Hmm. Saya masih belum tergerak untuk memulakan siri penceritaan baru "Pengembaraan Al-Rasyid" ke selatan. Sementara itu biar dilepaskan dahulu cerita lain ya...
Jika Sabtu baru ini saya telah membawa isteri dan anak menghadiri seminar "Beting Beras Basah" di Wisma Sejarah bersebelahan Perpustakaan Negara diikuti majlis perkahwinan di Janda Baik (lihat artikel
Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191 ), Ahad keesokannya pula saya membawa mereka ke Bangsar untuk menghadiri satu majlis seni...
Majlis ini melibatkan buku-buku...
Ia bermula dengan pelancaran 5 buah buku baru, dilancarkan oleh tetamu kehormat sasterawan negara A. Samad Said...
Pelancaran ini diikuti satu majlis diskusi buku...
Antara tetamu yang hadir adalah orang-orang Aceh yang datang dari Jakarta...
Oh. Sebenarnya buku-buku ini ditulis oleh Profesor Dr Siti Zainon Ismail. Pelancaran buku dibuat sempena hari itu juga ulangtahun beliau yang ke 60!
Turut hadir adalah bekas menteri kabinet, Tan Sri Sanusi Junid yang berdarah Aceh. Adapun premis tempat pelancaran buku ini berlaku adalah sebuah rumah peranginan di bawah pengawasan beliau sedangkan Siti Zainon adalah seorang yang sangat meminati budaya Aceh. Malah salah sebuah buku yang dilancarkan adalah tulisan Siti Zainon tentang masyarakat Aceh. Sebab itu Sanusi menawarkan rumah peranginannya sebagai tempat pelancaran buku.
Apa yang menarik adalah pengakuan Sanusi sendiri betapa dewan kecil tempat diskusi buku dijalankan pernah menyaksikan satu operasi penting berlaku. Di sini nasib Melayu di bawah pemerintahan lalu yang menyaksikan ia digempur oleh kepentingan bangsa lain dari segenap penjuru pernah dibincangkan secara mendalam, di sini juga usaha untuk menukar pemerintahan agar pemulihan dapat digerakkan berlaku.
Selepas diskusi buku, hadirin dibawa naik ke atas kembali untuk acara deklamasi puisi...
Pelbagai gaya membaca dan menghidupkan puisi menghiasi acara...
Namun saya lebih tertarik pada yang akan datang ini...
Saudara Pyanhabib, seorang penggiat seni yang pada tahun 80an sering juga dilihat menyuarakan segala macam lontaran idea di kaki lima Pasar Seni...
Akhirnya setelah dipanggil beberapa kali, baru penggiat seni yang sebenarnya cacat pendengaran ini sudi mendeklamasikan puisi...
Majlis ini juga menyaksikan ramai lagi insan seni mempamirkan bakat masing-masing termasuk Siti Zainon sendiri. Kelihatan anak saya Muhammad Al-Aminul Rasyid yang kini berusia 10 minggu begitu gembira. Sekian...
3 ulasan:
sdr radzi,
saya minta dengan baik, tolong delete video bacaan puisi saya di bangsar ini dari youtube.
terima kasih
sdr Pyan, saya cuma ingin berkongsi sahaja dengan pembaca di sini kerana saya sebenarnya mengkagumi semangat saudara dalam membaca puisi. Tapi tak pa, atas permintaan saudara maka saya delete ia. Wassalam...
Alamak aii.. dah delete ke.. aku suka betullah Pyanhabib baca puisi.. original habis. baru sekali aje tengok.
Aku rasa memang style Pyan habib macam tu.. dia memang unik.. :) the only one in the world.
Catat Ulasan