Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Julai 13, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Limbat ke Salor... sedikit tentang Long Ghaffar

OK. Rasanya eloklah ditamatkan terus penceritaan hari ke 8 perjalanan ke Pantai Timur, hari yang jatuh pada 1 Januari 2011 iaitu masuk tahun baru. Bersambung daripada artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Legasi Long Yunus.


Saya dapat merasakan artikel sebelum ini yang banyak menyentuh tentang keluarga Long Yunus, pengasas kesultanan Kelantan moden tidak disenangi pihak tertentu. Apapun, selepas puas melihat makam keluarga diraja itu di Langgar kami pun mengorak langkah keluar daripada bandaraya Kota Bahru.


Sambil itu terlihat Kompleks Pusat Islam di Telipot.







Sekitar ini saya mendapati jam kereta menunjukkan angka 3:13.


Meter kereta pula menunjukkan nombor 333.3. Ini bermakna sejak singgah di Masjid Jamek Gua Musang seminggu sebelum itu iaitu pada hari Krismas 25 Disember 2010, saya telah memandu kereta sejauh 1,000 km. Rujuk artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan Cameron Highlands ke Gua Musang, artikel pembukaan siri yang dibuat 3 bulan lalu.


Ke hadapan sikit baru kami makan tengahari... makan tengahari lambat daaa...


Singgah di masjid besar di Kubang Kerian. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian ke Limbat masuk ke satu jalan kecil.



Ada satu makam yang ingin diziarahi, milik seorang yang penting dalam sejarah Kelantan.


Baginda adalah putera raja kerajaan Reman (terletak di utara Perak) yang pernah menolong Long Yunus menaiki takhta Kelantan.


Namun saya merasa terpanggil untuk menegur isi pada papan maklumat yang diletakkan pihak tertentu pada makam. Saya rasa tahu siapakah mereka ini dan kenapa mereka memperbesar-besarkan Long Ghaffar (saya lebih suka ejaan ini berbanding Gaffar).

Pertama, tentang Long Ghaffar sebagai pengasas negeri Kelantan kerana kononnya perkataan Kelantan berasal dari "Kerat Lintang"... kononnya kerajaan Kelantan pernah dibahagi dua antara Long Yunus dan Long Ghaffar. Pada saya ini tidak benar sama sekali. Ini kerana perkataan Kelantan sudah wujud 600 tahun lebih awal daripada zaman mereka. Sudah disebut ramai sejarawan tentang penemuan wang syiling tertulis perkataan "Al Julus Kelantan" dengan tahun 577 Hijrah tertera yang bersamaan sekitar 1181 Masihi, zaman Sultan Salahuddin Ayubi membebaskan Baitul Muqaddis daripada tangan tentera Salib...

Kedua. Pembahagian Kelantan kepada Kelantan Timur dan Barat telah wujud sekurang-kurangnya sejak tahun 1600 Masihi di mana Kelantan pernah terletak di dalam satu persekutuan kerajaan yang dipanggil Patani Besar lalu menjadi negara bawahan yang pemerintahnya bergelar Datu Kelantan (sebab itu ada tempat nama Pengkalan Datu), dipilih oleh kerajaan pusat di Patani... sebelum Raja Sakti, pelopor Dinasti Raja-raja Jembal mengalahkan kerajaan utama Patani lalu menaikkan kembali taraf Kelantan. Jadi ia bukanlah pembahagian yang dipelopori Long Ghaffar.

Ketiga. Pada papan maklumat ini tersebut Kelantan Barat berpusat di Kota Bahru dan Kelantan Timur di Limbat. Ini salah sama sekali. Sila lihat peta negeri Kelantan. Limbat terletak di selatan Kota Bahru bukan ke timur. Malah pembahagian sebenar negeri Kelantan dahulukala adalah berdasarkan aliran Sungai Kelantan yang secara rata mengalir dari selatan keluar ke utara lalu membentuk sempadan semulajadi antara timur dan barat. Kedua-dua Kota Bahru dan Limbat sebenarnya terletak di timur Kelantan. Kalau Kota Kubang Labu tempat Long Yunus bersemayam sebelum mengalihkan pusat pemerintahan ke Kota Bahru itu baru betul kerana ia memang terletak di belah barat seberang Sungai Kelantan dan pernah menjadi pusat pemerintahan Kelantan Barat.

Keempat. Perkataan "Kerat Lintang" itu sendiri yang didakwa sesetengah pihak sebagai asal wujud nama Kelantan. Mungkin ini benar 600 tahun lalu, yang pasti ia bukan berlaku zaman Long Ghaffar. Tetapi itupun tidak tepat kerana kerat lintang bermakna negeri yang dikerat tengah kepada bahagian utara dan selatan, bukan timur dan barat kerana itu memerlukan keratan yang membujur. Ingat pepatah membujur lalu melintang patah? Kalau dalam istilah geografi ia ibarat perbezaan latitude dengan longitude. Garisan khatulistiwa yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan adalah contoh garisan melintang. Greenwich Meridian yang merupakan garisan pembahagian zon masa dunia adalah contoh garisan membujur...

Kelima. Perkataan yang menyebut Long Ghaffar sebagai Raja Kelantan tidak benar sama sekali, Baginda tidak pernah menjadi Raja Kelantan atau memerintah separuh dari Kelantan. Tetapi kalau menjadi raja di wilayah sekitar Limbat sambil mentadbir seluruh Kelantan sebagai Perdana Menteri yang diberi mandat oleh Raja Kelantan, itu memang benar...


Di sebelah makam Long Ghaffar terdapat makam anaknya Long Seri.


Apa yang tertulis di sini lebih mendekati kebenaran iaitu Long Seri adalah Raja Limbat. Itulah juga sebenarnya kedudukan Long Ghaffar. Pangkat sebagai Perdana Menteri yang diwarisi anak daripada bapa itulah yang menyebabkan Long Ghaffar dahulu berpengaruh terhadap seluruh Kelantan. Lagi satu baginda disegani kerana rapat dengan Long Yunus... kerana mereka berkawan baik semasa pengasas kesultanan Kelantan moden itu dalam buangan dan pernah menolongnya mendapatkan balik takhta Kelantan.

Adapun hak Long Yunus terhadap takhta Kelantan diperolehi daripada ayahandanya Long Sulaiman yang mendapatkannya pula daripada ayahandanya Long Baha, kerabat diraja Patani yang mengahwini seorang puteri diraja Jembal lalu diberikan pemerintahan ke atas Kelantan. Walaupun betul Long Ghaffar berperanan besar menobatkan kembali Long Yunus yang pernah dihalau daripada Kota Kubang Labu setelah berlaku satu rampasan kuasa, itu tidak bermakna baginda harus menjadi Raja Kelantan atau mendapat separuh dari Kelantan.

Hmm. Cukuplah apa yang disebut sebagai contoh. Sehebat-hebat Hang Tuah dan Tun Perak menolong Sultan Melaka mengembangkan kuasa dan wilayah, mereka tetap Laksamana dan Bendahara, bukan pemerintah separuh apalagi seluruh Melaka. Lihat artikel Makam (Tomb of) Long Ghaffar dan Makam (Tomb of) Long Seri.


Perjalanan diteruskan ke Kedai Mulong.


Singgah sebentar di masjidnya. Lihat Masjid (Mosque of) Kedai Mulong.


Perjalanan diteruskan menghala ke Pasir Mas.


Tetapi kami sebenarnya mahu ke Salor.


Di sini adalah lagi makam lama yang mahu dijejaki.


Nasib baik ada anak-anak muda sudi menunjukkan jalan.


Dahlah kena memandu jauh ke dalam, kena lagi berjalan kaki masuk kebun dan hutan belukar. Kalau mencari sendiri belum tentu dapat jumpa...









Kena pula menyeberang parit ini.


Baru sampai ke makam Raja Salor, raja yang memerintah wilayah yang dipanggil Salor. Atau makam Raja-raja Salor... kedudukan ini diwarisi dalam keturunan. Siapakah mereka? Baca sahaja apa yang tertulis di Makam Raja-raja Salor (Tombs of the rulers of Salor).


Oh. Untuk sampai ke makam tadi kami menumpang lalu kawasan rumah orang Cina.


Inilah 'buah tangan' yang dibawa dari kawasan makam. Pelik ni. Gambar ini sebenarnya melintang, bukan membujur, landscape, bukannya potrait. Tapi bila upload jadi macam ni. Inilah pertama kali berlaku begini. Mungkin ada kena mengena dengan kata-kata saya tentang "Kerat Lintang" dan Kelantan tadi?


Kami berehat sebentar di Masjid Kampung Laut.


Al-Rasyid sedang mengamuk. Namun dipaksa posing dengan kakaknya Erin.


Sepertimana ketika mengambil Erin dan si abang, Haziq 6 hari sebelumnya lalu membawa mereka ke Masjid Kampung Laut sebelum ke tempat lebih jauh, sesi berjalan dengan anak-anak ini ditutup di masjid yang sama. Lusa mereka harus kembali bersekolah. Kami pun memulangkan ke rumah bapa saudara mereka.


Perjalanan diteruskan lewat petang.


Sampai ke Pasir Puteh sudah malam.


Duduk sebentar di monumen peringatan Tok Janggut, pahlawan Melayu Kelantan menentang British yang berasal dari sini.


Jalan-jalan di bandar, tengok-tengok ada pasar malam.


Tempat seterusnya disinggahi adalah Masjid Ibrahimi, masjid jamek Pasir Puteh.


Cukuplah artikel ini ya. Lihat Masjid (Mosque of) Ibrahimi, Pasir Puteh.


Nota tambahan (dibuat pada 9/1/2019) : Saya telah menerima beberapa bantahan daripada mereka yang mengatakan berasal daripada keluarga Long Ghaffar tentang isi artikel ini yang dilihat mereka memperkecilkan peranan Long Ghaffar dalam Kesultanan Kelantan. Di sini tidaklah ingin saya memanjangkan perkara kecuali menyatakan apa yang ditulis itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi pada masa itu. Memang kelihatan ada pihak seperti terlalu ingin memperbesar-besarkan legasi Long Ghaffar. Pada mereka memang berhak berbuat begitu sedangkan saya merasakan sebaliknya.

Adapun kajian-kajian saya dibuat secara sepintas lalu sambil saya mengembara ke sana ke mari. Saya menerima segala teguran dengan hati terbuka jika ada kekhilafan tetapi tidaklah sampai wajib mengubah isi suatu artikel. Oleh itu dipersilakan terus membetulkan apa yang patut melalui ruangan komen. Saya boleh masukkan pembetulan dalam bentuk nota tambahan... kalau kena ubah isi parahlah wooo sebab saya banyak kerja. Saya telah menulis hampir 6,000 artikel di empat buah blogspot bukan berdasarkan pembacaan semata-mata tetapi selepas melangkah jejak di suatu tempat secara nyata, bukan buat-buat cerita.

Satu perkara yang saya ditegur baru ini adalah Long Ghaffar berpangkat bapa saudara kepada Long Yunus. Namun ada pula pihak menyebut tentang Long Ghaffar berbahasa kekanda kepada Long Yunus yang dipanggilnya sebagai adinda dalam menyatakan peranan - Long Yunus disuruh bersemayam dalam istana, biar Long Ghafar mentadbir Kelantan. Paling orang marah dengan saya nampaknya adalah bila artikel lama ini menyatakan Long Ghaffar sebagai perdana menteri kepada Long Yunus. Mereka bukan raja sama raja memerintah Kelantan yang dikerat lintang menjadi dua bahagian sama rata.

Dalam hal kerat lintang ini nampaknya saya tersalah kerana meletakkan Sungai Kelantan yang memanjang dari selatan ke utara sebagai garis lintang itu. Kalau itulah garisan sempadan maka ia lebih menunjukkan pada kewujudan Kelantan Timur dan Kelantan Barat pada zaman sebelum Long Ghaffar. Tetapi bila diteliti balik Sungai Kelantan sebenarnya terletak membujur dalam peta. Kerat lintang lebih pada garisan dari timur ke barat. Maka negeri Kelantan harus terbahagi kepada bahagian utara dan selatan kalau dikerat lintang. Ini lebih kena dengan penegasan daripada kaum kerabat anak cucu Long Ghaffar yang menyatakan Long Ghaffar menjadi raja yang memerintah dari Limbat hingga menghala ke Terengganu. Tetapi tidaklah sampai kerat lintang itu menjadi punca nama Kelantan yang terbukti sudah wujud sejak lebih 800 tahun melalu penemuan duit lama bertulis Al-Julus Kelantan dengan tarikh bersamaan 1181 Masihi.

Sekali lagi, terima kasih atas segala teguran. Sila tambah apa yang patut pada ruang komen.



16 ulasan:

Sangtawal Sakranta berkata...

salam saudara Radzie,

sangat setuju dengan pendapat dan ulasan saudara itu, ya kelantan wujud lebih lama dari itu. terima kasih atas artikel diatas.

wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Sama2. :]

Ash Roul berkata...

Terima kasih atas penerangan yang agak kemas itu. Kalau berkesempatan mungkin abg radzi boleh ceritakan tentang kerajaan patani tu. Langkasuka dan patani tu tempat yg sama ke ? katanya ada 43buah negeri dibawah persekutuan patani. Tertarik ingin tahu. Thanks

Radzi Sapiee berkata...

Langkasuka tu adalah pada zaman purba di mana kawasannya turut meliputi Kedah sekarang selain Patani. Kalau tak salah ia didirikan 2,000 tahun lalu. Persekutuan Patani pula wujud tahun 1500an ke 1700an Masihi gitu. Tentang 43 negeri tu saya pun tak berapa tahu. Mungkin ia termasuk negeri-negeri kecil. Secara umumnya persekutuan itu termasuk Terengganu, Kelantan, Patani, Legeh, Reman sampai ke Ligor iaitu di Segenting Kera gitu.

lloni berkata...

sebenarnya kisah antara Long yunus dan Long ghafar yg sebenar ada terkandung dalam buku catatan asal berada di dalam simpanan istana dan juga ada dalam simpanan muzium negara. Buku ini ada 7 salinan semuanya. Kalau nak tahu cuba tanya mantan pengarah muzium Shahrom Yub. Malah bendera awal kerajaan pun ada dia ambil. Bendera tersebut tertera kalimah syahadat seperti bendera Arab saudi.Sejarah telah digelapkan. Hanya kerabat yg dekat serta yg ambil tahu saja yg tahu cerita sebenar. Mungkin Saudara Radzi mendapat dari sumber sebelah pihak. Cerita yg saudara Radzi tulis itu agak kurang tepat. Kurang mendalam dan secara kasar saja. Tidak timbul nak menaikkan keluarga tetapi yg penting sekali ialah mengetahui cerita sebenar.

Don Balon berkata...

Salam Radzie..

Mohon download buku "Kelantan: A State in the Malay Peninsula" tulisan W.A. Graham. Cek website Sabri Zain. Ada kita Long Gaffar dan status Kota Limbat sebagai pusat Kelantan Timur ke Selatan ke takde hal.. Ibu negeri di Limbat. perhatikan notion "two states of equal footing".Terima kasih.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terima kasih kerana memberitahu. Saya baru je semak tadi. Perkara ni kena baca dalam konteks sepenuhnya maka saya copy and paste beberapa perenggan supaya nyata apa sebenarnya yang dimaksudkan... daripada penghujung muka surat 39 masuk ke 42


It is definitely known, however, that about the year 1780 the chiefs who ruled in Kelantan had all been more or less subdued and brought into subjection by the Raja of Kubang Labu, a fortified
place on the west side of the river opposite the present site of Kota Bharu. This prince had seized Kubang Labu on the death of his father, had killed or put to flight all his brothers, and,
after years of intrigue and war, had made him-self master of an area almost equal to that of
the State as it now is. He was not, however, left long in the peaceful enjoyment of his victories, for a brother named Jangut whom he had un-fortunately omitted to execute, appeared suddenly with a strong following and attacked him in the capital. The brother was with much trouble
repulsed, was driven out of the State, and peace was restored. Jangut, however, was not to be
beaten. He retired to Tringganu, where he obtained the services of a certain Wan Jafifar a commander in the Tringganu army, with whom
he arranged for an attack in force upon Kelantan, promising to his ally the sovereignty of the eastern part of the State in the event of the invasion proving successful. The attack was
made, and the unfortunate Rajah of Kubang Labu, finding his forces quite outnumbered, sur-rendered his throne and fled to Patani. The
victorious Jangut thereupon proceeded to subdue the whole State, which labour he accomplished with comparative ease with the guns and men brought from Tringganu by General Wan Jaffar,
pushing his frontier a good way east and north- east into territory which was recognised as
belonging to Patani. He then built a new capital on Pulau Saba, an island in the Kelantan river, which has since been entirely washed away by floods, established Wan Jaffar as feudatory Raja
of the eastern part of the State with his capital at the village of Limbat, and lived as acknow-
ledged ruler of Kelantan for seventeen years. A nominal subjection of Kelantan to Tringganu, which appears to have prevailed since the invasion
of Jangut, disappeared at this time, the two States being henceforth recognised by Siam as on an equal footing though His Majesty Phra Pradiyut did not then confer upon the Raja titles equal
to those enjoyed by the Sultan of Tringganu.

The fortunes of Raja Wan Jaffar's sub-State are soon told. After a long reign he died and was succeeded by his son and grandson in turn, who both took the title of Rajah Limbat. The last Rajah Limbat was succeeded by his son
Raja Slia, who found himself, on coming into power, in a position of practical independence, the suzerainty of Pulau Saba or Kota Bharu, as it had then become, having through intrigues at Court been so weakened as to be almost a
dead letter.

Radzi Sapiee berkata...

Cerita ini memang merujuk pada Long Yunus (disebut Janggut pada cerita) mendapat pertolongan Long Ghaffar yang dinyatakan sebagai Wan Jaffar dari Terengganu. Turut disebut tentang janji untuk memberi kekuasaan bahagian timur Kelantan jika Long Yunus berjaya menaiki takhta Kelantan yang ketika itu berpusat di Kota Kubang Labu. Selepas tertunai hajatnya disebut di sini "established Wan Jaffar as feudatory Raja of the eastern part of the State with his capital at the village of Limbat". Maka memang Long Ghaffar diberi pemerintahan bahagian timur Kelantan tetapi sebahagai "feudatory Raja", raja bawahan Kelantan sebenarnya. Tentang "two states of equal footing" ia sebenarnya merujuk kepada Kelantan dan Terengganu, bukan Kelantan dengan Limbat. Perhatikan ayat sebelumnya, "A nominal subjection of Kelantan to Trengganu which appears to have prevailed since the invasion of Jangut, disappeared at this time". Ayat ini menunjukkan Kelantan pernah kelihatan tunduk kepada Terengganu semasa Long Yunus menyerang Kota Labu (dengan pertolongan Long Ghaffar) mungkin kerana serangan itu dibuat menggunakan askar2 yang dibekalkan oleh Terengganu. Tetapi selepas serangan berjaya lalu Long Ghaffar diberi pemerintahan sebelah timur dan Long Yunus memerintah Kelantan (perhatikan... takda sebut pun Kelantan barat tetapi Kelantan seluruhnya sebenarnya) baru lah "the two states being henceforth recognised by Siam as on equal footing".

Seterusnys disebut "The fortunes of Raja Wan Jaffar's sub-State
are soon told." Ini tentunya merujuk kepada kawasan pemerintahan Long Ghaffar. Perhatikan perkataan "sub-State". Itu kan maksudnya negeri bawahan, bawahan kepada Kelantan keseluruhan yang diperintah Long Yunus dan anak cucunya? Maaf. Saya masih beranggapan ada anak cucu Long Ghaffar terlalu memperbesar2kan keadaan pemerintahan Limbat. Ia bukan pemecahan Kelantan jadi dua dengan pemerintahan sama taraf tetapi wilayah bawahan yang diberi pemerintahan autonomi tetapi masih tetap bawahan...

Don Balon berkata...

Radzie..

You've given a good point there. Seems that we need to cease using the notion of "two states of equal footing". Anyway, I'm confident that the stories told by our late senior family members were on good basis. Tengku Bongsu Machang who passed away last year at 90+, brought with him lots of stories of Long Gaffar's legacy.

It's not that I couldn't accept the truth, but my instinct is that they did not invent things, as they are not claiming for anything.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersependapat dengan saudara Radzi...

Sebagaimana adat pembesar terdahulu, apabila berjasa mereka dianugerahkan satu tempat untuk memerintah.

Tetapi dalam kes Tuan Long Ghaffar, kawasan pemerintahan baginda adalah besar, ini kerana jasanya dan sifat kesetiakawanannya yang tinggi.

Cerita Tuan Long Ghaffar ini masih menjadi kajian utama saya... kerana jalan ceritanya bersimpang siur...

Tuan Long Nuh (Raja Jambu/Patani), Tuan Long Man (Raja Jala), Tuan Long Deraman (Raja Legeh) dan Tuan Long Ghaffar itu bersaudara... itulah yang menarik perhatian saya...

TOK KADOK KELANTAN 1909M berkata...

sejarah asal raja long gaffar telah digelapkan oleh british. long seri itu adalah keturunan pada raja long gaffar asal yg berasal dri reman. negeri dikerat lintang bukan kelantan dan terengganu. tapi limbat sampai gua musang dan legeh(long gaffar)dan satu lagi kota bharu sampai narathiwat (long yunus).

raja long gaffar adalah putera mahkota reman dan saudara sepupu long yunus dan bukan wan jaffar dri terengganu. negeri terengganu adalah jajahan takluk kerajaan pattani yg kemudian dihadiahkan kpd kesultanan johor atas kasihsayang persaudaraan (keturunan Syed hussein jamadilkubra)..

kata2 long gaffar pada long Yunus, "adinda duduk didalam istana, dan biar kanda yang jaga rakyat" setelah peristiwa dua lelaki bertopeng menyerang istana kota kubang labu. maka dari situ bermulah era dua raja bersaudara dan hukum hudud yg pertama. raja long gaffar bukan laksmana spt hang tuah atau bendahara pada raja melaka tetapi putera mahkota diraja reman yg tidak mahu menjadi raja besar Pattani tapi mahu menetap di kelantan.

*moga diperbetulkan fakta@ itu..

*moga tuan merah silu dptkn info yg tepat..dan utk tahu sejarah long gaffar dan long yunus perlu dikenali sejarah Tok Kadok Kelantan dahulu.


>Pondok Tahfiz ANZ alhasyimi Nusantara@2017

Unknown berkata...

assalamualaikum kpd saudara merah silu @ Radzie ..

berkenaan penulisan anda bagi kami yang masih memegang carta salahsilah dan nasab keturunan sehingga hari ini menyangkal sebahagian isi penulisan saudara berkaitan nenek moyang kami...dan untuk makluman saudara radzie lebih baik anda selusuri salahsilah terlebih dahulu siapa long ghaffar anak sapa dan siapa long yunus apa hubungan dgn long ghaffar..
baik disini sy berkongsi sedikit klu supaya saudara lebih berminat dgn fakta..

keturunan Raja Champa Wan Daim mempunyai 4 putera yg hebat ..
Long Baha , Long Nik , Long Sulong , Long Senik

manakala anaknda mereka ialah :
Long Baha:-
Long Sulaiman
Long Ain@Tuan Kundur

Long Nik:-
Long Nuh
Long Tan
Long Ghaffar

Long Sulong:-
Long Pandak
Long Muhammad

Long Senik:-
Long Deraman

jadi dimana Long Yunus dan apa hubungkait dgn Long Ghaffar ?

long yunus anak kpd long sulaiman .. long sulaiman adalah sepupu long ghaffar..maka long yunus adalah anak sepupu kpd long ghaffar...

baik..selebihnya saudara dah boleh cari sendiri dan pesanan saya..sila betulkan semula beberapa bahagian penulisan yg kurang tepat..

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt...Amba Bondanoor dari Kuantan..adalah genarasi ke6 dari Datuk Hj. Imam Sutan Bin Long Nuh Datu Pujud Raja Reman..bolih bantu amba dimanakah letaknya makam Long Nuh Bin Long Nik Bin Raja Wan Daim yr di kwsn Kelantan atau di kwsn Patani..Amba juga sdg mencari makam Datuk Panglima Lidah Hitam atau Nik Mustaffa @ Sultan Abd Hamid Bin Wan Abu Muzaffar Waliyullah Bn Sultan Abu Abdullah Al Umdatuddin Bin Sayyid Ali Nurul Alam Bin Sayyid Jamaluddin Al Kubra...Jika ada sbrg info bolih hubungi saya di num 01136821707 Bondanoor..trmksh..

Tanpa Nama berkata...

pembetulan contact number 01136821703 Bondanoor

Tanpa Nama berkata...

Semak jugok wanted engku besar jeram b ku pandak bin lg demor(engku serimaharaja heram)bersama tok janggut(hulubalangnya. Dan pengikutnya sambai besut.lg demor b lg seri b lg gafar.penentangan kpd org putih.jeeam dan besut....ambo peminat sejarah baru nk belajar.kalu salah tolong tunjukan...meraikan pendapat

Tanpa Nama berkata...

Saya minta maaf kerana terpaksa sedikit memperbetulkan apa yang saudara katakan ini. Saya bagi klu - Ayahanda pada Almarhum Tengku Iskandar adalah Tengku Ahmad Panglima Raja - mohon saudara periksa, apa tugas terpenting Tengku Ahmad Panglima Raja dan kaitannya dengan Raja-Raja Kelantan. Tengku Ahmad merupakan keturunan asal dari Long Gaffar dan tugas berkenaan tidak pernah dipikul oleh keturunan Long Yunus. (boleh fikir-fikirkan sendiri) Jika benarlah Long Gaffar mempunyai hubungan yang baik dengan Long Yunus, baginda sepatutnya dimaqamkan di Langgar dan bukannya Limbat. Sebelum saudara merujuk kepada sejarah am yang ada dalam teks terkini yang menyebut Long Gaffar bukan pemerintah Kelantan, sila merujuk kepada keturunan sebenar Long Gaffar sebelum membuat tanggapan sendiri. Apa yang saudara teorikan sebagai maqam Long Seri itu juga saya mohon saudara periksa terlebih dahulu. Maaflah kalau saya sedikit tersilap bahasa.