba lagi esoknya. Beliau sanggup menunjukkan jalan. Kami pun keluar menghala lebih jauh ke selatan.


Terus ke terminal feri di Tanjung Belungkor.


Saja-saja nak melihat perairan yang menghadap ke Pulau Tekong milik Singapura.




Ke barat jeti boleh kelihatan kuala Sungai Johor. Kelihatan langit menunjukkan waktu senja.



Keluar dari terminal kami mengambil satu jalan menghala ke barat yang tamat sebelum bertemu sebuah sungai lain.


Di sini, di tepian Sungai Lebam yang mengalir masuk ke Sungai Johor saya deja vu panjang.


Memandang belakang ke arah sebuah bukit saya dapat merasakan ada sesuatu tentang tempat ini yang harus menjadi kesinambungan pemerintahan Empayar Johor-Riau-Lingga tetapi sejarahnya digelapkan. Yang pasti, menurut penduduk tempatan, di lereng sebuah bukit lain tidak jauh ke arah timur atau belakang bukit dalam gambar terdapat makam Si Bongkok yang ceritanya sangat terkenal dalam sejarah negeri Johor penghujung abad ke 19.

Saya tak mahu menyebut panjang. Cukuplah disebut saya dapat melihat kerajaan negeri dan agensi-agensinya termasuk pihak muzium seperti diarah agar tidak mengakui kewujudan makam Si Bongkok di sekitar ini iaitu di Tanjung Belungkor.


Kami turut melihat persekitaran sebuah tempat bernama Pasir Gogok, tenggara dari Tanjung Belungkor. Walaupun dah agak lewat malam dan susah hendak melihat apa-apa saya tetap menggagahkan diri sehingga puas. Tu dia... hingga hampir jam 11 kami masih berjalan-jalan meneroka. Semuanya menurut rasa untuk menghirup suasana penuh sejarah yang berkaitan dengan kerajaan Johor lama.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gen IX Tok Kadok
assalam Pak Radzie, telah sekian lama sama mengikuti pengembaraan dan penulisan saudara selalu juga saya menyaran kan agar "singgah sebentar" dilokasi yg saya maksudkan namun jawabannya hanyalah belum "masanya" atau tiada Aura untuk kesitu.
Kami musykil sejak ratusan tahun dari generasi ke genarasi tentang kewujudan 4 pasang batu nisan acheh di hadapan rumah saudara kami, cuma kami difahamkan dari turun temurun ia dinamakan Maqam Panglima Acheh bernama Tok Sepat, keadaan batu nisan tsbt agak sempurna tetapi almaklum peredaran zaman sudah tentulah hakisan berlaku.
jadi pada pak radzie saya berharap sudi2 kan lah kiranya mahu melawat sahaja tempat itu dahulu kemudian carilah alamat firasat siapakah empunya makam tsbt dan siapakah pemilik nya, saya sedia membantu membawa ke lokasi tsbt sekiranya sudi.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Kalau begitu sila nyatakan lokasinya dengan tepat, landmarks dan bagaimana untuk berhubung kalau saya sampai. Apapun saudara tidaklah boleh memaksa saya datang. Cara saudara ini seperti mendesak2. Saya sampai ke mana2 pun banyak secara kebetulan dalam rangka perjalanan yang lebih besar.


Susah saya kalau setiap kali orang mencadangkan satu tempat saya wajib pergi. Saya pergi pun atas belanja sendiri, lainlah kalau dijemput dan ditanggung segalanya. Itupun ada banyak lagi pertimbangan seperti kelapangan masa, keadaan kesihatan diri sendiri dan keluarga malah keadaan kereta pada sesuatu masa. Saya berjalan pun selalunya ada hal lain misalnya jemputan kahwin saudara yang menyebabkan saya mengambil sesuatu laluan. Di celah2 itu baru saya singgah di suatu tempat.

Fazli berkata...

Salam En.Radzi

Saya pembaca buku saudara yang berjudul Berpetualang Ke Acheh dari siti pertama sampai siri ketiga, sejak dari situ, saya sempat dapatkan senaskah Hikayat Raja-raja Pasai yang saudara jadikan rujukan. Alhamdulillah, minat saya tentang sejarah bercambah selepas itu.

Terinspirasi dari pengalaman saudara, Saya kini semakin obses dengan sejarah Kesultanan Johor sejak mula ia wujud pada tahun 1511 hingga wilayahnya terpecah 4 angkara perjanjian Ingeris-Belanda 1824. Saya baru saja pulang dari Daik, Lingga dan sempat lihat makam Sultran Mahmud Syah III serta kesan sejarah lain di sana. Juga sebelumnya saya saya telah ke Bintan (Pulau Penyengat) juga atas tujuan yang sama. Cuma rasanya masih cetek pengetahuan saya tentang itu.

Saya ingin tanya sama ada saya boleh dapatkan senaskah tulisan saudara bertajuk Kembara Johor-Riau dalam bentuk buku kalau sudah ada. Mungkin banyak info lain di dalamnya yang boleh saya perolehi. Kalau ada masa, ingin rasanya ikut saudara menjelajah ke lapangan ketika membuat kajian sejarah lain.

Sekian. Saya dulukan dengan ucapan Terima kasih

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam Fazli. Tahniah atas minat yang membawa saudara berkelana juga. Adapun Kembara Johor-Riau ini tidak ada dalam bentuk buku. Tetapi ia mungkin akan dijadikan DVD kerana saya ada membuat sedikit rakaman video di Bentan, juga tempat2 bersejarah tinggalan Johor Lama.

Tanpa Nama berkata...

Assalam...Tahniah buat saudara Radzi dan Fazli yang sudi berkongsi tentang sejarah melayu. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Sekadar ingin berkongsi maklumat. Sy pernah bertemu dengan seseorang yang menceritakan tentang Badang yang berasal di Kota Gelanggi dan terdapatnya Makam di Sungai Sayong yang dikenali sebagai Makam 7. Difahamkan Sg Sayong merupakan tempat pemerintahan sebelum Johor Lama. Jika ada kesempatan boleh menziarahi tempat tersebut. Terima kasih.

opu daeng berkata...

Salam buat semua. Makam Badang berada di Pulau Buru,Riau. Saya oernah kesana dan ada mengambil beberapa gambar berkenaan bersama kerabat2 saya. Saya peminat sejarah seing nengikuti SiMerah Silu. Sebanyak sedikit sejarah Johor lama ada kaitan dengan saya. Saya 'Opu Daeng' 0177000767

opu daeng berkata...

Ralat. Maaf;makdud saya pd comment td bukan saya mengikut kembaraan Si Merah Silu...maksudnya artikel2 beliau. Dptlh kiranya kita berkongsi maklumat agar yg tersirat itu dpt dnyatakn suatu hari nnti!

opu daeng berkata...

Ralat. Maaf dipinta pd comment sy td. Maksud sy td bukanlh sy bersama jelajahan Si Merah Silu...sy mengikuti artikel2 beliau. Dapatlh kiranya kita berkongsi maklumat agar yg tersirat dpt dnyatakn!..InsyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Mengikut catatan sejarah,sultan mahmud mangkat dijulang adalah seorang pengamal homoseks tegar.
Benarkah dakwaan tersebut wahai tuan blog?

Radzi Sapiee berkata...

Dengarnya ada dalam catatan Belanda begitu. Wallahualam saya tak tahu sejauh mana dakwaan ini terpakai...