Isteri saya mengingatkan tarikh hari ini cantik... 31 haribulan Mac 2010 jadi 31/03/10 atau 31.03.10. Memang cantik. Kalau diatur tanpa sengkang mahupun noktah akan jadi nombor 310310, kalau dihilangkan kosong jadi pula 3131. Kalau ikutkan saya memang malas hendak menulis hari ini tetapi memikirkan faktor tarikh dan nombor, saya pun akur. Apa nak buat... saya kan ada gila-gila nombor?
Saya pun mencari apa yang sesuai untuk dihidangkan. Kebetulan siri "Maulidur Rasul di Aceh" akan masuk bab tentang Makam Syiah Kuala... kebetulan juga ia adalah cerita ke 3 dalam siri ini. Jadi itulah pilihan untuk hari ini.
Seperti biasa, terlebih dahulu saya harus membuat satu artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Untuk siri ini saya telah memutuskan klip-klip video harus diletakkan di sini sementara gambar berkaitan diletakkan di sana. Maka itu sambil menyediakan dan menyunting video klip yang sesuai, saya pun melihat koleksi gambar yang ada. Kebetulan tergerak menulis selepas jam 1 atau 13:00 seperti tertera pada komputer, saya pun bercadang untuk membuat artikel di BERPETUALANG KE ACEH ketika masuk 13:13.
Rupa-rupanya saya terlambat dan terlepas jam 13:13. Namun saya ada sedikit masa lagi untuk mengejar nombor kesukaan saya 131 selagi belum melepasi waktu 13:19. Sebaliknya proses publishing video klip yang telah disunting melalui program Windows Moviemaker menyebabkan komputer jadi 'berat'. Website untuk menulis di blogspot cuma dapat dibuka setelah masuk 13:20.
Ini membuat saya terpaksa memilih waktu seterusnya yang aturan nombornya cantik ada kena-mengena iaitu 13:31. Sampai waktu tersebut saya pun menekan butang "new post" dan memulakan artikel. Apabila artikel siap lalu dipublish ke blogspot, saya terperanjat. Ternyata di sana menyebut artikel baru bertajuk Celebrating the Prophet's birthday in Aceh : Enter the tomb of Syiah Kuala... itu dibuat pada jam 1:31!
Rupa-rupanya saya terlupa bahawa jam 13:31 itu bersamaan 1:31 petang. Tengok bagaimana Allah mengatur keadaan! Walaupun asalnya saya cuba mendapatkan nombor 13:13 kemudian 13:19, Allah tidak membenarkannya dengan asbab komputer jadi 'berat'. Di ketika saya mengalah lalu menerima jam 13:31, tenyata ia jadi 1:31 pula...
Untuk artikel ini saya terus dapat memilih jam 3:13 petang. Nah... itulah gila-gila nombor saya. Sampai tarikh dan waktu pun mahu diatur supaya ada synchronicity yang dapat membuka pintu-pintu rahsia, Insyaallah! :]
Paling mengharukan saya apabila mendapat tahu pemilik makam yang batu nesannya sama bentuk dan sama besar dengan apa yang terdapat di makam Syiah Kuala adalah seseorang yang dipanggil Sheikh Abdul Rahim Maharajalela. Ternyata inilah Abdul Rahim yang merupakan ayahanda kepada Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat yang memerintah Aceh awal abad ke 18 lalu keturunannya terus menjadi pemerintah bumi Serambi Mekah, sebelum keSultanannya ditamatkan oleh Belanda awal abad ke 20.
Oh... dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh", saya menyebutnya sebagai Laksamana Abdul Rahman. Sebenarnya saya tersilap bersandar pada satu salasilah kajian Barat. Nama sebenar beliau memang Abdul Rahim dan beliau (lebih tepat, baginda sebenarnya...) ada memang memakai kedua-dua pangkat bangsawan Laksamana dan Maharajalela...
Apapun, 'penemuan' makam Abdul Rahim yang terletak bersebelahan makam Syiah Kuala @ Sheikh Abdul Rauf Singkil adalah seperti pucuk dicita ulam mendatang. Allah! Baru di Malaysia sebelum itu saya terfikir hendak mencari makam mereka yang ada kena-mengena dengan apa yang dikenali sebagai Dinasti Raja-raja Bugis yang memerintah Aceh. Lihat artikel lama Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh?. Biar diberi sedikit latar-belakang...
Adapun dinasti ini bermula dengan kemunculan seorang ulamak bernama Daeng Mansur yang datang dari Tanah Bugis ke Aceh abad ke 16. Beliau yang turut dikenali sebagai Teungku di Reubee (ulamak di Reubee) mendapat seorang anak yang dikenali sebagai Laksamana Zainal Abidin. Laksamana Zainal Abidin ini berkahwin dengan pahlawan wanita Aceh yang sangat terkenal iaitu Laksamana Raja Kemalahayati @ Keumalahayati @ Malahayati. Dari perkahwinan inilah muncul Laksamana atau Maharajalela Sheikh Abdul Rahim.
Abdul Rahim ini pula berkahwin dengan raja perempuan kedua Aceh iaitu Sultanah Naqiatuddin. Ada yang kata dari perkahwinan inilah muncul Laksamana Maharajalela Ahmad yang menaiki takhta Aceh tahun 1727 dengan memakai nama Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat, ada yang kata baginda adalah anak dengan isteri lain. Yang pasti saya sudah tahu dan sampai ke makam Sultan Ahmad tahun lepas, baru kali ini sampai ke makam ayahandanya. Makam Laksamana Zainal Abidin juga saya sudah sampai tahun lepas kerana ia terletak bersebelahan makam Laksamana Malahayati.
Satu perkara menarik. Adapun sebelum perjalanan terbaru ke Aceh ini, baru saya dapat tahu Laksamana Zainal Abidin juga dikenali sebagai Teungku atau ulamak di Lhoong. Lihat artikel
3 ulasan:
Assallamualaikum,
Mama selalu membaca blog ni, ingin juga nak dapatkan buku-buku perjalanan dan pengalaman yang anakanda hasilkan. harap-harapnya kat kedai-kedai buku di Alor Star ada kot.
w/salam
Salam Mama... atau rasanya lebih sesuai saya panggil kakak kerana rasanya umur akak melebihi saya tidak sampai 15 tahun, mungkin tak lebih 10 tahun pun.
Saya tak tahu di mana ada lagi di Alor Star. Cuba dahulu MPH atau Popular Bookstores. Kalau tak da juga cuba masuk sini...
http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
Aku suka nombor 7. Baguslah kau kaji sejarah, aku plak kaji dr sudut psikologi(graduan kimia). Masa sekolah(sek sains) ade gak masalah disiplin. Org Melaka.
Dr sudut psikologi, ko ni penghidap Bipolar Disorder, sama cam aku dan ramai lagi mereka yg cerdik,rebel, suka buat research n gifted writers. salah satu nama samaran aku Nuwairah Hanna, bunga kasih sayang @ Rosmerah. Merah???
Nak tahu lebih lanjut, emel aku jbhisyam@yahoo.com.my. Ade sejarah lagi yg blh kita kupas utk kebaikan agama, bangsa dan negara.
Catat Ulasan