Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Disember 13, 2010

Tolong pecah misteri masjid-masjid Muar ini...


Assalamualaikum para pembaca yang dimuliakan sekalian. Tadi semasa membuat kompilasi artikel tentang masjid, makam dan tempat kebudayaan/bersejarah di Johor yang pernah diketengahkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berlaku sesuatu yang agak ajaib. Satu daripada link artikel hilang dengan sendirinya dan tetap hilang apabila cuba diletakkan lagi berkali-kali! Kalau setakat hilang dalam compose mood mungkin tidak menghairankan. Mungkin kerana saya tersilap mengatur html coding atau sebagainya. Ini bila masuk edit html pun hilang, siap kod-kodnya sekali lesap...

Nasib baik saya tidak cepat hilang akal. Saya cuba cara lain yang muncul dalam fikiran... atur balik kod tetapi untuk nama link saya letakkan perkataan "sini". Setelah itu baru link dapat dimunculkan. Kemudian apabila yakin ia tidak hilang lagi, saya tukar perkataan "sini" dengan nama artikel itu balik. Alhamdulillah, link dapat muncul padahal kod htmlnya sama sahaja dengan kod awal yang hilang.

Apapun biar diberitahu artikel yang dimaksudkan adalah Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar) (alhamdulillah masuk juga link di sini dengan sekali letak). Apa yang berlaku mengingatkan bahawa ketika membuat artikel itu 2 bulan lalu berlaku satu perkara serupa. Empat dari 14 gambar yang diupload hilang dengan sendirinya. Kalau hilang semasa upload kita boleh kata mungkin disebabkan uploading error atau perkara sewaktu dengannya. Ini tak, gambarnya dah keluar ketika menulis posting, boleh dilihat kod htmlnya apabila masuk ke dalam edit html mood. Tetapi apabila dipublish dalam blogspot 4 gambar tersebut tak keluar.

Saya tak ingat bagaimana masalah ini berjaya diatasi. Pada mulanya terbetik di fikiran apakah saya dilarang menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada umum? Tetapi apabila berjaya setelah mencuba cara lain saya mendapat kesimpulan. Ada sesuatu di sebalik gambar-gambar yang hilang boleh dijadikan petunjuk kepada sesuatu. Mungkin melibatkan pencarian salasilah keluarga sebelah ibu.

Apa yang berlaku pernah disebut pada artikel Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan yang dibuat 10 Oktober 2010. Ah... isteri saya mengingatkan tarikh itu bersamaan 10/10/10. Sebenarnya dia terlihat itu tertera pada awal artikel. Saya pula terfikir apakah jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri itu sendiri merupakan satu petunjuk?

Untuk makluman artikel itu ada menceritakan persinggahan kami anak-beranak ke masjid jamek Muar di negeri Johor, masjid negeri Melaka dan masjid negeri Negeri Sembilan, dibuat dalam perjalanan kembali dari kampung ibu ke rumah kami sendiri. Ah! Nampaknya bab 3 negeri sendiri itu memang ada makna dan petunjuk. Ini kerana malam tadi saya telah membuat artikel kompilasi untuk 3 buah negeri di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 3 negeri itu adalah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Cuma ia dibuat dengan turutan sebaliknya.

Seperti disebut awal tadi, masalah link hilang melanda ketika membuat kompilasi links artikel Johor, kompilasi terakhir untuk malam tadi . Hmm... rasanya elok dicopy and paste bahagian berkaitan dari artikel Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan...




Saya meninggalkan Masjid Jamek Muar selepas menunaikan solat jamak dan qasar Zuhur dan Asar. Singgah pula di kedai kopi 434 yang airnya terasa semakin enak. Oh... 4 gambar lama masjid yang tidak mahu muncul dalam percubaan pertama itu memaparkan Masjid Jamek Muar, masjid di kampung ibu saya iaitu Kampung Temiang, sebuah masjid di Bukit Gambir dan sebuah masjid yang tidak disebut di manakah tempatnya. Mungkin ada pembaca yang dapat meneka kaitan kesemuanya dan perkara tersurat serta tersirat di sebaliknya?



Nasib baik saya ada mencatatkan apa yang berlaku. Dengan itu dapatlah dikenalpasti gambar yang terlibat lalu diatur menjadi satu gambar komposit di atas. Empat gambar disusun atas faktor selepas dicrop dari gambar asal apakah aturan paling sesuai untuk masuk ke ruang paling minimum dalam satu kotak segiempat tanpa mengorbankan mana-mana muka orang yang terpapar pada gambar asal. Gambar diletakkan pada saiz sebesar yang mungkin. Buka sahaja dalam windows lain dan anda boleh melihat butiran...

Saya berbuat begini agar para pembaca budiman dapat menelitinya sendiri. Kalau disuruh saya mengkaji seorang diri rasanya dah tak larat dah... penat. Mungkin ada pembaca yang dapat menerangkan kaitan antara ke empat-empat gambar, kaitan yang menyebabkan ia boleh hilang ketika membuat artikel Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar) 2 bulan lepas kemudian link artikel pula hilang apabila membuat artikel kompilasi malam tadi. Telahan saya, ada seorang atau beberapa orang individu yang dimuliakan Allah dengan karamah ada di 4 masjid itu ketika gambar diambil.

Biar disebut ada gambar yang diambil tahun 1915. Zaman itu empayar Islam Uthmaniah yang memegang keKhalifahan ummah masih wujud walaupun sedang tenat dilanda pelbagai masalah sehingga digelar sebagai 'orang sakit Eropah'. Kota suci Mekah dan Madinah serta seluruh wilayah Hijaz pula masih berada di bawah kekuasaan para Sharif Mekah yang berketurunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hassan. Pendek kata orang Islam seluruh dunia masih memiliki paksi kekuatan agama jasmani dan rohani bukan seperti sekarang...

Masjid Jamek Muar pula dibina tahun 1920an sebelum siap sepenuhnya lalu dirasmikan tahun 1930. Ketika itu banyak telah berubah dan dunia boleh dikatakan sudah dikuasai penjajah Barat luar dan dalam. Namun ini tidak menghilangkan kemungkinan ada orang-orang yang sama turut berada di setiap masjid yang tertera. Tak pun mereka mungkin berada pada 3 dari 4 gambar...

Hmm... terbetik di fikiran mungkin ulamak besar terkenal di Johor, Sheikh Fadhil Banten turut ada sama. Berasal dari Jawa dan dikatakan berketurunan Sunan Gunung Jati @ Sharif Hidayatullah beliau datang mengajar agama di Muar lalu diangkat menjadi penasihat dan mufti peribadi Sultan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sheikh Fadhil Banten. Lihat juga penerangan yang ada di dalam artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Tinggalan Aceh di hulu Muar....

Hati saya sendiri meneka seorang moyang sebelah ibu juga ada. Tapi apakan daya? Gambarnya pun tidak ada dalam simpanan keluarga. Ada cerita menyebut beliau sangat kaya sehingga memiliki 6 biji kereta dengan 6 orang pemandu. Saya cuma tahu beliau dikenali sebagai Hussin bin Betak... baru beberapa bulan lalu mendapat tahu Betak yang turut dipanggil Wak Betak juga dikenali sebagai Daeng Betak adalah pembuka Parit Betak di Pontian berhampiran Batu Pahat, Johor. Dan Daeng Betak adalah anakanda La Makuaseng dari kerajaan Wajo di Tanah Bugis, orang yang namanya diabadikan pada sebuah lagi parit lebih ke selatan di dalam daerah Pontian.

Melihat gambar Sheikh Fadhil Banten yang diletakkan pada artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Tinggalan Aceh di hulu Muar... membuat saya terfikir akan satu lagi kemungkinan. Mukanya seakan ada kesamaan dengan seorang lagi moyang sebelah ibu tapi dari keturunan Jawa. Kemungkinan beliau turut ada dalam gambar?

Apapun itu adalah telahan peribadi sahaja. Mungkin pembaca lebih arif dapat mengenal-pasti apakah yang sebenarnya tersurat dan tersirat di sebalik 4 gambar yang telah disatukan? Mungkin anda boleh memulakan pencarian dengan meneliti apakah ada muka-muka yang sama muncul dalam setiap gambar. Cuma satu peringatan. Ini mungkin boleh dicari pada 3 gambar di mana kelihatan ramai orang berdiri di hadapan masjid. Tapi ada satu pula kelihatan tiada orang. Mungkin individu yang terlibat ada di dalam masjid ketika gambar diambil? Mungkin di situ ada satu petunjuk kewalian?


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Daeng adalah keturunan Merong bercampur dengan Batak Gayo.

Radzi Sapiee berkata...

Ya ke? Sila beri bukti dan rujukan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

adakah gambar-gambar ini diambil dari dalam album --maksud saya,ia masih di sebalik plastik ataupun diambil secara terus dari gambar asal?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.

Ia diambil terus dari gambar asal yang sudah diframekan di satu pameran kecil. Saya tangkap direct dengan kamera...

Tanpa Nama berkata...

Batak gayo!!!? kutuk punya kutuk last last ngko yg batak, campur ngan siam merong plak tu

Radzi Sapiee berkata...

Ni lagi satu peghak. Aku mintak bukti kat mana yang kata Daeng tu Batak Gayo campur Merong pun belum terjawab, dah terus nak masuk tonjol teori bodoh dah? Boleh belah la lu mat/minah!

(Tak guna lagi cakap lembut dengan puak peghak. Nak sangat meh le jumpa aku depan2. Tengok langit tinggi ke rendah...)

Tanpa Nama berkata...

Aku takder bukti , aku mintak telek pandang Daeng ni nama keluarga asal keturunan Dang.Macam Dang wangi, Dang Anum. Asal dari laluan sutera.

Radzi Sapiee berkata...

Takpa kalau takda bukti. Tapi kita tak boleh kata ia benar. Kita boleh tersilap malah tersasar jauh dari kebenaran.

Bila takda bukti kita cuma boleh sebut ia pendapat saja. Mengaitkan Daeng dengan Dang sangatlah jauh, macam Datuk dengan Datu. Datuk tu pangkat raja beri, Datu tu raja bawahan seperti mana raja-raja Kelantan dahulu pernah dikenali sebagai Datu kerana merupakan raja bawahan yang tunduk pada Sultan dan raja perempuan Patani.

Kita boleh beri pendapat tapi seeloknya biarlah dengan pengetahuan, bukan berteka-teka. Kalau teka katakan teka, jangan disebut sebagai hujah yang sahih gitu. Alangkan benda ada bukti pun boleh dipertikaikan sebab dari kacamata kita mungkin nampak sahih, bila orang lain kaji pula dari sudut lain dah nampak nyata cacat-celanya.

Macam bab Daeng, ada pihak kata Raja Aceh yang bagi... asalnya dari perkataan Da'im, kekal. Apapun Daeng bukanlah gelaran paling tinggi untuk orang Bugis. Kalau raja2 sebenarnya gelarannya Petta. Cuma Daeng jadi famous sebab 5 Daeng - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak dapat jadi raja kat Tanah Melayu. Padahal ada lagi yang pangkat lagi tinggi dari diorang tapi sengaja sembunyikan identiti.

Master berkata...

Yeke hang dr keturunan Daeng Betak, meh datang kampung ak kt Pari Betak ni, biar ar aku kenalkan kerabat2 dia kt kampung ni..
Aku ni cicit Daeng Betak...Daeng Betak ni dulu kahwin 4, tp bapak aku cucu dia isteri tua..mak ak plak cucu dia isteri muda..so, memng pure keturunan Daeng Betak..

Radzi Sapiee berkata...

Kalau begitu sila berikan alamat rumah saudara dan nama orang tua. Kalau boleh tunjukkan arahnya sekali. Insyaallah bila ada kelapangan saya akan bertandang. Banyak yang ingin saya tanyakan. Salah satunya apakah salasilah ke atas Daeng Betak yang katanya anakanda kepada La Makuasseng dari Wajo. Mungkin keluarga saudara ada menyimpan nama-nama moyang hingga 7-10 keturunan ke atas?
Ini kerana salasilah ayahanda saya daripada nasab Laksamana Raja Mahkota di Perak katanya sampai ke La Madukelleng Petta Pamaradekangi Wajona To Wajoe, raja atau Arung Matoa Wajo yang gigih memerangi Belanda abad ke 18. Nak juga saya tahu jika darah ayahanda dan bonda saya ada bercantum di atas sana...

Master berkata...

boleh hubungi sy zairi ali di 018-7658581..salasilah yg ada x bnyk ttp boleh juga membantu untuk mencari kerabt2 yg belum dkenali....

Master berkata...

Alamt saya di No. 33 Batu 1,Kg Tampok Darat,Jalan Parit Betak, Benut Pontian...
Saya tinggal di JB sekarang, kalo mungkin jadi dtg boleh hubungi sy dahulu.....
Mungkin jua boleh bercakap dgn ayah dan ibu sy di 013-3864571 yg merupakan cucu kpd Daeng Betak ini dan smpt brjumpa dgn ramai anak2 Daeng Betak yg lain.tq

Radzi Sapiee berkata...

OK. Terima kasih. Insyaallah saya datang nanti.