Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 03, 2010

Menyelesaikan bab Perak : Mendekati keluarga terdekat Haji Musa dan Laksamana Muhammad Arshad

OK. Seperti disebut pada penghujung artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Kota Batu, Sultan Bolkiah dan Pulau Chermin cerita perjalanan di Brunei akan disambung Insyaallah minggu hadapan. Buat masa ini biar dilepaskan dahulu beberapa luahan dan gerak rasa yang boleh dikira kesinambungan pada perjalanan yang dibuat di Perak hampir 2 minggu lalu.


Adus. Seingat saya tidak pernah saya mengambil gambar masjid dengan namanya di papan-tanda tidak lengkap seperti ini. Nasib baik bahagian Jawinya lengkap. Selalunya apabila mengambil gambar saya akan semak kembali melalui paparan digital. Kalau tak lengkap atau tak puas hati saya akan buang dan ambil gambar baru. Entah kenapa kali ini boleh terlepas pandang, bila dilihat dalam komputer tadi baru perasan.

OK. Sekembalinya dari Perak Ahad 10 hari lalu saya telah mendapat banyak petunjuk dan ilham. Apabila membuka komputer dan melihat e-mail pula saya dapati seorang bapa saudara bertanyakan pendapat tentang beberapa perkara yang melibatkan keluarga. Lalu dia turut bertanya jika saya sudah membaca satu tulisan yang dibuatnya beberapa bulan lalu. Katanya tulisan yang dibuat dalam bentuk print-out telah dijilid menjadi buku kecil... ada satu salinan untuk saya disimpan abangnya di Selayang.

Diakui selama itu saya kurang berminat untuk membaca malah mengambil tahu, mungkin kerana tumpuan lebih terarah ke beberapa perkara lain. Bapa saudara yang merupakan sepupu kepada ayah ini pula kurang saya kenali. Seingat saya, kami cuma pernah bertemu sekali ketika mengikut ayah dan ibu menghadiri satu majlis perkahwinan di rumah adik sepupu ayah ini di Teluk Intan, kalau tak salah penghujung 2007, tak pun awal 2008. Itupun saya sebenarnya tak berapa ingat menemuinya. Tetapi dia ingat kerana saya telah menghadiahkan beberapa naskah buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang? kepada saudara mara. Ketika itu baru sahaja terbit (November 2007). Apa yang didapati baru ini di Perak terutama di Sungkai pula membuatkan saya terasa harus membaca tulisannya. Lalu satu pertemuan pun diatur dengan abangnya di Selayang, bapa saudara saya juga...


Disebabkan ada hal lain saya cuma dapat ke rumah bapa saudara ini hampir waktu Zuhur. Beliau pun mengajak saya bersolat jemaah di sebuah masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Taman Seri Melati, Selayang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sebelum itu bapa saudara ini sempat membuka sedikit cerita. Katanya kami tidak pernah bertemu sebelum ini sedangkan kali terakhir dia berjumpa ayah saya adalah selepas ayah tamat pengajian di universiti.


Hmm... kalau begitu kali terakhir pakcik berjumpa ayah adalah sebelum tahun 1975. Atau mungkin juga tahun 60an kerana ayah menuntut di maktab perguruan dahulu sebelum bekerja sebagai guru, beberapa tahun kemudian baru menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mungkin pakcik kali terakhir berjumpa ayah selepas tamat pengajian di maktab tetapi disangkakan tamat universiti, mungkin. Saya pula teringat zaman kanak-kanak di mana saya sering rindukan ayah yang belajar di Kuala Lumpur, saya, ibu dan adik pula duduk bersama keluarga ibu di Muar.

Ya, walaupun saya amat takutkan ayah kerana garang, saya sering rindukannya. Mungkin akibat perhubungan antara seorang anak lelaki dengan ayah. Walaupun perhubungan kami dahulu sentiasa panas, mungkin disebabkan faktor saya anak sulung, ayah juga anak sulung dan muka hampir serupa, walaupun saya sering dipukul sebelum berani melawan lalu sering lari rumah, hakikatnya saya sangat sayangkan ayah. Walaupun dibesarkan dalam lingkungan keluarga ibu sebelum keluar untuk mengejar cita-cita sendiri, ternyata saya sebenarnya lebih anak ayah. Siapa sangka ketika masuk umur 31 tahun, setelah begitu lama tidak ambil peduli, saya mula mencari dan menelusuri sejarah dan salasilah keluarga sebelah ayah?


Petang itu saya pergi ke Perpustakaan Negara di mana saya membaca buku kecil yang dibuat oleh adik kepada pakcik tadi. Sambil itu saya juga membaca satu buku tentang sejarah Perak lalu tergerak untuk mengambil gambar-gambar ini. Di atas adalah Istana Raja Muda yang terletak di Teluk Intan. Kalau tak salah ia akhir sekali digunakan oleh Raja Muda Musa ibni almarhum Sultan Abdul Aziz ibni Raja Muda Musa (mereka suka pakai nama berulang-ulang) lalu terbiar apabila Raja Muda Musa yang lebih muda mangkat tahun 1983. Lihat Istana Raja Muda (The regent's palace), Teluk Intan, Perak.

 

Ini pula adalah masjid yang didirikan di atas tanah wakaf keluarga. Saya tak pasti bilakah sebenarnya ia dibina tetapi pada atap genting di menara atas ada tertera tahun 1865 gitu. Masjid ini kekal dengan bentuk binaan yang kelihatan sekian lama. Sekitar tahun 2005 gitu baru ia menerima perubahan, perubahan yang walaupun meluaskan kawasan tetapi pada saya menghilangkan rasa dan bentuk klasiknya yang asal. Lihat Masjid lama Batak Rabit (The old mosque of Batak Rabit).



Pada mukasurat 171 buku sejarah Perak yang bertajuk Cempaka Sari itu ada suatu perkara menarik perhatian.

Perhatikan, ada satu tempoh masa sekitar tahun 1918 di mana Perak tidak memiliki Raja Muda... tiba-tiba sahaja Raja Bendahara dapat melompat jadi Sultan. Perkara ini pertama kali saya lihat ketika menelaah buku tersebut untuk memahami sejarah keluarga 8-9 tahun lalu... baru kali ini terasa ingin mengenengahkannya. 

Setahu saya tidak pernah ada dalam sejarah Perak tidak memiliki Raja Muda kecuali ketika itu. Alangkan semasa kekecohan perebutan takhta tahun 1870an yang membawa kepada Perjanjian Pangkor pun ada Raja Muda (semasa itu Raja Bendahara iaitu Raja Ismail dapat menaiki takhta menyebabkan Raja Muda iaitu Raja Abdullah tidak puas hati sehingga menjemput campurtangan Inggeris), inikan pada tahun 1918 yang kelihatan aman menurut kebanyakan sumber bacaan yang sebenarnya diolah Inggeris. Kecuali keadaan ketika itu sebenarnya tidak aman tetapi ceritanya digelapkan. Eloklah ditambah bahawa zaman sekitar itu sebenarnya memang kacau-bilau. Ketika Raja Bendahara yang bakal menjadi Sultan ke 30 Perak, Sultan Alang Iskandar ditabalkan bulan Disember, Perang Dunia Pertama baru sahaja tamat.

Biar juga ditambah selepas itulah kerajaan keKhalifahan Uthmaniyah jatuh melutut sehingga terlepas Palestin dan tanah suci Baitul Muqaddis. Namun di Tanah Melayu berita itu cuba digelapkan sementara raja-raja Melayu yang menyokong Inggeris dipuji bagai nak rak sebagai raja yang progresif lagi sedia menerima 'kemodenan'. Tidak lama kemudian bala menyusul di Tanah Arab apabila pemerintahan Bani Hasyim dari keturunan cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan, pemerintahan para Syarif Mekah ditamatkan oleh kaum Bani Saud dan puak Wahabi dengan pertolongan British. Mungkin ramai tidak sedar, ketika itulah umat Islam termasuk bangsa Melayu mula menjadi anak-anak yatim yang kehilangan pegangan asal...

Walaupun ada sumber lain cuba menyebut Sultan Alang Iskandar telah menjadi Raja Muda April 1918 sebelum abangnya Sultan Abdul Jalil mangkat bulan November saya terasa ada perkara yang tidak kena. Seolah-olah ini cuma berita yang ditambah kemudian apabila pihak berkepentingan menyedari ada kelompongan sejarah seperti disebut Cempaka Sari yang boleh dijadikan asas untuk anak cucu kemudian mencari kebenaran. Saya teringat ketika mula-mula mahu menelusuri sejarah keluarga, setelah mendapat satu mimpi kemudian dikejutkan peristiwa keruntuhan menara berkembar WTC di New York 11 September 2001 yang terasa seperti ada kaitannya. Setelah lebih 3 tahun tidak berjumpa dengan Nenek, ibu kepada ayah, saya mencarinya di kampung lalu mula bertanya.

Kebetulan satu malam seorang ibu saudara mahu membawa Nenek berjumpa seorang perawat tradisional di sebuah kampung berdekatan. Saya pun mengambil peluang untuk bertanya tentang hal keluarga kepada perawat yang dikatakan memiliki kelebihan melihat ke alam ghaib. Katanya sekitar tahun 1920an telah berlaku satu peristiwa menyayat hati di mana seorang moyang saya akhirnya terbunuh... kalau tak salah ia melibatkan perebutan takhta...


Ketika itu saya kurang memasang telinga kerana lebih berminat untuk menelusuri sejarah keluarga 500 tahun ke atas. Setelah beberapa tahun, baru saya dapat tahu salah seorang moyang terdekat adalah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama Sultan Abdullah akibat dikatakan terlibat dengan pembunuhan Residen pertama British ke Perak J.W.W. Birch 1875. Ketika itu pertengahan tahun 2006 dan saya baru sahaja menerbitkan buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006). Setelah beberapa lama asyik menziarahi makam moyang-moyang teratas baru timbul rasa untuk melihat makam Muhammad Amin pula...

Baru saya tahu ia terletak di Singapura. Tiba-tiba mendapat berita ia mahu dialihkan ke kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan. Lihat Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan..., lihat juga Laksamana kembali ke Perak dan artikel lain yang sewaktu dengannya di sidebar kanan atas. Peristiwa itu telah membuka banyak ilham dalam pencarian saya yang seterusnya... Di atas adalah buku kecil yang dibuat oleh sepupu ayah untuk tatapan keluarga.

Ternyata dia telah mengambil perhatian atas apa yang disuarakan melalui buku "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" malah turut menggunakan seluruh isi dari artikel "Laksamana kembali ke Perak" sebagai pembuka cerita. Pakcik ini juga membuat sedikit follow-up tentang berapa perkara yang telah saya utarakan sebelum ini. Oh, sejak mendapat buku di majlis perkahwinan penghujung 2007 atau awal 2008 itu dia ada beberapa kali menghubungi saya melalui e-mail

Sebenarnya pakcik ini memiliki kelebihan sendiri kerana dibesarkan di kampung ayah di Teluk Intan tahun 50an dan 60an sedangkan saya pula dibesarkan di kampung ibu di Muar 70an dan 80an. Dia merasa membesar di dalam kawasan kota milik keluarga yang sudah hilang kesannya, di sebelah rumah besar yang sudah lama runtuh, rumah lama yang menurutnya turut memiliki singgahsana. Atas kelebihan inilah dia menurut saranan saya untuk cuba mencari identiti sebenar seorang moyang kami yang lebih dikenali sebagai Haji Musa. 

Rata-rata setakat yang diketahui keluarga, Haji Musa adalah orang kaya yang hidup sezaman dengan Sultan Abdullah. Tetapi melalui penyelidikan saya, baru disedari bahawa Haji Musa ini adalah ayahanda kepada seorang moyang (pangkat datuk pada pakcik ini) yang dikenali sebagai Hajah Halijah, seorang perempuan cantik yang menurut ceritanya menjadi rebutan anak-anak raja sehingga berlaku peperangan, sehingga kisah kecantikannya dijadikan syair dan sebagainya.

Tahun 2007 kalau tak salah ingatan saya terjumpa sebuah salasilah yang disimpan seorang saudara jauh yang baru dikenali di Taiping. Salasilah itulah yang menyebut seorang moyang utama kami di Perak yang menjadi Laksamana Raja Mahkota pertama, orang yang dikenali sebagai Nakhoda Hitam adalah adik-beradik dengan Daeng Selili, Maharajalela pertama lagi bersaudara dekat dengan 5 anak Raja Bugis terkenal, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak. Pada salasilah itu tercatat bahawa Hajah Halijah adalah puteri kepada Haji Musa. Lebih menarik lagi, baru saya tahu Hajah Halijah berkahwin dengan Laksamana Muhammad Arshad, anakanda kepada Laksamana Muhammad Amin yang dibuang ke Pulau Seychelles.

Saya pernah mendengar cerita dari Nenek bagaimana Hajah Halijah memiliki dayang-dayang sendiri dan tinggal di rumah seperti istana. Tetapi Nenek tidak pernah menyebut siapakah bapa Hajah Halijah mahupun suaminya sedangkan kesemuanya adalah nenek moyang saya. Maklumat ini kemudian saya sampaikan kepada sepupu ayah yang menulis buku kecil di atas. Hasil penyelidikannya menunjukkan Haji Musa, bapa kepada Hajah Halijah bukan sahaja memiliki kota sendiri... malah Sultan Abdullah sendiri duduk menumpang di kota itu!

Siapakah Haji Musa yang memiliki kota sendiri sehingga ada rumah dengan singgahsana di dalamnya? Siapakah Hajah Halijah yang ada dayang-dayang sendiri, yang kecantikannya menyebabkannya menjadi rebutan anak-anak raja? Pada mereka yang sudah diberi ilham jawabannya sangat terang. Pada pihak yang berkepentingan, mahu sahaja kedua ini disebut sebagai orang kebanyakan lantaran nama mereka tiada lagi dalam daftar salasilah rasmi kerabat diraja, cuma iras-irasnya sahaja yang ada.

Lebih penting lagi pada saya adalah apa yang berlaku pada Laksamana Muhammad Arshad iaitu anakanda kepada Laksamana Muhammad Amin. Cerita tentang beliau nampaknya hilang begitu sahaja, makamnya pun tidak diketahui di mana. Menurut sejarah rasmi, Muhammad Arshad tidak pernah pun menjadi Laksamana. Beliau cuma dikenali sebagai Orang Kaya, ada pula yang menambah beliau dikenali sebagai Orang Kaya Besar, satu panggilan yang biasanya cuma dipakai Maharaja Diraja, salah satu orang besar empat Perak. Lalu ada yang menyoal mana mungkin Muhammad Arshad dikenali sebagai Orang Kaya Besar sedangkan jawatan Laksamana yang lebih rendah iaitu salah satu orang besar lapan pun belum tentu pernah dijawatnya. Atas dasar itu, siapalah kami untuk bercerita lebih-lebih... kecuali sudah terbongkar kedudukan sebenar keluarga.

Allah. Sungguh banyak perkara telah digelapkan oleh pihak berkepentingan, perkara yang menurut petunjuk yang saya dapat kebanyakkannya diubah sekitar tahun 1920an sebelum dijadikan hitam putih yang muktamad terutama melalui Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1953. Kebetulan tahun tersebut Sultan Azlan (ketika itu belum tersenarai sebagai Raja Bergelar yang boleh masuk penggiliran takhta Perak) mendapat ijazah sarjana muda undang-undang dari Britain. Saya teringat kata Nenek dan ibu saudara bahawa dahulukala Laksamana boleh menjadi raja. Tetapi melihat pada aturan sekarang di mana Laksamana cuma orang kaya lapan mana mungkin ini boleh berlaku...

Setelah mendapat tahu asal-usul sebenar sistem penggiliran takhta Perak yang berlaku apabila kerabat diraja dari keturunan Bugis, Melaka dan Aceh bergaduh sesama sendiri, satu cerita yang sengaja digelapkan agar takhta dapat dipegang oleh keluarga tertentu sahaja baru saya faham. Mungkin kehilangan Laksamana Muhammad Arshad ada kena-mengena dengan tiadanya pemegang jawatan Raja Muda pada tahun 1918 seperti disebut dalam buku Cempaka Sari itu. Mungkin itulah cerita sedih yang dimaksudkan perawat tradisional yang ditemui ketika mula-mula mencari salasilah 9 tahun lalu. Mungkin cerita sebenar akan menyebabkan ramai pihak panas punggung. Dengan itu cukuplah luahan berkenaan. Selamat malam...


p/s: Saya ingin mengambil peluang ini untuk membuat satu pengumuman. Atas cadangan Pakcik Hamiri sepupu kepada ayah saya Muhammad Sapiee bin Muhammad Arshad bin Muhammad Wahi bin Laksamana Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin, satu perjumpaan keluarga akan diadakan Insyaallah tahun depan. Untuk memudahkan urusan, biar dibuat untuk anak cucu Muhammad Wahi sahaja buat masa ini. Perhimpunan dicadangkan mahu di buat di Batak Rabit hujung minggu selepas Maulidur Rasul. Harap jika ada saudara-mara terbaca sampaikan kepada yang lain dan sila beri maklum-balas. Saya boleh dihubungi di merahsilu@hotmail.com.


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslkm Tuan,

Cuba tgk balik aturan carta yg tuan lampirkan diatas, LIHAT giliran jawatan mulai pemerintahan Sultan ke-33 Sultan Idris II pada tahun 1963. Pada jalur tersebut masih ada lagi waris zuriat Sultan Abdullah II iaitu Raja Lope Nor Rasyid bin Raja Abdul Rahman yg menjawat jawatan Raja Kecil Besar dan Raja Ahmad Hisham bin Raja Abd Malik yg menjawat jawatan Raja Kecil Sulong. Jawatan seterusnya iaitu Raja Kecil Tengah disandang oleh Sultan Perak sekarang sultan Azlan Shah.

Kemudian pada tahun 1977, 1978 dan 1983 dgn kemangkatan beberapa org raja bergelar iaitu Raja Kecil Besar Raja Lope Nor Rasyid(1977), Raja Di-Hiler Raja Ekram(1978) dan Raja Muda Perak ketika itu Raja Muda Musa(1983) telah menyaksikan perpindahan jawatan yg tidak mengikut turutan dan penghapusan jawatan2 tertentu spt Raja Bendahara. Jawatan Raja di-Hiler tahun 1978 digantikan oleh Raja Ahmad Hisyam manakala Jawatan Raja Kecil Besar digantikan oleh Raja Azlan. Apabila Raja Muda Musa pula mangkat tahun 1983 tempatnya terus digantikan oleh R.K Besar Raja Azlan sedangkan Raja di-Hiler Raja Ahmad Hisyam tidak dinaikkan.

Apabila Sultan Idris II mangkat pd thn 1984 Raja Muda Azlan menaiki takhta Sultan Perak dan jawatan Raja Muda pula tiba2 diisi oleh R.K Sulong Raja Ahmad Saifudin. Apakah Raja Ahmad Hisyam selaku zuriat sultan Abdullah II mmg telah hilang kelayakan utk menjawat jawatan Raja Muda ataupun dinafikan haknya seterusnya menaiki takhta Sultan Perak?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Nampaknya begitu le. Nak komen lebih2 kita pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dalam artikel ini saya sudah menyebut ada yang tidak kena apabila Raja Alang Iskandar terus melompat dari jawatan Raja Bendahara jadi Sultan tahun 1918, jawatan Raja Muda pula tiada. Oleh kerana saudara telah menunjukkan kekacauan di tempat lain biar ditambah... menurut salasilah yang saya tahu, Sultan Iskandar bukan sahaja adik kepada Sultan Abdul Jalil malah adik-beradik ketujuh. Menurut sistem penggiliran takhta Perak yang asal tidak mungkin seorang Sultan digantikan oleh seorang lagi Sultan dari keluarga terdekat... misalnya bapa diganti anak, abang diganti adik. Kerana sistem itu sendiri wujud agar 3 keluarga berlainan dapat bergilir menaiki takhta, menurut perjanjian lama yang dibuat untuk mengelakkan perang berterusan antara kerabat diraja keturunan Bugis, Melaka dan Aceh. Nah, Sultan Abdul Jalil digantikan Sultan Iskandar itu sendiri menimbulkan tanda-tanya, apalagi Alang Iskandar adalah anak lelaki ke 7 Sultan Idris I. Bagaimana dia boleh melangkah jadi raja sedangkan ada 5 orang abang lagi tua selepas Sultan Abdul Jalil?

Satu lagi perkara pelik. Lihat carta semasa Alang Iskandar memerintah. Anaknya Raja Idris tiada pun dalam senarai Raja Bergelar. Tetapi sebaik sahaja dia mangkat untuk digantikan Sultan Abdul Aziz, tiba2 Raja Idris jadi Raja Bendahara. Apahal? Campur apa yang saudara sebut jadi le caca-marba.

Lalu apa yang kita lihat sekarang adalah segala jawatan didominasi keturunan Sultan Idris I. Sejak dia menaiki takhta 1887 cuba seorang sahaja kerabat Teluk Intan iaitu Sultan Abdul Aziz sempat menjadi memerintah Perak. Saudara sudah sebut tentang anak-anak Sultan Abdullah yang dilangkah tidak dapat menaiki takhta. Sekarang tak da langsung kerabat Sultan Abdullah dalam sistem giliran. Satu-satunya wakil Teluk Intan yang ada adalah Raja DiHilir iaitu Raja Jaafar ibni Sultan Abdul Aziz,cicit sedara Sultan Abdullah. Tu pun nampak gaya macam nak kena side-line dengan anak-anak Azlan.

Tanpa Nama berkata...

salam..
maaf mencelah, kalau silap harap diperbetulkan.
hmmm..memang, pewaris takhta yang mendominasi pemerintahan perak yang ada pada ketika ini adalah dari keturunan Sultan Idris 1.
keturunan sultan abdullah memang tiada dalam senarai raja bergelar melainkan cicit sedarenye Raja Jaafar.sebenarnye sudah ramai yang menyedari akan kekeliruan dan penghapusan sejarah yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak.

mengenai almarhum Raja Ahmad Hisham, ada yang mengatakan dia menolak untuk naik ke raja muda kerana usia nya yang telah lewat pada ketika itu. perkara ini saya tidaklah dapat disahkan kerana, hanya berdasarkan komen dari seseorang di sesebuah blog.

satu lagi ingin saya bertanya, kemanakah perginya waris waris almarhum sultan yusuff sharifuddin?
waris baginda yang akhir dalam raja bergelar rasanya adalah Raja Johor, anakandanya yg menjadi Raja Kecil Tengah....

makin dikaji makin banyak yang terungkai.teruskan usaha murni saudara merah silu..waallahualam

zan berkata...

assalamualaikum

InsyaAllah saya akan bawa ibu saya ke perjumpaan keluarga nanti. Sudah lama ibu teringin mahu pulang ke Batak Rabit.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Alhamdulillah ada juga yang menjawab setelah sekian lama. Saya sendiri pun belum follow-up, belum berbincang dengan ahli keluarga. Namun saya ingin agar perjumpaan diadakan pada hujung minggu selepas Maulidur Rasul tahun 2011 Insyaallah. Harap war-warkan pada saudara yang lain dan minta mereka beri maklumbalas di sini. Bila dah ada maklumbalas senang sikit nak mengatur dan mengajak saudara lain turut serta... :]

Tanpa Nama berkata...

salam saudara

adakah haji musa itu, anak kepada Raja Ali? dan orang yang membuka kampung Tebuk Haji Musa?

Jika ya.. boleh lah hubungi saya di FB : pahbedah_sudin@yahoo.com

jika saya tersalah orang.. mohon maaf.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saudara.
Saya ingin mencari salasilah keturunan saya. Datuk moyang saya bernama Haji Musa dan berasal dari Perak. Mendirikan sebuah kampung bernama Tebuk Haji Musa. Adakah saudara memaksudkan orang yang sama?

Jika saudara mempunyai apa-apa maklumat, harap email saya ya...

missiyman@yahoo.com

Terima kasih.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Kampung Tebuk Haji Musa ni di Parit Buntar ya? Saya rasa takda kena-mengena. Haji Musa yang saya sebut di sini adalah di Batak Rabit, Teluk Intan, jauh beza tempat tu.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan saudara yg bertanya, saya adalah salah seorang waris Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah (Sultan Perak ke-27). Nama penuh saya ialah Raja Mohd Yahuza bin Raja Shahrudzaman bin Raja Haji Ariffin bin Raja Kecil Tengah Haji Johor ibni Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Gharirullah. Arwah datuk saya iaitu Raja Haji Ariffin pernah memegang gelaran Raja Chik Muda Pawang di-Raja semasa pertabalan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 1985.

casper berkata...

yup..sy pun mendpt sumber yang sama.. raja ahamad hisyam menolak untuk naik ke atas sebab faktor usia.. wlu macam mana pun.. jika dilihat dari segi didikan dan kesediaan seta kredibiliti seorang raja.. sememangnya keluarga sultan azlan layak.. selayaknya seorang raja berjiwa rakyat.. selayaknya seorang raja melengkapkan diri dengan ilmu yang ada.. jadi buat masa sekarang sbgai rakyat perak.. bg saya kerabat sultan azlan sememangnya layak.. dan mereka telah melalui kesemua tingkat raja bergelar sebelum di lantik oleh dewan negara perak.. harus di ingat. kuasa dewan negara perak berhak memilik sultan yang berwibawa dan tak semestinya mengikuti waris ketiga-tiga raja terdahulu..sbb dewan negara perak juga terdapat suara rakyat perak didalamnya..

Tanpa Nama berkata...

saya amat bersetuju dgn casper..

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum..saya ni takda kena mengena dengan mana-mana raja..hanya rakyat biasa..sedengar saya raja abdullah ll dibuang negeri ke sephiless dan raja abdullah ll nie berkahwin seramai 6 orang isteri..seorang isterinya meninggalkan di sephiless dan selepas 17tahun di sephiless raja abdullah kembali ke tanah air tapi dikabarkan berada di pulau pinang kerana tidak dibenarkan berada di perak..dari tahun yang tuan katakan itu semasa perak huru hara..raja abdullah ll disyaki terlibat dlm komplot pembunuhan residen british kot..dan kalau nk tanya pasal semua dan keturunan raja abdullah saya tak tahu..itu kena tanya keturunan raja..saya hanya manusia biasa,tiada kena mengena dengan raja..dan fakta raja abdullah beristeri ramai adalah benar..tanya lah keturunan raja..mereka pasti angguk geleng2..

Tanpa Nama berkata...

raja abdullah beristeri sebanyak 6kali dan mempunyai putera seramai 9 org dan 12 org puteri..isteri pertama raja tipah bt raja ngah putra.isteri kedua cik rasitah meninggal di seychelles.isteri ketiga cik wan nur siya..isteri ke empat cik itam bt toh kota..istero kelima cik rokiah bt amaludin..isteri ke enam cik rafeah bt busu..8 org putera puteri raja abdullah 11 tidak dapat dikesan kerana lahir di seychelles belah ibu rasitah..dan keturunan isteri keempat seramai 3 orang anak pun tak dapat dikesan..nak kira ramai tak terkeesan ni...ini saja yg saya tahu..

Unknown berkata...

Assalammuailkum saya Farid moyang saya ahmad nasib org kaya sempang 3 taiping .wan ahmad nasib ibunya hajjah aminah bt o.k.k laksamana Amin anak ke4 ibu saya wan FAUDZIAH bt wan hj ahmad.ibu pada ibu saya bernama aminah Ajri btahmad nasib.rumah org kaya Ahmad nasib Masa Ada disimpang 3 taiping diduduki oleh bapa saudara sepupu .ya itu bapa saudara raja mazian sebelah ibunya

Unknown berkata...

Hajjah aminah adalah anak ke4 dari 4 beradik dari isteri pertama laksamana mat amin .anak pertama O.k.k haji Ahmad arshad.kedua to puan halimah.ke3 yeop mohd Sharif Dan ke 4 hajjah Aminah

Unknown berkata...

Toh puan halimah

Unknown berkata...

Isteri pertama laksamana mat amin adalah Toh puan long Saadiah binti wan Mohd saman org kedah.jika Ada maklumat lebih terperinci maklumkan pada saya terimakasih call phone 0137837931

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Sy pernah bertemu sebuah perkuburan lama, terletak jauh di pedalaman dan dikelilingi hutan di Kg Sungai Durian. Salah satu kubur terbesar dengan ketinggian batu nisan lebih 5 kaki tinggi tertulis di batu nisan "Tuan Haji Sulaiman b. Hj Taha, telah pulang ke rahmatullah pada malam khamis 14 Disember 1893"
Adakah beliau ini yg digelar Laksamana Sulaiman?

disebelahnya, batu nisan tertulis "Hajjah Halimah meninggal 8mlm khamis 1304hijrah" Tahun 1887masihi ni.

kubur yg lain tertulis "Cik Peah meninggal pada 2 November 1915" dan "Jamaluddin b. Hj Ibrahim meninggal tahun 1925"

Ada beberapa kubur lain termasuk kubur kanak2, tetapi tidak tertulis apa2 pada batu nisan.

Ada beberapa photo dalam simpanan saya untuk rujukan.

sulas_3@yahoo.com.my