Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Ogos 31, 2024

'Perimeter walk' di ISTAC Bukit Tunku

Bersambung penceritaan daripada artikel Fenomenologi wujudiah sujud - Apa kebendanya itu?.


Malam Jumaat lalu saya ada tergerak untuk membuat gambar berdasarkan paparan satelit dalam Google Map bagi membandingkan saiz kawasan dan bangunan kampus lama ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Damansara dengan kampus baru di Bukit Tunku lalu meletakkannya dan dua gambar berikut di Facebook...




Untuk makluman ISTAC diasaskan pada tahun 1987 dengan kampus lama siap dibina lalu dibuka awal tahun 1990an. Kampus baru yang jauh lebih besar pula didirikan dan dibuka sekitar 10 tahun kemudian. Hal membuat perbandingan ini tercetus selepas membuat lawatan tak dirancang ke kampus lama petang Rabu. Lihat Follow up Bukit Kiara lalu ke ISTAC lama dan Sungai Penchala. Di celah-celah itu baru tersedar kali terakhir menjejak kaki ke kampus lama adalah untuk mengikuti satu majlis ilmu pada tahun 2016. Lihat Tentang kehidupan zaman lampau di kota-kota Asia Tenggara - Batu Bersurat Singapura terkait dengan Raja Suran dan Badang?

Sebelum itu sekitar tahun 1997 atau 1998 saya ada 2-3 kali bertandang, ketika masih bertugas sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times lalu diajak menyambung pengajian peringkat sarjana. Namun ketika itu sudah hilang minat untuk mengaji lagi secara formal. Tak sangka 20 tahun kemudian masuk juga saya ke ISTAC tetapi di kampus baru. Lihat Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia.




Gambar satelit ISTAC baru yang ada ditanda anggaran garis keliling atau perimeter ini pula dibuat 23 hari lalu. Ketika itu sedang kecoh keluar dalam portal-portal berita menyatakan, mahkamah telah mengarahkan agar tanah sekeliling seluas 263.272 ekar diserahkan kepada waris pemilik satu syarikat. Tanah tersebut asalnya tanah ladang yang dimiliki syarikat tersebut sejak zaman British. Ia meliputi halaman dan bangunan Masjid Wilayah, Arkib Negara, Stadium Hoki Tun Razak dan beberapa lagi institusi yang terkait dengan kerajaan, juga kampus baru ISTAC. Lalu saya mahu membuat ukuran saiz tanah diikuti kira-kira berapakah harus disediakan kalau perlu menebus tanah kampus pada harga pasaran sekarang. Didapati nilainya melebih RM290 juta.




Apabila difikirkan balik baru teringat. Keinginan untuk meninjau kampus lama ISTAC di Bukit Damansara sebenarnya timbul akibat hal arahan mahkamah itu. Saya sedang memikirkan kemungkinan kalau tiada jalan untuk mempertahankan kampus baru di Bukit Tunku mungkin perlu kembali menggunakan kampus lama. Harapnya tidaklah. Kerana banyak beza betul yang baru dan lama. Jika yang lama ibarat bungalow orang kaya atas bukit, yang baru betul-betul ibarat istana berkubu besar milik raja-raja Islam di Sepanyol dahulukala.

Apapun hal ini membawa untuk membandingkan saiz kawasan dan bangunan seperti ditunjukkan dalam gambar pertama. Lalu lewat petang sedikit Jumaat tadi, selepas selesai acara yang disebut dalam artikel Fenomenologi wujudiah sujud - Apa kebendanya itu? kemudian mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Safar di hadapan air pancur kegemaran kemudian sambung berbual hal falsafah di kafe ISTAC saya membuat tinjauan di sekeliling kampus baru.




Saya sebut ini sebagai 'perimeter walk' iaitu berjalan keliling menyusur batas sempadan kawasan. Saya mencari pagar paling ke hujung selatan lalu mengekorinya melengkong belah timur sehingga ke hujung utara.  Dari situ menghala kembali ke hujung selatan menyusuri pagar barat.




Inilah kali pertama berbuat begitu setelah lebih 8 tahun pertama kali menjejakkan kaki ke kampus. Lihat artikel IIUM Crescent di (at) Bukit Tunku di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).  Sejak tahun 2018 pula jadi biasa datang kerana mula bergelar sebagai pelajar ISTAC. 







Sebelum ini setakat melihat dari luar hadapan sahaja persekitaran berkenaan yang termasuk kompleks pangsapuri bagi kakitangan dan pelajar ISTAC juga badan penaungnya UIA (Universiti Islam Antarabangsa).



Sekarang baru ada masuk sedikit bangunan untuk menembus ke belakang supaya dapat merapat dengan pagar bagi melakukan 'perimeter walk'.







Selain itu saya mahu meninjau keadaan hutan belukar di sekeliling dan dalam halaman...







Ini kerana mengingatkan bagaimana di kampus lama ada beberapa pokok besar termasuk satu yang memang luar biasa saiznya. Saya lihat pangkalnya seperti boleh memenuhi ruang 12 x 12 kaki yang sedang saya duduki sekarang ketika menulis artikel di rumah.






Ketika itulah tersedar ada satu kawasan yang serupa seni bina bangunan tetapi terpisah dengan pagar daripada lain-lain bahagian kampus.




Nampaknya inilah rumah yang ada disebut-sebut orang disediakan untuk pengasas ISTAC, Profesor Tan Sri Syed Naquib al-Attas. Tetapi tidak sempat diduduki akibat dikeluarkan kerana berlaku pertembungan bersifat politik dengan mereka yang berkuasa. Subhanallah. Di situ saya deja vu di beberapa bahagian.

Oh. Pada permulaan artikel Fenomenologi wujudiah sujud - Apa kebendanya itu? ada disebut bahawa saya mahu melepaskan beberapa cerita dari petang Jumaat hingga lewat malam bermula dengan ini. Setelah difikirkan balik cerita lewat malam elok dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Lihat Malam Ekpresi Malaya Merdeka di bangunan Majlis Perundingan Melayu.


Nota tambahan : Tadi saya menyemak apakah ada menyatakan dalam CATATAN SI MERAH SILU bahawa pada hari mengumumkan di Facebook sedang memikirkan mahu membuat buku berdasarkan perjalanan hitchiking saya ke Eropah tahun 1995 pada hari itu juga mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di ISTAC iaitu pada 25 Julai 2018. Tengok-tengok ia dinyatakan dalam artikel Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia. Dan artikel dipersembahkan pada 31 Ogos 2018 iaitu tepat 6 tahun lalu.


Tiada ulasan: