Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Januari 10, 2012

Kembara Johor-Riau - Dari Tanjung Pinang ke Pulau Penyengat

Setelah beberapa lama, giliran bercerita tentang perjalanan di selatan 10-18 Disember 2011 pun membawa kita ke Pulau Bentan. Bersambung dari Kembara Johor-Riau : Melihat nasib Melayu di Geylang Serai dan Jalan Ampas sebelum berkejar ke Riau.


Selasa 13 Disember. Setelah cukup rehat di sebuah hotel murah kami berjalan-jalan melihat kota Tanjung Pinang, bandar utama di Pulau Bentan juga di kepulauan Riau.


Seperti biasa apabila sampai di mana-mana tempat kami akan singgah di masjid utamanya. Lihat artikel Masjid Raya (Main mosque of) Al-Hikmah, Tanjung Pinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian menyambung melihat Tanjung Pinang.


Terus ke jeti atau dermaga ke Pulau Penyengat.


Kali ini turut bersama adalah kenalan kami Raja Syukri, warga tempatan yang ibunya berasal dari pulau itu dan Asyraf seorang anak muda dari Kedah yang juga suka berjalan-jalan.


Untuk pengetahuan Pulau Penyengat adalah pusat pemerintahan kepulauan Riau dahulukala. Untuk ke situ kami perlu menaiki bot kecil yang dipanggil Pompong. Kelihatan di belakang jeti lain tempat feri besar dari Stulang Laut juga Singapura menurunkan dan mengambil penumpang.


Beginilah keadaan dalam bot. Boleh mencecah tangan ke dalam laut.


Perjalanan dari Tanjung Pinang ke Pulau Penyengat lebih kurang sama dari Umbai atau Anjung Batu, Melaka ke Pulau Besar. Menarik juga pemandangan yang terbentang. Lihat artikel The Pompong ride from Tanjung Pinang to Pulau Penyengat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kami turun ke jeti utama yang membawa ke masjid besar pulau...


Berehat panjang menunggu masuk waktu solat Zuhur berjemaah. Masjidnya yang dibuat dengan campuran putih telur memang cantik dan ada sejarah tersendiri. Ia dibina hampir 300 tahun lalu sebelum dibesarkan menjadi bangunan sekarang tahun 1830an. Lihat Masjid Raya (Main mosque of) Sultan Riau, Pulau Penyengat.


Di dalamnya tersimpan khazanah ilmu yang tidak ternilai berupa kitab-kitab lama yang dikumpul sejak awal berdirinya masjid. Oh, biar diberitahu kepada yang tak tahu. Pulau Penyengat menjadi tempat ramai anak-anak Raja Bugis terutama dari keturunan Daeng Chelak cabang pahlawan besar Raja Haji beranak-pinak. Ramai antara mereka menjadi ulamak selain pemerintah dan gigih menulis kitab.



Almari lama yang menyimpan khazanah dibuka atas permintaan Raja Syukri. Peliknya beliau mendakwa sepanjang hidup 49 tahun (kalau tak salah ingatan) dan pernah membesar di pulau ini, beliau sendiri tidak pernah melihat isi almari yang juga merupakan satu khazanah lama.


Mungkin ini keberkatan atas niat kami ke Riau untuk menyambung wasilah keturunan dan keilmuan. Kelihatan dalam gambar ketua umum masjid Enchik Ibrahim bin Haji Muhammad yang telah bermurah hati menunjukkan kami kitab-kitab. Beliau membenarkan kami membelek dan membuka mana-mana kitab yang kami suka. Sayangnya bacaan Jawi saya merangkak-rangkak... :]

Biar diberitahu nama Enchik yang dimilikinya adalah gelaran turun-temurun yang dianugerah Yang Dipertuan Muda iaitu keturunan Raja Bugis yang menjadi orang kedua paling berkuasa dalam empayar Johor-Riau-Lingga. Kata Raja Syukri nenek moyang Enchik Ibrahim banyak berbakti kepada keluarga YDM. Hendak dianugerahkan harta benda mereka sudah sedia berharta. Maka diberi gelaran Enchik yang boleh dipakai anak cucu sebagai penghormatan.


Dalam masjid terdapat juga barangan lain khazanah lama termasuk Al-Quran tulisan tangan. Di sini kami sedang berehat di hadapan bersama satu keluarga yang datang dari Melaka. Oh, saya juga ada melihat makam-makam di hadapan masjid. Lihat Makam-makam di hadapan Masjid Sultan Riau (Tombs in front of the Sultan Riau mosque).


Makan tengahari lewat berdekatan jeti.


Selepas itu baru memulakan perjalanan melihat tempat-tempat lain bersejarah.


Peta Pulau Penyengat.


Sedikit riwayat pulau...


Perjalanan menghala ke timur kemudian ke utara membawa kami melepasi bangunan ini, tinggalan rumah tabib kerajaan kalau tak salah ingatan.


Selepas itu terdapat bangunan pusat maklumat.



Tetapi nampaknya ia tidak lagi berfungsi.


Tidak lama kemudian kami sampai ke tempat ini.



Singgah di makam pujangga besar berketurunan Raja Bugis, Raja Ali Haji orang yang menulis beberapa kitab bermanfaat termasuk Tuhfat Al Nafis yang banyak menceritakan perhubungan anak-anak Raja Bugis dengan Raja-raja Melayu. Di sini juga terdapat makam ayahandanya Raja Ahmad, anak kepada pahlawan Bugis terkenal Raja Haji. Turut terdapat adalah makam seorang Yang Dipertuan Muda.

Tetapi paling dimuliakan penduduk tempatan ialah makam seorang adik beradik perempuan Raja Ahmad (tak pasti akak atau adik) yang bernama Raja Hamidah tetapi lebih dikenali sebagai Engku Puteri setelah mengahwini Sultan Mahmud III, pemerintah empayar Johor-Riau-Lingga pada zamannya. Menurut ceritanya, selepas perkahwinan Pulau Penyengat diserahkan kepada baginda dan kaum keluarga sebagai tempat khas untuk menetap dan memperolehi pemakanan. Lihat Kompleks makam (Tomb complex of) Engku Puteri.


Raja Syukri membawa kami membelah satu kawasan belukar lalu menunjukkan sejumlah makam yang berkait dengan keluarga terdekatnya. Adapun beliau adalah keturunan Raja Haji.


Perjalanan membelah belukar mula menaiki bukit.




Ada jalan bersimen menghala ke timur menaiki puncak.


Subhanallah. Makam Raja Haji! Pada saya inilah makam utama di pulau ini. Tapi sebelum itu ziarah dahulu makam di sebelahnya. Lihat Makam (Tomb of) Habib Sheikh As-Segaf.



Kemudian baru ke makam pahlawan agung Bugis ini yang tidak terkalah dalam sekian banyak peperangan... sempat menjadi Yang Dipertuan Muda Riau yang ke 4 namun terus berjuang di lapangan. Sampailah ditakdirkan baginda mati syahid ketika hampir membebaskan Kota Melaka dari tangan Belanda 1784, gugur di Teluk Ketapang. Lihat Makam (Tomb of) Raja Haji Fi Sabilillah.



Adapun muka Raja Syukri seperti dalam gambar atas mengingatkan saya kepada almarhum datuk saya, bapa kepada ibu yang dipanggil Tok Mail. Tadi saya cuba mencari gambar beliau tetapi yang ada pada saya cuma gambar-gambar awal tahun 60an gitu termasuk ini, ketika umurnya menghampiri 50. Ketika itu beliau sudah memiliki 10 anak, 2 lagi anak belum akan muncul 2-4 tahun kemudian. Sedangkan wajah Tok Mail yang terpatri dalam ingatan dan terasa sama iras dengan Raja Syukri adalah selepas saya sudah lahir tahun 70. Beliau meninggal dunia 1983 gitu.

Maaf ya Abang Syukri. Bukan saya nak kata muka Abang kelihatan tua. Cuma itulah yang terbayang dalam ingatan saya. Mungkin juga ini adalah jawaban kepada sedikit teka-teki dalam keluarga... mungkin benar saya dan Raja Syukri memang ada hubungan persaudaraan. Adapun saya pernah diberitahu beberapa orang bahawa mereka melihat rohani Raja Haji sering menjaga saya dan ini disebabkan pertalian darah melalui Tok Mail...


Selepas itu saya pernah diberi bayangan bahawa Tok Mail adalah berketurunan Raja Haji melalui Raja Ahmad, ayahanda kepada Raja Ali Haji. Namun kemudian saya mendapat tahu nasab lelaki atas lelaki Tok Mail sampai kepada Daeng Parani, saudara tertua Lima Daeng Bersaudara yang amat terkenal itu sedangkan Raja Haji adalah daripada Daeng Chelak. Lihat Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu.



Kami juga sempat melihat sejumlah makam lama di sekitar. Dipercayai di sini juga terdapat makam ibu kepada Hang Tuah . Lihat Makam-makam lama di puncak bukit timur Pulau Penyengat (Old tombs at the hill summit east of the island of Penyengat). Kemudian kami menuruni bukit menghala ke barat. Berdesup anak kecil kami Al-Rasyid lari...


Sampai di kawasan makam lain di kedudukan yang lebih rendah. Ah! Tak sangka di sini saya deja vu lama. Sebaik sahaja masuk pintu pagar dan terlihat pemandangan ini terus teringat mimpi yang rasanya telah berlaku lebih 10 tahun, mungkin hampir 20 tahun lalu!



Apa yang dilihat begitu terperinci. Sehinggakan kolam di laman pun sama begitu juga keadaan apabila masuk ke bangunan makam dan melihat isinya daripada beberapa sudut. Ah! Apakah yang sebenarnya mahu ditunjukkan oleh deja vu panjang itu? Apakah keluarga Tok Mail juga ada titisan darah dari pemilik makam sini? Lihat Kompleks makam (Tomb complex of) Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar.


OK. Adapun artikel ini sudah menggunakan terlalu banyak gambar iaitu hampir 40 dah.


Oleh itu saya rasa tak perlu diletakkan lagi gambar tempat-tempat kecuali ini untuk menunjukkan hasil kerja tangan seorang penduduk tempatan yang bernama Syed Othman Al-Shahab (saya tak tahu ejaannya tepat ke tak).


Kata beliau, bapanya berasal dari Kota Tinggi, Johor lalu berhijrah ke Pulau Penyengat. Cukuplah ditunjukkan gambar-gambar ini istimewa untuk pembaca yang meminati seni pertukangan kayu dan segala yang sewaktu dengannya. Untuk melihat beberapa lagi tempat menarik yang sempat dikunjungi terus masuk artikel-artikel di bawah. Cukup.









4 ulasan:

Din berkata...

Saya juga dari keturunan Raja Haji, bapa saya Iskandar dan ibunya Mastura, datuknya Ariffin yang dulunya tinggal di Singapura.

Adapun di Linggi semuanya adik beradik. Oleh itu, saya mahu tahu tentang anak cucu Raja Haji dan bagaimana pertalian tersebut. Saya akan Pulau Penyengat Disember 2013 ini. Sila hantar emel ke habibatullah@gmail.com. TQ Din

Sham PI berkata...

Assalamualaikum ..saya dan seorang rakan bercadang melawat tanjung pinang ..tertarik dgn tulisan saudara mengenai Kesultanan Johor Riau dan legasinya ..bagaimana untuk hubungi saudara ..contact saya sksb77@gmail.com ..016-2190 267 ..tq ..Shamsul dari Port Klang

Unknown berkata...

Alhamdullilah..
Bila search berkenaan pulau penyengat..blog Tuan yang saya jumpa..
Dalam ukhuwah..anak cucu cicit Raja Haji..

afiq berkata...

ada dengar kisah org dr semenanjung bila dtg ke riau, dibentangknnya dgn karpet merah ?