Asalnya hujung minggu itu iaitu minggu lepas kami cuma mahu berehat di rumah. Tetapi saya mendapat panggilan dari seorang kenalan baru Sabtu malam Ahad agar datang ke Putrajaya kerana ada yang mahu ditunjukkan. Memandangkan ada perkara lain yang turut boleh diselesaikan sekali, saya pun bersetuju datang. Singgah dahulu di hadapan Istana Kehakiman di pusat bandar Putrajaya. Tengok-tengok ada acara pula. Lihat artikel A night event at Putrajaya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kami berjumpa kenalan itu di tepi Istana Kehakiman sebelum terus ke Presint 4. Di hadapan bukit yang dikatakan ada faktor mistik kami berkongsi cerita tentang apa yang kami tahu tentang Putrajaya dan apa yang pernah ada di sini beribu tahun lalu.
Ya, ada sesuatu tentang Putrajaya yang melangkaui adat dan zaman. Percaya tak kalau saya kata binaan-binaan modennya yang dilihat kini pernah wujud sebegitu rupa 3,000 tahun lampau?
Nampak macam tak masuk akal. Tapi kalau saya katakan seluruh Asia Tenggara dahulu pernah bersambung sebagai hujung Tanah Arab, tentu ada yang ketawa. Tak mengapa. Ketawalah puas-puas. Cukuplah saya sekadar berkongsi maklumat kalau tidakpun sekadar pendapat. Saya tidak pernah menyebut apa yang saya tahu sebagai mutlak atau wasiat keluarga yang tidak boleh dipersoalkan. Dan saya tak memaksa orang percaya dan tak perlu meyakinkan sesiapa.
Saya sudah lama diberitahu bahawa Alam Melayu yang membentuk Asia Tenggara ini adalah sebahagian daripada kerajaan besar Saba' yang namanya ada disebut di dalam Al-Quran. Cuma dengan pertemuan ini saya mendapat kepastian dari satu lagi pihak. Lokasi Putrajaya pernah menjadi salah-satu kota besar pada zaman Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis memerintah. Mungkin sebab itu saya pernah mendapat mimpi yang menunjukkan sebuah kota lama dengan satu bangunan saling tak tumpah seperti rupa Istana Kehakiman? Lihat artikel Petunjuk baru tentang kerajaan lama di Putrajaya? yang dibuat lebih 3 bulan lalu.
Sebenarnya lokasi Putrajaya bukan setakat sekali dua pernah menjadi kota besar. Sebelum banjir Nabi Nuh ia sudah maju lalu hancur, kemudian didirikan kembali selepas 3 orang anak Nabi Nuh berpecah membawa pengikut masing-masing membina tamadun baru di 3 tempat berlainan termasuk lokasi yang bakal menjadi Tanah Melayu. Di atas adalah gambar Masjid Putrajaya. Dahulu ia adalah tempat kegemaran dan wajib pergi jika saya ke kota melangkaui zaman ini. Namun sejak menjejakkan kaki ke Masjid Besi saya lebih suka ke sana dan sekitar Istana Kehakiman. Apapun, masjid ini tetap ada kedudukannya sendiri. Lihat artikel Kaitan Masjid Putrajaya dengan Masjid Brunei di Danau Tok Uban? yang dibuat tahun lepas.
Ini adalah gambar keesokannya pagi Ahad.
Selepas sarapan kami bertandang ke rumah seorang ibu saudara sebelum menghala ke Semenyih.
Dari Semenyih kami mengambil jalan pendalaman Sungai Lalang yang menuju ke Hulu Langat.
Singgah sebentar melihat keindahan tasik buatan di empangan Semenyih. Lihat Stopping at Semenyih dam.
Ternyata meter mencapai nombor 131.3 pada satu bahagian hujung tasik Semenyih...
Lebih menarik lagi, jam pula menunjukkan waktu 3:13 sedangkan di radio ada nombor 11:03.
Ke hadapan sedikit gunung tertinggi di Selangor iaitu Gunung Nuang mula kelihatan.
Hampir ke pekan Batu 18 kami berhenti rehat dan makan sebelum mandi sungai. Lihat The river besides a stall at Hulu Langat.
Perjalanan diteruskan hingga ke kaki Gunung Nuang. Teringat lebih 10 tahun lalu, mungkin jauh lebih lama dahulu pernah mendapat satu mimpi di mana saya telah mengambil jalan Hulu Langat sehingga ke penghujung lalu sampai ke satu perkampungan di celah-celah pokok dalam hutan yang diterangi lampu pelita dan obor api. Suasananya seperti kampung makhluk Ewok dalam filem Return of the Jedi ketika berpesta menyambut kemenangan puak pemberontak ke atas empayar jahat maharaja gelap (macam empayar khayalan Siam-Islam agaknya, hehe...).
Ketika itu saya belum pernah masuk ke mana-mana bahagian pendalaman Hulu Langat, setakat pernah melihat jalan di atas peta. Kalau tak salah ingatan saya cuma pernah ke sekitar ini setelah memiliki motosikal besar penghujung tahun 1997.
Dari kaki gunung kami berpatah-balik lalu singgah di masjid ini. Teringat tahun 2003 di mana saya pernah tersesat selama 19 jam dalam hutan seorang diri ketika turun dari mendaki puncak Gunung Nuang. Apa yang berlaku pernah diceritakan secara ringkas dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006). Lihat sedutan dalam artikel Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan.... Cerita lebih ringkas telah dibuat dalam Masjid (Mosque of) Kuala Pangsun tadi.
Sambil keluar kembali ke Lembah Klang kami sempat menikmati pemandangan Sungai Langat yang sering menarik kunjungan ramai.
Kami mengambil jalan pintas mendaki dan menuruni bukit ke Ampang sebelum kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri. Sekarang barulah cerita boleh masuk ke bahagian yang lebih serasi dengan tajuk kecil artikel ini iaitu "Mencari pedang warisan di satu ceruk negeri Selangor?".
Adapun beberapa hari sebelum itu ada seorang kenalan yang nampaknya ada pertalian dengan keluarga sebelah bapa memberitahu ada saudaranya menyimpan sebilah pedang warisan yang mungkin dapat membantu pencarian saya. Ilham dan petunjuk yang didapati dari Sungkai (lihat Menyelesaikan bab Perak : Cerita sebenar Puteri Buih dan Tiang Bertarah di Sungkai berserta Kota Laksamana) pula menyebabkan saya terasa harus melihat pedang...
Apa yang terbetik di hati ialah apakah ia pedang yang pernah dilihat dalam satu mimpi (rujuk artikel Merah Syahir Nuwi, Aceh, Siam dan mimpi pedang). Paling tidak pun ia mungkin berkaitan dengan identiti sebenar seorang moyang saya yang mula dibayangkan setelah mendapat cerita sebenar tentang Puteri Buih dan Kota Laksamana. Tetapi lokasi pedang agak jauh dari rumah menyebabkan saya melupakan dahulu hasrat. Namun apabila mendapat panggilan agar ke Putrajaya isteri saya pun mencadangkan agar kami tidur di rumah milik bapa di Kajang. Dari rumah ke Putrajaya boleh ke Kajang kemudian melihat pedang. Kiranya segalanya dapat dilakukan dengan sekali jalan.
Sambil itu ada pertanyaan tentang identiti moyang yang mahu diutarakan kepada seorang ibu saudara yang sangat rapat dengan almarhum Nenek, ibu kepada bapa saya. Ibu saudara ini duduk di rumah Nenek di Raub tetapi apabila menelefonnya minggu itu ternyata dia sedang berada di sebuah rumah miliknya di Kajang. Dengan itu kami juga dapat bertemu ibu saudara. Tanpa berfikir panjang, dia membenarkan telahan kami tentang identiti sebenar moyang, datuk kepada Nenek yang cuma dikenali sebagai Haji Daud... apabila disuakan gambar orang yang kami percaya adalah Haji Daud, ibu saudara tersenyum panjang lalu menunjukkan sekurang-kurangnya 3 bahagian yang mirip dengan muka Nenek.
Di atas adalah Pedang Si Bongkok yang merupakan satu barang kebesaran diraja Brunei, katanya dibawa oleh Sultan ketiganya Syarif Ali dari Mekah ke Brunei sekitar 600 tahun lalu. Saya meletakkan gambar ini kerana hulunya sama dengan hulu pedang yang gambarnya diletakkan lebih atas tadi.
Saya tak pasti apakah signifikan pedang-pedang itu. Yang pasti pedang yang dilihat hujung minggu itu tidak sama dalam mimpi tetapi tetap ada kaitan dengan warisan belah bapa yang berasal dari keturunan Sultan-sultan Aceh dari keluarga besar yang dipanggil Dinasti Bugis. Ia mungkin warisan dari Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud yang dipaksa turun dari takhta oleh Belanda 1903... ia mungkin juga pedang yang digunakan oleh para pengiring baginda dari keturunan kerabat diraja ketika mengelak dari buruan penjajah.
Ada kemungkinan Sultan Muhammad Daud pernah menyorok di rumah saudara-mara dari keluarga Laksamana di Perak. Mungkin pedang yang dilihat hujung minggu itu dibawa pengikutnya bersama. Dalam keghairahan mengkaji untuk mengenali asal-usulnya terjumpa pula gambar sebilah pedang yang setakat ini kelihatan paling mirip dengan yang dilihat dalam mimpi. Tetapi pedang itu adalah barangan diraja Perlis, apa pula kena-mengena dengan saya yang lebih rapat dengan Aceh, Bugis dan Perak?
p/s: Adapun filename gambar pedang yang baru dilihat itu adalah PA311133. Apakah ada kena-mengena dengan kemunculan angka 131.3 pada meter bawah kereta pada jam 3:13, ketika radio pula menunjukkan angka 11:03?
11 ulasan:
Salaam
Dalam menelusuri salasilah keluarga,untungnya...kita bukan sekadar mengetahui susurgalur waris teratas daripada kita, malah dapat juga melihat khazanah lama berupa alat senjata (itu pun sekiranya ada usaha nak mencari spt tuan punya blog ini). Di sebalik alat senjata pula pasti punya cerita siapa sebenarnya individu yang pernah memegangnya. Tak banyak, sedikit...kisahnya mungkin terkait dengan sejarah di alam Melayu. Walaupun tidak dinafikan ada di antara sejarah yang telah digelapkan atas sesuatu kepentingan, sekurang-kurangnya masih ada lagi sumber lisan yang dibukukan sebagai "kisah peribadi keluarga"
Baiklah...selesai mukadimah sebagai pembuka bicara, saya berkongsi pula kisah di sebalik pedang pula:
Kali pertama saya lihat, sentuh dan rakamkan foto pedang di atas adalah pada tanggal 3 April 2004. Pada masa kunjungan, pedang ini disimpan oleh salah seorang cicit Haji Mustafa Raja Kamala. Namun, setelah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun lalu (dalam usia 70 tahun), pedang ini akhirnya diserahkan ke tangan adiknya Rashid bin Yup. Waris kami menamakan pedang ini sebagai "pedang Haji Mustafa." Sebilah pedang yang mirip rekabentuk pedang ini (ibarat kembarnya) ada disimpan oleh salah seorang waris di Johor.
Pedang ini pernah digunakan oleh Hj. Muhammad bin Hj. Mustafa. Hj. Muhammad yang turut dikenali sebagai Muhammad Kapitan di Tanjung Malim adalah bapa kepada almarhum Jamaluddin. Menurut almarhum Jamaluddin, akinya Muhammad pernah bercerita bahawa pedang ini telah banyak memancung orang pada zaman Jepun. Arwah akinya telah menyerahkan pedang ini kepada Jamaluddin yang pada masa tersebut berada di sisi sebelum menghembuskan nafas terakhir. "Masa saya ambil, ada mimpi la sekali. Bahaya pakai ni. Tu pasal saya simpan. Adik-beradik lain tak nak memegangnya. Pasal apa, benda ni kalau tak betul-betul jaga, dia makan orang..." (transkripsi hasil temubual saya dengan almarhum Jamaluddin tahun 2004).
sambungan...
Selain daripada pedang ini, ada juga sebilah keris pusaka yang dimpan salah seorang lagi cicit Haji Mustafa di Tanjung Malim. Ia disimpan oleh Ustaz Haji Mustafa (mengambil sempena nama moyangnya Haji Mustafa Raja Kamala). Keris tersebut indah buatannya dan mempunyai batu. Apa yang menarik tentang keris ini adalah: untuk mengetahui sama ada individu yang ingin mewarisi keris tersebut serasi/layak menyimpannya, terlebih dahulu hendaklah memegang dengan cara memicit menggunakan ibu jari dengan menyebut kalimah Allah dan Muhammad. Kalimah tersebut hendaklah disebut secara berselang seli bermula dari pangkal hinggalah ke hujung keris. Sesiapa yang terhenti menyebut kalimah Allah di hujung keris tidak layak mewarisinya. Sebaliknya, mereka yang terhenti di hujungnya dengan sebutan nama Muhammad, maka dialah yang layak mewarisinya. Hal demikian kerana, kalimah Allah yang dimulai di pangkal keris hendaklah diakhiri dengan nama Nabi Allah Muhammad S.A.W sebagai pelengkap di hujungnya. Ini pula saya kongsikan transkripsi temubual (tanpa sebarang pindaan) dengan pemilik keris tersebut pada tanggal 28 Nov. 2003:
"Pernah suatu ketika, keris itu diambil dari simpanan tanpa pengetahuan saya. Orang yang mengambilnya mempunyai pertalian persaudaraan. Akhirnya keris tersebut dipulangkan semula kepada saya kerana telah berlaku suatu kejadian aneh yang menimpa orang tersebut. Saya dapat tahu rumah orang yang mengambilnya bergegar dan ada suara yang menyuruhnya memulangkan keris itu kepada saya. Selain keris di tangan saya, ada juga tombak dan keris lain yang disimpan oleh waris keturunan kita yang lain." Pemilik keris ini juga mendakwa pernah mengalami peristiwa aneh berupa bisikan yang memberitahu bahawa ada individu berniat tidak baik. Yang agak aneh, apabila bisikan tersebut memperkenalkan diri dengan mengujarkan, "Saya adalah pengawal Haji Mustafa..." di permulaan kata-kata lalu meneruskan ingatan agar beliau berhati-hati sebelum mengakhirinya, "Semoga Allah memberi perlindungan."
Kisah keris tersebut turut mengingatkan saya tentang pedang Haji Mustafa (foto atas) seperti yang pernah disampaikan oleh almarhum Jamaluddin. Menurutnya, pedang ini akan mengeluarkan bunyi seolah-olah memberi tanda kepada seisi rumah sekiranya ada sesuatu berlaku. Agak aneh, tetapi itulah realitinya.
Wallahualam
~Allah mengetahui yang lebih baik~
Wassalam. Terimakasih Harleny kerana sudi berkongsi maklumat ini. :]
Biring Si Kunani.
salam pak radzie.telah sekian lama tak meng-komen.saya sentuh bab makam2 di perak sahaja. saya bukanlah arif sangat bab2 misteri nusantara ni, tetapi pagi kelmarin dalam perjalanan waktu melalui jalanraya dari kg gajah ke selabak kerana ade majlis pertunangan,terlihat oleh saya sekeluarga selapas papan tanda Taman Chantik di kg gajah sebelah kiri jalan terpandanglah saya satu makam yg jelas kelihatan nisan sama bentuk dengan nisan2 sultan perak didalam hutan yg baru saja dibersihkan oleh jentolak, jalan ini jugak lh yg saya lalui selama ini tetapi tak pernah pulak kelihatan makam tu mungkin disebabkan telah ditelah hutan, bila saya kira balik melalui penulisan bapak SAH dan tak termasuk jugaklah dalam senarai2 makam2 yg bapak rekodkan, jadi apa pendapat bapak tntang kwujudan makam tsbt? sila lah kenal pasti boleh ke! sekurang2nya dpat lah kita tahu siapa yg empunya makam...jadi saya serahkan kepada empunya blog lah utk mengetengahkan nanti..
Janji tuhan kpd nabi Daud ttg keturunannya menjadi raja2 bani Asara Yala. Raja Iskandar merupakan nasab keturunan raja sulaiman dan berdakwah bersama nabi Khaidir membawa agama nabi Ibrahim, Asalama. Raja di bukit seguntang adalah keturunan dari raja Iskandar dan ini bermaksud raja2 Melayu adalah dari puak Yahawada (Yehuda) dan org2 Malayawa (Melayu) adalah dari puak Layawa (Lewi). Kebangkitan raja Yehuda di akhir zaman merujuk kpd raja nusantara yg terakhir.
Wassalam Pak Biring. Jadi lokasi makam ini berdekatan Taman Chantik Kampung Gajah la ya, tak sampai Selabak yang dah masuk Teluk Intan kan? Memang pihak berwajib Perak Tengah sedang membersihkan makam-makam2. Oleh kerana menurut Pak Biring SAH ia tiada dalam senarai saya, maka ia bukanlah makam Sultan. Mungkin Pak Biring boleh terangkan dahulu kedudukannya dengan tepat. Biar saya agak dahulu apakah pentingnya makam ini perlu diziarahi dan diketengahkan atau tidak.
salam kembali pak, kedudukan yg sbenarnya kita ambil dari laluan simpang 4(lampu isyarat) pekan kg gajah hala ke tlk intan.selpas pekan kg gajah kita akan jmpa stesen minyak shell-ptronas-smk d m lela kg gajah trus lagi bila nampak sign board taman cantik kg gajah kedepan sedikit kurang lebih 100M pandang sebelah kiri jumpalah makam (bhg hadapan telah di bersihkan untuk laluan jentera berat)itu kemudian tanah perkuburan islam, nk ambil gmbar pakai hpon murah manakala hujan renyai plak. tetapi batu nisan nya spt yg di miliki oleh sultan2 perak terdahulu.sekian
Wassalam. Terimakasih atas penerangan ini. Memang ada beberapa makam di sekitar Kampung Gajah hingga ke Bota yang saya ingin ziarahi suatu hari nanti... ada dibaca dalam buku. Antaranya Makam Tok Sego Aceh, Makam Laksamana Aceh dan Makam Puteri Limau Purut. Berdasarkan pada deskripsi saudara ada kemungkinan ia makam Puteri Limau Purut. Saya pernah cuba mencarinya beberapa tahun lalu tetapi mungkin penerangan dan arah yang diberikan kurang tepat atau saya tersilap dengar sedangkan kawasan itu telah menjadi hutan lalu saya lupakan kerana harus bergegas pulang. Kalau dah bersih Alhamdullih. Kalau makam orang lain pun Alhamdulillah. Insyaallah akan saya cuba jengok kalau lalu di Kampung Gajah. :]
Biring Si Kunani.
kembali di berikan SALAM, saya terpanggil lagi utk menjelaskan lbeh terperinci mngenai makam tsbt, lpas solat subuh tadi terlintas lagi dihati mungkin kah ini salah satu makam 2 orang sultan perak yg "hilang" SEBAB binaan nya jelas sekali spt binaan sultan2 yg terdahulu, informasi buat bapak makam tsbt bukanlh dibersihkan tetapi laluan jentera berat yg lalu di bahagian kepala, manakala kanan kiri belakang makam diliputi hutan. manakala makam Tok Sego Acheh kalau benar (yg itu) kurang lebih 150M dari rumah bapa saya di Kg Telok Sareh Ulu(tmpt stesen JPS KG TELOK SAREH,tapi pnduduk stempat memanggilnya Tok Sagor, kwasan ini bkan tmpat sebarangan dhulu, seingat saya dalam tahun 60 ke 70an kalu banjir nk berlaku pasti kedengaran bnnyi letupan bunyi meriam dan orang2 kg termasuk saya lah dah tau banjir akan berlaku( contoh: moyam tok sago dh bbunyi semalam, jaga2 le) manakala sedara2 yg rumah mreka berhampiran makam yg ada anak sungai (parit ayor)pasti terdengar buaya menghempas badan. utk pengetahuan rumah2 yg berhmpiran anak sungai smua telah meninggal dunia, rumah pn dah reput dan tinggal tapak yg dah jadi hutan aje.
Saya memiliki pedang semirip itu, saya dari indonesia pulau sulawesi tengah kota tolitoli, memang menurut kakek saya, kami masih memiliki hubungan dengan kesultanan brunei darussalam. Hubungi saya di 081222499435
U ni ada Kena mengena dengan ratu rati?
Catat Ulasan