Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 05, 2008

Sudah ke Kuantan tapi kembali lagi ke Pekan kerana ada tempat-tempat yang tertinggal...

Ya... Kembali kita kepada proses penceritaan bergambar, bukan cerita yang tajuknya dimulakan dengan "Salam" ya... Contohnya Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam... dan Salam daripada Kuala Terengganu... Selesai sudah apa yang patut dibuat di negeri ini! yang merupakan wrap-up atau kesimpulan pengembaraan terkini, dibuat dari sesuatu lokasi yang berkenaan... Cerita-cerita bergambar merupakan cerita-cerita yang mungkin panjang, dibuat berdasarkan koleksi gambar yang diambil dengan kamera digital murah saya kemudian sudah dapat dialihkan ke pen-drive... Maka ceritanya mungkin "terlewat" daripada proses pengembaraan sebenar, misalnya cerita ini kembali ke Pekan, Pahang sedangkan saya kini berada di Kelantan!
Untuk makluman, kali terakhir (juga kali pertama dalam pengembaraan terbaru ke Pantai Timur ini) saya dapat mengalihkan gambar-gambar ke pen-drive lalu dapat di upload untuk dikongsi bersama adalah di Kuantan hampir 2 minggu lalu. Ketika itu, jumlah gambar yang telah diambil adalah sekitar 280 gambar sedangkan kini, setelah masuk 17 hari pengembaraan dan sudah 4 malam di Kelantan, saya sudah mengambil lebih 1,100 gambar bermakna ada lebih 800 gambar yang belum lagi dialih ke pen-drive!
Apapun, kita sambung proses penceritaan... Anggaplah cerita kali ini bersambung daripada posting bertajuk Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah? yang dibuat seminggu lalu ya... Sila! :]


Selesai menziarahi Makam Chondong sekali lagi iaitu pada siang hari Sabtu 22 Mac 2008, saya pun bergegas ke Kuantan. Di sana, saya bermalam di rumah seorang ibu saudara, adik kepada ibu saya... Rasanya kali terakhir saya ke rumah itu adalah lebih setengah tahun lalu... Sedikit cerita bergambar tentang lawatan ke Kuantan ini telah saya buat dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dari sebuah Cyber-Cafe di Kuala Terengganu seminggu lalu. Tajuknya ialah From Pekan to Kuantan... The East Coast journey continues...
Ketika di rumah itu, kalau tak salah ingatan pada pagi Ahad, saya telah membaca suratkhabar lalu terjumpa satu cerita pendek tentang kawasan Pahang Tua berdekatan Pekan... Walaupun cerita itu setakat menyebut tentang sebuah kawasan hutan simpan, terus timbul rasa terkilan kerana saya belum pernah menjejakkan kaki di sana... Kerana rasanya di situ ada suatu tinggalan sejarah yang perlu saya lihat sendiri.
Kalau ikut rancangan, hari Isnin itu saya mahu melangkah menghala ke Terengganu pula tetapi setiap kali teringat nama Pahang Tua, saya rasa tidak akan berpuas hati kalau tidak menjejakkan kaki lagi ke Pekan. Maka itu saya mula menyimpan niat, hari Isnin nanti saya akan ke Pekan dahulu... Kemudian baru ke Terengganu...


Pagi Isnin itu saya dikejutkan oleh suami kepada ibu-saudara. Dia mengajak saya ikut dia menghantar ibu saudara ke lapangan terbang... Ibu saudara ini ada kursus selama seminggu di Kuala Lumpur.

Adapun anak mereka kebanyakannya sudah besar-besar dan duduk di tempat lain. Tinggal seorang anak bongsu yang baru masuk ke sekolah menengah. Maka hari Isnin itu tinggal lah pakcik ini seorang diri di rumah.

Kebetulan dia berasal daripada Pekan dan sudah beberapa tahun tidak ke sana... Kebetulan pakcik ini tahu saya mahu ke Pekan. Lalu dia pun mengajak saya makan angin ke sana...

Di atas adalah gambar kawasan kuala Sungai Pahang daripada bahagian utara. Dalam perjalanan hari Jumaat ke Pekan, saya setakat sempat melihat kawasan kuala itu daripada bahagian selatan. Itulah yang dinukilkan dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH , pada cerita bertajuk A look at the Pahang river estuary and what's around... The southern part that is...

Alhamdulillah, dengan pertolongan pakcik ini, dapat pula saya melihat bahagian utara kawasan kuala sungai terpanjang di Semenanjung itu! Sebuah cerita bergambar yang ringkas telah saya buat malam tadi dalam blogspot yang sama, dengan tajuk Now, a look at the northern parts of the Pahang river estuary...

Pakcik saya itu tahu saya suka menziarahi makam-makam lama terutama untuk memahami sejarah Melayu dahulukala. Daripada kawasan utara kuala sungai (baru saya tahu, ia dipanggil Kuala Pahang sedangkan bahagian selatan dipanggil Tanjung Agas), saya juga sempat menziarahi sebuah kawasan permakaman diraja di Kampung Marhum, sekitar 3km ke barat Kuala Pahang.

Untuk makluman, di kawasan makam ini terdapat makam Sultan Abdul Jalil IV, Sultan pertama empayar Johor-Riau (yang mengandungi Pahang) daripada keturunan Bendahara-Bendahara Melaka dan Johor. Baginda menaiki takhta setelah kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, kalau tak salah ingatan pada tahun 1699.

Di sini juga terdapat makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan Bendahara iaitu Sultan Ahmad @ Bendahara Wan Ahmad yang menaiki takhta setelah perpecahan empayar Johor-Riau akibat campurtangan British penghujung abad ke 19 Masihi. Terdapat juga makam-makam anakanda baginda Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah (datuk kepada Sultan Pahang sekarang).

Ceritanya telah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) seminggu lepas , dengan tajuk Kawasan pemakaman diraja di (the royal mausoleum at) Kuala Pahang... Silalah jenguk ya...


Daripada Kampung Marhum kami menghala kembali ke jalan besar menghala ke Pekan. Sebelum bertemu jalan besar, terdapat sebuah kampung bernama Kampung Jawa.

Adapun saya pernah terbaca dahulu bahawa di Kampung Jawa ini terdapat beberapa buah makam yang menggunakan batu nesan Aceh. Saya bertanya kepada penduduk kampung lalu dapat menemui makam lama di tepi Sungai Pahang ini...


Itu dia, batu nesan Aceh... Penduduk kampung memanggil tempat ini Makam Tok Aceh!


Di tepi jalan menghala kembali ke jalan besar juga ada sebuah makam lama...


Makam ini juga menggunakan batu nesan Aceh.


Sebenarnya kata orang di Kampung Jawa, ada sebuah makam lagi yang menggunakan batu nesan Aceh tetapi cukuplah kami ziarah 2 makam itu. Seterusnya pakcik saya mahu membawa saya ke kampungnya iaitu Kampung Mengkasar lalu menunjukkan rumah lamanya.

Baru saya tahu rupanya Kampung Mengkasar ini ada 2 bahagian... Satu di utara jalan besar selepas jambatan menghala ke Pekan sedangkan yang saya pergi sebelum itu (di mana terdapat Makam Chondong) adalah di sebelah selatan. Di bahagian utara ini terdapat kawasan perkuburan Tok Tuan. Menurut pakcik ini, Tok Tuan adalah orang Bugis pertama sampai di sini dan pembuka Kampung Mengkasar.

Oh... Untuk pengetahuan, Tok Tuan adalah moyang kepada timbalan Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Najib Tun Razak. Pakcik saya ini pula berpangkat 2 pupu dengan Tun Razak!

Malam sebelumnya, pakcik ini ada menunjukkan salasilah keluarga yang bertulisan Jawi. Ternyata anak cucu keluarga Tok Tuan ini juga bercampur-baur dengan keturunan Sultan @ Bendahara Wan Ahmad.


Tujuan pakcik saya membawa ke situ adalah sekadar menunjukkan kampung serta kawasan kubur tempat dia selalu bermain-main ketika zaman kanak-kanak. Tak sangka pula di sebalik kawasan perkuburan Tok Tuan itu terdapat sebuah kawasan makam lama di mana kesemua makamnya menggunakan batu nesan Aceh!

Lebih menarik lagi, saya sebenarnya memang sudah lama mahu mencari kawasan makam ini yang dikenali sebagai Makam Ziarath Raden tetapi tidak tahu kedudukannya dan sudah terlupa mahu mencari ketika sampai di Pekan... Saya dapat tahu tentangnya setelah membaca beberapa buah buku tentang batu nesan Aceh. Tak sangka pula boleh terjumpa dengan secara tidak sengaja! Ketika seorang pakcik mahu menunjukkan kampung halamannya pula!


Selesai ziarah makam di Kampung Mengkasar, kami pergi ke bandar Pekan. Sampai sahaja di sekitar Masjid Abdullah dan Masjid Abu Bakar, pakcik saya memberhentikan kereta. Dia pula yang beriya-iya menyuruh saya pergi menziarahi makam diraja di sebelah sini...


Dapatlah saya menziarahi makam Sultan Abu Bakar, bapa kepada Sultan Ahmad Shah yang memerintah Pahang sekarang... Kemudian kami makam tengahari sebelum menghala kembali ke Kuantan...


Selepas beberapa kilometer melepasi jambatan menyeberangi Sungai Pahang, pakcik saya mengambil satu selekoh masuk ke kiri... Katanya dia mahu membawa saya melihat kawasan Pahang Tua... Sedangkan dia pun ingat-ingat lupa di manakah kawasan yang dimaksudkan ini.

Setelah beberapa ketika, kami masuk ke kawasan Kampung Langgar... Teringat saya bahawa nama Langgar itu sering dikaitkan dengan kawasan pemakaman diraja lama sepertimana di Kedah, makam diraja utamanya terletak di pekan Langgar, lebih 10km daripada Alor Setar... Teringat juga kata-kata seorang pemandu bas ketika pergi ke Tanjung Agas di selatan kuala Sungai Pahang tempohari bahawa di Langgar ini ada sebuah makam lama, dia tak ingat makam siapa...

Beberapa kilometer di hadapan, baru kelihatan sebuah tanah perkuburan... Apakah makam diraja yang dimaksudkan itu terletak di dalam bangunan kayu berbumbung yang kelihatan ini?


Saya masuk ke dalam... Mungkin makam-makam di dalam ini adalah milik orang-orang berpangkat tetapi rasanya bukan daripada golongan diraja...


Keluar daripada bangunan itu, baru saya sedar ada sebuah makam yang agak terserlah...


Tidak dinyatakan makam milik siapa. Tetapi setakat yang dapat saya lihat, itulah satu-satunya kubur ataupun makam di situ yang memakai batu nesan Aceh...



Kami pun meninggalkan kawasan perkuburan itu. Tidak jauh kemudian kelihatan papan-tanda ini... Betullah, di sinilah terletaknya kawasan Pahang Tua...


Seketika itu juga kami ternampak sebuah papan-tanda lain. Ia menyatakan arah masuk ke makam Sultan Muhammad Shah, Sultan pertama Pahang daripada keturunan Raja-raja Melaka!

Untuk pengetahuan, baginda pernah bertakhta di sini lebih 500 tahun lalu. Cerita tentangnya telah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam dengan tajuk Makam (tomb of) Sultan Muhammad Shah, Pahang...

Di situ, baru saya terasa perjalanan di Pekan itu akhirnya lengkap. Kami pun kembali ke Kuantan...

Keesokannya, pakcik saya menghantar saya ke stesyen bas ekspress yang terletak di tengah bandar Kuantan. Apabila mendapati tambang bas ke Dungun adalah sama dengan tambang bas ke Kuala Terengganu walhal KT terletak 2 kali jarak perjalanan, saya terus berjalan kaki ke stesyen bas henti-henti di tepian Sungai Kuantan. Dalam perjalanan itu, terserempak pula dengan pejabat akbar The New Strait Times untuk negeri Pahang lalu terjumpa kawan lama... Dapatlah menggunakan alat untuk mengalihkan gambar-gambar daripada kamera digital untuk dimasukkan ke pen-drive. Sekian! :]

3 ulasan:

anak pekan berkata...

ada sebuah kubur lama di kg permatang pasir di pekan pahang yg mengunakan batu nesan aceh yg dikatakan sdh berusia lbh lm dari krjaan mlyu melaka.kesahihannya x dpt la saya ketahui.ini mngikut kate2 org sahaja.

Unknown berkata...

Assalamualaikum . Maaf bertanya kg permatang pasir belah mane di
pekan?

Unknown berkata...

Assalamualakum, boleh saya tahu nama pakcik saudara yang katanya dua pupu dengan Tun Razak