Dari Bukit Kepong, kami terus menghala ke Muar lalu sampai ke pekan seterusnya...
Di dalamnya, bersemadi jasad seorang ulamak Nusantara yang sangat terkenal iaitu Sheikh Fadhil Banten, juga dikenali sebagai Kiyai Fadhil Banten daripda Banten, Jawa. Kata orang, dia ni banyak gak karamah, pernah jadi guru pada Sultan Ibrahim Johor.
Nak tahu lebih lanjut, elok baca serba sedikit cerita tentang ulamak terkenal ini. Tadi saya buat google search... Sila baca tulisan di http://ulama.blogspot.com/2005/03/sheikh-fadhil-banten.html... Rasanya oleh almarhum Ustaz Wan Saghir...
Kemudian kami menziarahi makam seorang ulamak yang pernah hidup lebih dahulu, saya tak pasti bila tapi sekitar 150-200 tahun dahulu. Beliau ialah Sheikh Abdullah Sabihu yang datang daripada Pasai (sekarang dalam Aceh) di Pulau Sumatera lalu membuka kampung di Lenga. Kalau tak salah, sebab itu beliau juga dikenali sebagai Moyang Lenga...
Alfatihah... Baru sekarang terasa nak menyebut. Apapun seharusnya kita memberi hadiah bacaan Al-Fatihah kepada para almarhum dan arwah (bukan sedekah ya, mereka bukan pengemis. Silap adab tu). Rasanya cukuplah peringatan ini. Setiap kali saya mengenengahkan gambar makam-makam di mana-mana blogspot saya, anggaplah secara automatik saya sudah menyarankan setiap pembaca menghadiahkan Fatihah tanpa perlu lagi menyebut tentangnya...
Sampai masanya untuk meninggalkan pekan Lenga. Jalan utama tetapi begitu sempit yang berselekoh di hujung pekan ini menarik perhatian saya...
Hmm... Jarang saya jumpa jalan utama yang kelihatan begitu sempit. Untuk makluman, ini adalah sebahagian jalan utama Bukit Kepong ke Muar, dari Bukit Kepong pula boleh sampai ke Labis lalu ke Yong Peng juga Segamat...
Kebetulan ketika itu sudah bermula pasar malam atau lebih dikenali di Muar sebagai pasar lambak, kami pun turun untuk bersiar-siar. Lagipun memang saya teringin melihat apa yang terdapat di Gombang... Kerana nama Gombang itu membuat saya teringat pada kisah Hikayat Malim Dewa yang ada menyebut bahawa nama sebenar pemerintah legenda kerajaan lama Muar ini adalah Tuanku Gombang Malim Dewa...
Setelah meninggalkan pasar lambak, baru kami ternampak sesuatu yang menarik dan mungkin boleh menerangkan sejarah Gombang. Letaknya sekitar 100 meter daripada pasar lambak yang diadakan mungkin seminggu sekali di kawasan pekan dalam kampung tersebut. Untuk huraian lanjut, sila baca artikel Masjid (mosque of) Kampung Gombang, Muar... yang baru dibuat semalam dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...
Melalui jalan yang sama menghala ke Pagoh, kami sampai pula ke Liang Batu...
Seperti Bukit Kepong, Lenga dan Gombang, Liang Batu juga terletak di tepian Sungai Muar. Menurut ceritanya, tempat ini pernah menjadi tempat menetap atau bermastautin Lima Daeng Bersaudara (Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak) ketika mula-mula sampai ke Johor abad ke 18.
Hmm... Kenapa mereka memilih tempat ini ya? Apakah untuk "recharge power" melalui saluran wasilah keluarga dahulukala? Mungkin ada satu rahsia di sini... Mungkin ada satu rahsia yang boleh menerangkan hubungan persaudaraan kerabat diraja Bugis dengan Aceh zaman berzaman dahulukala. Hmm...
Tidak lama kemudian, baru kami bertemu kembali dengan jalan utama Bukit Kepong ke Muar...
Singgah sebentar di pekan Pagoh seterusnya pergi ke Kampung Raja untuk menziarahi Makam Sultan Alauddin Riayat Shah yang dikatakan mangkat tahun 1488 Masihi (kalau tak salah ingatan). Makam ini adalah satu-satunya Makam Sultan Melaka yang masih wujud hingga kini...
Gambar makam tidak disertakan kerana pernah diletakkan di dalam salah satu blogspot saya, tak ingat yang mana. Dan rasanya telah dipaparkan beberapa kali. Kalau mahu melihatnya, sila cari sendiri ya... Tak rugi menelaah balik cerita-cerita lama yang pernah dipaparkan di mana-mana blogspot saya sambil cuba mencari gambar makam itu kerana setiap cerita mengandungi sesuatu yang tersirat yang mungkin membawa makna baru apabila dibaca lagi...
Daripada Kampung Raja, kami melalui jalan kampung untuk pergi ke Muar, kalau tak salah ingatan melalui pekan Panchor. Tetapi sebelum itu, kami singgah di sebuah masjid lama di Kampung Olak Sepam...
Tu dia, siap diwartakan lagi. Mesti ada ceritanya yang tersendiri.
Saya pula teringat cerita seorang tua yang ditemui di Jorak lebih 2 minggu sebelum itu, ketika mencari tempat bernama Tanjung Olak... Setelah mendapat sebuah mimpi yang agak bermakna di mana saya menaiki sebuah bukit kemudian terkeluar pula nama Tanjung Olak. Tetapi apabila saya pergi ke tempat yang dinyatakan di dalam peta rasmi sebagai Tanjung Olak, ternyata tidak terdapat apa-apa bukit di sekitarnya.
Sekembali daripada Tanjung Olak untuk ke bandar Muar, saya singgah sebentar di Jorak untuk mengisi perut. Di situlah saya berjumpa orang tua yang memberitahu Tanjung Olak yang saya pergi itu bukan Tanjung Olak yang sebenar. Tanjung Olak yang sebenar seperti dikenali orang dahulukala terletak lebih jauh menghala ke timur-laut di sebalik liku-liku Sungai Muar... Apakah Olak Sepam ini tempat letak sebenar Tanjung Olak?
Yang pasti, Kampung Olak Sepam itu membawa kepada Kuala Sungai Pagoh yang bertemu dengan Sungai Muar. Di sini ada kesan sejarah lamanya yang tersendiri kerana daripada Sungai Pagoh lah seseorang itu boleh menaiki sampan (mungkin juga kapal) untuk masuk ke Kampung Raja di mana pernah bersemayamnya seorang Sultan Melaka yang dinyatakan sebagai seorang wali Allah terpilih, Sultan Alauddin Riayat Shah.
Sekian... Cerita ini akan disambung setelah saya dapat menyiapkan cerita-cerita mengenai bandar Tangkak dan Gunung Ledang yang akan dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH sebentar lagi. Semoga cerita-cerita Johor ini dapat disiapkan lalu ditutup hari ini. Selamats! :]
8 ulasan:
salam..
Allah!! kenapa lak ler MS byk sebut ttg Sultan Alauddin Riayat Syah ni..Dalam sebulan lepas..ana di kejutkn dgn satu nama Sultan. Dia kata Sultan yg amat rapat dgn dunia islam..tak tau Sultan Riayat Syah yang ke berapa.
Salam..
Saudara MerahSilu, saya minta izin serikan blog peribadi saya dengan sekeping gambor dr blog saudara..gambor maqom Kiyai Fadhil Banten, mekasih mukoddam.
Silalah ke blog saya di:
http://muhibmahbub.blogspot.com
Salam ikhwah
Wassalam. Silakan! :]
salam..kalau saudara ada ke muar semula,sila lah datang ke kampung Liang Batu semula kerana terdapat banyak sejarah lagi yg masih belum diketahui antaranya batu yang kelihatan seperti empangan di kg Liang batu.
assalammualaikum MS..terimakasih banyak yang saya dapat setelah mengikuti dan membaca apa yg blog ini paparkan.Hanya setelah berada diBukit Kepong kenapa tidak dijelajahi kg2 yg ada didalamnya atau MS akan memelawatinya sekali lagi untuk bahan akan datang
Wassalam. Saya ketika itu sedang melawat banyak tempat. Belum terpanggil untuk memberi tumpuan hanya pada Bukit Kepong...
mu wong di asal neh
Catat Ulasan