Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Jun 26, 2014

Piramid dan Melayu - Sedikit isi Seminar Kepentingan Tamadun Islam Dalam Pembangunan Ummah


Semalam saya pergi ke pejabat agama Islam daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi.





Ada majlis ilmu, Seminar Kepentingan Tamadun Islam Dalam Pembangunan Ummah.














Pembentangnya adalah Prof Madya Ar. Mastor bin Surat seorang pakar seni bina yang boleh dikira seorang rakan HIKMAH. Ar. adalah gelaran untuk pemilik ijazah kedoktoran atau PhD dalam bidang architecture iaitu seni bina. Kami berkenalan ketika beliau datang ke majlis ke-7 HIKMAH di Melaka hujung tahun lepas. Lihat artikel Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Semasa HIKMAH VII itu saya meminta beliau menjadi salah seorang moderator sesi atau bengkel perbincangan berkumpulan. Beliau diminta memimpin kumpulan "Ketamadunan dan Kerajaan". Menariknya adalah apabila diminta berkongsi hasil perbincangan yang ketika itu mahu diangkat sebagai isi sebuah filem epik Melayu (rujuk artikel HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak) beliau menyatakan kajian beliau mendapati piramid adalah binaan yang berasal dari Alam Melayu. Saya kira ini adalah pendedahan yang sangat berani kerana sanggup mempertaruhkan reputasi dalam bidang akademik, bukan setakat kata-kata kajian picisan pihak tidak bertauliah yang senang ditolak ke tepi.


Prof Mastor rupanya sudah lama membuat kenyataan tersebut pada majlis-majlis sebelumnya. Saya datang ke majlis ini paling utamanya adalah mahu mendengar hujah kenapa beliau yakin piramid berasal dari Alam Melayu. Saya fikir masuk sesi soal jawab baru akan meminta ulasan. Ini kerana tajuk seminar adalah tentang Tamadun Islam, senibina Islam. Bercakap tentang piramid mungkin boleh terkeluar topik di hadapan khalayak yang ramai terdiri daripada penjawat awam pejabat agama dan beberapa jabatan kerajaan.

Tengok-tengok beliau sendiri mengulang kenyataan piramid berasal dari Alam Melayu. Siap dengan slaid menunjukkan beberapa binaan piramid yang masih wujud di seluruh dunia. Oh, pada siapa yang rasa beliau belum layak dipanggil Prof, boleh sahaja merujuk beliau sebagai Pak Mastor, Hari itu ada orang menegur saya bilakah Mastor Surat mendapat gelaran Prof. Saya dapat kepastian pada majlis ini. Beliau sudah bergelar Prof Madya agak lama, walaupun bukan Prof penuh tidaklah salah dipanggil Prof. Takkan nak panggil Prof Madya yang agak panjang itu? Saya bukan tidak biasa bergaul dengan golongan menara gading. Memang kebiasaan Prof Madya turut dipanggil Prof.

Oh. Saya ada urusan di luar. Malam nanti insyaallah sambung cerita ya.


Sambung cerita pagi Jumaat. Malah tadi keletihan kerana ada mesyuarat di Seremban tamat hampir tengah malam.

Dari segi seni bina Alam Melayu masih mengekalkan bentuk piramid pada binaan seperti masjid-masjid lama. Ini boleh dilihat pada bentuk bumbung banyak masjid berumur seperti yang terdapat di Melaka juga pada Masjid Kampung Laut di Kelantan, dikatakan masjid paling tua masih wujud mengekalkan binaan asal. Kubah yang menjadi identiti masjid sekarang sebenarnya adalah bentuk binaan Timur Tengah yang dibawa oleh penjajah masuk ke Alam Melayu. Malah menurut Prof Mastor kubah di Timur Tengah sebenarnya berasal dari budaya lama Parsi dan ia menandakan makam tempat bersemadinya orang yang telah meninggal dunia. Ini boleh dilihat pada Masjid Nabawi di Madinah di mana seluruh masjid sebenarnya berbumbung mendatar kecuali di bahagian yang terletak makam Nabi Muhammad SAW. Ia terkenal dengan kubah hijau dan ini katanya dibina pada zaman Malik Marwan, seorang khalifah Dinasti Umaiyah.

Selain itu kubah adalah binaan biasa dalam tradisi masyarakat Kristian di Eropah. Ini nyata pada beberapa banyak binaan gereja malah sebuah gereja besar berkubah yang dijadikan masjid selepas raja Turki Uthmaniyah menakluki Konstantinople abad ke-15 (kemudiannya dikenali sebagai kota Istanbul) menjadi ikutan untuk masjid-masjid kemudian. Tambah beliau Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman pernah cuba menghentikan pembinaan kubah pada masjid. Sebab itu boleh muncul Masjid Negara dengan bumbung yang berbentuk separa payung. Namun ini berubah kemudiannya. Masjid besar di Shah Alam (masjid negeri) dibina dengan kubah gergasi dan sejak itu kubah kembali menjadi ikutan lagi sehingga dianggap identiti wajib masjid oleh ramai orang di Malaysia.



Berbalik pada hal piramid Prof Mastor menyebut tentang piramid yang ada ditemui dalam laut di perairan Okinawa, Jepun. Sebilah keris turut ditemui di lokasi itu dan ada tulisan Rencong pada piramid, satu bentuk tulisan purba yang digunakan bangsa Melayu purba. Katanya teknik carbon dating telah digunakan untuk menganggarkan umur piramid itu dan ia didapati berusia lebih 8,000 tahun. Seterusnya beliau mengaitkan ini dengan kewujudan benua besar yang disebut pengkaji sebagai Sundaland. Ia adalah tanah yang terletak di atas plet Sunda di Asia Tenggara. Tetapi sebahagian besar daripadanya ditenggelami air akibat banjir besar lalu membentuk muka bumi yang kita lihat sekarang.

Unsur-unsur piramid turut terlihat pada tanjak yang merupakan pakaian kepala tradisi Alam Melayu. Beliau mengaitkan ia sebagai pakaian sunnah untuk orang Melayu berdasarkan hadis bahawa Nabi Muhammad SAW suka memakai ikat kepala yang dipanggil amamah. Apa itu amamah? Ia adalah lilitan kain yang dipakai untuk menutup bahagian atas kepala. Bagi orang Arab ia adalah serban. Bagi orang Melayu itulah tengkolok, tanjak dan juga semutar juga apa-apa yang serupa dengannya.


Lalu apakah yang mengaitkan tanjak atau amamah orang Melayu dengan piramid? Lihat saja bentuknya yang sering menajam ke atas.


Oh. Prof Mastor turut menyebut bagaimana pengkaji telah menemui ruang kosong pada bahagian 2/3 tertinggi piramid di Mesir di mana kesan-kesan fizik seperti makanan boleh tahan lebih lama berlaku. Ia disebut sebagai sacred space atau ruang suci, sesuai untuk beribadat. Kata beliau konsep ini masih wujud pada masjid-masjid lama di Alam Melayu yang mana kalau diteliti ada tangga atau laluan tangga untuk naik ke atas bahagian 2/3 dari bumbung tertinggi. Bahagian ini dikhaskan untuk orang bersuluk, menyendiri beribadah mendekatkan diri kepada Ilahi. Bergambar selepas sesi pertama seminar...


Pada sesi kedua Prof Mastor membuka pembentangan dengan menceritakan konsep seluruh dunia boleh dijadikan masjid seperti disebut dalam Al-Quran... bagaimana ini terkait dengan masjid yang ramai faham iaitu bangunan yang memiliki sempadan dinding dan sebagainya dengan rupa bentuk tertentu. Beliau menyambung dengan beberapa perkara yang dilihat sebagai permasalahan dalam pembinaan masjid yang perlu diperbetulkan. Ini ditambah dengan 38 perkara yang pada beliau boleh membentuk masjid yang ideal dan betul-betul Islamik


Cukuplah cerita setakat ini ya. Bergambar lagi selepas seminar tamat. Sekian.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..bagi saya xmustahil..antara masjid yg menggunakan bentuk piramid sbgai bumbung ialah masjid aljamiul ehsan ataupun dikenali msjid kg pauh..sekali trpandang terdetik di hati ade sesuatu dengan bumbung piramid itu..

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah. Ini perkara besar. Betul2 melibatkan asal usul Melayu. Harap orang atasan Melayu buka mata.